SA90 Biasalah Tipah!

Disember 11, 2009

UMNO kini pecah dua. Satu puak dokongi One Malaysia ciptaan Najib dan satu puak lagi sokong racist pimpinan Dr Mahathir.

Sudah tentu ini gambaran awal bakal berlaku pertembungan jawatan Presiden UMNO antara Najib dengan Muhyidin. Najib mewakili puak One Malaysia manakala Muhyidin puak perkauman (racist) yang dibawah pengaruh dan asuhan Mahathir.

Oh ya…adakah Najib hadir dalam Mesyuarat Tinggi UMNO yang menarik balik hukuman gantung keahlian Ketua UMNO Bukit Bendera yang racist itu?

Adakah ini atas perintah Muhyidin ?

Nampaknya tahun depan, Tahun 2010 ini bolehlah kita namakan Tahun Perang 2N vs 2M !
Selamat bertarung 2M ( Muhyidin + Mahathir) lawan 2N (Najib+ Nazri) !

Dari Harakah.

Yang masih kurang biasa ialah bagaimana nak menjawab persoalan “Does God exists?”. Jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja, bukanlah jawapan mengikut akal!


SA89 Tipah (muslim) tertipu lagi.

Disember 10, 2009

Antara sebab jemaah mudah tertipu adalah terpengaruh dengan promosi yang menawarkan harga pakej yang murah. Sikap mudah terpengaruh dengan harga murah menyebabkan jemaah lupa mengambil tahu beberapa perkara penting dalam urusan keluar negara seperti tentang agensi yang dipilih, syarikat penerbangan yang digunakan dan hotel di Tanah Suci.

Jemaah tidak menyelidiki latar belakang agensi pengelola, sama ada mempunyai lesen dan permit untuk membawa jemaah ke luar negara (outbound) atau hanya mempunyai permit untuk aktiviti pelancongan dalam negeri sahaja (inbound) atau agensi hanya berdaftar sebagai syarikat pengembaraan sahaja yang hanya menguruskan tiket.

Dari Utusan

Yang tertipu dalam proses menambah bayangan iman, sementara yang menipu terkurang suluhan iman.


SA88 PERMATA di Surah 88 & Ketuhanan – cemas.

Disember 9, 2009

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (88:17)

88:17 Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

وَإِلَى السَّمَاء كَيْفَ رُفِعَتْ (88:18)

88:18 Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (88:19)

88:19 Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (88:20)

88:20 Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ (88:21)

88:21 (Malay) Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.

Kelihatannya sekarang, Muslim seakan mengatakan semua soalan dari Allah itu perlu dikaji oleh saintis yang dikatakan Bukan Islam. Kita ikut Syariah sahaja cukuplah. Sunnah Allah itu hal orang lain.

Pak Din Berkata di sana pada Disember 9, 2009 at 9:42 am

Keratan ini )bukan Surah di atas) memaparkan kerana kasih dan sayang, tetapi apakan yang tersurat itu benar-benar kebenarannya. Apakah ada unsur takut dan hormat pada arahan sahaja?, mungkin, menyebabkan anak-aank yang tidak berakal panjang ini terus terjun, terfikirkan ibubapanya telah memberikan peringatan untuk menjaga adik kecilnya dengan segalanya (termasuk nyawa). Saya melihatnya sebagai kes kekurangan panduan (yang diajar) untuk kecemasan. Dan kurang jangkauan ketika menerangkan sesuatu. Hal ini banyak berlaku kepada Muslim ketika di ajar tentang ilmu ketuhanan.


SA87 Mungkin yang tak Islam.

Disember 9, 2009

Empat letupan di Iraq, 118 terkorban

BAGHDAD 8 Dis. – Sekurang-kurangnya 118 maut, sementara 261 yang lain cedera apabila satu siri serangan termasuk tiga insiden pengeboman kereta, menggegar Baghdad hari ini, dalam satu gelombang keganasan terburuk di ibu negara itu dalam tempoh lebih sebulan.

Empat serangan itu termasuk satu pengeboman nekad kereta ke atas sepasukan polis peronda, menunjukkan kemampuan pemberontak untuk menyerang sasaran berprofil tinggi di tengah-tengah Baghdad dan ia juga merupakan kali ketiga sejak Ogos lalu di mana bangunan kerajaan menjadi sasaran dengan beberapa letupan yang mengakibatkan jumlah korban yang besar.


SA86 Tauhid Muslim dan Kafir.

Disember 7, 2009

Sesungguhnya perkara yang paling pelik ialah menganggap orang kafir sebagai ahli tauhid dan menganggap orang Islam yang telah mengucapkan kalimah tauhid sebagai bukan ahli tauhid.

Renungilah! Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat 70 tahun. Ibadah Abu Darda’ r.a yang paling utama selepas melaksanakan kefarduan ialah bertafakur kerana dengannya dia sampai kepada hakikat suatu perkara dan membezakan di antara yang hak dan batil.

Bahkan, dengannya juga dia dapat menilik kerosakan dan helah nafsu yang halus, tipu daya dunia, dan mengenali helah-helah untuk lebih berwaspada dengannya.

Petikan dari Utusan


SA85 PERMATA 888 di Menara Tinjau.

Disember 6, 2009

6. Terlalu mudah untuk US mencuri kekayaan (melalui cara sah sistem matawang semasa) dari negara-negara lain, terutamanya yang terlalu percaya kepada kekuatan dan kepentingan menggunakan matawang tersebut. Ada juga yang tidak sedar, dan tidak dapat menerima hakikat bagaimana, keadaan dirinya yang tidak pernah ke luar negara dan tidak menggunakan matawang USD, boleh terjejas dengan permainan kewangan oleh US. Tanpa kita sedari segala perbelanjaan untuk perang Iraq yang menjangkau trilion, adalah di kongsi bersama pembayarannya oleh kita. Inilah akibatnya apabila Muslim sebuk kepada riba’ daun dan tidak ke Menara Tinjau untuk mempelajari apa itu RIBA’ AKAR.

Siri PERMATA 888 diberikan kepada sessi di Menara Tinjau.


SA84 Jalan menuju makrifatullah.

Disember 5, 2009

Dipetik dari ASASI

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.


SA83 Falsafah Carakerja Khaliq.

Disember 4, 2009

5. Memahami falsafah Carakerja Haliq juga menjadi sebab mengapa panjang lebarnya huraian kepada sesuatu. Biasanya kehidupan kita tidak mengambil-kira pembudayaan Carakerja Haliq. Kita lebih didendangkan dengan irama hanya merobotkan diri kepada Syariat, tanpa mahu memahami apakah yang tersirat disebalik Syariat tersebut. Penggunaan ayat, “Fawaylul lilmusoleen” menjadi asas pada saya untuk megatakan konsep menghidupan kerja menjadi ibadah. Syariah itu memerlukan ilmu feqh, dan bukan hanya memenuhi tuntutan persuratannya sahaja. Sudah pasti ada yang sangat peka mengikut perasaan dan tidak menyetujui pendapat saya.


SA82 Petikan Korban 2.

Disember 4, 2009

Wahabi tak taat ulama, ulil amri
Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady
Perbuatan lompatan mental timbulkan huru-hara keilmuan, sosial serius

KALI ini kita akan melihat perbezaan yang ketara dalam perkara hukum Islam dan akhlak fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antaranya ialah bagaimana mereka meringankan peranan ijmak ulama dan menekankan hanya al-Quran dan sunnah saja. Mereka juga tidak berpegang kepada mazhab kerana menafsirkan ia umpama ‘menyembah/beribadat’ kepada ahli hukum atau agama.
Malah mereka juga membuat penafsiran mengenai hukum dengan tidak mematuhi kaedah hukum arus perdana Ahli Sunnah. Tindakan ini membawa kepada implikasi negatif dalam akhlak, selain hukum.

Dalam bidang hukum, mereka tidak mengambil berat mengenai ijmak dan kias serta mazhab dalam Ahli Sunnah. Ijmak antaranya berdalil kepada ayat yang bermaksud: ‘Jalan orang yang beriman’ dalam surat al-Nisa. Dalam ayatnya yang bermaksud: “Dan sesiapa yang memerangi Rasul selepas daripada nyata baginya bimbingan yang benar dan ia mengambil jalan selain orang yang beriman, Kami (Allah) membiarkan dia menjalani jalan yang diambilnya dan kemudian mencampakkannya ke dalam neraka, alangkah buruknya tempat kembali.” Apabila mereka tidak peduli kepada ijmak, maka pendirian mereka dalam beberapa perkara menyalahi ijmak dan menimbulkan masalah hukum dalam masyarakat Islam.

Apabila mereka tidak patuh kepada ijmak, timbullah akibatnya seperti tidak taat kepada ulil amri di mana mereka berada. Contohnya, walaupun dalam ijmak diwajibkan kepatuhan kepada ulil amri mereka memberontak melawan autoriti Khalifah Uthmaniah, konon katanya, ia menjadi kafir.

Demikian pula pada zaman selepas itu, mereka tidak taat kepada ulil amri yang mana mereka berada kecuali pihak yang mempunyai pegangan seperti mereka. Oleh sebab itu aliran ini jangan dibiarkan berkembang di kalangan orang Melayu kerana bahayanya jelas. Ia akan menimbulkan ketegangan dengan ulil amri di mana mereka berada.

Ketika belum kuat pengaruhnya sudah timbul masalah, inikan nanti apabila jumlah menjadi lagi. Penulis pernah berdepan dengan orang tertentu daripada aliran ini dan apabila disebut kepadanya: “Apabila ulil amri menentukan sesuatu mazhab dalam Ahli Sunnah, maka hendaklah kita patuhi demi maslahat umat,” mereka berkata: “Apa ulil amri ulil amri ni?,” Ini menandakan bangkangan mereka terhadap konsep ini dalam Ahli Sunnah.

Sikap tidak hormat kepada ulil amri ini berlaku dari segi ilmu juga. Mereka tidak taat kepada sistem dan tradisi ilmu Ahli Sunnah. Kata mereka jika diikut ulama, maka itu menyembah ulama (ibadatul-ahbar). Sama seperti menghormati orang soleh atau mengambil berkat mereka, Wahabi melihat ia menyembah orang soleh (‘ibadatul-rahban) dan perbuatan itu syirik. Sebab itu timbul aliran ‘la mazhabiah’ (aliran tidak pakai mazhab), orang berijtihad secara sendiri-sendiri di kalangan mereka.

Ini dijelaskan dalam buku Hal al-Muslim Mulzam Bittiba’Mazhabin Mu’ayyanin min Mazahib al-Arba’ah oleh Muhammad Ma’sumi al-Khujandi, dan pendirian ini dipertahan dan diperjuangkan oleh Nasir al-Din al-Albani. Jadi dalam hukum, mereka tidak tunduk kepada autoriti ulil amri dari segi sosial dan segi ilmu. Ulil amri dari segi sosial seperti Sultan, pemimpin yang menerima tauliah daripada mereka, manakala dari segi ilmu, mereka tidak menghormati ulama, sebaliknya yang mereka hormat ialah ulama sealiran mereka dan yang lain ditolak.

Misalnya, ulama seperti ibn Qudamah al-Maqdisi, pengarang kitab klasik rujukan standard Mazhab Hanbali al-Mughni, berhubung soal melawat kubur Nabi, katanya dalam kitab itu: Sunat menziarahi kubur Nabi berdasarkan riwayat al-Daraqutni dengan isnadnya daripada (Abdullah) ibn Umar, katanya bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan haji kemudian menziarahi kuburku selepas daripada wafatku, maka seperti ia menziarahiku pada waktu hayatku. Dalam riwayat lain yang bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi kuburku wajib baginya syafaatku,”. Disebut lagi al-Maqdisi (hadis): kata Imam Ahmad dalam riwayat Abdullah daripada Zaid bin Qasit daripada Abu Hurairah bahawa nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang daripada orang Islam yang memberi salam kepadaku di kuburku, melainkan Allah mengembalikan rohku sehingga aku menjawab balik salamnya.”

Bagaimanapun, ia disanggah dan ditolak huraian imam ini kerana ia berlawanan dengan sikap ‘al-din al-nasihah’ dalam Ahli Sunnah yang memastikan kita merujuk kepada ulama yang muktabar sebagai dasar taklid dalam erti ‘mengikut kesarjanaan yang muktabar dalam syarak’ (following qualified scholarship in Islamic sacred science). Ini bukannya diterjemah ‘taklid buta’ kerana yang ada ialah keilmuan, kesarjanaan, ’scholarship’, manakala yang mujtahid menjadi rujukan dan yang bukan mujtahid disuruh merujuk.

Ini ketertiban keilmuan dalam Islam. Dalam al-Quran ia, termasuk ke dalam maksud ‘bertanyalah kepada ahli ilmu jika tidak mengetahui’, juga terkandung dalam maksud ‘… taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada ulil amri kamu (ulil amri sosial, ulil amri ilmu atau kedua-duanya). Jika tidak, kita akan terbabit dalam kebiadaban intelektual yang membunuh diri sendiri. Nauzhu billah min zalik.

Sikap golongan ini membawa kepada ciri akhlak yang mengaibkan dan membahayakan masyarakat dan negara. Ia bermula dengan penafian autoriti sosial dan epistemologis atau autoriti dalam hal ilmu. Mereka mengambil autoriti mengikut diri sendiri; merekalah yang menentukan ajaran daripada al-Quran (wahyu) dan nubuwwah (sabda Nabi); mereka membuat lompatan mental beribu-ribu tahun, mengambil keputusan terus daripada al-Quran dan Sunnah tanpa mempedulikan panduan kerangka ilmu dan kaedah ilmu Ahli Sunnah itu – al-Quran dan hadis ditafsir sendiri tanpa mengambil kira panduan atau pandangan pakar wacana arus perdana umat (without the mediation of the mainstream intellectual tradition) selaras dengan ‘jalan orang Mukminin’ yang disebut dalam surah al-Nisa itu). Perbuatan lompatan mental inilah yang menimbulkan huru-hara keilmuan dan sosial yang serius. Ini yang penulis maksudkan kebiadaban rohani dan intelektual itu.

Akibatnya, mereka tidak menghormati autoriti dan institusi dalam masyarakat, tidak menghormati fatwa yang diputuskan padahal ia sah kerana ulil amri yang memberi autoriti itu dan mereka membuat keputusan berdasarkan autoriti keilmuan dalam masyarakat. Sebaliknya, ia tidak dihormati oleh pihak yang mengamalkan ’sikap intelektual koboi’ ini.

Oleh itu, kita kini mendengar bahasa kesat, kasar dan tidak beradab walaupun daripada orang yang educated, ada unsur maki hamun, gelak tertawa dalam majlis ilmu yang serius; perceraian rumah tangga; kata-kata seperti ’sesat’, ‘bidaah’, ‘tidak bernas’ dilempar oleh orang yang sukar kita percaya tanpa bukti.

Penolakan mereka terhadap tasauf memberi kesan menjadikan mereka beradab kasar, melihat sesuatu hanya pada zahir: halal haram, iman kufur dan bidaah sunnah. Kita mesti mengelak diri daripada membantu melahirkan generasi biadab seperti ini. Wallahu alam.


SA81 Hidup tanpa sindiran.

Disember 3, 2009

5. Jangan terbuai, jangan terlalut! Espace banyak berjasa kepada kami. Jangan disangkakan merungut itu, tandanya tidak bersetuju dengan sesuatu. Apa gunanya mengampu diri setiap masa, mengaku segala berjalan lancar dan hampir sempurna, tetapi indah khabar dari rupa. Indah nama dari perangainya. Namanya sahaja Muslim, tetapi masyaAllah, perangainya jauh dari nama. Nama sahaja membaca Kitab yang sama, rupanya bermusuhan juga. Di sana sini di ajar menegakkan benang yang basah, diajar ketenangan walaupun tiada kebenaran. Itulah isi sebenar, rungutan saya.


SA80 PERMATA di siri 887 Surah 84

Disember 2, 2009

وَيَنقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (84:9)

84:9 dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ (84:19)

84:19 sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).


SA79 Petikan Hari Korban 1.

November 30, 2009

Syariat asas utama dekatkan diri kepada Pencipta
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SETIAP Muslim berusaha mendekatkan diri kepada Allah dalam setiap aspek kehidupannya.

Oleh itu, syariat adalah jalan pertama yang harus ditempuhi. Hal ini kerana syariat adalah asas utama tegaknya agama Islam.

Bila asas sudah kuat, barulah kemudiannya didirikan bangunan di atasnya seperti mana tiang untuk memperkukuh sebuah bangunan.

Dalam kata lain, apa yang dilakukan seseorang Muslim yang belajar ilmu tasauf hendaklah bersandar pada ajaran al-Quran dan hadis kerana tarekat adalah jalan dalam melaksanakan suatu ibadat sebagaimana yang dicontohi sahabat, tabi’in hingga bersambung kepada guru tarekat.

Justeru, Syeikh Zainuddin al-Malibari menjelaskan tarekat adalah untuk melaksanakan amalan lebih baik, berhati-hati dan tidak memilih kelonggaran syarak serta menghiasi diri dengan sifat warak, istiqamah dan sifat mahmudah yang lain.

Ringkasnya, syariat adalah peraturan, tarekat adalah pelaksanaannya, sedangkan hakikatnya keadaan dan makrifat pula adalah tujuan akhir. Sesuai dengan kudratnya, manusia sentiasa berhasrat untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada masa sama, Allah menunjukkan jalan itu kepada umat manusia.

Dalam surah al-Baqarah ayat 186 Allah berfirman, “Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.”

Dalam ayat lain, Allah berfirman, “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana saja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah: 115).

Jelas pengertian ayat di atas, Allah menunjukkan jalan kepada manusia untuk mendekati-Nya. Di antaranya, dengan mendirikan solat sebagai lambang pengabdian, mengerjakan puasa sebagai bentuk penyucian diri dan pengawalan hawa nafsu, mengeluarkan zakat sebagai isyarat keprihatinan kepada sesama manusia dan melaksanakan haji sebagai bekal perjalanan mencari keredaan-Nya.

Perlu diinsafi bahawa jalan menuju Allah dalam ilmu tasauf disebut dengan tarekat. Pengikut tarekat ini biasanya dibimbing oleh seorang guru pembimbing yang dikenali sebagai mursyid.

Bimbingan dilakukan secara rutin dan bertahap melalui maqamat (cara dalam menempuh jalan kesufian) dan ahwal (keadaan mental) hingga akhirnya dekat dengan Allah SWT.

Dalam ilmu tasauf, untuk mencapai darjat kewalian (kekasih Allah), sebagaimana dijelaskan Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari, dalam kitabnya Kifayat al-Atqiya harus melalui empat tahap iaitu syariat, tarekat, hakikat, dan makrifat.

Syariat adalah unsur pokok untuk menuju tingkat selanjutnya. Syariat ini meliputi rukun utama dalam ajaran Islam iaitu solat, zakat, puasa, dan haji serta ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali oleh pengamal tasauf.

Dalam pandangan Imam al-Ghazali, tarekat tanpa syariat, maka tasauf menjadi batal. Sesungguhnya hakikat tanpa syariat adalah batal dan syariat tanpa hakikat maka ia tidak bererti.

Imam al-Ghazali pernah menegaskan orang yang mengatakan bahawa hakikat berlawanan dengan syariat dan batin bertentangan dengan lahir bererti dia lebih dekat pada kekufuran.

Ini bermaksud orang yang mengikuti tarekat tanpa memahami syariat, maka jalannya belum lagi benar.

Oleh kerana itu, dia harus memahami secara mendalam syariat dan hubungan antara syariat, tarekat dan hakikat adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Seterusnya, apabila ada seorang mursyid yang mengajarkan kepada muridnya bahawa dia tidak perlu lagi mengerjakan solat, haji, puasa, dan zakat, maka, hal itu bertentangan dengan syariat. Inilah antara ciri yang paling banyak terdapat dalam ajaran sesat.

Dalam agama Kristian, wujud aliran tasauf yang khusus bagi para pendeta. Di Yunani muncul aliran Ruwaqiyyin. Di Parsi ada aliran bernama Mani’ dan di negara lainnya banyak aliran melampau di bidang rohaniah. Kemudian Islam datang dengan membawa keseimbangan yang paling baik di antara kehidupan rohaniah dan jasmaniah serta penggunaan akal.

Sehubungan itu, insan seperti digambarkan Islam, terdiri daripada tiga unsur iaitu roh, akal dan jasad. Masing-masing tiga unsur itu diberi hak sesuai dengan keperluan masing-masing.

Pernah satu ketika Nabi SAW melihat salah seorang sahabatnya berlebih-lebihan dalam melaksanakan amal ibadat, lalu sahabat itu segera ditegur oleh baginda.

Sebagaimana kisah yang terjadi pada Abdullah bin Amr bin As yang berpuasa terus menerus dan tidak pernah berbuka, beribadat qiyamullail sepanjang malam, tidak pernah tidur, meninggalkan isteri dan kewajipannya.

Lantas Nabi SAW menegurnya dengan sabdanya yang bermaksud, “Wahai Abdullah, sesungguhnya bagi dirimu ada hak (untuk tidur), bagi isteri dan keluargamu ada hak (untuk pergaulan dan layanan yang baik), dan bagi jasadmu pun ada hak (untuk makanan). Maka, masing-masing ada haknya yang wajib ditunaikan dalam hidupmu. (Hadis Bukhari)


SA78 Bakar serban aja!

November 26, 2009

6. Pandu-uji kenderaan besi saya (Espace) adalah selari dengan keperluan bertakwa kepada Allah, pada saya sudah pasti, tidak kebanyakan orang lain. Saya sangat takut dengan perintah Allah yang dinamakan Sunah, kerana kadar-kadar yang telah Dia tentukan tidak pernah mengenal mereka yang mematuhi Syariat atau tidak. Kalau kata kereta nak jamm di tengah jalan, Allah yang Maha Adil, tidak memilih hambanya yang telah bersolat atau tidak, tetapi berdasarkan kepada samada benih yang disemai dibaja atau tidak! Semuga usaha kecil bertakwa kepadaNya itu terlihat olehNya.


SA77 Fikiran saya kusut

November 25, 2009

Bermusuh-musuhan rupanya

“(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A’lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi,” ujarnya.


SA76 Hard or hardly working?

November 24, 2009

4. Antara yang paling menarik tentang Dr MM ialah sikap muhasabah diri atau self critic. Tidak ramai orang yang boleh melakukan ini. Arus Perdana dilatih untuk bermotivasi, iaitu sentiasa memandang ke atas, “capai bulan dan bintang”, sementara dalam hal bermuhasabah, bukan kejayaan apa yang telah kita lakukan yang perlu dilihat, tetapi melihat tanggung-jawab mana yang belum kita laksanakan. Bukan melihat apa yang telah kita lakukan untuk merasakan lega atau kepuasan dalam menyatakan kesyukuran, tetapi menganalisanya untuk berkira-kira apa yang belum lagi kita tunaikan.


SA75 Lawatlah … Warmak!

November 23, 2009

6. Kalau dibiarkan mereka yang anti-fikir sahaja untuk mengurus kehidupan, saya pasti manusia masih tinggal di hutan rimba berbanding hutan batu sekarang. Tidak dapat dinafikan keperluan membentuk sistem Hak Cipta Dipelihara adalah bagi mengasingkan mereka yang pro-fikir dari mereka yang anti-fikir. Begitu juga selanjutnya, dengan adanya Sistem Kapitalis, baru manusia mahu bangun menjalankan tugas berfikir yang sepatutnya dibuat dari awalnya. Manusia asasnya terperangkap dengan Perangkap Adat yang dibena sendiri, melainkan sedikit sahaja yang dapat keluar melalui jalan berfikir tentang Carakerja Allah.


SA74 Berfikir yang tidak.

November 22, 2009

4. Saya pasti ramai kurang bersetuju dengan kenyataan masyarakat kita tidak menggunakan akal sepenuhnya. Saya pasti ramai yang mengtakan bahawa mereka sentiasa berfikir, mencari jalan terbaik untuk menikkan taraf kehidupan. Saya pasti Muslim berfikir mendalam semasa menterjemah Kitab AQ untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada kehidupan seharian. Malangnya, dari hasil dapat dilihat di Dunia Muslim sekarang, semua pemikiran itu tidak membentuk kesatuan dalam tindakan dan usaha menentang musuh bersama. Yahudi yang kecil itu akhirnya dapat membentuk sebuah negara di tengah-tangah negara Muslim yang mengaku berfikir ketika menterjemah Kitab Petunjuk mereka.


SA73 Sunah itu mudah

November 19, 2009

Dari buku ' .. Al Ghazali buat Remaja'


Mudah dan susahnya sesuatu itu sangat relatif kepada manusia. Bersyukurlah kita sekiranya kesusahan memperincikan Sunnah Allah, atau CarakerjaNya itu, sesuatu yang mudah buat kita. Begitulah juga mudahnya, membudayakan Sunnah Allah dalam segala pekerjaan yang Allah Syariatkan kepada kita. Ia menjadi susah apabila awal pertumbuhan pemikiran kita tebantut akibat dari perangkap adat yang dipasang oleh masyarakat itu sendiri. Sebab itu Imam Al Ghazali berjihad secara rohani (jihad pemikiran) berbanding, tidak terkira sramainya Muslim sekarang, yang hanya berkobar semangat untuk berjihad jasmani.


SA72 Gopoh dalam beriman.

November 18, 2009

6. Tanpa disedari kehidupan kita di Alam ini, adalah pada dasar landasan yang sama. Nafsu atau potensi negatif menjadi pendorong kepada merwanai kehidupan. Tanpa nafsu, maka tiada pekara yang bernama kehidupan. Tanpa Allah berkehendak menjadikan kebaikan, maka tidak akan terhasil by-product atau hasil sampingan bernama kejahatan. Maka kejahatan itu sebenarnya ialah tiadanya kebaikan, sebagaimana kosongnya gelas itu adalah kerana ketiadaan (penuh) air. Tidak sekali-kali Allah mencipta kejahatan TETAPI tidak sekali-kali kejahatan itu hadir hanya dengan adanya SYAITAN.


SA71 Dr MAZA, TGNA dan SAYA.

November 4, 2009

Jadi tidak menghairankan situasi sekarang, dimana Orang Agama, peringkat ulama’ berbalah. Kedua-dua terkeno dan melepas, yang tidak membudayakan Sunnah Allah akan satu hari sampai kepada persimpangan yang mengelirukan, dan hasilnya mereka akan berbalah. Orang Agama dan Orang berAgama adalah cetusan ilham SIO, dengan saya memperpanjangkan kepada Orang Sains dan Orang Agama yang ingin berTuhan (mengenal Carakerja Allah). Orang Agama hanya mengajar mengenal Nama Allah.

Dari sana.