Menurut keterangan al-Quran pula, maka di antara ayat-ayat suci yang menjelaskan sebahagian dari sifat-sifat kesempurnaan Tuhan ialah firman Allah Taala, maksudnya:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) Yang tidak mengantuk usah tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (alam langit dan bumi); dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).” (255 Surah al-Baqarah).
Ayat suci ini menjelaskan bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan:
(1) Dialah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya yang berhak disembah dan dipatuhi.
(2) Dialah sahaja yang hidup secara mutlak – terlepas dari pengertian hidup yang difahami oleh manusia.
(3) Dialah sahaja yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya serta memberikannya segala yang diperlukan untuk kepentingan hidup masing-masing.
(4) Maha Suci ia daripada letih lesu atau lalai atau mengantuk ataupun tidur.
(5) Menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dengan penguasaan mutlak yang meliputi.
(6) Bebas melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan hukum-Nya, atau yang dapat menolak keputusan-Nya, atau yang berani mengubah apa yang telah ditentukan dan dikehendaki-Nya, sama ada dengan meminta syafaat pertolongan atau mengemukakan rayuan – kecuali setelah ia diizinkan, maka pada ketika itu ia tunduk mematuhi dan memohon syafaat dalam lingkungan yang dibenarkan, sesuai dengan keadaannya.
(7) Maha mengetahui akan keadaan sekalian makhlukNya, meliputi segala apa jua yang sedang mereka hadapi atau yang tidak kelihatan kepada mereka dari segala yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Sebaliknya, mereka sendiri tidak mengetahui sesuatu pun dari apa yang diketahui oleh Allah Taala – kecuali apa yang Allah kehendaki mereka mengetahuinya.
(8) Dialah sahaja pemerintah agung; kebesaran-Nya dan ilmu-Nya meliputi langit dan bumi.
(9) Dialah sahaja yang mempunyai sepenuh-penuh kekuasaan. Tiadalah menjadi keberatan atau kesukaran kepada-Nya menjaga dan memelihara alam langit dan bumi dan segala yang ada pada kedua-dua alam itu.
(10) Dialah jua Yang Maha Tinggi kebesaran dan kemuliaan-Nya, tidak ada yang mengatasi-Nya; dan dialah jua yang Maha Besar kekuasaan-Nya, yang tidak ada bandingan-Nya.
Aku(allah) tidak menyerupai segala sesutu”, namun “Allah meliputi segala sesuatu”, dan “aku(Allah) lebih dekat dari urat leher kamu sendiri”, dan “(Allah)aku lah awal, aku lah akhir, aku lah zahir, dan aku lah batin
sila rujuk kembali sifat 20 dengan teliti dan betul..tanyalah kepada guru2 yang lebih arif dan mendalam tentang hakikat insan..kerana semua yang difirmankan oleh allah seperti di atas terdapat di dalam sifat 20..
penjelasan tentang zat allah juga ada didalam sifat 20..dan jika difahami dengan teliti apa yang tersirat di dalam sifat 20, maka terbuktilah zat allah didalam diri..
inilah pegangan imam ghazali. sheik abd kadir jailani dan ahli2 sufi..yang mana kta tidak fahami..contonhnya;
imam ghazali berkata..” aku mendengar allah berkata padaku dan aku melihat allah dan aku sedar bahawa amalan2ku berpuluh tahun masih lagi kurang buatku..”
apakah sesat imam ghazali yang mengatakan allah berkata denganku dan aku melihat allah..? apakah penjelasannya..? apakah yang tersurat..?
pendek kata, pelajarilah sifat 20 lebih mendalam lagi..pelajarilah sifat 20 itu dari segi syariat, hakikat, tarikat dan makrifat..nescaya kita akan faham.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=1808&pid=57066#post_57066