Oleh itu mengkaji nilai-nilai ilmu, logik dan firasat yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah merupakan salah satu jalan yang akan menguatkan keimanan kita terhadapnya dan membantu seseorang yang tidak beriman untuk beriman kepadanya. Dan di dalam kaedah usul, apa-apa yang baik, maka jalan-jalan yang mengarahkan kepadanya adalah juga baik dan dituntut.
http://www.al-firdaus.com/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=21&mode=thread&order=0&thold=0
http://www.al-firdaus.com/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=21&mode=thread&order=0&thold=0
Falsafah adalah kata serapan bahasa Arab dari istilah bahasa Yunani “philosophia”. Istilah ini kemudian diindonesiakan menjadi filsafat. Filsafat secara bahasa berarti pecinta hikmah atau kebijaksanaan. Tetapi apa sebenarnya yang dimaksud dengan filsafat? Sebagian filsuf ada yang begitu tertarik dengan pembahasan-pembahasan yang sangat abstrak dan merupakan upaya sukar untuk memahami hakikat terakhir alam semesta (proto-ilmiah). Sebagian lagi ada yang lebih melihat filsafat sebagai sesuatu yang bersifat sangat pribadi, sangat sosial dan ramah, sangat praktis berurusan dengan hidup yang baik dan ajakan orang untuk turut melakukannya pula dalam kehidupan keseharian. Jadi filsafat dalam hal ini berbicara tentang cara hidup, persoalan keadilan dan kebaikan masyarakat (sosiologis-empiris) seperti yang diperbuat Socrates, Buddha dan Konfusius. Kebanyakan filsuf besar seperti Plato dan Aristoteles berupaya untuk menggabungkan dua orientasi falsafi ini.
http://peziarah.wordpress.com/2007/03/07/pengertian-falsafah/
Anda perlu tahu apa yang bakal dilakukan oleh mereka yang anda firasatkan secara terbuka, seandainya anda seorang penulis misalnya jangan lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan. Anda akan didakwa di mahkamah atas tuduhan ‘defamation’.
http://www.shalattas.com/page.php?11
MUJIZA, KARAMAT, FIRASAT and SIHR
http://www.hizmetbooks.org/Endless_Bliss_Third_Fascicle/bliss3_45.htm
Dalam Islam ada ilmu2 yg dipanggi ilmu ilham, firasat, kasyaf, hatif, mimpi yg benar atau yaqazah. Kelebihan2 seperti ini selalunya dimiliki oleh pemimpin yg mukmin yg bertaqwa sahaja
http://kebenaran-am.blogspot.com/2007/07/firasat-abuya.html
Di abad selanjutnya Imam Ghazali (w. 555/1111) mengguncang dunia perfilsafatan dengan kitabnya Tahafut al Falasifah. Dengan piawai disingkapnya pelbagai kerancuan dan percanggahan dalam pemikiran al Farabi dan Ibn Sina, dua sosok paling berpengaruh pada zamannya. Menurut beliau, ada tiga nuktah ajaran mereka berimplikasi kufur. Pertama, menyatakan bahwa alam semesta ini kekal abadi. Kedua, mengatakan bahwa Allah tidak mengetahui perkara-perkara detil. Dan ketiga, mengingkari kebangkitan jasad pada hari kiamat.
Penting dicatat di sini bahwa Imam Ghazali tidak menyebut kedua filsuf tersebut kafir. Sasaran kritiknya semata-mata pemikiran mereka yang dinilainya keliru, bukan isi hati atau pribadi mereka. Sebab, bagi Imam Ghazali, selagi seseorang itu mengakui ketuhanan Allah dan meyakini kenabian Muhammad saw, maka ia tidak boleh dianggap kafir.
http://sampaikan.wordpress.com/2007/02/15/menghindari-kejumudan-pemikiran/
Kesempurnaan Akal
Assalamualaikum,
Dari Aisyah r.a, bahawa pada suatu hari dia bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
“Ya Rasulullah, dengan apakah kelebihan sesetengah manusia dari yang setengahnya?”
Rasulullah S.A.W menjawab: “Dengan Akal!”
Kata Aisyah pula: “Dan di akhirat?”
“Dengan akal juga.” Kata baginda.
“Bukankah seorang manusia lebih dari manusia yang lain dari hal pahala lantaran amal ibadatnya?” Kata Aisyah pula.
“Hai Aisyah, bukankah amal ibadat yang mereka kerjakan itu hanya menurut kadar akalnya? Sekadar ketinggian darjat akalnya, sebegitulah ibadah mereka dan menurut amal itu pula pahala yang diberikan kepada mereka.”
Sabda Rasulullah pula:
“Allah telah membahagikan akal kepada 3 bahagian, siapa yang cukup mempunyai ketiga bahagiannya, sempurnalah akalnya, kalau kekurangan walau satu bahagian, tidaklah terhitung orang yang berakal.”
Orang bertanya: “Ya Rasulullah, manakah bahagian yang tiga macam itu?”
Kata baginda: “Pertama: baik makrifatnya dengan Allah, kedua: baik taatnya bagi Allah, ketiga: baik pula sabarnya pada ketentuan Allah.”
(Prof Dr Hamka, Tasawuf Moden, ms 23)
Pada pandangan penulis, tak mudah untuk mencapai kesempurnaan akal. Mungkin keseluruhan hidup kita perlu kita gunakan untuk mencapai kesempurnaan tersebut. Bila sudah mencapai kesempurnaan, untuk mengekalkannya juga adalah satu cabaran yang amat besar.
Makrifat di dalam hadis di atas difahami oleh penulis sebagai mengenal. Kita perlu mengenal Allah dengan pengenalan yang sepatutnya. Macamana untuk mengenal Allah? Hukama berkata bahawa dengan mengenal sifat-sifat kemuliaan Allah – dan jangan cuba untuk mengenal zatNya (rupaNya).
Salah satu cara untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal diri kita sendiri.
Firman Allah dalam Al-Quran:
“Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?”
(QS Adz-Dzâriyât, 51:21)
diriwayatkan oleh Sayidah Aisyah ra:
“Nabi saw ditanya, ‘Siapakah manusia yang paling mengenal Tuhannya?’
Jawab baginda, ‘Mereka yang paling mengenal dirinya.”
Menurut para Hukama, mengenal diri perlu dimulakan dengan mensucikan diri daripada kekotoran yang zahir terutamanya yang batin. Menyucikan diri secara fizikal adalah dengan cara mandi, bersugi dan sebagainya.
Mensucikan diri secara batin pula adalah dengan cara berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. dan juga beristighfar sebanyak yang mungkin.
Dengan usaha-usaha yang begini, mudah-mudahan kita dapat mengenal diri kita dengan pengenalan yang baik dan seterusnya InsyaAllah kita akan sedikit demi sedikit dapat mengenal Allah dengan pengenalan yang baik, seterusnya meningkatkan ketaatan tehadap Allah dan menguatkan kesabaran terhadap ketentuan-ketentuan Allah Azzawajalla, seterusnya menyempurnakan Akal kita.
Mudah-mudahan kita sentiasa lebih baik dari hari semalam.
Wassalam.
http://perswis.blogdrive.com/archive/cm-11_cy-2007_m-11_d-16_y-2007_o-28.html
SAIRUS SALIKIN:: Mukadimah – Fasal Pertama – Bahagian 1
﴿ مقدمة فى بيان العلم وفيه فصول ﴾
MUKADIMAH
PADA MENYATAKAN KELEBIHAN ILMU DAN DALAM MUKADIMAH ITU BEBERAPA PASAL
FASAL PERTAMA BAHAGIAN 1 – KELEBIHAN ILMU YANG MEMBERI MANAFAAT
﴿ الفصل الأول فى فضيلة العلم والتعليم ﴾
( Bermula ) Fasal yang pertama pada menyatakan:
1. kelebihan ilmu yang memberi manafaat, dan
2. kelebihan orang yang menuntut ilmu, dan
3. kelebihan orang yang mengajar ilmu.
( FASAL ) KELEBIHAN ‘ILMU YANG MEMBERI MANAFAAT
( Adapun ) kelebihan ‘ilmu maka iaitu beberapa dalil daripada ayat Qur’an yang amat banyak.
( Dan setengah ) daripadanya, firman (الله تعالى)::
﴿ يَرْفَعِ الله ُ الَّذِيْنَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أ ُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَتٍ ﴾
Ertinya::
“Mengangkatkan Allah Ta’ala akan mereka yang percaya ia akan Allah Ta’ala, dan mereka yang diberi ilmu itu akan beberapa darjat.”
Dan kata Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (رضى الله عنهما): “bermula darjat ‘ulama itu atas darjat orang yang mukmin tujuh ratus darjat, dan antara tiap-tiap suatu darjat itu sekira-kira perjalanan lima ratus tahun.”
( Dan ) setengah daripadanya, firman (الله تعالى) ::
﴿ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ (قلى) إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْ لُواْ ا ْلأَلْبَـبِ ﴾
Ertinya::
“Kata olehmu (ya Muhammad), adakah bersamaan mereka yang mempunyai ‘ilmu dan mereka yang tiada mempunyai ‘ilmu itu (ya’ni tiada bersamaan orang yang ‘alim itu dengan orang yang jahil). Hanya sanya ingat akan الله تعالى itu orang yang mempunyai aqal.”
( Dan ) setengah daripadanya itu firman (الله تعالى) ::
﴿ إِ نَّمَا يَخْشَى الله َ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَـؤُاْ ﴾
Ertinya::
“Hanya sanya mereka yang takut akan (الله) itu iaitu daripada hamba-Nya yang ‘ulama.”
( Dan ) setengah daripadanya itu firman (الله تعالى) ::
﴿ وَتِلْكَ ا ْلأَمْثَـلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ (صلى) وَمَا يَعْقِلُهَآ إِلاَّ الْعَـلِمُونَ ﴾
“Demikian itu segala misal yang Aku (- الله) umpamakan bagi manusia dan tiada mengetahui akan dia melainkan orang yang ‘alim.”
Dan setengah daripadanya firman (الله تعالى) ::
﴿ شَهِدَالله ُأَنَّهُ لآإِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلَـئِكَةُ وَ أُوْلُوْالْعِلْمِ ﴾
Maksudnya::
“Naik saksi الله تعالى bahawa sanya tiada Tuhan melainkan Dia dan (begitu pula) naik saksi Malaikat dan orang orang yang mempunyai ilmu.”
( Dan ) kata Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam Ihya ‘Ulumiddin : “Maka tilik olehmu akan ayat ini, betapa memulai (الله تعالى) akan ketuhanan-Nya itu dengan diri-Nya, dan mengiringkan Ia (- الله) dengan Malaikat-Nya akan saksi yang kedua, dan mengiringkan Ia ( – الله) dengan orang yang mempunyai ‘ilmu akan saksi yang ketiga; bahawa sanya tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan (الله تعالى). (Dan) memadalah dengan yang tersebut di dalam ayat ini akan kemuliaan ‘ilmu itu, dan kelebihan dan kebesarannya.”
( Dan demikian lagi ) dalil yang menunjukkan akan kelebihan ilmu itu, beberapa Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم).
( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ rujuk keterangan ])::
(( اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ ))
Ertinya::
“( Bermula para ) ‘ulama itu mempusakai ia akan Anbiya’.”
Dan telah maklum bahawa sanya tiada martabat yang mulia itu di atas martabat Anbiya’. ( Dan ) demikian pula martabat orang yang mempusakai akan mereka itu, maka tiada martabat yang kemuliaan yang tinggi daripada martabat mereka itu.
——————————————————————————–
Hadits ini adalah hadits riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi, dan Ibnu Hiban – ( Al-Iraqi ). Maksudnya ialah para ‘ulama’ itu mempusakai para Anbiya’.
——————————————————————————–
( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Al-Baihaqi, dha’if menurut Al-‘Iraqi ) ::
(( أَفْضَلُ النَّاسِ الْمُؤْمِنُ الْعَالِمُ ، الَّذِىْ إِنِ احْتِيْجَ إِلَيْهِ نَفَعَ ، وَإِنِ اسْتُغْنِىَ عَنْهُ أَغْنى نَفْسَهُ ))
Ertinya::
“( Bermula ) yang terlebih afdhal manusia itu iaitu mukmin yang ‘alim. Adalah mereka itu jika dikehendaki orang kepadanya nescaya memberi manafaat akan dia, dan jika terkaya orang daripada mereka itu nescaya terkaya diri mereka itu daripada orang.”
( Dan ) setengah daripadanya, sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Al-Hakim, dha’if menurut Al-‘Iraqi )::
(( اَلإِيْمَانُ عُرْيَانٌ ، وَلِبَاسُهُ التَّقْوى ، وَزِيْنَتُهُ الْحَيَاءُ ، وَثَمَرَ تُهُ الْعِلْمُ ))
Ertinya::
“( Bermula ) iman itu bertelanjang, dan pakaiannya itu takut akan (الله تعالى), dan perhiasannya itu malu, dan buahnya itu ilmu.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Sila rujuk nota keterangan saya.)::
(( أَقْرَبُ النَّاسِ مِنْ دَرَجَةِ النُّبُوَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْجِهَادِ . أَمَّا أَهْلُ الْعِلْمِ فَدَلُّوْا النَّاسَ عَلى مَاجَاءَتْ بِهِ الرُّسُلُ . وَأَمَّا أَهْلُ الْجِهَادِ فَجَاهِدُوْا بِأَسْيَافِهِمْ عَلى مَاجَاءَتْ بِهِ الرُّسُلُ ))
Ertinya::
“( Bermula ) manusia yang terhampir kepada darjat Anbiya’ (ia)itu ( ialah ) yang mempunyai ‘ilmu dan orang yang perang sabil ( Dan adapun ) orang yang mempunyai ‘ilmu itu maka iaitu menunjukkan mereka itu akan manusia atas agama yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah (Adapun ) orang yang perang sabil itu maka iaitu perang mereka itu dengan segala pedang mereka itu akan kafir kerana meninggikan agama Islam yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).”
——————————————————————————–
Saudara/i yang memiliki kitab Jawi berkenaan, tolong betulkan matan Hadits sebagaimana di atas. Hadits riwayat Abu Nu’im, dan hadits dha’if menurut Al-‘Iraqi. Juga sila tandakan menurut apa yang saya selidiki dan tandakan di dalam kitab saudara/i jika mahu/perlu.
——————————————————————————–
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ( Hadits riwayat Ibnu Abdil Bar, dan dha’if menurut Al-Iraqi)::
(( اَلْعَالِمُ أَمِيْنُ اللهِ فِى اْلأَرْضِ ))
Ertinya::
“( Bermula ) orang yang ‘alim itu ( ialah orang yang ) dipercayai oleh (الله تعالى) di dalam bumi ( nota, ya’ni di atas muka bumi).”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Ibnu Majah, dan dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( يَشْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اْلأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْعُلَمَاءُ ثُمَّ الشُّهَدَاءُ ))
Ertinya::
“( Bahawa ) Sanya lagi akan memberi syafaat pada hari Qiamat oleh Anbiya’ kemudian ‘ulama’ kemudian syuhada’.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([Hadits riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi dan Ibnu Hibban (Al-Iraqi) ])::
(( وَ يَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِمِ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَا ِفى اْلأَرْضِ ))
Ertinya::
“Meminta’ ampun kepada (الله تعالى) bagi orang yang ‘alim oleh segala Malaikat yang dalam tujuh petala langit dan segala isi bumi.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Al-Khatib, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( مَنْ تَفَقَّهُ فِىْ دِيْنِ اللهِ كَفَاهُ اللهُ تَعَالى مَاأَهَمَّهُ وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ ))
Ertinya::
“Barang siapa belajar ‘ilmu Fiqah ( – ilmu agama – ) padahal ia berkehendak mendirikan agama (الله تعالى) niscaya memadai ( – mencukupkan – ) oleh (الله) akan dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezki akan dia dengan sekira-kira tiada dikira-kiranya dan tiada diusahainya, (ya’ni memudahkan (الله تعالى) akan rezki dengan tiada diusahainya) dan tiada (di)bicarakannya.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat At-Tirmizi, hasan shahih menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( فُضِّلَ الْعَالِمُ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِى عَلَى أَدْنى رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِىْ ))
Ertinya::
“( Bermula ) kelebihan orang yang ‘alim atas orang yang ‘abid itu seperti kelebihanku atas sekurang laki-laki daripada shahabatku.”
Ya’ni murad – (مراد) ( – maksud murad itu ialah yang dimaksudkan, atau yang dikehendaki -) dengan orang yang ‘alim itu, iaitu orang mengetahui ‘ilmu Thoriqat dan ‘ilmu Haqiqat. ( Dan ) murad ( – yang dimaksudkan atau dikehendaki -) dengan orang yang ‘abid itu, iaitu orang yang mengetahui ‘ilmu Syariat jua, ya’ni ‘ilmu Fiqah, kerana orang orang yang jahil akan ‘ilmu itu tiada dinamakan ‘abid kerana ‘ibadatnya itu tiada sah melainkan dengan ‘ilmu. ( Dan ) telah maklum bahawa sanya ‘ilmu Thoriqat dan Haqiqat itu terlebih darjatnya daripada ‘ilmu Fiqah dan ‘Ilmu Usuluddin seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran – (جواهر القرآن).
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Ibnu ‘Adi, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( فُضِّلَ الْمُؤْمِنُ الْعَالِمُ عَلى الْمُؤْمِنِ الْعَابِدِ بِسَبْعِيْنَ دَرَجَةٌ ))
Ertinya::
“( Bermula ) kelebihan orang yang mukmin ( – dilebihkan orang yang mukmin -) yang ‘alim atas orang yang ‘abid itu tujuh puluh darjat.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat Al-Isfahani, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( بَيْنَ الْعَالِمِ وَالْعاَبِدِ مِائَةُ دَرَجَةٍ ، بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ حَضْرُ الْجَوَادِ الْمُضْمَرِ سَبْعِيْنَ سَنَةً ))
Ertinya::
“Antara orang yang ‘alim dan orang yang ‘abid itu seratus darjat. Antara tiap-tiap dua darjat itu perjalanan kuda yang sangat pantas sekira-kira tujuh puluh tahun.”
( Dan lagi ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) ([ Hadits riwayat At-Thabrani, dha’if menurut penilaian Al-Iraqi ])::
(( يُبْعَثُ الله ُالْعُبَّادَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ثُمَّ يَبْعَثُ الْعُلَمَاءَ ، ثُمَّ يَقُوْلُ : يَا مَعْشَرَ الْعُلَمَاءِ ! إِ نِّىْ لَمْ أَضَعْ عِلْمِى فِيْكُمْ إِلاَّ لِعِلْمِىْ بِكُمْ ، وَلَمْ أَضَعْ عِلْمِىْ فِيْكُمْ ِلأُ عَذِّبَكُمْ ، اذْهَبُوْا فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ ))
Ertinya::
“Membangitkan (الله تعالى) akan segala orang yang ‘abid pada hari Qiamat kemudian maka membangkitkan Ia akan segala ‘ulama. Maka berfirman (الله تعالى) dengan katanya: Hai segala ‘ulama’! Bahawa sanya tiada Aku taruh ‘ilmu-Ku pada kamu melainkan kerana pengetahuan-Ku dengan kamu, dan tiada Aku taruh ‘ilmu kepada kamu kerana Aku meyiksa akan kamu. Maka lalulah ( – masuklah – ) ke dalam Syurga maka sungguhnya telah Aku ampun bagi kamu.”
——————————————————————————–
Kepada saudara-saudara yang memiliki kitab Versi Jawi, tolong betulkan matan hadits sebagaimana di atas.
——————————————————————————–
(( وَقِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ : أَىُّ اْلأَعْمَالِ أَفْضَلُ ؟ فَقَالَ الْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّوَجَلَّ. فَقِيْلَ: أَىُّ اْلأَعْمَالِ تَزِبْدُ ؟ فَقَالَ : الْعِلْمِ باِللهِ عَزَّ وَجَلَّ . فَقِيْلَ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيْبُ عَنِ الْعِلْمِ. فَقَالَ إِنَّ قَلِيْلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ اْلعِلْمِ بِاللهِ وَإِنَّ كَثِيْرَ الْعَمَلِ لاَيَنْفَعُ مَعَ الْجَهْلِ بِاللهِ ))
Ertinya::
“Sembah sahabat bagi Rasululllah dengan katanya: Ya Rasul Allah, apa segala ‘amal yang terlebih afdhal? Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) (iaitu): “Mengetahui (الله عزوجل)”. Maka sembahnya (iaitu tanya mereka, ya’ni para sahabat itu lagi): (Ya Rasulullah,) apa(kah) segala ‘amal yang terlebih pahalanya itu? Sabdanya: (iaitu) “Mengetahui (الله تعالى).” Maka sembahnya (iaitu kata mereka, ya’ni para sahabat itu lagi): “Hamba bertanya daripada ‘amal dan engkau jawab dengan ‘ilmu.” Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): “Bahawa sedikit ‘amal serta mengenal (الله تعالى) ( itu ) iaitu yang terlebih manafaat, dan bahawa banyak ‘amal serta jahil kepada (الله تعالى) itu iaitu tiada memberi manafaat.” .”
——————————————————————————–
Sekali lagi dan untuk bacaan selanjutnya nanti, kepada saudara-saudara yang memiliki kitab Versi Jawi, tolong teliti dan betulkan matan hadits di Kitab, sebagaimana di atas .
——————————————————————————–
( Dan hasil ) daripada perkataan Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran – (جواهر القرآن), bahawa sanya ‘ilmu Thoriqat dan Suluk itu dinamakan ‘ilmu Tashauf iaitu terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ‘ilmu Fiqah dan ‘ilmu Kalam (, iaitu ilmu Usuluddin ). ( Dan ) yang terlebih tinggi dan mulia daripada segala ‘ilmu itu ialah ‘ilmu Ma’rifat Billah – (معرفة بالله) dan dinamakan ‘ilmu Haqiqat.
( Adapun ) ‘ilmu Thoriqat dan Suluk itu iaitu “jalan kepada mengetahui ‘ilmu Haqiqat itu” iaitulah ( yang ) dinamakan ‘ilmu “An-Nafi’, ya’ni ilmu yang memberi manafaat di dalam Akhirat dan dinamakan pula akan dia ‘ilmu Tashauf dan ( juga dinamakan sebagai ‘ilmu ) Bathin seperti yang lagi akan disebutkan (tentang) ‘ilmu yang memberi manafaat itu (ان شاء الله تعالى) di dalam kitab ini.
——————————————————————————–
( Dan kata ) Al-‘Arif Billah As-Sayid ‘Abdullah bin ‘Alwi Al-Haddad (رحمه الله تعالى) di dalam kitabnya yang bernama (اَلْفُصُوْلُ الْعِلْمِيَّة وَاْلأُصُوْلُ الْحُكْمِيَّة ) – “Al-Fushulul Al ‘Ilmiyah Wal Usulul Hukmiah” [ Nota, sila betulkan nama kitab tersebut pada kitab Jawi saudara. ] ::
(( ثُمَّ إِنَّكَ إِذَا نَظَرْتَ إِلَى مَاألَّفَهُ أَئِمَّةُ الدِّيْنِ مِنَ الْكُتُبِ النَّافِعَةِ لَمْ تَرَ شَيْئاً مِنْهَا أَجْمَعَ لِهَذِهِ الْعُلُوْمِ النَّافِعَةِ مِنْ كُتُبِ اْلإِمَامِ حُجَّةِ اْلإِسْلاَمِ الْغَزَالِىَّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى ، مِثْلُ اْلإِحْيَاءِ وَاْلأَرْبَعِيْنَ فِىْ أُصُوْلِ الدِّيْنِ وَمِنْهَاجِ اْلعَابِدِيْنَ وَبِدَايَةِ الْهِدَايَةِ ، وَهَذَا يَعْرِفُهُ مَنْ تَأَمَّلَهُ وَأَحْسَنَ النَّظَرَ مِنْ أَهْلِ الْحَقِّ وَاْلأِنْصَافِ وَأَرْبَابِ الْبَصَائِرِ فِى الدِّيْنِ ، وَمَا يُنْكِرُهُ إِلاَّغَِبٌّى جَاهِلٌ أَوْرَسْمِىٌّ مُتَاجَهِلٌ قَدْ غَشَّ نَفْسَهُ وَغَفَلَ عَنْ مَعَادِهِ فَإِنَّهُ تَعَالَى بِفَضْلِهِ يُلْهِمُنَا رُشْدَنَا وَيُعِيْذُنَا مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ))
[ Nota:: Sila betulkan matan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas ]
Ertinya::
“Kemudian daripada itu, bahawasanya apabila engkau tilik kepada barang yang dikarang oleh (أئمة الدين) – Aimmatuddin, ya’ni ‘ulama ahli As-Sufi, iaitu daripada segala kitab yang memberi manafaat pada agama di dalam Akhirat, nescaya tiada engkau lihat akan suatu daripadanya yang terlebih menghimpunkan bagi segala ‘ilmu yang memberi manafaat itu daripada segala kitab Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى), iaitu seperti kitab Ihya Ulumiddin, dan Arba’in Fil Usul, dan Minhajul ‘Abidin, dan Bidayatul Hidayah. ( Dan ) sekelian itu mengetahui akan dia oleh orang yang Ta’ammal (nota: memikirkan ) akan dia, dan baik-baik melihat di dalamnya itu, daripada “Ahli Al-Haq” dan “Ahli Al-Insaf”, ya’ni orang yang ‘adil, dan orang yang mempunyai mata hati dalam agama. Dan tiada meingkar akan yang demikian itu melainkan orang yang dungu lagi jahil, atau orang yang ‘ulama rasmi ( yang ) Mutajahil ( nota: pura-pura tidak tahu), iaitu ‘ulama dzahir sanya ( yang ) telah memperdaya akan dirinya, dan lalai ia daripada ( tempat ) kembalinya ( iaitu negeri akhirat ). Maka mudah-mudahan (الله تعالى) dengan anugerah-Nya memberi ilham akan dia dengan pertunjuk-Nya, dan memeliharakan akan kami daripada kejahatan diri kami, dan daripada kejahatan ‘amal kami. ( Dan ) tiada daya daripada menjauh maksiat dan tiada kuat pada berbuat taat melainkan dengan pertolongan (الله تعالى) ( jua ).”
( Dan kata ) Syeikh Ibnu ‘Abbad di dalam Syarah Hikam, ia naqal ( iaitu petik atau nukil ) daripada Ibnu ‘Athaillah::
(( اِعْلَمْ أَنَّ الْعِلْمَ حَيْثُمَا تَكَرَّرَ فِى الْكِتَابِ الْعَزِيْزِ وَالسُّنَّةِ ، إِنَّمَا الْمُرَادُ بِهِ الْعِلْمُ النَّافِعُ الَّذِىْ تُقَارِنُهُ الْخَشْيَةُ وَتَكْتَنِفُهُ الْمُخَافَةُ . قاَلَ اللهُ تَعَالَى: إِنَّمَا يَخْشَ اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ، فَتَبَيَّنَ أَنَّ الْخَشْيَةَ تُلاَزِمُ الْعِلْمَ ، وَفُهِمَ مِنْ هَذَا أَنَّ الْعُلَمَاءَ إِنَّمَاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْخَشْيَةِ . وَكَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: وَقاَلَ الَّذِيْنَ أُوْتُوْاالْعِلْمَ ، وَالرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ ، وَقُلْ رَبِّ زِدْنِىْ عِلْماً ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إِنَّ الْمَلاَ ئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ ، وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : طَالِبُ الْعِلْمِ تَكَفَّلَ اللهُ تَعَالى بِرِزْقِهِ . إِنَّما الْمُرَ ادُ بِالْعِلْمِ فِى هَذِهِ الْمَوَاطِنِ الْعِلْمُ النَّافِعُ ))
[ Nota:: Sekali lagi, sila betulkan matan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas ]
Ertinya::
“Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan ‘ilmu yang berulang-ulang sebut di dalam (قرآن) yang ‘aziz ya’ni yang mulia dan di dalam Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) hanya sungguhnya murad ( – yang dimaksudkan – ) dengan dia itu iaitu ‘ilmu yang memberi manafaat yang menyertai akan dia takut akan (الله تعالى) dan melengkapi akan dia itu haibah kepada (الله تعالى), seperti firman (الله تعالى) (Surah Fathir, ayat 28, yang ertinya): “Hanya sanya mereka yang takut akan (الله تعالى) itu iaitu daripada hamba-Nya yang ‘ulama.” Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan ‘ilmu dan (di)faham daripada ini bahawa ‘ulama itu hanya sanya mereka itulah orang yang takut akan (الله تعالى). ( Dan ) demikian lagi firman (الله تعالى) ( Surah Al-Qashash, ayat 80):
﴿ وقال الذين أوتواالعلم ﴾
ya’ni (maksudnya) “ ( Dan ) berkata mereka yang mempunyai ‘ilmu.” ( Dan ) firman (الله تعالى) (Surah Ali Imran, ayat 7):
﴿ والراسخون فى العلم ﴾
ya’ni (maksudnya) “( Dan ) mereka yang mahir di dalam ‘ilmu.”
( Dan ) firman (الله) (Surah Thaha, ayat 14):
﴿ وقل رب زدنى علماً ﴾
ya’ni (maksudnya) “Kata olehmu ya Muhammad tambahi oleh-Mu ya Tuhan-ku akan ‘ilmuku.”
( Dan ) demikian lagi sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((ان الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم )) ya’ni (yang ertinya): “Bahawasanya segala Malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut ‘ilmu.”,
( Dan ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((العلماء ورثة الأنبياء )) ya’ni (yang ertinya): “(Bermula) ‘ulama itu mempusakai akan Anbiya’.”
( Dan ) sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم): ((طالب العلم تكفل الله تعالى برزقه )) ya’ni (yang ertinya): “( Bermula ) orang yang menuntut ‘ilmu itu telah mengakui ( – menjamin oleh – ) (الله تعالى) dengan rezkinya.”
( Hanya sesungguhnya ) murad ( – yang dimaksudkan – ) dengan ‘ilmu pada segala tempat ini, ya’ni pada segala ‘ilmu yang tersebut di dalam (قرآن) dan segala yang tersebut di dalam Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) itu, iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu (adalah) ‘ilmu yang memberi manafaat pada agama ( dan ) di dalam Akhirat.”
Segala ‘ilmu yang memberi manafaat itu ( telah disebutkan ) di dalam kitab Imam Al-Ghazali (رحمه الله تعالى) seperti Ihya ‘Ulumiddin dan lain-lainnya yang tersebut dahulu itu. ( Dan ) demikian lagi segala fan ( – aneka, bagai – ) ‘ilmu Tashauf itu semuanya ‘ilmu yang memberi manafaat di dalam dunia dan Akhirat, kerana ‘ilmu Tashauf sekarang itu telah terhimpun di dalam(nya) ‘ilmu Ushuluddin, dan ‘ilmu Fiqah, dan ‘ilmu Thoriqat, seperti yang tersebut di dalam kitab ini (, seperti yang tersebut di dalam Muhtashar Ihya Ulumiddin yang iaitu asal kitab ini), ( dan ) seperti yang tersebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin, dan lainnya daripada beberapa kitab ‘ilmu Tashauf, yang pada bicara ( – membicarakan – ) ‘ilmu Suluk ya’ni ‘ilmu Thariqat.
( Dan ) dari kerana inilah kata Sayyid As-Syaikh Abu Hasan Asy-Syazili (رضى الله عنه)::
(( مَنْ لَمْ يَتَغَلْغَلْ فِىْ هَذِهِ الْعُلُوْمِ يَعْنِىْ عُلُوْمَ الصُّوفِيَّةِ مَاتَ مُصِرًّا عَلى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَعْلَمُ ))
Ertinya::
“Barang siapa ( yang ) tiada masuk mengetahui di dalam ‘ilmu ini ya’ni ‘ilmu tashauf, nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar-besar, pada hal tiada ia mengetahui akan yang demikian itu.”
——————————————————————————–
Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas.
——————————————————————————–
( Dan lagi ) kata Syaikh Ibnu ‘Abbad di dalam Syarah Hikam::
(( وَهَذِهِ الْعُلُوْمُ هِىَ الَّتِىْ يَنْبَغِىْ لِلإِ نْسَانِ أَنْ يَسْتَغْرِقَ فِيْهَا عُمْرَهُ الطَّوِيْلَ وَلاَ يَقْنَعُ مِنْهَا بِكَثِيْرٍ وَلاَ قَلِيْلٍ ، وَمَاسِوى هَذِهِ الْعُلُوْمِ قَدْ يَحْتَاجُ إِلَيْهَا وَرُبَّمَا أَضَرَّ بِصَاحِبِهِ مُدَا وَمَتُهُ عَلَيْهَا ، وَقَدِ اسْتَعَاذَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فِى لْخَبَرِ الْمَشْهُوْرِ عَنْهُ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ ) انتهى ))
Ertinya::
“( Dan ) segala ‘ilmu ini ya’ni ‘ilmu tashauf itu, iaitulah sayogia bagi (seseorang) manusia bahawa mengkaramkan (- maksudnya menghabiskan -) di dalam menuntut(nya, ya’ni ilmu tashauf itu) akan umurnya yang lanjut itu, dan jangan ia (merasakan sudah) memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai ia dengan sedikit. ( Dan ) ‘ilmu yang lain daripada ‘ilmu tashauf ini terkadang (maksudnya, kadang-kadang) tiada (ia) berkehendak kepadanya dan terkadang (maksudnya, kadang-kadang) memberi mudharat ia akan orang yang mempunyai ‘ilmu itu pada mengekali ia atasnya, ( dan) (bahawa)sanya telah minta peliharakan Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dengan (الله تعالى) daripada ‘ilmu yang tiada memberi manafaat itu (seperti yang tersebut) di dalam Hadits yang masyhur daripadanya, iaitu sabda Nabi::
(( اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ))
Ertinya::
“Aku minta peliharakan dengan (الله تعالى) daripada ‘ilmu yang tiada memberi manafaat.”
——————————————————————————–
Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas. Juga matan doa yang diberikan di atas saya nyatakan sebagaimana di atas berbanding dengan apa yang diberikan di dalam kitab Jawi yang berkaitan.
——————————————————————————–
( Dan lagi ) kata Syeikh Ibnu ‘Abbad::
(( وَاَعْلَمْ أَ نَّهُ قَدْ وَرَدَ فِى الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ مِنْ فَضْلِ الْعِلْمِ وَالْعُلَمَاءِ مَالاَ يُحْصى كَثْرَهً ولاَ يُرْجى حُصُوْلُ ذَلِكَ إِلاَّ لِمَنْ صَحَّتْ مِنْهُ نِيَّتُهُ. وَصِحَّةُ نِيَّتِهِ فِىْ ذَلِكَ أَنْ يَكُوْنَ غَرَضُهُ فِيْهِ طَلَبَ مَرْضَاةِ اللهِ تَعَالى وَاسْتِعْمَالَهُ فِيْمَ يَنْفَعُ عِنْدَهُ وَ إِشَارَةَ الْخُرُوْجِ عَنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ إِلَى نُوْرِ الْعِلْمِ ، فَهَذِهِ النِّيَّةُ الصَّحِيْحَةُ هِىَ الَّتِىْ تُحْمَدُ عَلى عَاقِبَتَهَا آجِلاً وَتُجْتَنَى ثَمَرَ تُهَا فِىْ طَاعَةِ اللهِ عَاجِلاً ))
Ertinya::
“Dan ketahui olehmu bahawasanya telah datang di dalam (قرآن) dan Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) beberapa banyak daripada kelebihan ‘ilmu dan ‘ulama yang tiada dapat dihinggakan akan banyaknya itu. ( Dan ) tiada diharap hasil yang demikian itu melainkan bagi orang yang shahih ( iaitu benar ) niatnya itu. ( Dan ) benar niatnya pada demikian itu bahawa adalah qasadnya (iaitu tujuannya) di dalam menuntut ‘ilmu itu, iaitu kerana menuntut keredhaan (الله تعالى) dan kerana mengamalkan akan dia pada barang yang memberi manafaat padanya di dalam Akhirat, dan kerana mengisyaratkan ya’ni mengkehendaki ia keluar daripada kelam jahil kepada nur ‘ilmu.
Maka inilah niat yang shahih yang dipuji atas kemudiannya (iaitu kesudahannya) itu di dalam Akhirat, dan mengambil faedahnya (iaitu faedah ilmu ) itu di dalam dunia pada (iaitu dengan) berbuat ‘ibadat. Ya’ni disegerakan akan faedah ‘ilmu itu di dalam dunia dengan berbuat ‘ibadat dan ditangguhkan ‘ilmu itu di dalam Akhirat dengan beberapa pahalanya.”
——————————————————————————–
Sekali lagi, sila betulkan matan dan terjemahan di dalam kitab saudara sebagaimana di atas. Sekian.
(والله الموافق ) – Wallahul muwafiq ya’ni “dan (الله تعالى) lah yang memberikan taufiq”.
-= Bersambung ke Bahagian 2, Fasal 1, Bab Mukadimah pada menyatakan kelebihan ilmu =-
والله الموفق أعلم ؛ وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون؛ وغفل عن ذكره الغا فلون ؛ والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
http://roudhah.net/index.php?module=subjects&func=viewpage&pageid=93
Kalbu bukan perasaan. Kalbu juga tempat akal atau intelek. Penghuraian lebih lanjut boleh dibaca dalam tulisan-tulisan al-Ghazali dan pengikut-pengikut al-Ghazali dirantau ini seperti Abdul Samad al-Falimbani.
Saya menegaskan sifat ilmu kerana ilmu begitu ditegas dalam al-Qur’an. Kerana penegasan terhadap ilmu itulah Islam mencipta tamadun. Ceramah yang membuatkan pendengar-pendengarnya mengalir dan mengesat air mata – seperti yang selalu berlaku dalam A A Gym – tidak akan membina tamadun. Bukannya menangis kerana kesedaran dan taubat itu salah. Taubat itu bagus. Yang saya kritik adalah ketiadaan landasan ilmu. Tanpa kebangkitan ilmu tidak akan ada kebangkitan Islam yang sejati.
Dari http://www.khalidjaafar.org/2007/06/jawapan-1-a-gym.html
Makna Takwil
Sebenarnya istilah takwil ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ada beberapa ayat al-Quran yang mengandung lafal takwil, sebagaimana banyak pula hadits Nabi yang mengandungnya. Namun takwil yang dimaksud oleh al-Quran dan as-Sunnah berbeda dengan takwil yang dilakukan oleh mereka yang –menurut istilah mereka sendiri– mentakwilkan ru`yatullah (dan sifat-sifat Allah). Sejatinya yang mereka lakukan itu bukan takwil. Yang mereka lakukan adalah tahrif, penyimpangan. Menyimpangkan makna nash syar’i dari yang seharusnya.
Takwil yang dimaksud oleh nash syar’i adalah makna yang sebenarnya dari suatu nash, kejadian yang sebenarnya dari suatu kabar, atau implementasi (pengejawantahan) suatu perintah. Allah berfirman,
“Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur`an) kepadamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi al-Qur`an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwil (makna sebenar)nya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwil-nya melainkan Allah.” (QS. Ali ‘Imran: 7)
“Tidaklah mereka menunggu-nunggu kecuali takwil (terjadinya kabar pemberitaan) al-Quran itu. Pada hari datangnya takwil (kebenaran pemberitaan) al-Quran, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu, “Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Rabb kami membawa kebenaran; maka adakah bagi kami pemberi syafaat yang akan memberi syafaat bagi kami…’.” (QS. Al-A’raf: 53)
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahwa Ibunda ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyak bacaan,
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Di dalam rukuk dan sujud beliau. Beliau men-takwil-kan (mengimplementasikan perintah) al-Qur`an (yakni ayat ketiga dari surat an-Nashr).”
Jadi, takwil yang benar adalah takwil yang sesuai dengan sunnah. Takwil ayat atau hadits sebagaimana dilakukan dan dipahami oleh para salaf. Sedangkan takwil yang menyelisihi sunnah, seperti yang dilakukan oleh mereka yang menyimpangkan makna sifat-sifat Allah dari makna zhahirnya, itu adalah takwil yang fasid atau rusak. Takwil yang sejatinya adalah tahrif.
Dari http://www.ar-risalah.or.id/index.php?option=com_content&task=view&id=119&Itemid=50
Filsafat dalam Islam itu ada dan tidak mengada-ada. Filsafat Islam bukan filsafat yang dibangun dari tradisi filsafat Yunani yang bercorak rasionalistik, tetapi dibangun dari tradisi sunnah Nabi dalam berpikir rasional transedental. Rujukan filsafat Islam bukan tradisi inteletual Yunani, tetapi rujukkannya adalah sunnah Nabi dalam berpikir, yang akan menjadi tuntunan dan suri tauladan bagi kegiatan berpikir umatnya.4
Filsafat Islam mempunyai metode yang jelas, yaitu rasional transcendental, dan berbasis pada kitab dan hikmah, pada dialektika fungsional Alquran dan aqal untuk memahami realitas. Secara operasional bekerja melalui kesatuan organik pikir dan qalb, yang menjadi bagian utuh kesatuan diri/nafs.5
Filsafat umumnya pada saat ini sudah jauh meninggalkan Aristoteles. Pemikiran yang ada di dunia filsafat saat ini sangat kompleks dan telah melahirkan filsuf-filsuf baru dengan corak yang baru pula. Sehingga pengidentikkan ini seakan lucu dan tidak ilmiah sama sekali.
b. Benarkah Ulama seperti Ibnu Taimiyyah dan yang lainnya mengecam dan mengharamkan filsafat
Dalam sejarah peradaban Islam, filsafat pernah diharamkan oleh para ulama. Alasannya kerena filsafat masih mengandung konsep-konsep asing yang bertentangan dengan Islam. Padahal Ibnu Taimiyyah yang termasuk diantara ulama penolak keras filsafat, ternyata juga menerima filsafat dengan pra syarat, yaitu asal berdasarkan pada akal dan berpijak pada kebenaran yang dibawa oleh para Nabi. Filsafat yang demikian beliau sebut al-falsafah as sahihah (filsafat yang betul) atau al falsafah-al haqiqiyah (filsafat yang sebenarnya). Imam Al Ghazzali sendiri sebenarnya juga tidak menolak filsafat tapi mengkritik cara pandang filosof. Jadi filsafat yang diharamkan dan ditolak oleh para ulama adalah filsafat yang memiliki konsep-konsep atau cara pandang yang bertentangan dengan Islam.
Dari http://grelovejogja.wordpress.com/category/my-article/philosophy/
Malah Heidegger mengatakan bahawa pembawaan falsafah selama 2000 tahun kebelakangan ini telah tersalah kerana menuruti idea-idea Aristotle yang merendah-rendahkan atau meniadakan langsung makna kewujudan. Paling tepat kesalahannya terangkum di dalam kata-kata Descartes, “Aku berfikir, maka aku wujud”. Sedangkan sepatutnya, kata Heidegger, “Aku wujud, maka aku berfikir”. Kewujudan seseorang itulah yang mengimplikasikannya berfikir. Kalau berfikir yang mengimplikasikan kewujudan, berdiri atas apakah fikiran itu? Begitu juga, kritikan Hegel/Nietszche/ Poincare/Einstein terhadap Kant membayangkan tersalah tafsirnya Kant terhadap makna “ruang dan masa” dalam buku Aristotle. Aristotle dikatakan sudah mendokong makna “ruang dan masa” yang tidak terpisahkan, yang tersalah fahami oleh Newton dalam kalkulus ciptaannya dan Kant dalam falsafahnya. Di dalam Islampun, dikatakan bahawa kritikan al-Suhrawardi terhadap Ibn Sina dalam bidang mantik adalah tema serupa perbalahan Aristotle dengan gurunya Plato, yang sebelumnya disedari lalu pernah cuba diharmonikan oleh al-Farabi.
Dari http://www.kesturi.net/2008/07/30/menggali-kepengetahuan-rumpun-melayu-pra-islam/
Syaitan juga memberikan ilham/inspirasi kepada manusia.
Dan sesungguhnya para syaitan itu mewahyukan kepada wali-wali Mereka untuk membantahmu. (Al An’aam: 121)
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa.Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. (Asy Syu’araa: 221-223).
Sesungguhnya dalam diri anak Adam terdapat bisikan dari setan dan bisikan dari malaikat. (HR. At Tirmizy no: 2988).
5- Maka untuk memastikan ilham/inspirasi benar kita mesti menilai adakah ianya selari dengan al-Quran dan Sunnah. Andainya ia bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah maka ia adalah ilham/inspirasi syaitan. Kerana tiada siapa dikalangan manusia yang mengetahui kebenaran perkara-perkara ghaib (ilham/inspirasi etc.)
Di sisiNya (Allah) segala kunci-kunci yang ghaib, tiada yang dapat mengetahuinya kecuali Dia (Allah). (Al An’aam: 59).
Katakanlah: tiada seorangpun di langit maupun di bumi yang dapat mengetahui hal yang ghaib kecuali Allah. (An Naml: 65).
6- Termasuk para nabi dan rasul sekalipun tidak dapat mengetahui hal yang ghaib kecuali sekadar apa yang diwahyukan Allah kepada mereka.
Sebagaimana firman Allah kepada Nabi kita S.A.W, “Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepada kalian bahwa disisiku gudang-gudang rezki Allah, dan akupun tidak mengetahui hal yang ghaib”. (Al An’aam: 50). Dan firman Allah: “Katakanlah: aku tidak memiliki untuk diriku manfaat dan tidak pula (menolak) mudharat, dan jika seandainya aku mengetahui hal yang ghaib tentulah aku akan (memperoleh) kebaikan yang amat banyak dan tidak akan pernah ditimpa kejelekkan”. (Al A’raaf: 188).
Dari http://armx7.blogspot.com/2008/06/membongkar-kedok-sufi-ilmu-laduni.html?showComment=1213967340000#c5195559482791281352
The scholars of Islam divide Islamic teachings into three parts:
(i) Doctrines (’aqa’id): These constitute the issues which must be understood and believed in, such as, the Unity of God, the Divine Attributes, universal and restricted prophethood, etc. However, there are certain differences between Muslim sects as to what constitutes the basic articles of faith (usul al-Din) in which belief is necessary.
(ii) Morals (akhlaq): These relate to the commands and teachings relating to the spiritual and moral characteristics of human beings, such as, justice, God-fearing (taqwa), courage, chastity, wisdom, endurance, loyalty, truthfulness, trustworthiness, etc., and prescribe ‘how’ a human being should be.
(iii) The Law (ahkam): Here the issues relating to practice and the correct manner of performing acts, such as, prayers (salat), fasting (sawm), hajj, jihad, al- ‘amr bil ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar, buying, renting, marriage, divorce, division of inheritance and so on, are discussed.
The science which deals with the first of the above-mentioned is ‘ilm al-kalam. The study of the second is ‘ilm al-’akhlaq (ethics). The study of the third is called ‘ilm al-fiqh (the science of jurisprudence). That which is subjected to division in this classification is the corpus of Islamic teachings; that is, those things which constitute the content of Islam. It does not include all those Islamic studies which form the preliminaries for the study of Islamic teachings, such as, literature, logic, and occasionally philosophy.
Secondly, in this classification the criterion behind division is the relationship of Islamic teachings to the human being: those things which relate to human reason and intellect are called ‘aqa’id; things which relate to human qualities are called akhlaq; and those things which relate to human action and practice are included in fiqh.
As I shall discuss in my lectures on ‘ilm al-fiqh, although fiqh is a single discipline from the viewpoint of its subject, it consists of numerous disciplines from other viewpoints.
In any case, ‘ilm al-kalam is the study of Islamic doctrines and beliefs. in the past, it was also called “usul al-Din” or “‘Ilm al-tawhid wa al-sifat”.
Dari http://www.muslimphilosophy.com/ip/kalam.htm Begitu juga di atas.
Ilmu tentang ‘Kaedah-kaedah Feqah’ adalah satu bidang penting dalam ilmu syarak. Maka wajar bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa kaedah utama daripadanya. Sebagai pendahuluan, mari kita berkenalan dengan asas ilmu Kaedah Feqah. Saya akan ringkaskan dalam beberapa tajuk.
1. Definisi Kaedah-kaedah Feqah.
Ia boleh ditakrifkan sebagai: ‘Hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi di bawahnya masalah-masalah furuk feqah’.
Difahami daripada definisi ini bahawa ia mestilah bersifat umum atau menyeluruh. Tetapi kebiasaannya, dalam satu-satu kaedah ada masalah-masalah yang dikecualikan.
2. Perbezaan antara ‘Kaedah Feqah’ dan ‘Kaedah Usul’.
Kaedah Usul ialah kaedah-kaedah umum yang terhasil daripada ilmu usul feqah. Contohnya, kaedah ‘Setiap perintah membawa hukum wajib’, dan kaedah ‘Setiap larangan membawa hukum haram’.
Perbezaan ketara antara kaedah feqah dan kaedah usul ialah:
i- Kaedah Usul lahir daripada ilmu usul feqah dan penggunaan tatabahasa Arab serta kaedah-kaedahnya. Manakala Kaedah Feqah lahir daripada masalah-masalah furuk feqah, yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain.
ii- Kaedah Usul digunakan oleh mujtahid untuk istinbat hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah digunakan oleh orang alim atau penuntut ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah.
iii- Kaedah Usul adalah hukum am yang menyeluruh, manakala Kaedah Feqah kebanyakannya tidak menyeluruh dan ada pengecualian.
iv- Kaedah Usul adalah alat mengeluarkan hukum, maka ia digunakan sebelum keluar hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah adalah kaedah yang menghimpun masalah-masalah feqah, dan ia lahir selepas adanya hukum feqah
Dari http://abuumair1.wordpress.com/2008/08/07/pengenalan-ilmu-kaedah-feqah/
Ilmu Tentang Alloh Adalah Pokok dari Segala Ilmu
Ilmu tentang Alloh adalah pokok dan sumber segala ilmu. Maka barangsiapa mengenal Alloh, dia akan mengenal yang selain-Nya dan barangsiapa yang jahil tentang Robb-nya, niscaya dia akan lebih jahil terhadap yang selainnya. Alloh Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Alloh, lalu Alloh menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.” (Al-Hasyr: 19). Ketika seseorang lupa terhadap dirinya, dia pun tidak mengenal hakikat dirinya dan hal-hal yang merupakan kemaslahatan (kebaikan) bagi dirinya. Bahkan ia lupa dan lalai terhadap apa saja yang merupakan sebab bagi kebaikan dan kemenangannya di dunia dan di akhirat. Maka, jadilah dia seperti orang yang ditinggalkan dan ditelantarkan, yang berstatus seperti binatang ternak yang dilepas dan dibiarkan pergi sekehendaknya, bahkan mungkin saja binatang ternak lebih mengetahui kepentingan dirinya daripadanya.
Dari http://muslim.or.id/aqidah/mengenal-nama-dan-sifat-allah.html
Sains adalah ilmu mengkaji tentang Allah dan Arts adalah tentang mahluk terutama manusia.
http://sharudin.wordpress.com/2007/08/28/bhg04/
Fardhu Kifayah dalam Konteks Pembangunan Negara
Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardhu ain dan apa yang fardhu kifayah. Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk ‘Penjelasan tentang ilmu fardhu kifayah’:
‘Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolihi daripada para Nabi a.s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolihi melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.
Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.
Dari http://nurofislam.blogspot.com/2008/04/fardhu-kifayah-dalam-konteks.html
Dr. Yusuf al-Qardawi pernah membukukan ceramah beliau berkenaan dengan tarbiah di sisi Imam Syatibi (at-tarbiah ‘inda Imam as-Syatibi). Mungkin buku kecil ini boleh ditekuni sebagai contoh method tarbiah dalam bentuk disiplin pengajaran ilmu kepada masyarakat.
Tarbiah adalah satu seni. Teknikalnya fleksibel, isiya tetap dan tidak berubah.
Dalam buku ‘Wasail Tarbiah ‘inda al-Ikhwanul Muslimin- Wasilah Tarbiah di sisi Ikhwan Muslimin’ tulisan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, ulama’ ikhwan mengklasifikasikan tarbiah kepada 7 element. Usrah, khatibah, rehlah, mukhayyam, daurah, nadwah dan muktamar.
Inilah yang bersarang dibenak jiwa segelintir daripada kita bila soal tarbiah ditimbulkan. Tanpa usrah, khatibah dan yang sewaktu denganya maka tiadalah tarbiah. Justeru itu saya tanyakan kepada anda mengapa disempitkan sebegitu makna pentarbiahan? Sedangkan dalam membawa message dakwah ianya perlu dilihat kepada sasaran madue’ yang dituju.
Dari http://ulamaummah.blogspot.com/2008/08/tarbiah-mengapa-disempitkan.html