Sejarah

Ahli sejarah Islam seperti Al-Iji dan Al-Kafiyaji mendefinisikan TARIKH (SEJARAH) sebagai “MENGAITKAN PERISTIWA DENGAN MASA”. Pengkaitan peristiwa dengan masa bukan sekadar untuk hafalan atau menyusun kronologi, tetapi untuk membantu kita menafsirkan sesuatu idea dalam konteks yang betul.

“Idea-idea seorang pemikir, sebenarnya adalah refleks kepada situasi di zamannya”, kata Prof lagi.

Saya terus teringat kepada Karl Marx dan Prof juga seperti sepakat dengan isi kepala saya lantas terus memberikan contoh lanjut dengan mengambil Karl Marx.

“Seperkara yang saya sanjung dalam pengajian Sejarah ialah, kita sentiasa mengaitkan idea dengan masa. Ini merupakan suatu aspek yang penting untuk mengadili idea”, kata Prof lagi.

http://saifulislam.com/?p=884

5 Respon to “Sejarah”


  1. 2 sharudin September 20, 2007 at 6:43 pm

    Bro Abu Saif, saya fikir benar perlu ada kefahaman perkaitanan pemikiran dan masa, dan pembaca pemikiran dalam masa dan suasana yang berlainan perlu mengambil ibrah / hikmah / pengajaran dari pemikiran tersebut dengan memahami konteksnya. Keanjalan Ilmu ini (tanpa menolak keperluan rujukan yang benar) perlu ada agar kita dapat menolak ekstremisma ilmu samada ekstrim liberal, ekstrim radikal mahupun esktrim jumud dan literal.
    http://saifulislam.com/?p=884#comment-5213

  2. 3 shar September 27, 2007 at 12:19 am

    Sejarah Malaysia? Saya suka membaca dan berfikir dengannya. Mencari jawapan kepada persoalan-persoalan dan rahsia. Sejarah Idea? Memang benar kata ustaz jarang sekali di Malaysia.

    Untuk cara melihat sejarah Malaysia dari sudut yang agak berbeza, saya rasa blog saudara kita ni menarik untuk ditinjau…

    http://www.merahsilu.blogspot.com/
    http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/
    http://artmelayu.blogspot.com/

    http://saifulislam.com/?p=906#more-906

  3. 4 shar Oktober 2, 2007 at 3:02 am

    Saya bukan sejarawan. Cuma saya belajar dalam bidang sejarah. Tapi, sebagaimana kebanyakan sejarawan menilai sesuatu, saya akui bahawa cara saya terpengaruh untuk berfikir dan melihat masa depan dengan menoleh kebelakang.

    Andainya anda individu yang meminati pencarian sejarah, di sini ada laman-laman web yang sesuai untuk dikunjungi. Dan apa salahnya juga kalau berkesempatan, mengunjungi tempat-tempat tersebut untuk ‘menikmati’ sejarah dengan lebih dekat.

    http://jeffrockers.wordpress.com/mencari-sejarah/

  4. 5 shar Oktober 11, 2007 at 4:49 pm

    Sebenarnya banyak lagi peristiwa kemenangan umat Islam yang berlaku pada bulan Ramadan ini. Namun yang penting bagi kita umat Islam hari ini ialah kita mengembalikan kegemilangan umat Islam dengan kita menghayati bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

    Peristiwa-peristiwa lain, sila klik di sini

    http://guidance541985.wordpress.com/2007/10/10/hayati-kegemilangan-ramadan/


Tinggalkan jawapan




 

Ogos 2007
I S R K J S A
    Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 43,659 hits

Salam semua

Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.