Salafiyah, Asyairah dan Maturidi

Asy’ariah dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari, kelahiran Basrah (w.330H), manakala Maturidi ialah Imam Abu Mansur alMaturidi (kelahiran Samarkhand, w.333H). Kedua-dua tokoh ini terkenal kerana membendung faham Muktazilah, tetapi pengikut-pengikut dua Imam ini akhirnya dikenali dgn manhaj khalaf dalam akidah (Khalaf maksudnya kaum yang terkemudian). yaitu mereka melakukan takwil (merubah makna lafadz).

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/16/salafiyah-asyairah-dan-maturidi/

10 Responses to Salafiyah, Asyairah dan Maturidi

  1. shar berkata:

    Imam Abu Hassan Ashaari adalah seorang mujaddid (orang yang memperbaharui agama atau reformis). Masalah utama yang dihadapi di zamannya ialah masalah kerosakan aqidah umat Islam. Aqidah umat Islam ketika itu rata-rata telah dilanda, dirosakkan dan diselewengkan oleh berbagai-bagai unsur dan fahaman yang wujud di waktu itu termasuklah fahaman Jabariah, Qadariah dan berbagai-bagai lagi fahaman yang dibawa oleh puak Muktazilah yang banyak bersandarkan kepada hujah akal. Ia sudah sampai ke tahap krisis yang besar dan umat Islam ketika itu berhadapan dengan wabak kerosakan dan penyelewengan aqidah yang berleluasa. Di waktu itu, soal penghayatan aqidah sudah menjadi perkara kecil dan orang yang mahu terlibat dengan usaha penghayatan aqidah ini tidaklah ramai. Soal utama ketika itu ialah memelihara dan menyelamatkan aqidah orang ramai dan masyarakat umum supaya tidak tergelincir dan tidak dipengaruhi oleh fahaman-fahaman Muktazilah yang sesat. Inilah yang menjadi soal pokok dan soal utama di waktu itu yang mengatasi segala soal dan masalah yang lain. Inilah senario yang menjadi sebab munculnya sifat 20 ini.
    http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/14943

  2. shar berkata:

    Konklusinya, sifat 20 adalah sebagai salah satu usaha para ulama utk menyelamatkan akidah umat Islam akibat serangan ahli falsafah seperti yang telah dinaqalkan oleh al imam al ghazzali dalam tahafut al-falasifah (kecelaruan ahli falsafah)

    namun, bukanlah suatu kewajipan yang qat’ie bagi umat Islam utk beriman dengannya (sifat 20) kerana sifat Allah tidak hanya terbatas kepada 20 sahaja bahkan meliputi langit dan bumi dengan segala sifat kesempurnaan yang sesuai dengan keagunganNya. Kata Imam Ahmad; mengenai hadith-hadith sifat (Allah) : Maksudnya : Kami beriman dengannya (yakni dengan segala sifat Allah) dan membenarkannya serta tidak menolak sesuatu darinya apabila diriwayatkannya dengan sanad-sanad yang sahih. (Usul al I’tiqad Ahl Sunnah wal Jama’ah)
    http://khairolkhalid.blogspot.com/2006/04/sejarah-kewujudan-ilmu-sifat-20.html

  3. shar berkata:

    Metodologi ilmu kalam:

    Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.

    Sifat `Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan.

    Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud’ sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.

    (petikan dr kitab Al-Misbahul Munir)

    http://hafizfirdaus.com/index.php?option=com_content&task=view&id=99&Itemid=9

  4. shar berkata:

    Takrif Salafi Mengikut Manhaj Salafi Kami
    Kami meminta maaf kerana menggunakan istilah ‘salafi kami’. Ini bukan dengan tujuan untuk memperkecilkan sebahagian yang mendakwa mereka salafi atau untuk menidakkan ‘salafi’ mereka. Kami juga berusaha seperti mereka untuk menjadi salafi. Jadi penggunaan istilah ini lebih bertujuan untuk menjelaskan beberapa perbezaan di antara kami dan mereka di dalam beberapa isu berkaitan salafi. Istilah ini sudah tentulah lebih baik dan lebih lembut dari istilah sebahagian penulis di dalam blog-blog yang menggunakan istilah ‘salafi lapok’ dan sebagainya.

    Mereka yang mengaku salafi sering mengajak kita semua untuk kembali kepada kefahaman al-Quran dan Sunnah yang sebenar dan merujuk segala masalah kepada nasnya. Ini adalah pendekatan yang kami persetujui dan kami juga mengajak semua orang Islam ke arah yang sama; kembali kepada nas.

    Dengan itu di dalam mentakrifkan ‘salafi’ kami ingin mengajak mereka dan semua pembaca untuk mengembalikan istilah ini kepada nasnya. Dari manakah datangnya istilah ‘salafi’ ini?

    Ia adalah hasil kefahaman yang digabungkan dari beberapa buah hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:

    “Telah terpecah orang-orang Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan dan terpecah orang Nasrani menjadi tujuh puluh dua golongan. Akan terpecah umatku menjadi tujuh puluh tiga golongan. Semuanya dalam neraka, kecuali satu golongan.”

    Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka, wahai Rasulullah?”

    Baginda menjawab: “Mereka adalah orang yang berdiri di atas apa yang aku dan para sahabatku berdiri di atasnya.”

    (Riwayat Abu Daud)
    http://protajdid.blogspot.com/2007/08/saya-juga-salafi-seperti-anda.html

  5. Pak Din berkata:

    Dengan pernyataan salafi sebagai golongan yang telah ada semenjak da’wah Nabi Adam AS dan diteruskan para Nabi sesudahnya maka inilah golongan tertua didunia, golongan yang telah lahir semenjak Nabi Adam AS dilahirkan dan diutus oleh Allah swt sebagai manusia pertama. Mungkin anda akan tertegun sejenak, bukankah pernyataan salafi yang menyatakan bahwa salafi telah ada semenjak Nabi Adam AS menunjukkan sikap arogan yang luar biasa. Dengan pernyataan keberadaan salafi sebagai da’wah awal para Nabi, sehingga salafi menjadi golongan tertua dunia, maka tidak ada peluang sekecil apapun golongan lain menyatakan bahwa golongan merekalah yang benar. Karena salafi menyatakan bahwa merekalah golongan yang paling benar, ajarannya murni dan telah dimulai semenjak keberadaan Nabi Adam AS. Sikap arogan salafi ini diperkuat lagi bahwa salafi adalah Islam itu sendiri, artinya jika anda seorang muslim maka anda harus mengaku sebagai salafi, jika tidak maka mungkin keislaman anda diragukan. Anda tidak cukup mengaku muslim, karena orang syi’ah juga mengaku muslim.

    Dari http://sampaikan.wordpress.com/2007/02/23/sejarah-kelam-salafi-2/#more-10

  6. Pak Din berkata:

    Tidak kafir bagi barangsiapa yang tidak beri’tiqad dengan sifat 20 dan begitu juga sebaliknya.

    Metode berfikir Abu Mansur Al-Maturidi (Pengasas ilmu tauhid ASWJ)

    Berpegang kepada keputusan akal dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syara’. Apabila keputusan itu bertentangan dengan syara’ akal mesti tunduk kepada syara’.

    Sabda Nabi s.a.w: “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi)

    Dari http://khairolkhalid.blogspot.com/2006/04/sejarah-kewujudan-ilmu-sifat-20.html

  7. Pak Din berkata:

    Takwil
    Menurut bahasa: akar kata “al aulu” yang berarti “ar ruyu”=kembali.
    Akar kata “al ayalah” yang berarti “as siyasah”= mengatur.
    Kamus: “aalan aulan dan ma’lan ilayhi”= kembali.
    “aala-aulan dan ma’lan ‘anhu”=“irtadda” (balik kembali).
    Takwil berarti ungkapan atau penjelasan suatu pandangan.
    Kata takwil dapat ditemukan pada QS. Ali Imran 7, An Nisa 59, Yusuf 44, Yusuf 100
    Ulama salaf à menegaskan, takwil adalah:
    1.Menafsirkan kalimat dan menerangkan artinya, baik arti tersebut sama dengan bunyi lahiriah kalimat tersebut, ataupun berlawanan dengannya. (cakupannya: bab ilmu, dan rangkaian kalimat/keterangan seperti tafsiran, komentar, dan penjelasan).
    2. Esensi dari apa yang dikehendaki oleh suatu kalimat. (cakupannya: esensi perkaran-perkara yang didapati di luar, baik terjadi pada masa lampau ataupun yang akan datang).

    Dari http://grelovejogja.wordpress.com/2007/08/07/tafsir-dan-takwil/

  8. Haf berkata:

    As-Salafiyyun adalah manusia. Mereka bisa benar dan bisa keliru! Maka, kita tidak boleh membawa kesalahan dan kekeliruan sebagian As-Salafiyyun kepada Ad-Da’wah As-Salafiyyah.

    Sebagian ulama yang pernah berkunjung ke Eropa ada yang ditanya : “Kalian berkata bahwa Islam adalah agama yang adil, baik dan indah. Tetapi mengapa kami tidak melihat hal tersebut dalam kehidupan orang-orang Muslim?

    Lalu ia menjawab dengan sebuah jawaban yang bagus :”Jika seorang hakim salah dalam menghukumi dan mengambil sebuah keputusan, maka apa (itu berarti) sesungguhnya kesalahan undang-undang ?”

    Jadi, kesalahan dan kekeliruan adalah dari si hakim yang menggunakan dan mempraktekkan undang-undang, dan bukan kesalahan undang-undang tersebut!

    Lagipula, kesalahan yang kini terjadi adalah dilakukan oleh sebagian As-Salafiyyun saja, dan bukan kesalahan mereka seluruhnya ! Ini satu sisi ! Sisi lainnya, apakah perpecahan ini hanya terjadi pada As-Salafiyyun saja? Ataukah hal ini merupakan sebuah penyakit yang telah melanda seluruh golongan-golongan, partai-partai, dan gerakan-gerakan?

    Dari http://www.almanhaj.or.id/content/2112/slash/0

  9. an berkata:

    Aku setuju sesiapa belajar sifat 20 tetapi aku tidak setuju sesiapa tidak belajar sifat 20 dia sesat .. sifat 20 satu kaedah yang digunakan pada zaman al asy ariah dan maturidi untunk bangkit melawan golongan falsafah yang berhujang tetang tuhan pada zaman tersebut.Ada kaedah lain seperti ajaran nabi dan juga kaedah 3 serangkai yang digunakan oleh Ibnu tarmiah.Sesiapa yang mengatakan tidak belajar sifat 20 sesat maka 4 imam mazhab juga sesat kerana pengasas sifat 20 ini lahir setelah ke empat – empat imam ini wafat .Mereka tidak sempat belajar sifat 20 .Aku tidak menolak sifat 20 cuma aku tidak bersependapat dengan kenyataan seperti aku sebutkan ini menuduh orang lain sesat ,wahabi jika tidak menggunakan pandangan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.