Entri ini dikirim pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, 2:26 pm dan diletakkan dalam kategori Note. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
Entri ini dikirim pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, 2:26 pm dan diletakkan dalam kategori Note. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
| Pak Din pada SA71 Dr MAZA, TGNA dan SA… | |
| Pak Din pada SA10 Maqam 2G ke 4G. | |
| Pak Din pada Hisab | |
| adros1428 pada Hisab | |
| adros1428 pada SA10 Maqam 2G ke 4G. | |
| Pak Din pada SA71 Dr MAZA, TGNA dan SA… | |
| W01 CD77 Minggu ke-1… pada SA70 Tak kenal, ngaku ken… | |
| Pak Din pada SA71 Dr MAZA, TGNA dan SA… | |
| Pak Din pada Hisab | |
| kefribrottode pada Hisab | |
| Pak Din pada Hisab | |
| Pak Din pada SA60 Petikan 14 – G… | |
| AlexAxe pada Hisab | |
| Higicoppy pada SA60 Petikan 14 – G… | |
| Pak Din pada SA63 Permata 822 |
Tema Contempt by Vault9.
Blog di WordPress.com.
Ogos 7, 2008 at 6:28 pm |
Perkembangan ilmu tauhid dan faktor2 yg menyebabkan ilmu sifat 20/ ilmu kalam wujud
Asal Usul Sifat 20/ ilmu kalam
Akidah Sifat 20 tidak wujud pada zaman Rasulullah
Hasil titik peluh alim ulama’ setelah wafat baginda
orang mukmin sama ada muhajirin atau ansar beriman secara mengambil terus dari al Quran dan As sunnah…tidak ada ta’wilan. Pendirian mereka adalah beriman dengan sifat-sifat tersebut tanpa mentanzihkan Allah daripada berjirim atau berjisim. Ini tidak bererti perkataan itu tidak bermakna, tetapi makna perkataan itu disesuaikan dengan keagungan dan kebesaran Allah.
“Duhal-Islam”. Karangan Dr Ahmad Amin..juzu’ 3, m/s 1.
masalah akidah zaman abbasiy..100 tahun selepas kewafatan Rasulullah
Dari http://khairolkhalid.blogspot.com/2006/04/sejarah-kewujudan-ilmu-sifat-20.html
Julai 5, 2009 at 1:44 pm |
Asalamualaikum…
Saya berminat dengan coretan saudara mengenai perihal “AKU” untuk itu saya berhajat ingin bertemu saudara dan mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat.
sekian wasalam.
Julai 5, 2009 at 7:19 pm |
Tentang AKU.
1. Terima kasih kerana meminati perihal AKU. Untuk lebih mendapat kesan dari perjumpaan nanti, adalah lebih mantap sekiranya beberapa penyelarasan (perbincangan) di mulakan di sini, atau secara maya. Saya sebenarnya mempunyai kebebasan jasad yang agak terhad. Saya faham tentang terhadnya perbincangan maya, terutama bila mmbincangkan tentang AKU, tetapi itulah yang cuba saya lakukan di Blog ini, iaitu untuk menerangkan kepada diri saya sendiri, terlebih dahulu, adakah saya faham tentang AKU. Agak pelik juga bunyinya! Tetapi sekiranya saya berjaya merakamkan kefahamanan tentang AKU, sudah pasti lebih mudah orang lain memahaminya juga.
2. Sesungguhnya saya sangat berminat untuk berbincang tentang AKU. Banyak juga yang telah saya tulis tentang AKU. AKU adalah tentang Pencipta yang memungkinkan segala-galanya. Aku pula adalah mahluknya yang paling berpotensi mengenali AKU. Saya adalah Aku yang telah diberikan jasad sebagai kenderaan, untuk menjalani ujian kehidupan di atas muka Bumi ini, bagi menentukan kedudukan kehidupan seterusnya. Aku akan melalui tujuh Alam, dengan alam pertama Alam Roh, di mana Aku sangat hampir dan mengenali AKU. Hanya apabila Aku diberikan kenikmatan menaiki kenderaan jasad, pengaruh nafsu dari jasad, menjadikan Aku lupa kepada AKU.
3. Na’au zubillah, atau Berlindung Aku kepada AKU, daripada mengatakan aku adalah AKU, atau aku sebahagian dari AKU. Aku zahir di Dunia sebagai saya, untuk mengenali AKU. Berbahagialah saya, sekiranya dapat menjadi aku, kerena ia menjadi sesuatu yang sangat pelik bagi kebanyakaan kita untuk menerima hakikat bahawa kita adalah aku, bukanya saya. Kebanyakan saya hanyut dengan kenikmatan melayan kehebatan kenderaan jasad. Kebanayakan saya tidak mahu menerima mereka adalah aku yang tidak akan mati, tetapi hanya berpindah ke alam seterusnya. Maka hiduplah kebanyakan saya melayani jasad, tanpa menyedari siapa dia sebenarnya. Apatah lagi siapa Dia sebenarnya?
4. Perlu diperingatkan bahawa aku dan saya, bersama persekitarannya, tidak wujud pada zat atau hakikat! Kita semua hanya wujud pada nama. Kita semua hanya wujud kerana AKU menjalankan KerjaNya. Kita semua sebagai mahluk hanya wujud (pada nama) sebagai Hasilkerja AKU. Terlelap AKU dari berkerja maka lenyaplah Alam ini semuanya. Terhentinya AKU menjalankan CarakerjaNya, bermakna kucar-kacirlah perjalanan Alam semesta. AKU tidak pernah berubah CarakerjaNya, di masa lepas, dan tidak akan mengubah CarakerjaNya, di masa akan datang. Segala yang berubah adalah mahlukNya. Segala yang berubah, merupakan yang bergantung kepadaNya. Segala yang berubah memerlukan evolusi untuk mencungkil potensi Akhsanul Takwimnya.
5. Sungguh menarik perbincangan tentang AKU dan aku. “AKU adalah perbendeharaan yang tersembunyi dan AKU mahu dikenali, maka AKU menciptakan segalanya”, sebahagian dari peringatan yang diberikan oleh AKU. Aku pun terbena secara berlapis-lapis, dalam enam tahap kesemuanya. Aku berevolusi dari sesuatu yang kurang berpotensi dijadikan kepada sesuatu yang paling tinggi potensinya. Aku dijadikan dari unsur-unsur tanah, yang merupakan asas kepada pembentukan segalanya. Jangan dilencungkan pemikiran ke sana, dengan menyempitkan bahawa aku adalah dari saudara aku. Itu hanyalah satu helah untuk tidak membincangkan segalanya.
6. Kecil tapak tangan, niru saya tadahkan, di atas pelawaan Sdr untuk berbincang tentang AKU. Sebagai aku yang diberikan jasad dan kemudian akal, bagi membezakannya dari yang lain, saya sangat terbukan kepada pandangan sesiapa sahaja yang suka irama RAP, Ransangan Akal bukan Perasaan. Hanya dengan berpijak kepada asas kepercayaan kepada AKU, dan kemudian keluar mencari pembuktian di Alam ini, tentang kehadiran segalanya, kita sebagai manusia dapat memenuhi kehendak AKU semasa memulakan penciptaan Aku. Tiada lain yang lebih dibincangkan, dari membincangkan siapakah aku tanpa AKU?