Dari takrif di atas, dapat difahami bahawa qias mempunyai empat rukun iaitu:
Asal iaitu tempat hokum yang sabit dengan dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yang telah sabit hukumnya dengan al-Qur’an.
Hukum Asal: iaitu hokum syarak yang sabit dengan dalil yang hendak diluaskan kepada tempat lain seperti hokum haram arak.
Furuk: iaitu tempat dan hukumnya tidak ditegaskan dalam al-Qur’an atau hadith atau ijma’.
Illat: iaitu suatu sifat yang serupa sebab atau mewujudkan hokum asal yang serupa dengan illat furuk seperti sifat arak dan tuak yang boleh memabukkan.
http://dppwp.wordpress.com/statistik/minggu-1-tasawwur-islam/
Huraian di atas menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran disesuaikan dengan keadaan masyarakat saat itu. Sejarah yang diungkapkan adalah sejarah bangsa-bangsa yang hidup di sekitar Semenanjung Arab. Peristiwa-peristiwa yang dibawakan adalah peristiwa-peristiwa mereka. Adat-istiadat dan ciri-ciri masyarakat yang dikecam adalah yang timbul dan yang terdapat dalam masyarakat tersebut.
http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&id=237
Masyaikh telah menyatakan bahawa membaca surah Fathihah dengan penuh percaya dan yakin akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rihani atau jasmani, penyakit luar atau penyakit dalam. Menjadikan tulisan sebagai tangkal dan juga menjilatnya adalah berfaedadh bagi mengubat segala penyakit.
Terdapat didalam Sihah (enam buah kitab Hadith yang sahih) bahawa sahabat-sahabat Rasuallah s.a.w pernah membaca surah alFathihah dan menghembus keatas orang di ggit ular dan kala jengking, malahan keatas orang yang lumpuh dan orang yang berpenyakit otak. Rasulallah s.a.w sendiri mengakuinya.
http://junjungan.wordpress.com/2006/03/30/fazilat-surah-alfathihah/
Kesimpulan : dalam memahami AlQuran memang kita harus mempelajari “Ulumul Quran” dan banyak membaca KItab Tafsir sebanyak-banyaknya dari berbagai mazhab baik Sunni maupun Syiah, sehingga bisa didapat kesimpulan yang benar dan terbaik, sesuai firman Allah dalam surat Az Zuhruf :”…yaitu orang2 yang mau mendengar atau menanggapi ilmu/data/informasi/dakwah (dari siapapun) dan kemudian (dengan akal yang dikaruniakan Allah) mereka mengikuti yang terbaik.
http://salafyindonesia.wordpress.com/2007/03/30/kerancuan-konsep-tauhid-versi-wahaby-bag-i/
TAFSIR SURAH AL QADR
http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/10/03/143/
Al Qur’an itu turun dengan dua bentuk, bentuk pertamanya itu sekaligus dari lauhul mahfudz kelangit yang terdekat kemudian dari situ diturunkanlah oleh Allah dengan perantaraan jibril kepada Rasulullah saw. berangsur-angsur hampir 23 tahun dari awalnya sebanyak lima ayat dari surat Al-Alaq itu pada malam lailatul qodr juga, yang juga di bulan Ramadhan jadi turunnya dari lauhul mahfudz ke samaiddunia itu pada malam lailatul qodr pada malam yang penuh keberkahan di bulan Ramadhan secara utuh, lengkap kemudian di turunkan secara berangsur-angsur kepada Rasulullah selama hampir 23 tahun awalnya juga pada malam lailatul qodar yang di kenal dengan lailatul mubarokah, sehingga kalau kita baca di beberapa kitab-kitab tafsir kita jumpai penjelasan tentang itu.
http://www.layananquran.com/
Perselisihan Ulama Mengenai Bilangan Ayat Quran
1.Makna ayat pada bahasa : Tanda atau kumpulan.
Pada istilah : Susunan atau sekelompok kata yang terdapat di dalam surah Al-quran yang mempunyai awal dan akhir yang ditandai dengan nombor ayat.
2. Ulama-ulama adad berselisih pendapat mengenai jumlah ayat-ayat al-Quran.
(1) Madani Awal : iaitu yang diriwayatkan oleh Nafi’ daripada dua orang gurunya
Iaitu Yazid bin al-Qa’qa dan Syaibah bin Nashah. Ia terbahagi kepada dua riwayat ;
a) Ahli Kufah meriwayatkan daripada ahli Madinah bahawa al-Quran mempunyai 6117 ayat.
b) Ahli Basrah meriwayatkan daripada Warsy daripada Nafi daripada gurunya bahawa al-Quran mempunyai 6214 ayat.
(2) Madani Akhir iaitu yang diriwayatkan oleh Ismail bin Jaafar daripada Yazid bin al-Qa’qa dan Syaibah bin Nashah dengan perantaraan Sulaiman bin Jammaz. Beliau mengatakan bahawa quran mempunyai 6214 ayat.
(3) Makki iaitu yang diriwayatkan oleh al-Dani yang sanadnya bersambung kepada Abdullah bin Kathir daripada Mujahid bin Jabar daripada Abdullah bin Abbas daripada Ubai bin Kaab daripada Rasulullah s.a.w bahawa al-Quran mempunyai 6210 ayat.
(4) Bashri iaitu yang diriwayatkan oleh Ata’ bin Yassar al-Tabien dan Aashim al-Jahdari bahawa al-Quran mempunyai 6204 ayat.
(5) Kufi iaitu yang diriwayatkan oleh Hamzah nin Habib al-Zaiyat dan Sufyan bin Uyainah daripada Ali bin Abi Talib bahawa al-Quran mempunyai 6236 ayat.
(6) Dimasyqi iaitu yang diriwayatkan oleh Yahya al-Dzimari daripada Abdullah bin Amir daripada Abu Darda bahawa al-Quran mempunyai 6227 ayat.
(7) Himsi iaitu yang disandarkan kepada Syuraih bin Yazid al-Hadhrami bahawa al-Quran mempunyai 6232 ayat.
Dari http://www.j-qaf.net/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2826&forum=4