Bhg 1 Teori Darwin – Pembukaan

Ogos 16, 2007

Jutaan terima kasih kepada ust kerana membincangkan isu ini.

1. Saya menyokong penuh pendapat ust yang mirip kepada mengiakan sains. Tidak ramai yang sanggup mededahkan diri kepada kontrovesi isu Darwin terutama mereka yang memikirkan risiko ekonomi yang mungkin timbul dari mengambil pehak.

2. Allah sentiasa menyuruh kita berfikir … terutama tentangNya (zikrullah) … semasa berdiri duduk dan berbaring (24 jamm walaupun di dalam mumpi) bagaimanapun awas “Jangan berfikir tentang zatNya tetapi fikirkanlah tentang feal-perbuatanNya (Sunahtullah).

3. Sains itu adalah ilmu tentang Alam Semulajadi (Nature) bagi mereka yang tidak beriman dan sebenarnya ilmu tentang Sunahtullah (cara Allah bekerja) bagi mereka yang percaya (beriman). “Di dalam penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam terdapat ayat2 (tanda2 adanya Allah) bagi orang2 yang berfikir (Al-Bab).

Peta

4. Sains mengambil pendekatan empirikal (sesuatu yang boleh diekspiriman berulangkali) dari sesuatu yang hypotetikal (yang diilhamkan oleh akal). Oleh itu kedudukkan sains seperti ilmu membuat rumah, tidak dapat membuktikan tidakadanya Allah dan ilmu sains itu bersifat neutral – tidak kafir. Ketidakfahaman (selalunya prasangka) mereka yang mempelajari sains itu yang sebenarnya boleh mempunyai charge -ve atau +ve.

5. Menggunakan ilmu membuat rumah untuk mengenal Allah sudah pasti tidak dapat diterima ramai kerana ilmu mengenal Allah ialah ilmu Tauhid. Ilmu membuat rumah itu memerlukan ilmu sains (dan teknologi) untuk menjadikannya lebih berkesan. Orang purbapun pandai buat rumah tetapi dengan sains rumah yang dihasilkan jauh berbeza. Begitu juga pengabungan ilmu tauhid dan sains juga memberikan keberkesanan yang lebih dalam mengenal Allah kerana sifat ilmu sains itu.

6. Darwin mengemukakan teorinya melalui ilmu sains dengan membuka kunci2 rashia yang Allah pegang. Allah maha adil dalam memberikan ilmu kepada mahlukNya, samada dia beriman atau tidak kepadaNya. Kita tidak dapat nafikan sainstist2 yang tidak percaya (beriman) kepada Allah itu lebih kenal cara2 Allah bekerja, dengan memerhatikan alam semulajadi (yang semuanya adalah tajjalli Allah).

Peta

7. Penafsiran ayat2 Allah perlu dibuat dengan cermat. Kitab Al-Quran itu adalah pintu kepada Kitab Alam (yang jauh lebih banyak ayat2 di dalamnya) sebagaimana Al-Fatihah itu pintu (pembukaan) kepada Al Quran. Seperti di atas tadi dalam penelitian kita kepada penciptaan langit/bumi siang/malam adalah contoh ayat2 Allah yang perlu diteliti pada setiap masa (Zikrullah). Terlalu ramai yang hanya terpegun dengan kecantikkan Pintu (seniNya yang halus) sehingga tidak mahu keluar mengkaji ayat2 Allah yang di luar. Alangkah malunya umat Islam membiarkan kunci2 rashia ditemuai oleh orang2 yang mereka gelar kafir.

8. Kita sering didedahkan dengan “Kan Al Quran dah kata begitu! … 1400 tahun dahulu”. Malangnya kata2 tersebut kebanyakannya keluar setelah orang Kafir membuat kajian atau penemuan. Kalau nak kata ramai yang tak pandai Arab, mana pergi orang2 berbahasa Arab yang “membaca” Al-Quran. Membaca yang tersurat sahaja dengan meninggalkan yang tersirat, tidak menjadikan Al-Quran itu Rahmatal Lil Alamin (tidak menjadi petunjuk).

9. Hakikatnya ialah membaca alam itu sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang tajam. Ketekunan dalam membuat penelitian, keterbukaan dalam menerima ilham, kepekaan kepada kejadian/perubahan semulajadi, kesabaran menegakkan kebenaran adalah antara ciri2 yang diperlukan dalam merungkai kunci2 kepada yang ghaib. Ciri2 ini kurang diterap kepada muslimin oleh penyampai2 ilmu agama. Ramai yang mengasingkan sains dan agama disebabkan ketidakfahaman ilmu sains itu sendiri kerana jauh lebih mudah menghalal-haram sesuatu dari mengkaji alam.

Peta

10. Ramai yang mengatakan mereka suka sains. Tetapi sains yang bagaimana? Ramai yang suka hasil kerja sains (iaitu teknologi). Ramai yang suka BMW, kereta2 mewah, handset2 canggih dan pelbagai consumer products yang dihasilkan oleh sains dan teknologi tetapi jauh lebih ramai yang tidak minat untuk mengetahui cara2 products itu dihasilkan. Mengguna hasil sains tak kafir kata mereka, tetapi ramai yang tidak sedar hasil sains itu banyak dicipta atau ditemui oleh orang2 kafir. Membaca buku orang kafir, menjadi kafir kata mereka (alasan untuk malas membaca). Hasil kerja orang kafir itu kafir kata mereka. Tetapi apabila hasil sains itu memberi manfaat kepada mereka, tolak tepi isu orang kafir yang menghasilkannya.

11. Darwin sendiri mengatakan sekiranya ada yang menemui penjelasan yang lebih baik dari teori yang dia kemukakan maka buanglah teori dia. Begitu “ikhlas” sainstist kafir ni, tetapi oleh kerana belum ada teori lain yang dapat menandingi teori beliau dan telah banyak saintist2 zaman ini mendapati teori itu kearah yang betul, maka keterbukaan muslimin menafsir teori tersebut sangat2 diperlukan. Darwin seperti Newton, Eienstien, dan saintist2 lain bekerja keras membuka satu demi satu kunci2 rasia Allah (walaupun mereka tak percaya kepada Allah) dan hasil dari mereka ini yang memberikan kemewahan hidup kepada muslimin. Kita perlu ingat “La hawla walaa Kuah illa bi-Llah”. Tiada satu teori atau penemuan saintist2 di atas yang boleh menghasilkan sesuatu manfaat tanpa adanya Allah. Allah yang memberikan kunci rasia kepada mereka kerana ketekunan mereka.

12. Darwin mengatakan alam dijadikan secara kebetulan, natural selection, the fittest survive kemudian disokong Karl Mark dengan materialismnya setelah membaca buku Darwin. Kenyataan2 tersebut tidak membuktikan tiadanya Allah. Ianya semua berasaskan sains dan begitulah displine dalam sains dan sebagaimana tadi bukan ilmu sains yang menjadi teras mencari keesaan Allah. Ilmu Tauhid yang patut digunakan tetapi ilmu tauhid sahaja menghasil Iman yang Taqlid dan hanya apabila digabungkan dengan ilmu sains iman yang taklid menjadi iman ilmu dan kearah iman yakin dan seterusnya.

Peta

13. Mewar-warkan ilmu sains (yang mempunyai displin yang tinggi) sebagai tidak relevent dan remeh adalah seperti mengatakan kita mengenal seseorang tanpa mengetahui jasa2 (kerja2) yang telah dia lakukan. Kita kata kita kenal si Ali (contoh) tapi tak pernah nak ambil tahu apa Ali pernah buat atau Ali boleh buat. Maka timbullah konsep mengingati seseorang dengan “Ali, Ali, Ali … x33) dan tidak pernah mahu mengambil tahu apa dia buat (cara dia bekerja). Atau yang baik sedikit dia tahu Ali itu hebat boleh buat rumah tapi tidak mahu mengambil tahu bagaimana susahnya Ali merancang, membena, mengatasi masaalah, menanggung risiko dan sebagainya semasa membuat rumah.

14. “Game of chances (goc)” kata Darwin. Al Quran mengatakan “Tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan satu permainan”. Dalam mathematik goc ada probability. Eienstien kata “God plays dice”. Belajar probability (kebarangkalian) dimulakan dengan baling duit syiling atau buah dadu untuk memahami konsep kebarangkalian. Kita nampak macam kebarangkalian tetapi pada tahap quantum ia bukan kebarangkalian. Ia menjadi kebarangkalian kerana keterbatasan pemikiran kita dalam mengolah pekara2 halus (quantum). Contoh kita rasa kedudukan syling sama setiap kali baling – 30.123 darjah dari kuku tetapi Allah mengira dalam 30.12343783975823652366 darjah dan lebih tepat dari itu. Hasilnya berbeza antara 30.123 dengan 30.1234 atau 30.12345 dan seterusnya.

15. “The fittest survived” yang menjadikan Karl Mark kagum pada Darwin, adalah cara Allah menulis (menentukan) super-programNya (yang tiada bugs) sebelum adanya alam ini. Dengan pemberian nikmat yang paling besar kepada manusia dalam bentuk akal, Allah kemudian memberitahu “sekiranya engkau percayakan Aku, Aku tak redha mahluk yang diberikan akal menyalahgunakan keonsep tersebut”. Keizinan diberikan juga sekiranya ada yang mahu menggunakannya tetapi diberi amaran “pembersihan” di hari Akhirat kelak. Jadi tak salah Darwin mengatakan itu setelah membuat penelitian kepada alam semulajadi melalui the school of science.

Peta

16. “Natural Selection” mengatakan mahluk berevolusi, berubah mengikut keadaan persekitaran. Yang tidak boleh berubah mengikut keadaan dan zaman akan pupus. Satu kenyataan yang amat benar. Semua ini adalah code2 program yang terkandung di dalam superprogram Allah yang kemudian dia tajalikan kepada alam semulajadu (nature). Bagi mereka yang faham tajalinya Allah di dalam Nature akan merujuk kepada “Allah Selection” dan yang tak nampak mereka lebih selesa dengan “Natural Selection”. Bukan salah Darwin atau sains … salah kita yang melihat dengan mata tapi tak nampak. Bukankah Allah mengatakan ruginya manusia yang diberikan akal tapi tak dapat berfikir begitu juga indera yang lain.

17. Di Barat, debat Evolusionist vs Creationist (evs) melahirkan idea baru “Intelligent Design (id)” yang mana Turki baru sahaja mengadakan persidangan berhubungnya dengan bantuan sainstist2 kafir dari USA. Setelah bertahun menentang evolusionist, Harun Yahya kini turut mengemukakan id. Apa yang jelas setelah ada orang berlari maka barulah muslim belari kalau tidak kosonglah padang. Ilham2 dari Allah telah turun kepada mahluknya sejak manusia pertama Nabi Adam (Adam-Adam belum balig lagi sebelum itu). Bilakah muslim boleh menerajui ilmu Sunahtullah dan tidak menyorok dibelakang. Pada tahap minimanya muslim patut berfikiran terbuka menerima dan bukan menjadi pembangkang dalam ilmu sains. Yang lebih daif bila muslim mengheret ummahnya sekali dengan terus hanya mendalami ilmu halal-haram berbanding ilmu negenal Allah.

18. Manusia itu dipanggil baliq apabila mencapai kewarasan pemikiran. Jadi manusia-baliq (mb) itu berbesa dari manusia-belum-baliq (mbb), walaupun mbb itu mempunyai tubuh phisikal yang sama dengan mb. Syarat sah kesemua ibadah adalah baliq dan ke syurga semua yang mati sebelum baliq. Apa yang membezakan mb dan mbb hanya kesempurnaan akal. Pada tahap kesempurnaan akal, Allah menngangkat si-pelupa (AnNaas) menjadi khalifah dengan mengajarkan nama2 (sebagai simbol berilmu). Pada masa itu Allah jadikan manusia pertama (tubuh phisikal yang sebelum itu sudah ada), tidak bermakna tubuh phisikal pertama.

Peta

19. Mengatakan Adam dijadikan dari tanah dan dari (unsur2) tanah, mempunyai implikasi berbeza. Al-Quran juga mengatakan semua mahluk melata (termasuk manusia) dari air. Secara lafaziah air bukan air-mani dan tanah bukan (unsur2) tanah. Di sinilah yang tersirat membantu menghurai yang tersurat. Di sini juga membezakan antara Al Bab (ayat atas tadi) dengan mereka yang tidak mahu berfikir. Al-Quran menanya “Adakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak?”. Untuk mendapat jawapan muslim tidak dapat tidak, perlu keluar menggunakan Pintu (Al-Quran) untuk merujuk kepada Kitab Alam.

20. Mengkaji Al-Quran adalah Fardu Ain sementara keluar melalui Pintu Al Quran ke Kitab Alam adalah Fardu Kifayah. Janganlah muslim hanya mementingkan diri sendiri sahaja dengan tidak mengambil tahu keutamaan/kepentingan ummah. Lidi perlu bergabung membentuk penyapu untuk keuatan bersama dan mengurangkan kepentingan diri, kerana penyapu yang dapat menghalang kemusnahan lidi yang satu.

Allahu A’lam