Bhg 1 Teori Darwin – Pembukaan

Jutaan terima kasih kepada ust kerana membincangkan isu ini.

1. Saya menyokong penuh pendapat ust yang mirip kepada mengiakan sains. Tidak ramai yang sanggup mededahkan diri kepada kontrovesi isu Darwin terutama mereka yang memikirkan risiko ekonomi yang mungkin timbul dari mengambil pehak.

2. Allah sentiasa menyuruh kita berfikir … terutama tentangNya (zikrullah) … semasa berdiri duduk dan berbaring (24 jamm walaupun di dalam mumpi) bagaimanapun awas “Jangan berfikir tentang zatNya tetapi fikirkanlah tentang feal-perbuatanNya (Sunahtullah).

3. Sains itu adalah ilmu tentang Alam Semulajadi (Nature) bagi mereka yang tidak beriman dan sebenarnya ilmu tentang Sunahtullah (cara Allah bekerja) bagi mereka yang percaya (beriman). “Di dalam penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam terdapat ayat2 (tanda2 adanya Allah) bagi orang2 yang berfikir (Al-Bab).

Peta

4. Sains mengambil pendekatan empirikal (sesuatu yang boleh diekspiriman berulangkali) dari sesuatu yang hypotetikal (yang diilhamkan oleh akal). Oleh itu kedudukkan sains seperti ilmu membuat rumah, tidak dapat membuktikan tidakadanya Allah dan ilmu sains itu bersifat neutral – tidak kafir. Ketidakfahaman (selalunya prasangka) mereka yang mempelajari sains itu yang sebenarnya boleh mempunyai charge -ve atau +ve.

5. Menggunakan ilmu membuat rumah untuk mengenal Allah sudah pasti tidak dapat diterima ramai kerana ilmu mengenal Allah ialah ilmu Tauhid. Ilmu membuat rumah itu memerlukan ilmu sains (dan teknologi) untuk menjadikannya lebih berkesan. Orang purbapun pandai buat rumah tetapi dengan sains rumah yang dihasilkan jauh berbeza. Begitu juga pengabungan ilmu tauhid dan sains juga memberikan keberkesanan yang lebih dalam mengenal Allah kerana sifat ilmu sains itu.

6. Darwin mengemukakan teorinya melalui ilmu sains dengan membuka kunci2 rashia yang Allah pegang. Allah maha adil dalam memberikan ilmu kepada mahlukNya, samada dia beriman atau tidak kepadaNya. Kita tidak dapat nafikan sainstist2 yang tidak percaya (beriman) kepada Allah itu lebih kenal cara2 Allah bekerja, dengan memerhatikan alam semulajadi (yang semuanya adalah tajjalli Allah).

Peta

7. Penafsiran ayat2 Allah perlu dibuat dengan cermat. Kitab Al-Quran itu adalah pintu kepada Kitab Alam (yang jauh lebih banyak ayat2 di dalamnya) sebagaimana Al-Fatihah itu pintu (pembukaan) kepada Al Quran. Seperti di atas tadi dalam penelitian kita kepada penciptaan langit/bumi siang/malam adalah contoh ayat2 Allah yang perlu diteliti pada setiap masa (Zikrullah). Terlalu ramai yang hanya terpegun dengan kecantikkan Pintu (seniNya yang halus) sehingga tidak mahu keluar mengkaji ayat2 Allah yang di luar. Alangkah malunya umat Islam membiarkan kunci2 rashia ditemuai oleh orang2 yang mereka gelar kafir.

8. Kita sering didedahkan dengan “Kan Al Quran dah kata begitu! … 1400 tahun dahulu”. Malangnya kata2 tersebut kebanyakannya keluar setelah orang Kafir membuat kajian atau penemuan. Kalau nak kata ramai yang tak pandai Arab, mana pergi orang2 berbahasa Arab yang “membaca” Al-Quran. Membaca yang tersurat sahaja dengan meninggalkan yang tersirat, tidak menjadikan Al-Quran itu Rahmatal Lil Alamin (tidak menjadi petunjuk).

9. Hakikatnya ialah membaca alam itu sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang tajam. Ketekunan dalam membuat penelitian, keterbukaan dalam menerima ilham, kepekaan kepada kejadian/perubahan semulajadi, kesabaran menegakkan kebenaran adalah antara ciri2 yang diperlukan dalam merungkai kunci2 kepada yang ghaib. Ciri2 ini kurang diterap kepada muslimin oleh penyampai2 ilmu agama. Ramai yang mengasingkan sains dan agama disebabkan ketidakfahaman ilmu sains itu sendiri kerana jauh lebih mudah menghalal-haram sesuatu dari mengkaji alam.

Peta

10. Ramai yang mengatakan mereka suka sains. Tetapi sains yang bagaimana? Ramai yang suka hasil kerja sains (iaitu teknologi). Ramai yang suka BMW, kereta2 mewah, handset2 canggih dan pelbagai consumer products yang dihasilkan oleh sains dan teknologi tetapi jauh lebih ramai yang tidak minat untuk mengetahui cara2 products itu dihasilkan. Mengguna hasil sains tak kafir kata mereka, tetapi ramai yang tidak sedar hasil sains itu banyak dicipta atau ditemui oleh orang2 kafir. Membaca buku orang kafir, menjadi kafir kata mereka (alasan untuk malas membaca). Hasil kerja orang kafir itu kafir kata mereka. Tetapi apabila hasil sains itu memberi manfaat kepada mereka, tolak tepi isu orang kafir yang menghasilkannya.

11. Darwin sendiri mengatakan sekiranya ada yang menemui penjelasan yang lebih baik dari teori yang dia kemukakan maka buanglah teori dia. Begitu “ikhlas” sainstist kafir ni, tetapi oleh kerana belum ada teori lain yang dapat menandingi teori beliau dan telah banyak saintist2 zaman ini mendapati teori itu kearah yang betul, maka keterbukaan muslimin menafsir teori tersebut sangat2 diperlukan. Darwin seperti Newton, Eienstien, dan saintist2 lain bekerja keras membuka satu demi satu kunci2 rasia Allah (walaupun mereka tak percaya kepada Allah) dan hasil dari mereka ini yang memberikan kemewahan hidup kepada muslimin. Kita perlu ingat “La hawla walaa Kuah illa bi-Llah”. Tiada satu teori atau penemuan saintist2 di atas yang boleh menghasilkan sesuatu manfaat tanpa adanya Allah. Allah yang memberikan kunci rasia kepada mereka kerana ketekunan mereka.

12. Darwin mengatakan alam dijadikan secara kebetulan, natural selection, the fittest survive kemudian disokong Karl Mark dengan materialismnya setelah membaca buku Darwin. Kenyataan2 tersebut tidak membuktikan tiadanya Allah. Ianya semua berasaskan sains dan begitulah displine dalam sains dan sebagaimana tadi bukan ilmu sains yang menjadi teras mencari keesaan Allah. Ilmu Tauhid yang patut digunakan tetapi ilmu tauhid sahaja menghasil Iman yang Taqlid dan hanya apabila digabungkan dengan ilmu sains iman yang taklid menjadi iman ilmu dan kearah iman yakin dan seterusnya.

Peta

13. Mewar-warkan ilmu sains (yang mempunyai displin yang tinggi) sebagai tidak relevent dan remeh adalah seperti mengatakan kita mengenal seseorang tanpa mengetahui jasa2 (kerja2) yang telah dia lakukan. Kita kata kita kenal si Ali (contoh) tapi tak pernah nak ambil tahu apa Ali pernah buat atau Ali boleh buat. Maka timbullah konsep mengingati seseorang dengan “Ali, Ali, Ali … x33) dan tidak pernah mahu mengambil tahu apa dia buat (cara dia bekerja). Atau yang baik sedikit dia tahu Ali itu hebat boleh buat rumah tapi tidak mahu mengambil tahu bagaimana susahnya Ali merancang, membena, mengatasi masaalah, menanggung risiko dan sebagainya semasa membuat rumah.

14. “Game of chances (goc)” kata Darwin. Al Quran mengatakan “Tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan satu permainan”. Dalam mathematik goc ada probability. Eienstien kata “God plays dice”. Belajar probability (kebarangkalian) dimulakan dengan baling duit syiling atau buah dadu untuk memahami konsep kebarangkalian. Kita nampak macam kebarangkalian tetapi pada tahap quantum ia bukan kebarangkalian. Ia menjadi kebarangkalian kerana keterbatasan pemikiran kita dalam mengolah pekara2 halus (quantum). Contoh kita rasa kedudukan syling sama setiap kali baling – 30.123 darjah dari kuku tetapi Allah mengira dalam 30.12343783975823652366 darjah dan lebih tepat dari itu. Hasilnya berbeza antara 30.123 dengan 30.1234 atau 30.12345 dan seterusnya.

15. “The fittest survived” yang menjadikan Karl Mark kagum pada Darwin, adalah cara Allah menulis (menentukan) super-programNya (yang tiada bugs) sebelum adanya alam ini. Dengan pemberian nikmat yang paling besar kepada manusia dalam bentuk akal, Allah kemudian memberitahu “sekiranya engkau percayakan Aku, Aku tak redha mahluk yang diberikan akal menyalahgunakan keonsep tersebut”. Keizinan diberikan juga sekiranya ada yang mahu menggunakannya tetapi diberi amaran “pembersihan” di hari Akhirat kelak. Jadi tak salah Darwin mengatakan itu setelah membuat penelitian kepada alam semulajadi melalui the school of science.

Peta

16. “Natural Selection” mengatakan mahluk berevolusi, berubah mengikut keadaan persekitaran. Yang tidak boleh berubah mengikut keadaan dan zaman akan pupus. Satu kenyataan yang amat benar. Semua ini adalah code2 program yang terkandung di dalam superprogram Allah yang kemudian dia tajalikan kepada alam semulajadu (nature). Bagi mereka yang faham tajalinya Allah di dalam Nature akan merujuk kepada “Allah Selection” dan yang tak nampak mereka lebih selesa dengan “Natural Selection”. Bukan salah Darwin atau sains … salah kita yang melihat dengan mata tapi tak nampak. Bukankah Allah mengatakan ruginya manusia yang diberikan akal tapi tak dapat berfikir begitu juga indera yang lain.

17. Di Barat, debat Evolusionist vs Creationist (evs) melahirkan idea baru “Intelligent Design (id)” yang mana Turki baru sahaja mengadakan persidangan berhubungnya dengan bantuan sainstist2 kafir dari USA. Setelah bertahun menentang evolusionist, Harun Yahya kini turut mengemukakan id. Apa yang jelas setelah ada orang berlari maka barulah muslim belari kalau tidak kosonglah padang. Ilham2 dari Allah telah turun kepada mahluknya sejak manusia pertama Nabi Adam (Adam-Adam belum balig lagi sebelum itu). Bilakah muslim boleh menerajui ilmu Sunahtullah dan tidak menyorok dibelakang. Pada tahap minimanya muslim patut berfikiran terbuka menerima dan bukan menjadi pembangkang dalam ilmu sains. Yang lebih daif bila muslim mengheret ummahnya sekali dengan terus hanya mendalami ilmu halal-haram berbanding ilmu negenal Allah.

18. Manusia itu dipanggil baliq apabila mencapai kewarasan pemikiran. Jadi manusia-baliq (mb) itu berbesa dari manusia-belum-baliq (mbb), walaupun mbb itu mempunyai tubuh phisikal yang sama dengan mb. Syarat sah kesemua ibadah adalah baliq dan ke syurga semua yang mati sebelum baliq. Apa yang membezakan mb dan mbb hanya kesempurnaan akal. Pada tahap kesempurnaan akal, Allah menngangkat si-pelupa (AnNaas) menjadi khalifah dengan mengajarkan nama2 (sebagai simbol berilmu). Pada masa itu Allah jadikan manusia pertama (tubuh phisikal yang sebelum itu sudah ada), tidak bermakna tubuh phisikal pertama.

Peta

19. Mengatakan Adam dijadikan dari tanah dan dari (unsur2) tanah, mempunyai implikasi berbeza. Al-Quran juga mengatakan semua mahluk melata (termasuk manusia) dari air. Secara lafaziah air bukan air-mani dan tanah bukan (unsur2) tanah. Di sinilah yang tersirat membantu menghurai yang tersurat. Di sini juga membezakan antara Al Bab (ayat atas tadi) dengan mereka yang tidak mahu berfikir. Al-Quran menanya “Adakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak?”. Untuk mendapat jawapan muslim tidak dapat tidak, perlu keluar menggunakan Pintu (Al-Quran) untuk merujuk kepada Kitab Alam.

20. Mengkaji Al-Quran adalah Fardu Ain sementara keluar melalui Pintu Al Quran ke Kitab Alam adalah Fardu Kifayah. Janganlah muslim hanya mementingkan diri sendiri sahaja dengan tidak mengambil tahu keutamaan/kepentingan ummah. Lidi perlu bergabung membentuk penyapu untuk keuatan bersama dan mengurangkan kepentingan diri, kerana penyapu yang dapat menghalang kemusnahan lidi yang satu.

Allahu A’lam

17 Respons bagi “Bhg 1 Teori Darwin – Pembukaan”

  1. sharudin Berkata:

    Pengertian At-tajalli
    Secara kebahasaan At-tajalli adalah penampakan sesuatu bukan karena sebelumnya terhalang. Karena itulah ia berbeda dengan al-kasyf yang berarti ketersingkapan. و النهار اذا تجلّى (Demi siang kala tampak) Par ahli irfan nazhari menggambarkan secara umum tahap tajalli sebagai tahap ketika zat mutlak Allah Al-Haq dan semua kesempurnaanNya nampakdan menyeruak. Adapun ilustrasi detail proses penampakan itu, para ahli irfan nazhari, memberikan penguraian yang berbeda-beda. Sebagian menganggap al-hulul sebagai proses penampakan. Sebagian lain menganggap al-ittihad sebagai prosesnya. Sedangkan sebagian lain At-tajafi.

    Pembagian At-tajalli
    Sebagian ahli irfan membagi At-tajalli dalam beberapa tahap sebagai berikut:
    1). At-tajalli al-ilmi al-I’tiqadi. Yaitu tahap penampakan konsep-konsep keyakinan yang terbatas -berupa hijab pikiran-. Ini penampakan tak sejati.
    2). At-tajalli asy-syuhudi. Yaitu tahap penampakan Al-haq dalam entitas-entitas subjektif dan objektif –ketika busana selainNya telah lebih dulu dilucuti-. Sebagian menggambarkannya sebagai tahap penampakan Al-Haq berupa salinan muqayyad (terbatas, relatif) atau mutlak dalam forma (tampilan) segala maujud (entitas). Ini pempakan rendah.
    3). At-tajalli al-wujudi asy-syahadi. Yaitu tahap penampakan Al-Haq yang terefleksikan dalam ketetapan-ketetapan dan pengaruh serta jejak entitas-entitas. Penampakan kedua ini merupakan konsekuensi dari penampakan pertama. Ini penampakan medium.
    4). At-tajalli al-‘ilmi al-‘aini. Yaitu Yaitu tahap penampakan Al-Haq dalam forma pengetahuan tentang diriNya berupa forma entitas-entitas, potensi dan kapasitas-kapasitas. Kaum sufi menyebutnya dengan Al-faidh Al-Aqdas atau limpahan terkudus.
    http://muhsinlabib.wordpress.com/2007/02/28/pengetahuan-emosional/

  2. sharudin Berkata:

    Secara sederhana, metafisikawan berusaha menjelaskan rangkuman dan intisari dari apa (of what is), apa yang ada (of what exists), dan apa yang sejati ada (of what is ultimately real). Intisari atau substansi realitas ini secara kualitatif maupun kuantitatif bisa jadi satu atau banyak. Mereka yang beraliran kuantitatif (yakni hakikat sebagai rangkuman realitas atau as the sum of reality) terbagi kedalam tiga posisi pandang: (1) monisme, (2) dualisme, dan (3) pluralisme.
    http://peziarah.wordpress.com/

  3. shar Berkata:

    Ibarat kesehatan, sakit itu adalah keadaan negatif dari kesembuhan; jadi, jika kita sehat kita tidak sakit, dan jika kita sakit berarti kita tidak sehat, demikian seterusnya. Sungguh sangat keliru jika menganggap Tuhan menciptakan keburukan, kekurangan dan seterusnya, karena hal itu akan membenarkan tuduhan bahwa Tuhan itu jahat dan menciptakan kejahatan, tuduhan yang ingin dan sedang dikampanyekan oleh setan sejak awal penciptaan.
    http://www.soulcast.com/post/show/66306/Apakah-Tuhan-menciptakan-keburukan%3F

  4. shiha Berkata:

    Salam..

    Baru berpeluang membaca artikel Pak Din yang pertama. Huih.. banyak lagi yg nak kena baca ni..

    Bagi saya, begitulah juga bagaimana saya menemui Allah taala dalam hakikat yang sebenar. Sejak dari first year medical student, itulah perkara yang pertama saya pelajari – cara kerja Allah. Semakin banyak dipelajari Human Physiology, semakin banyak saya temui Allah dan ciptaan-Nya. (Sebab itulah juga saya mengambil jurusan fisiologi sebagai pensyarah, iaitu hanyalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam, mengenai kejadian Allah yang satu ini :)).

    Bagi saya lagi, doktor hanyalah end user hehe jgn marah ye sesiapa doktor yang membaca ni. Saintis yang menemui/mengkaji ilmu sains / perubatan, supaya dipelajari oleh para pelajar perubatan untuk menjadi doktor. Merekalah (para saintis MUSLIM, sbg contoh) orang – orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Cukup dulu setakat ini.

    p/s: Seronok baca artikel Pak Din :) tapi, saya nih sikit2 ada habit OCD, silau mata bila baca tulisan yang banyak ejaan yang salah hehe. Tapi itu tak menjadi masalah, ilmu yang nak disampaikan tu lebih penting, buat masa ini. Kalau rajin, boleh la hire proofreader sorang. Rasanya anak Pak Din pun boleh tolong kot.

    p/p/s: Tak taulah kot Pak Din dah baca artikel ni dari Dr. MAZA, silalah baca kalau ada kelapangan:
    http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44508&ez=2%20target=_top
    TAJUK: MANFAATKAN KEPAKARAN BUKAN MEMANDULKANNYA
    saya ada pdf file itu kalau tak dapat bukak link kat atas tu.

    Wasalam

  5. shar Berkata:

    Selamat membaca dan menghadam penulisan saya. Saya tahu banyak kesilapan ejaan dalam bahasa. Kalau bahasa Arab yang digunakan itu memang out, kerana bahasa Arab sangat sensitif. Minta maaf pada semua pembaca, nak betuklan belum berkesempatan. Yang penting kalau ada idea yang perlu dilihat dari sudut berbeza, sila utarakan.

    Link tak dapat, kalau boleh ringkaskan artikel Dr Maza atau hantar semua. Tajuk nampak interesting.

    Memang terfikir lama nak diseriouskan penulisan idea dan hasil kerja selama ini, tapi banyak ujian datang.

    Terima kasih melawat dan membaca, semuga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Jaga diri di perantauan.

  6. shiha Berkata:

    Salam..

    Dah jumpa better link. Direct to his own website :)
    http://drmaza.com/

    happy reading

    wasalam

  7. shiha Berkata:

    e,eh.. tadi dah submit, awat tak appear? anyway,

    Salam..
    Yang ni ada better link. Direct from factory hehe :)

    http://drmaza.com/

    happy reading and wasalam

  8. shar Berkata:

    Kupasaan dari Dr Maza

    Insan yang seperti Umar bin al-Khattab dengan segala keberanian dan keperwiraannya yang begitu memusuhi Islam semasa jahiliahnya, tidak dimandulkan sifat itu apabila beliau menganut Islam. Sebaliknya, keberanian dan keperwiraannya itu disusun dan diatur agar bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam yang menguntungkan umat Islam.

    Demikianlah sepatutnya masyarakat Islam, mestilah pandai memanfaatkan kemahiran anggotanya, sekalipun kemahiran dan kepakaran itu dahulunya pernah digunakan dengan cara yang bercanggahan dengan Islam. Namun apabila seseorang masuk Islam atau kembali mempunyai kesedaran Islam, hendaklah disusun atur agar segala kebolehan itu benar-benar boleh dimanfaatkan.

    Mungkin sesetengah lagu P.Ramlee lebih islamik liriknya dibandingkan sesetengah alunan nasyid. Saya bukan memperkecilkan mereka, sama sekali tidak. Saya hargai usaha mereka. Namun, jika mereka menyatakan perjuangan nasyid mereka adalah misi dakwah, maka mereka mesti mengutamakan isi kandungannya dan kejelasan mesejnya.

    Saya jumpa ramai orang professional bukan dalam bidang pengajian Islam, apabila timbul kesedaran Islam dalam diri mereka, mereka seolah-olah mempersalahkan latar pendidikan mereka yang bagi mereka bukan aliran Islam. Padahal mereka mampu memanfaatkan kebolehan mereka untuk umat Islam.

    Namun sesetengah yang kurang faham, oleh kerana mereka dahulu tidak sempat belajar Islam secara formal sepenuhnya, mereka seakan ingin menebus semua kesalahan itu dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama tanpa berhati-hati. Niatnya baik, malangnya sesetengah sekolah agama langsung tidak memberikan penekanan kepada keperluan akademik yang lain.

    Dunia Islam tidak akan mampu diangkat maruahnya dengan semua orang menjadi ‘ustaz’. Tetapi maruah itu diangkat dengan umat menguasai segala bidang serta membawa mesej Islam yang sebenar. Susunlah perjuangan umat ini dengan menyusun kepakaran anak-anak kita dalam berbagai kebolehan. Jika kita lahirkan guru agama yang terbatas pengetahuannya, maka agama akan dipandang sinis.

    Mereka mesti mampu membawa kefahaman Islam yang tulen. Bukan sekadar untuk bercoleteh, atau membuat jenaka atau menyampai cerita-cerita tidak munasabah dalam ceramah yang tidak menggambarkan kematangan dan kemantapan agama yang agung ini.

    Justeru, saya begitu tertarik dengan slogan Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim yang cuba menjadikan perjuangannya dalam ekonomi sebagai jihad. Ya, jika cita-citanya untuk mengangkat maruah agama dan menepati prinsip Islam maka ia adalah pengorbanan dan jihad. Kadang-kala ibubapa yang menghantar anak belajar dalam bidang-bidang selain agama tidak merasai mereka juga sedang menghantar dan membiayai pejuang agama.

    Saya katakan, sesungguhnya tumpuan melahirkan saintis muslim yang beriman lebih diperlukan buat masa kini dari melahirkan seorang ‘ustaz’ dalam ertikata biasa. Ini kerana jumlah ustaz sudah agak ramai, tetapi saintis muslim soleh yang mampu mengangkat wajah umat Islam di hadapan dunia masih ketandusan atau tidak mencukupi. Maka wajib bagi dunia Islam mengembelingkan segala kepakaran yang ada. Bukan ustaz itu tidak perlu, tetapi proses mengeluarkan ustaz nampaknya telah berjalan lancar dan untuk mendapat darjah kebesaran ‘ustaz’ yang tidak pakar tidaklah begitu sukar.

  9. shiha Berkata:

    shiha reply Saifulislam on May 13, 2008 9:30 pm:

    Salam..

    Ilmu sains adalah cara kerja Allah. Dengan memahami ilmu sains, kita dapat memahami bagaimana perintah Allah dilaksanakan. Semua aspek ilmu yang Pak Din sebutkan [teori evolusi, probability, quantum] sesungguhnya memerlukan ketajaman pemikiran, jika kita ingin melihat keindahan ilmu – ilmu tersebut, dan cuba mengaitkannya dengan kebesaran Allah taala. Disebabkan Pak Din seorang engineer, maka lebih banyak contoh yang diberikan adalah berbentuk hukum fizik dan yang sewaktu dengannya.

    Di sini, saya ingin menarik perhatian mereka yang belajar biologi (yang paling asas), anatomi dan seterusnya fisiologi. Betapa banyaknya dan tingginya ilmu Allah, betapa canggihnya cara kerja Allah – untuk menghasilkan sesuatu yang bernama manusia. Saya sangat suka topik Neuromuscular Junction sewaktu fisiologi dulu. Sambil membaca, sambil memahami, sambil menangis.

    Menangis bukan kerana topik tu (agak) susah, tapi terlalu kagum dengan betapa detailednya bagaimana sesuatu impuls itu hendak dialirkan ke muscle. Betapa kecilnya junction itu , tapi begitu banyak sequence yang berlaku sebelum signal/impuls/action potential itu dapat dijanakan dan akhirnya sesuatu otot itu mengecut, lalu menghasilkan pergerakan [cth; menjentik jari]..

    Malangnya dan sedihnya, semua ini adalah hasil penemuan non-muslim.

    Semakin difikirkan, semakin terasa kerdilnya diri.

  10. shar Berkata:

    Dah baca tapi tak terkomen di sana. Betul tu … salinkan di sini, percuma tak kena bayar. Nak bayar bank akaun ada!

    I mentioned that we are, as mahluk digital, and Allah is the ultimate analogue. This is in line with Quantum Theory, the finer side of physics. Science that deal with packetised energy, from the 4 fundamental energies that exist in the universe, accorfing to ToE (Theory of Ecerything).

    be back soon

  11. Adros Berkata:

    …perkataan “anatomi” diatas, ada (selalu) disebut oleh anak yg sekarng di UPM (cuti sems till Jun). malah ia satu subject (rasanya)! so, tak lah terlalu ‘heavy’ utk saya deahkan perbincangan ini kpdnya?

  12. shar Berkata:

    Nothing is heavy except when you do not want to carry.

  13. shiha Berkata:

    Salam ukhuwwah..

    Maaf tanya, anak Mr. Adros amik course apa?

    Believe it or not, in Physiology, we also deal with Quantum Theory. We use the same principle as in Physics, and apply it to the human function. But of course, this is only scientific language, while Allah just says Kun fayakun..
    While we the mortal being, have to decode the system in order to understand just a bit of His knowledge.

  14. Adros Berkata:

    Salam Ukuwwah (kembali)…
    BSc of Agriculture (Animal Science). TQ

  15. shiha Berkata:

    Oh.. kalau animal science, biasanya ada jugak subject anatomy & physiology. Tapi untuk animal la. Tak sure la pulak kalau dia cover human skali. Human = mamalia. :)

  16. shar Berkata:

    Not many Muslim can equate that, human=mammal. Al Quran did mention that, indirectly I suppose and we are a thinking mammal or animal, indeed. We are physically (anatomically) having similar functional in many body parts. In one study carried in animal, the DNA describing some parts of the body were interchanged, and it produce the required part as expected although its DNA of that particular part is from other animal. It shows a common design, it proof a common evolution.

    But most Muslim, were thought to be skeptical to saintliest, especially the non-Muslim. This out of syllabus, emotionally based meme has been spread among students, maybe not by the physics lecturers directly, but by the non-scientific community surrounding the campus. I think you agree with that statement. There exists a glass wall surrounding students toward fully opening up their mind for this kind of input. I understand the needs for protecting these young minds, against unwanted elements, but the ability of the transferor is questionable, judging from the present result produced.

    First approach explanation on Quantum understanding is mention in Bgh 6 Teori Darwin – Fi sittah … para 4.

  17. Min Berkata:

    Bahagian satu, saya merumuskan tiga pekara asas tersirat di dalam Teori Darwin, Game of chances, The fittest survived dan Natural Selection berserta dengan beberapa huraian pendek. Kalau kita faham apa yang tersirat di dalam ketiga-tiga terma ini maka bolehlah kita menganggap bahawa kita sedang di dalam perlumbaan ke arah garis penamat. Jangan cerita terlalu awal pasal, tangan saya lebih awal dari badan dia, untuk mempertiakai siapa sampai dahulu. Apa kita perlu sangat dengan menjadi pemenang atau kita bersyukur diberikan kudrah dan iradah bersama-sama menyertai pertandingan. Betulkan niat anda dahulu!

    Kemudian kesemua 20 bahagian itu bersynergi untuk membena satu kesimpulan, iaitu adanya Teori Darwin itu memperkuatkan lagi keimaan dan pembuktian keimanan kita terhadap Allah swt. Kalau ada yang mengambil jalan pintas dengan niat yang tidak tepat, saya kira ramai lagi orang lain yang suka berbuat demikian. Maka sudikanlah pergi berbahas dengan mereka, kerana saya membincang Teori Darwin untuk mengenal Allah dan mengenal diri. Bukan untuk degree atau makan gaji!

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/14/s027-percaya-atau-tidak/#comment-1637

Tinggalkan Jawapan