Saifulislam … Islam akan dianggap mengarut, apabila gagal berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi.
… Setiap artikel yang ditulis adalah untuk menggalakkan pembaca berfikir, bukan menelan.
Abu Imad … provocating minds without enough reasoning is sometime dangerous.
… Some information can be translated to knowledge, not all information is knowledge, information without understanding is lost, knowledge without understanding is also lost.
Ummu Saif … cepat pesimis dgn sstgh teori barat tanpa analisa yg kukuh.
Petikan2 di atas menghasilkan kenyataan2 berikut;
1. Saya merasa teruja dengan tajuk Darwin ini. Ia bukan sahaja kerana kontrovesinya tetapi menjadi kayu pengukur di mana kedudukan iman dan ilmu kita. Di Barat beberapa blog khas (bukan tajuk sahaja) membincangkan hal ini, secara berterusan. Evolutionist vs Creationist (evc). Evc telah melahirkan “Intelligent design (id)”. Bagaimanapun id kalah dalam beberapa siri tuntutan di mahkamah. Id dilihat seperti “Rufaqa mengantikan Arqam”.
2. Allah menjadikan alam ini dengan berpasangan, paling asas unsur baik dan jahat (+ve vs -ve, singkatnya +v-). Kita harus memadang +v- dengan kacamata monoism bukan dualism, yang menyebabkan nanti adanya dua pentabdir alam (seperti terlihat di dalam beberapa kepercayaan yang ada di dunia). Al Quran mengatakan “Dia yang mengilhamkan fujur (buruk) dan takwa (baik)” yang disalurkan ke alam ini melalui malaikat dan syaitan.
3. Pemberian akal pada manusia adalah untuk tujuan tidak lain membezakan +v-. Keterbukaan kita menerima bahawa baik itu adalah tiadanya jahat dan sebaliknya, akan memberikan erti kesenian yang halus dalam penciptaan Allah. Ibarat see-saw mainan kanak2, naiknya sebelah kanan adalah kerana turunnya sebelah kiri. Banyak mana tahap ketinggian di kanan akan menghasilkan tahap kerendahan yang sama di kiri, dari neutralnya – mendatar.
4. Pisang itu adalah terdiri dari isi dan kulit (barang dan bungkusannya). Kita tahu (malah Adam-adam juga) mengambil isi dan membuang kulit. Kalau ada yang memberi (menyampaikan) isi sahaja tanpa kulit, kita rasa kurang selesa, walaupun kita akan membuang kulit sebelum mengambil isinya. Kulit itu memastikan isi berada di dalam keadaan terbaik. Walaupun ibarat ini terlalu simpified tetapi itulah hakikat alam.
5. Al Quran mengemukan ayat2 mahkamat (nyata hukumnya) dan mutasyabihat (samar maknanya). Sudah pasti Allah mengemukakannya untuk kita menggunakan nikmat terbesar yang Dia berikan. Akal untuk berfikir. Hasilnya kita berikhtiar (membuat pilihan terbaik). Kita jelas dengan fungsi kulit pada isi kerana ia adalah di tahap asas melihat +v- (tahap tadika). Naik ketahap SRP, SPM, Ijazah seterusnya PhD ia semakin “sukar” untuk memahami/menikmati kesenianNya.
6. KesenianNya yang halus hanya dapat dilihat dengan pemikiran yang tajam. Pemikiran yang datang dari akal yang telatih dan sentiasa dilatih. Minda (sejenis dengan roh) yang sehat memerlukan makanan sebagaimana jasadnya. Berfikir antara makanan utama minda yang perlu terus dijentik (provocating minds) untuk mengatasi lupa (tidak aktif). Manusia itu fitrahnya pelupa (AnNas). IQ, EQ, Intelligent, Sentience, Sapience antara pharsa yang perlu dirujuk.
7. Kesesatan membuat kita tidak tahu kita dimana. Paling teruk lagi dah tak tahu nak kemana!. Dalam kelam kabut mencari arah, ramai yang mengambil pendekatan yang ramai itu selalunya benar. Popularity. Perlu diingatkan teguran Nabi saw kepada ratio 1:72 dan 1:73. Tanpa kesedaran kepada pentingnya berfikir secara rational (mengikut akal) dan tidak berfikir secara emotional (mengikut hawa-nafsu), manusia akan terus menjadi an-nas (si pelupa). Ingatlah roh kita telah berjanji dengan Tuhannya.
8. Allah itu Maha Adil. Akal yang diberikan pada manusia sehingga ia menjadi “baliq” dan mendapat pangkat Khalifah di Bumi, perlu digunakan dengan melihat kepada hasil (dari pilihan yang dibuat). Kemajuan tamaddun manusia sehingga kini dicapai atas landasan sains, yang menghasilkan teknologi. Pemikiran yang membolehkan pengambilan isi dan “menghargai” fungsi kulit sebelum membuangnya, menghasilkan manusia yang berjaya. Dengan hanya mengatakan kulit itu tidak berguna tanpa mahu berfikir tentang keseniannya tidak mempraktikkan keadilan Allah, kerana keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempat/fungsinya.
9. Terlalu awal mengatakan Allahu A’lam tidak menjadikan kita awal ke syurga. Apatah lagi apabila sikap kita selepas itu, menyerahkan segalanya kepada takdir. “Ikat tali untamu dan kemudian bertawakkal”. Kita perlu didedahkan dan belajar mendedahkan diri kepada +v- dan tidak hanyut di arus sangkaan. Hanya dengan ilmu sesuatu pada sangkaan itu menjadi sebaliknya. Persimis akan hanya membuatkan kulit pisang tak berguna lansung, sedangkan ia telah berfungsi buat beberapa ketika.
10. Kekhuatiran tersesat, tidak membantu dalam mencari arah-tuju. Was-was itu disemai syaitan ke dalam dada (pemikiran) manusia. Berbeza dengan muhasabah, yang lehih berkesan untuk mendapatkan arah-tuju dan sepatutnya dijadikan alat mencapai kemajuan. Melangkahlah dengan cermat berbekal ilmu di dada dan ingatlah tersalah langkah yang pertama, tidak menjadi kesalahan sekiranya tak berulang. Tidak melangkah kerana kekuatiran tak memberi peluang untuk ke mana2.
11. Lambakan maklumat lebih baik dari tiada lambakan. Apakah sebelum lambakan di alam maya, tidak berlambak maklumat di alam nyata? Bukankah Allah yang mencipta pisang dengan kulitnya? Kita tahu yang kita perlukan ialah ilmu. Kanak2 berlatih mengopek kulit pisang setelah belajar tentangnya maka ilmu itu adalah hasil dari mengupas kulit maklumat. Khabil belajar dari burung gagak dan Allah tidak pernah berhenti memenuhi alam ini dengan catatanNya. (Dia mengajar dengan Al-Qalam). Blog tertua di dalam sejarah.
12. Pemerhati2 alam (sainstist) memaksimakan kepekaaan indra untuk menghasilkan kenyataan2. Mereka membaca alam dengan tekun dan teliti. Dengan peredaran zaman terbentuklah satu tata-cara/teknik pemerhatian alam. Perkataan sains hanya timbul awal abad ke 19, sebelum itu ilmu pemerhatian alam dirujuk sebagai “natural philosophy”. Antara kaedah asas pemerhatian ialah empirikal – sesuatu yang boleh diujukaji berulangkali. Tidak ada pembohongan atau sangkaan kerana ujikaji mestilah boleh diulang berkali2 dan boleh dibuat oleh pengkaji yang berbeza. Tidak timbul isu isi menjadi kulit dan kulit menjadi isi. Kedua2 kulit dan isi, dikaji tentang zat, sifat/tingkahlaku (dan perbuatannya sekiranya berkenaan).
13. Sudah pasti pengalaman sainstist dan pembaca/pengkaji kenyataan sainstist dua pekara berbeza. Lebih pasti kefahaman kepada apa yang dikaji jauh berbeza. Yang pasti sainstist2 ini yang telah menghasilkan teknologi yang kemudian membentuk perubahan kepada tamaddun manusia, sedangkan pehak kedua menjadi penggunanya. Apakah pengguna (atau pengkaji kenyataan) lebih arif dengan alat yang digunanya dari pencipta yang menghasilkannya? Allah Maha Mengetahui apa yang dibentukNya dan Dia telah memberikan keizinanNya kepada semua yang telah dicipta melalui sains dan teknologi.
14. Kegagalan berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi mempunyai implikasi keimanan yang besar. Tanda nyata iman takliq yang menguasai diri. Tidak ada pencapaian sains dan teknologi yang terkeluar dari genggaman Allah. “Tangan Allah di atas tangan mereka”. “Tiada satu zarrah (atau yang lebih kecil dari itu), walaupun yang didalam gelap gelita, yang terlepas dari pengetahuan Allah”. Maka kegagalan memahami sains adalah kegagalan memahami ayat tersebut, dan kegagalan mengenal Allah yang sebenar. Kegagalan mengenal Allah yang sebenar, bermakna mensyirikkan Dia, lebik teruk dari kafir (kedudukan kebanyakan saintist2 yang berjaya). Allah yang membentuk kulit dan isi pisang.
15. Janganlah terus terbawa2 dengan prasangka buruk pada kulit pisang hanya kerana ianya tidak boleh dimakan. Ada mahluk Allah yang lain berminat kepadanya. Dan seterusnya janganlah kita menyangka mahluk Allah yang berminat dengan kulit tersebut tidak memberikan manfaat kepada kita. “Sesungguhnya ia bagi kamu musuh yang nyata”. Masaalahnya musuh yang nyata itu jauh lebih mudah diperangi dari musuh dalam selimut. Ibarat balik dari perang yang sangat dasyat, ada perang yang lagi sangat dasyat. Belajarlah berinteraksi dengan musuh yang nyata untuk memerangi musuh yang berada di dalam selimut. Ketahuilah minda kita yang berprasangka berpotensi menjadi musuh dalam selimut.
16. Tuntutlah ilmu bukan belajar, kerana belajar itu untuk lulus periksa dan kemudian dapat kerja. Malangnya setelah dapat kerja yang belajar selalunya berhenti belajar, tetapi yang menuntut berhenti hanya kerana berpindah. Berpindah ke alam lain. Menuntut menjadikan kepekaan indra (5 biasa, akal dan hati) bertambah tinggi kearah mencari kebenaran hakiki (kebenaran kebenaran). Hanya ilmu dapat mengingkatkan tahap keimanan. Hanya ilmu dapat merungkai kehalusan senibena Allah yang diteliti Darwin mengandungi 3 ciri kontroversial, Game of Chances, Natural Selection dan The Fittest Survived.
17. Al Quran ada mengingatkan kita supaya jangan mencemuh Tuhan orang lain, dikhuatiri mereka akan mencemuh Allah. Walaupun ada yang mengatakan ayat tersebut telah dimansuhkan, yakinlah Al Quran itu mengandungi segala yang nyata, “Tiada keraguan padanya”. Hanya kerana kita menyangka kita berada di jalan yang benar, tidak bererti kita berada di jalan yang benar. “Tidak beriman sesorang itu sehingga imannya diuji”. Dengan menyangka sesuatu yang kita buang itu tak berguna, tidak bermakna ia tidak berguna. Ingatlah kulit yang memungkinkan isi berkembang dari tiada kepada ada.
18. Mengatakan Teori Darwin itu mengarut hanya akan membuka peluang kepada mereka mengatakan yang sama kepada kita, seperti petikan dari Ust Hasrizal. Begitu juga setelah ramai yang mengatakan sainstist mengarut, maka keluarlah buku yang mengatakan yang beragama itu mengarut, “The God Delusion”. Ya, kita boleh halang jasad buku2 begini dari masuk kawasan kita, tapi itu sahajalah yang mampu kita buat. Roh boleh berjalan tanpa halangan. Begitu juga “meme”.
19. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini menjadi ujian kepada manusia untuk menentukan kedudukan di akhirat, walau sesingkat mana kedudukannya. Pengukuran tahap makrifat (kenal), karib (dekat) manusia sebagai mahluk kepada haliqnya perlu dibuat di dunia. Terlambat kalau dah berpindah ke alam seterusnya. Siapakah yang lebih kenal dan hampir dengan Allah .. yang menekan butang untuk melepaskan peluru berpandu atau yang menadah tangan memohon sesuatu? Itulah kesannya senjata yang disalahgunakan.
20. Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan pada Dia kita akan kembali. Tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan melakukan sesuatu melainkan dengan adanya Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang wujud melainkan Allah. Allahlah sebaik2 pemberi ilmu dan rezeki. Sebesar-besar rahamtNya ialah memberikan hakguna kepada mahluk apa yang menjadi hakmilikNya.
Allahu a’lam
Dikirim oleh Pak Din 31