D_Kadir … Al Quran tidak menceritakan dengan jelas berkenaan ummat yang diciptakan sebelum Nabi Adam.
Adros … kefahaman mendalam tentang sains & syariat.
Nyamuk … Apa itu beriman dengan perkara ghaib?
Cidos … membuka ruang pengkajian, bukan menerima sepenuhnya.
Petikan2 di atas menghasilkan kenyataan2 berikut;
1. Kemunculan ICT atau IT memudahkan minda melompat dari satu suasana ke suasana yang lain, tidak terbatas dengan sempadan phisikal dan kekekangan masa. Untuk sampai ke halaman ini, kita ke halaman utama Ust Hazrizal dan kemudian melompat/berpaut ke sini. Halaman utama memaparkan ringkasan tajuk2 dengan butiran lanjutnya disajikan di halaman2 lain dengan terperinci.
2. Kitab Al Quran di turunkan Allah berfungsi memaparkan petunjuk2 (hidayah) utama dan kemudian mengarahkan kita merujuk ke Kitab Alam untuk mendapatkan banyak butiran lain. Al Quran (berbahasa Arab) juga membenarkan kitab2/suhuf2 yang telah diturunkan sebelumnya (yang diturunkan dalam pelbagai bahasa). “Penciptaan langit/bumi, siang/malam merupakan ayat2 Allah” dan banyak lagi ayat2 sains yang mengarahkan lompatan/pautan dari Al Quran kepada Kitab Alam.
3. Al Quran yang mengandungi 6236 ayat boleh dibahagikan kepada 7 tajuk utama antara lain ilmu mentauhidkan Allah, ilmu pengurusan (individu dan masyarakat), cerita2 tauladan dan sempadan dan ilmu sains (perkataan ilmu dan sains itu sinonim dalam bahasa Arab!). Tidak kurang dari 1000 ayat Al Quran adalah ayat2/kenyataan2 berkaitan sains. Sebagaimana Nabi Muhammad saw diagungkan sebagai seorang pembena negara (negarawan yang membena empire yang luas) kita tidak harus lupa Nabi saw juga seorang sainstist (orang yang membuat kenyataan2 sains), walaupun cara memperolehinya adalah laduni berbanding cara empirikal.
4. Al Quran itu jelas (”tiada keraguan di dalamnya”) dalam hal2 prinsip, asas, usul, fandumental tetapi mengarahkan manusia melompat/memaut (”klik dengan tetikus”) ke Kitab Alam, dengan berbekalkan akal yang diberikan Allah. Oleh kerana keutamaan persekitaran pada zaman Nabi adalah berteraskan pembangunan asas umah dan negara, persoalan2 sains kurang mendapat tempat dalam periwayatan (hadis), bukan kerana ketidakmampuan minda ketika itu tetapi kerana keutamaan yang mendesak. Maka timbullah banyak isu sains tidak jelas di dalam Al Quran atau hadis.
5. Haliq (Allah) membentuk mahluk (pelbagai jenis). Allah itu adalah selain dari mahluk (awas menyebutnya!). Muhalafatu Lil Hawadis. Maka dalam membincangkan carakerja hanya dua kategori besar, carakerja Haliq (Allah) atau carakerja mahluk, dan Sains itu adalah carakerja Allah (sunattul Allah) dan Arts (melayunya disempitkan kepada Seni) adalah carakerja mahluk (terutamanya manusia). Maka syariat itu adalah wahyu (recomendation?) Allah kepada carakerja manusia. Sepanjang penurunan kitab2/suhuf2, sains tidak berubah (termasuklah satunya Allah) tetapi syariat berbuah2.
6. Otak mempunyai pelbagai fungsi. Utamanya sebagai CPU (central prosessing unit), mengkoordinasi segala subsistem yang ada. Akal (+ve rational mind) dan “hati” (-ve emotional mind) adalah dua indera utama bersama2 lima indera biasa -pandang, dengar, rasa, sentuh dan bau, yang digunakan manusia sebagai alat menerima input luaran. Dengan akal kita menerima ilham (secara terus atau melalui sesuatu) dan dengan “hati” kita tersentuh perasaan melihat/mendengar sesuatu berita sedih. Jurang kepekaan (Sensitivity Range) kesemua indera2 adalah terbatas, contoh kelawar dapat mendengar apa yang kita tak dengar dsb. Segala2 yang berasa di luar jurang kepekaan indera adalah sesuatu yang ghaib bagi kita.
7. Al Quran, pintu yang membolehkan kita menyelami dan menyakini carakerja Allah (sains) memberi peluang kita membuka pelbagai kunci ghaib (rashia) Allah, walauppun kebolehan tersebut banyak dipelopori golongan kafirun. Hasil sains adalah apa yang digelar teknologi. Dengan teknologi kita dapat memperbesar jurang kepekaan indera kita, guna untuk melihat sebahagian dari yang ghaib. Mikroskop diguna untuk melihat kuman. Teleskop untuk melihat cerkawala. Thermometer untuk mengukur kepanasan di dalam relau. Ilmu mantis sebagai teknologi berfikir secara qias (parallel, inductive, etc thinking) membolehkan pemikiran kita menjangkau idea2 yang sebelum ini dilihat sebagai mustahil.
8. Oleh itu berilah keadilan kepada Pintu, dengan menggunakannya sebagai laluan keluar mencari jawapan kepada pelbagai masaalah sains dan teknologi. Ayat2 Allah di Kitab Alam tidak terhingga banyaknya berbanding yang dapat disuratkan di dalam Al Quran. Sekiranya kita sebagai muslim tidak mampu melakukannya, janganlah kita menjadi pembangkang kepada saintist2 yang menggunakan kepakaran dan displin yang kukuh dalam menterjemah Kitab Alam kepada bahasa yang mudah kita fahami (sebenarnya bahasa sains ialah mathematics – susah juga nak faham!). Teori Darwin adalah salah satu hasil dari pengamatan kejadian alam. Sains pernah membuktikan kesalahan sangkaan bahawa matahari mengelilingi bumi. Kalau dulu Corpernicus yang terkorban, janganlah di zaman ini minda muslim yang terkubur disebabkan kesangsian menerima penemuan sains.
9. Allah yang membentuk buruk dan baik, isi dan kulit pisang. Apabila Al Quran menyatakan syaitan itu adalah musuh yang nyata, kita menerima carakerja Allah (yang mencipta jin) tetapi kita disaran untuk tidak mengambil kemudaratan mengikutnya, dalam carakerja kita sebagai khalifah di bumi Allah. Apa yang dikemukakan oleh sains sebenarnya adalah carakerja Allah yang berhak mencipta buruk dan baik. Dari satu sudut kita perlu melihat bahawa Allah hanya perlu membentuk yang baik sahaja (seperti mana di dibancang lalu) kerana yang buruk itu adalah kesan dari pembentukaan yang baik!. Kehalusan senibena Allah.
10. Allahlah yang menurunkan air (senang diterima). Allah jugalah yang menurunkan pakaian (Al A’raf) dan Dialah yang menurunkan besi (Al Hadid). Kedua penurunan pakaian dan besi perlu merujuk kepada saintist untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagaimana penurunan air membolehkan penanaman pokok yang mengeluarkan kapas dan proses pembentukan Ferrous Oxide (besi) di permulaan alam ini yang saintist sebut sebagai “Big Bang”.
Allahu a’lam
Dikirim oleh Pak Din 31