1. Pencarian manusia kepada tuhan bermula dari ‘baliq’. Setelah Allah swt mengajarkan nama2 sebagai simbolik kenaikan pangkat kepada khalifah. Perlu juga diingat mulanya Islam (budaya hidup) juga pada saat yang sama. Bukan bermakna yang sebelum itu tidak Islam, (seluruh alam bertasbih kepadaNya) tetapi dengan bermulanya kewarasan akal, mahluk Allah dipertanggung-jawabkan dengan pilihan yang dibuat. Perkembangan pengunaan akal terus meningkat dari saat itu, berinteraksi dengan alam dengan petunjuk (sedar atau tidak) dari Allah swt.
2. Kita adalah roh, yang diberikan jasad sementara di dunia sebagai kenderaan, untuk menjalani ujian mengabdikan diri kepada Allah dengan jiwa (nafs-diri) sebagai perantara roh dan jasad. Roh kita sangat kenal (arif) dan rapat (qarib) kepada Allah swt, tetapi bila dapat saja kereta baru terus bergelar si-pelupa (An-Naas). Maka teruslah kita memandu kereta, dengan kadang2, tak tahu nak kemana dan dari mana kita datang. Memandu terus memandu tanpa mengira hadlaju dan di hadapan polis menunggu. (Ketertiban hilang bila terpandang tanda hadlaju.)
3. Dari bekalan sedikit ilmu yang Allah swt berikan, manusia terus belajar untuk memenuhi ruang kosong di dalam mindanya, dengan memerhatikan persekitarannya (Eienstian pun guna kurang 10%). “Aaa.. macan tu nak tanam mayat rupanya” kata Qabil … sehinggalah “Aku tak suka yang tenggelam timbul, sekejap ada sekejap tak ada, macam matahari/bulan” kata Nabi Ibrahim. Maka Allah swt terus menyalurakan kepakaran2 kepada insan2 pilihanNya. Dari tukang kayu, kemudian tukang besi. Berkomunikasi dengan binatang dan sampailah pandai menulis ‘blog’ di zaman Nabi Ibrahim dan Mesopotamia.
4. Maka setiap kali manusia berusha memahami alam, dia sebenarnya cuba memahami carakerja Allah swt (sunahtullah) dan ilmunya dipanggil ilmu sains (mula abad 19) atau falsafah semulajadi (natural philosophy) sebelum itu. Sebaliknya, segala tingkahlaku manusia, khasnya dan mahluk lain amnya, dikategorikan kepada arts. Makan, minum, bersosial dan segala macam kegiatan manusia termasuk berbudaya dan beragama adalah contohnya. Begitulah dua kategori besar carakerja – Halik dan mahlukNya.
5. Dalam berbudaya, manusia sering bercakaran antara satu sama lain kerana rambut sama warna tapi hati lain2 (mengikut selera nafsunya). Sesuai perkembangan minda manusia, Allah swt mensyariatkan cara berbudaya (beragama) melalui penurunan kitab2/suhuf2, dengan Al Quran sebagai yang terakhir. Syariat Allah itu kemudian diterjemahkan kepada budaya Islam melalui Nabi Muhammad saw, yang dirujuk sunnah Rasullulah (syariat Allah). Sebelum itu dikatakan terdapat 124,000 nabi2 dan 313 rasul2 yang menjalankan kerja penyampaian!
6. Mencari jawapan kepada persoalan ‘dari mana nak ke mana’ merupakan resah gelish akal yang hidup dan waras. Ahli Falsafah (dari perkataan greek philosophía – lover of wisdom) adalah pencinta kewarasan. Dari SPA (Socrates-Plato-Aristotle) sehinggalah Al-Ghazali, pengetahuan tentang sunattullah berkembang selaras dengan perkembangan minda dan alat pengkajian. Segala kemajuan ini, tidak dapat tidak, perlu dikaitkan dengan petunjuk (hidayah) dari Allah, kerana Allah sajalah Guru yang Maha Mengetahui rashia alam (mahluk) dan hanya dengan Dia sajalah, yang memungkinkan sesuatu berlaku. Laa hawla walaa kuwata, illa billah.
7. Pewarisan pengetahuan mengenai perkembangan peristiwa dari generasi ke generasi, berlaku secara lisan sebelum adanya cara persuaratan. Kajian yang dinamakan ilmu sejarah ini, tidak terbatas kepada carakerja manusia sahaja, malah ia merangkumi carakerja Allah swt juga. Oleh kerana sejarah penulisan hanya berusia kurang 5,000 tahun sahaja, maka segala sejarah (samada carakerja Haliq dan Mahluk) yang berusia lebih dari itu, terpaksa dibuat berdasarkan ‘penulisan’ Allah (”yang mengajar dengan Qalam”) berbentuk fosil, artifact, kesan sejarah dan sebagainya (dsb).
8. Teori Darwin adalah berkenaan sejarah kehidupan (berusia 4 billion tahun), dari sudut carakerja Allah swt (nature) yang memerlukan pendekatan sains (bagi menapis teori Mat Jenin) berbanding dengan Ilmu Sejarah yang biasa, selalunya mengkaji carakerja manusia (tindak taduk, kelakuan, perangai, ragam, politik, dsb manusia) yang selalunya terbatas kepada peradaban tidak lama dahulu (kurang 5000 tahun). Teori Big Bang pula adalah berkenaan segala yang tidak hidup (untuk menyokong kehidupan), yang mula jauh lebih awal (berusia 14 billion tahun). Memahami kedua2 teori ini merangkumi segala sudut kewujudan alam, pentajjallian Allah.
9. Pewaris Nabi saw sepatutnya mempunyai kedua2 kepakaran Ilmu Sunatullah dan Ilmu Syariat Allah (Sunnah Nabi). Ibarat pada fitrahnya manusia memerlukan dua kaki bagi menstabilkan perjalanan (walaupun ketika memandu), untuk tidak mudah goyang ditiup gelora mendatang. Ingatlah Nabi saw adalah seorang saintist, kerana mengeluarkan kenyataan2 sains disamping gelaran2 lain yang banyak disandangnya. Masakan berkesan fungsi pewaris sekiranya berjalan kali sebelah atau memakai tongkat. Apakah kepincangan muslim dewasa ini tidak disebabkan oleh tongkat yang patah?. Ukurkah kewarasan kita melalui ilmu sains dan arts.
10. Apabila telah siap puji/pinta (solat) bertaburlah kamu di muka bumi, mencari kelebihan2 (carakerja) Allah. Berjalanlah di atas bumi untuk melihat akibat kepada umat2 yang mengengkari ayat2 Allah (sunattullah). Di dalam penciptaan langit/bumi, siang/malam (Teori Big Bang dan Teori Darwin), terdapat ayat2 (Allah) bagi mereka yang berfikir (secara sainstifik bukan cara pak Pandir). Dan akan ada antara kamu yang menyalahgunakan ayat2 mutasyabihat (samar suratannya tetapi jelas siratannya, selepas dikaji semestinya). Semuga dibukakan pintu hati menerima tulisan Allah di alam ini. Blog tertua dalam sejarah.
Allahhu a’lam.
Dikirim oleh Pak Din 31