1. Ingatlah kita adalah roh, yang diberikan jasad. Sebagai pemandu, yang bertanggung-jawab ke atas kenderaan, kita juga tidak lari dari menjadi penumpang. Lainkah kalau kita bermain kereta kawalan jauh, di mana kita hanya bertanggung-jawab kepada arahtuju tetapi tidak menjadi penumpang. Maka teruslah kita memandu dari belum mendapat lesen (baliq) sehinggalah mendapat lesen dan kemudian menjadi pemandu berhemah terbaik atau sebaliknya di jalan-jalan raya.
2. Kenderaan kita melalui liku-liku jalan dan lorong. Membelok ke kiri kanan, menaiki bukit dan bukau, menuruni lembah dan lurah, dari hari ke hari ke mana sahaja pemandu mengarah. Kalaupun kenderaan diibaratkan sebagai kenderaan laut atau udara sekalipun, dimana tidak memerlukan pembenaan laluan yang khas, laluan itu menumpang di bumi Haliq. Katakanlah kita terpilih menjadi angkasawan muslim pertama ke luar angkasa (di luar dari air, tanah dan udara) kita masih menumpang di ruang Halik. Haliq yang membentuk 3-dimensi ruang dan satu dimensi masa untuk kita menikmati kehidupan di alam ini.
3. Balik mendarat ke daratan, tamaddun manusia berkembang sesuai berkembangnya pemikiran kita. Dari tamaddun kuno kita berkembang menjadi modern. Berpuluh tamaddun silih berganti. Yang besar yang kecil, berubah-ubah setiap masa. Satu tamaddun menguasai tamaddun yang lain, kemudian dikuasai pula oleh tamaddun yang lebih kuat, sesuai teori, dalam penelitian yang dilakukan Darwin. Kita kemudian menjadi penumpang kepada tamaddun berkenaan.
4. Perkembangan tamaddun pula dipacu oleh sains. Ilmu sains, yang telah banyak disentuh sebelum ini menghasilkan teknologi. Menghasilkan kemudahan, keselesaan, keadaan yang lebih tenang bagi manusia menikmati keindahan alam. Sehinggakan banyak fungsi-fungsi jasad yang ‘tidak diperlukan’ manusia modern sekarang, yang sekiranya tak dikawal menghasilkan kemudaratan kepada jasad. Tanpa disedari kita telah menjadi penumpang (pengguna) di dalam kemajuan sains juga. Ya kita rasa nak pecah otak, menunutut ilmu, bila masuk kelas jurusan sains! (kiralah berapa sahaja kelayakan ke jurusan sains), tidakkah kita terfikir bagaimana susahnya mereka yang memulakannya atau menemuinya?.
5. Akhirnya, perkembangan tamaddun, sains dan kehidupan bergantung pada ekonomi. Apa itu ekonomi? Pada peringkat asasnya (survival) ia tidak lain menceritakan pasal kegiatan utama mahluk yang hidup iaitu makan. Berkembanglah ekonomi dari pemburu-pengumpul (hunter-gatherer), … dan akhirnya ekonomi morden yang dipengaruhi Adam (Adam juga!) Smith. Menumpanglah lagi kita, kali ni sistem ekonomi puka. Jadi bangaimana dengan bank yang islam itu? Akan dibincangkan di topik mendatang.
6. Maka, seterusnya patutkah kita terus menumpang sahaja? Di mana harus kita letakkan sempadan menjadi penumpang semata-mata dengan menjadi penumpang yang memandu? Dengan ilmu apa yang perlu kita gunakan untuk menjadi penumpang yang memandu, yang tahu dengan pasti pada arahtuju? Yang tahu dari mana (asal kita) dan hendak kemana tujuan kita? Apakah ilmu sains atau ilmu arts yang akan menjadikan kita penumpang/pemandu yang berhemah di bumi Haliq ini? Jawapan sudah tentu ilmu sains … ilmu mengenal carakerja Haliq, bukan ilmu arts yang hanya berkisar kepada mengenal carakerja mahluk (jangan buang arts pula!
7. “Dan mereka berstrategi (makar) dan kemudian Allah. Sesungguhnya Allah yang terbaik dalam berstrategi (Innallah khirun makirin)”. Berstrateginya manusia adalah ilmu arts dan berstrateginya Allah adalah ilmu sains. Berstrateginya manusia (yang bukan manusia kurang sikit) menghasilkan perbezaan, perpecahahan, dari satu ke banyak (divergent) sementara berstrateginya Allah adalah kearah yang satu, penyatuan, convergent. Mengkaji carakerja mahluk sekali lagi dinama ilmu arts dan mengkaji carakerja Haliq ialah ilmu sains. Sebab itu kita perlukan syariat Allah! … lupakah kita bahawa syariat itu berubah-ubah mengikut zaman?
8. Kepentingan dan keutamaan mengetahui carakerja Allah (sunattullah) tidak dapat dipertikai. Sunattullah itu yang membentuk alam ini, iaitu semua mahluk, termasuk kehidupan dan manusia. Al Quran berkali-kali mengatakan berlakunya kejadian-kejadian semulajadi merupakan ayat-ayat Allah, tanda-tanda kehadirannya. Apa yang perlu diingatkan lagi ialah tiada sesuatu berlaku (termasuk kejayaan sains dan teknologi) yang boleh berlaku tanpa kehadiranNya. Tiada kekuatan (tenaga, kuasa) melakukan sesuatu melainkan dengan kehadiranNya. Segala-galanya converge kepada tenaga, ‘tenaga asli’ kepunyaan Zat Allah.
9. Memperingati status menumpang, saya dengan ini meminta izin kepada Ust Hasrizal untuk menumpang di halamannya buat sementara. Walaupun tahu sedikit tentang komputer, penumpangan ini akan mengingati saya status sebagai penumpang di bumi Allah. Belum sentuh pasal yang menumpang carta populariti halaman ini. No 5 keseluruhan tetapi No 1 pada tema yang saya cari, keterbukaan berbincang hal agama. Memang senang nak cari masjid yang buka pintu, tetapi susah nak cari penjaga yang mengizinkan kafirun masuk, melainkan ada munafikun dan sirkun yang terlepas di saf pertama (zaman Nabi saw pun berlaku, jadi tak bimbang).
10. 7:181 … “Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (kearah kebinasaan), dengan cara yang mereka tak ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya renacanaKu (programKu bahasa modern) amat sungguh.”
Allahu a’lam.
Dikirim oleh Pak Din 31 