1. Ingatlah kita adalah roh, yang diberikan jasad. Sebagai pemandu, yang bertanggung-jawab ke atas kenderaan, kita juga tidak lari dari menjadi penumpang. Lainkah kalau kita bermain kereta kawalan jauh, di mana kita hanya bertanggung-jawab kepada arahtuju tetapi tidak menjadi penumpang. Maka teruslah kita memandu dari belum mendapat lesen (baliq) sehinggalah mendapat lesen dan kemudian menjadi pemandu berhemah terbaik atau sebaliknya di jalan-jalan raya.
2. Kenderaan kita melalui liku-liku jalan dan lorong. Membelok ke kiri kanan, menaiki bukit dan bukau, menuruni lembah dan lurah, dari hari ke hari ke mana sahaja pemandu mengarah. Kalaupun kenderaan diibaratkan sebagai kenderaan laut atau udara sekalipun, dimana tidak memerlukan pembenaan laluan yang khas, laluan itu menumpang di bumi Haliq. Katakanlah kita terpilih menjadi angkasawan muslim pertama ke luar angkasa (di luar dari air, tanah dan udara) kita masih menumpang di ruang Halik. Haliq yang membentuk 3-dimensi ruang dan satu dimensi masa untuk kita menikmati kehidupan di alam ini.
3. Balik mendarat ke daratan, tamaddun manusia berkembang sesuai berkembangnya pemikiran kita. Dari tamaddun kuno kita berkembang menjadi modern. Berpuluh tamaddun silih berganti. Yang besar yang kecil, berubah-ubah setiap masa. Satu tamaddun menguasai tamaddun yang lain, kemudian dikuasai pula oleh tamaddun yang lebih kuat, sesuai teori, dalam penelitian yang dilakukan Darwin. Kita kemudian menjadi penumpang kepada tamaddun berkenaan.
4. Perkembangan tamaddun pula dipacu oleh sains. Ilmu sains, yang telah banyak disentuh sebelum ini menghasilkan teknologi. Menghasilkan kemudahan, keselesaan, keadaan yang lebih tenang bagi manusia menikmati keindahan alam. Sehinggakan banyak fungsi-fungsi jasad yang ‘tidak diperlukan’ manusia modern sekarang, yang sekiranya tak dikawal menghasilkan kemudaratan kepada jasad. Tanpa disedari kita telah menjadi penumpang (pengguna) di dalam kemajuan sains juga. Ya kita rasa nak pecah otak, menunutut ilmu, bila masuk kelas jurusan sains! (kiralah berapa sahaja kelayakan ke jurusan sains), tidakkah kita terfikir bagaimana susahnya mereka yang memulakannya atau menemuinya?.
5. Akhirnya, perkembangan tamaddun, sains dan kehidupan bergantung pada ekonomi. Apa itu ekonomi? Pada peringkat asasnya (survival) ia tidak lain menceritakan pasal kegiatan utama mahluk yang hidup iaitu makan. Berkembanglah ekonomi dari pemburu-pengumpul (hunter-gatherer), … dan akhirnya ekonomi morden yang dipengaruhi Adam (Adam juga!) Smith. Menumpanglah lagi kita, kali ni sistem ekonomi puka. Jadi bangaimana dengan bank yang islam itu? Akan dibincangkan di topik mendatang.
6. Maka, seterusnya patutkah kita terus menumpang sahaja? Di mana harus kita letakkan sempadan menjadi penumpang semata-mata dengan menjadi penumpang yang memandu? Dengan ilmu apa yang perlu kita gunakan untuk menjadi penumpang yang memandu, yang tahu dengan pasti pada arahtuju? Yang tahu dari mana (asal kita) dan hendak kemana tujuan kita? Apakah ilmu sains atau ilmu arts yang akan menjadikan kita penumpang/pemandu yang berhemah di bumi Haliq ini? Jawapan sudah tentu ilmu sains … ilmu mengenal carakerja Haliq, bukan ilmu arts yang hanya berkisar kepada mengenal carakerja mahluk (jangan buang arts pula!
7. “Dan mereka berstrategi (makar) dan kemudian Allah. Sesungguhnya Allah yang terbaik dalam berstrategi (Innallah khirun makirin)”. Berstrateginya manusia adalah ilmu arts dan berstrateginya Allah adalah ilmu sains. Berstrateginya manusia (yang bukan manusia kurang sikit) menghasilkan perbezaan, perpecahahan, dari satu ke banyak (divergent) sementara berstrateginya Allah adalah kearah yang satu, penyatuan, convergent. Mengkaji carakerja mahluk sekali lagi dinama ilmu arts dan mengkaji carakerja Haliq ialah ilmu sains. Sebab itu kita perlukan syariat Allah! … lupakah kita bahawa syariat itu berubah-ubah mengikut zaman?
8. Kepentingan dan keutamaan mengetahui carakerja Allah (sunattullah) tidak dapat dipertikai. Sunattullah itu yang membentuk alam ini, iaitu semua mahluk, termasuk kehidupan dan manusia. Al Quran berkali-kali mengatakan berlakunya kejadian-kejadian semulajadi merupakan ayat-ayat Allah, tanda-tanda kehadirannya. Apa yang perlu diingatkan lagi ialah tiada sesuatu berlaku (termasuk kejayaan sains dan teknologi) yang boleh berlaku tanpa kehadiranNya. Tiada kekuatan (tenaga, kuasa) melakukan sesuatu melainkan dengan kehadiranNya. Segala-galanya converge kepada tenaga, ‘tenaga asli’ kepunyaan Zat Allah.
9. Memperingati status menumpang, saya dengan ini meminta izin kepada Ust Hasrizal untuk menumpang di halamannya buat sementara. Walaupun tahu sedikit tentang komputer, penumpangan ini akan mengingati saya status sebagai penumpang di bumi Allah. Belum sentuh pasal yang menumpang carta populariti halaman ini. No 5 keseluruhan tetapi No 1 pada tema yang saya cari, keterbukaan berbincang hal agama. Memang senang nak cari masjid yang buka pintu, tetapi susah nak cari penjaga yang mengizinkan kafirun masuk, melainkan ada munafikun dan sirkun yang terlepas di saf pertama (zaman Nabi saw pun berlaku, jadi tak bimbang).
10. 7:181 … “Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (kearah kebinasaan), dengan cara yang mereka tak ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya renacanaKu (programKu bahasa modern) amat sungguh.”
Allahu a’lam.
Salam..
Untuk perenggan ke-6;
Tapi science & arts adalah saling memerlukan. Seperti yg pernah diperkatakan, susah untuk memahami sains, jika tiada daya imgaginasi (arts). Terutamanya dalam bidang perubatan, di mana to be a good doctor, you need the art of dealing with people. Malah, sepanjang pengalaman singkat saya sebagai pegawai perubatan, surgeon yang berjaya adalah surgeon yang berseni orangnya. Jahit (perut, appendix, etc) pun cantik aje. Eh dah melalut pulak.
Tak setuju bila Pak Din kata, “Apakah ilmu sains atau ilmu arts yang akan menjadikan kita penumpang/pemandu yang berhemah di bumi Haliq ini? tentulah ilmu sains..”
Untuk mengenali cara kerja Allah dengan paling efektif [dalam ertikata lain, untuk belajar ilmu sains], kita tetap memerlukan ilmu arts/mengenal cara kerja makhluk. Because we are a social beings. Lebih mudah untuk belajar secara study group dari belajar sensorang. Sebab tu Einstein perlukan masa sampai 30 tahun utk dapatkan jawapannya. Bayangkan kalau dia tubuhkan task force, mebbe pencariannya boleh dipendekkan kepada 20 tahun (sebagai contoh).
How’s life?
Hai dah tukar ikon lagi, nampaknya. Salam.
Bukan arts sahaja yang memerlukan imaginasi, malah sains memerlukan lebih dari arts. Sebagaimana pentingnya kita bermula dengan iman atau iman taklid atau iman warisan, begitulah penting kita mempunyai perangai artistik. Yang saya ingin tekankan ialah tingkahlaku artistik yang berlandaskan sains, bukan tingkahlaku artistik yang berlandaskan percaya terus-menerus. Kepentingan beratistik jangan dipertikai seperti kepentingan bersyariaat, barulah bertarikat, berhakikat dan seterusnya.
Consider these two figure of speech. The arts of understanding science and the science of understanding arts. Any juice inside. Sqeeze it out. Yes it is the right move to ensure your kids learn science, but dont forget the art of learning science. Without the arts of learning, we are not human, cyborg probably and imagine a cyborg dilevring baby? I would prefer my own kind to perform it to my beloved child and wife.
But without the science of learning arts to deliver baby, there is a possibility the setting of the vacuum pump during cecerian too hing, causing damage to baby and many other human errors, we heard before, due to, not understanding the science of learning the arts.
When it come to invention, it usually do not attract the interest of many during incubation. Most great invention and finding, were not acceptable to public, until someone has urged to proof it right by himselves. Yes it attract the merketieer, for business sake, only when the products or invention or finding are of monetarily beneficial to most. Study group has different target compared to invention or finding group.
Salam..
Tu lah.. gambar anak banyak, walaupun anak tak banyak. Syukurr…
Dah faham maksud Pak Din. Tapi kalau baca perenggan kat atas tu, macam tak ditekankan pulak kepentingan arts tu.
Absolutely agree with the art of learning science. Especially to kids. But it is not easy to impart the philosophy behind the science in a simple manner – sesuai dengan umur budak – budak tu.
The science of understanding arts. Teringat pulak satu cerita kawan dengan husbandnya. Kawan saya buat bunga stokin utk hantaran. Dah siap kuntum pertama tu, dia tanya opinion suaminya. Suami dia jawab, “hmm.. kelopak bunga tu tak follow Fibonacci number la. Member pun adjustla accordingly. And true enough, bila dibandingkan both flowers, bunga yang ikut fibonacci number tu lagi cantik dari yang satu lagi.
Itulah masalahnya, bila invention dikaitkan dengan money and business. Sedangkan it is a great way to cultivate creativeness and subsequently great minds. Memanglah, duit tu penting, tapi kalau semuanya asyik fikir duit duit duit sajapun tak bagus jugak.
Lantutkan sedikit kefahaman di atas kepada pekara lain. Asasnya saya suba mengatakan kita tidak dapat lari dari menggunakan -ve dan +ve potential dalam kehidupan. Kehidupan itu adalah perubahan. Kehidupan itu adalah menukar zat Allah yang konstant (Qidam dan Baqa) sebelum azali kepada the science of changing arts. Bagaimanapun, walauppun dengan adanya Alam, bermula dari Big Bang, maka bermulalah constant changes, sehinggakan ada kata-kata ‘The only constant in life is changes’. Dan berdasarkan ini perlunya kita memahami evolution. Kerana satu dari element utama, yang dipaparkan di Bhg 1, ia natural selection. NS is the codes in the program that initialised the need to adapt. Without that, life cease. Living things incapable to adapat to changes die off, back to the table of elements to be recycled to better usage.
APAKAH TA’RIF KHILAAFAH ( خلافة )
KHILAAFAH dari sudut bahasa ialah :
النيابة : GANTI…..menggantikan sesuatu dgn yg lain
KHILAAFAH dari segi istilah mengikut
pandangan beberapa ulamak ialah :
1) Imam Maawardi :
Menggantikan Nabi saw di dalam
tugasan memelihara agama
dan mentadbir dunia.
Ulamak memperbahaskan bahawa ta’rif istilah Khilaafah dari sumber lain tidak lari drpd kandungan keseluruhan yg dinyatakan oleh Imam Mawardi…
2) Qhadi Abdur Rahman al Iji :
Menggantikan Rasul saw di dalam
tugasan menegakkan tuntutan agama.
Ketika ini semua ummah wajib mengikutnya ( as Sam’u wat Ta’ah )
3) al ‘allamah Ibnu Khaldun :
Menggantikan “ Pemilik Syara’ ” ( Allah) di dalam
Tugasan memelihara agama dan
Mentadbir dunia dengan agama
4) atTaftazani :
Kepemimpinan Umum dalam urusan agama dan dunia
5) Dr Abdul Razak Ahmad as Sanhuri :
Kepemimpinan Islam yang Sempurna / Kerajaan Islam / Pemerintah Islam
Jika kita perhatikan, tiga ta’rif awal di atas,
ia memberikan gambaran yang jelas akan ta’rifan Khilaafah Islam dan tugasannya.Ia merujuk kepada suasana kepemimpinan yang berlaku di zaman Khulafa’ ar Rasyidin sehinggalah sehinggalah zaman Khilaafah Islam yang terakhir di tangan Sultan Hamid II.Merekalah yang menggantikan peranan Baginda saw dalam urusan agama dan dunia.Istilah “ Khaliifah ” kerap diguna pakai untuk kerajaan atau kepemimpinan islam pada ketika itu.
Dari http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1617&start=0
87 Years since the Khilafah was Destroyed
On the 28th of Rajab 1342 AH, corresponding to the 3rd March 1924 CE, the Khilafah was destroyed at the hands of the colonial powers with the assistance of collaborators such as Mustafa Kemal. Allah (swt) has obligated us to rule by His Law and ordered us to shield the Ummah with the Khilafah state. As an Ummah, we must strive for the return of the Khilafah using the Prophet’s (saw) method of engaging the thoughts and emotions of Muslims and obtaining nusra (support) from the people of power in the Muslim lands.
Dari http://www.khilafah.com/kcom/
Welcome to Akal Academy, Canada About Us
The Akal Academy in Canada has been setup to promote Gursikhi and the mission of Sant Attar Singh Ji and Sant Teja Singh Ji. The Akal Academy, Canada, a non-profit organization, is currently a full time Gurmat school where students are taught Punjabi, Kirtan, Tabla, Gurbani Santhya, Tanti Saaj, Dhadi Varan, Gatka (Sikh Martial Art) and Sikh History
Dari http://www.akalacademy.ca/index.htm
[...] 2. “8. Kepentingan dan keutamaan mengetahui carakerja Allah (sunattullah) tidak dapat dipertikai. Sunattullah itu yang membentuk alam ini, iaitu semua mahluk, termasuk kehidupan dan manusia. Al Quran berkali-kali mengatakan berlakunya kejadian-kejadian semulajadi merupakan ayat-ayat Allah, tanda-tanda kehadirannya. Apa yang perlu diingatkan lagi ialah tiada sesuatu berlaku (termasuk kejayaan sains dan teknologi) yang boleh berlaku tanpa kehadiranNya. Tiada kekuatan (tenaga, kuasa) melakukan sesuatu melainkan dengan kehadiranNya. Segala-galanya converge kepada tenaga, ‘tenaga asli’ kepunyaan Zat Allah.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/08/29/bhg05/ [...]
[...] Big Bang.Sha pada Bhg 12 Teori Darwin – Mahu p…S46 Pembuktian Big B… pada Bhg 5 Teori Darwin – Menumpang…Sha pada S44 ILI.com Kebetulan dan by…Sha pada S022 Sekitar anti-WW.S46 Pembuktian Big [...]
Assalamuaikum.. wahh, terima kasih Pak Sharudin…. sy tidak menyangka blog yg sy lawati ni begitu mendalam, ada mesej yg memerlukan pemikiran yg tinggi … terutama dalam teori darwin ini… dari sekadar untuk membaca sepintas sehingga terus untuk memahami apa mesej yg hendak disampaikan..tidak rugi menhabiskan masa pagi ni…syukur, dapat membuka minda yg cetek ini.. sy masih jahil
Salam kembali, Terima kasih menyinggah. Sudah pasti memang ada message yang hendak dikongsi bersama, terutama tentang Teori Evolusi, kerana ia adalah tentang memahami bagaimana Alam ini diciptakan sesuai keterangan yang tersirat di dalam Al Quran dan yang telah dikaji oleh saintis.
Minda yang luas bermula dari minda yang sempit, Yang dalam bermula dari yang cetek. Yang tidak jahil bermula dengan memahami tarbiah Allah di Alam ini. Yang penting ialah keterbukaan minda itu untuk menerima ilham yang diberikan Allah. Sebijak mana pun imlu yang ada pada kita, hanyalah setitik dari air lautan. Saya sentiasa terbuka untuk berkongsi.