1. Saya kira ustaz sangat faham dengan manusia dari kesimpulan ustaz ” … batu yang dibentuk dengan air”. Malah ada kata-kata menyebut “lebih keras dari itu”. Itulah ‘keistimewaan’ manusia, walaupun mempunyai potensi berfikir, lebih berminat dengan hak kemanusiaannya … menepuk dada dan mengikut selera. Dengan sains, manusia di Barat menggunakan sepenuhnya ciri tersebut dalam membena segalanya, tamaddun, ekonomi, kemajuan dan sebagainya.
2. Walaupun agak berat, saya ingin melangkah setapak mengejar pencapaian pemikiran ustaz, untuk mencari persamaan padang permainan. Secara tersuratnya terdapat banyak persamaan di antara kita dalam pekara-pekara berikut,
a. Ustaz berpendapat bahawa ilmu Falsafah sangat penting untuk dipelajari,
b. Kegagalan mendalami maksud dan tujuan agama dari Pengajian Islam sahaja,
c. Ustaz mendekati falsafah dengan maksud memahami diri sendiri,
d. Keinginan mengenali manusia, mendalamkan tumpuan ustaz kepada sejarah,
e. Bersetuju bahawa masyarakat setakad membaca cerita (sejarah dan banyak buku lain) dengan tidak mengambil natijah,
f. Pengkususan yang sempit di bidang Pengkajian Islam,
g. Keperluan pengimbangan bagi mengatur manusia dibuat dengan lebih teliti,
h. persoalan yang lebih utama dalam hidup seperti TUJUAN HIDUP,
i. Penghafalan teori fizik tanpa melihat falsafahnya,
j. Dakwah memerlukan sumber Rabbani dengan sentuhan manusiawi,
k. Tidak mengharmonikan fitrah manusia dengan nas,
l. Kesan mundurnya bidang sains Kemanusiaan dan Falsafah membantutkan perkembangan ilmu
3. Walaupun saya bersetuju perbezaan ketara antara Indonesia (tidak terdedah secara terus kepada Mesir/Turki) dan Malaysia, berhubung penutupan Jabatan Falsafah di UUIM, saya kurang setuju kepada hasil yang dicapai oleh negara-negara Islam yang mempunyai pemikir-pemikir efektif, seperti yang ustaz utarakan. Saya setuju ustaz mendoakan … agar berjaya membentuk manusia … tetapi agar itu adalah harapan yang belum kesampaian. Dan sekiranya persamaan yang tercatit di perenggan 2 di atas tidak diselesaikan, saya tidak nampak kejayaan akan menyebelahi pehak mereka.
4. Kesemua perkara Per 2 di atas, mempunyai satu faktor utama. Penggunaan potensi akal secara ilmiah (sainstifik). Ramai yang tidak mahu menggunakan potensinya. Samada telah dimomok-momokkan oleh persekitaran atau diwarisi melalui keturunan. Saya sedih berjumpa dengan golongan professional yang masih dihantui dengan pemikiran kampung, walaupun telah lama di luar negara. Kongkongan budaya (konsep isi dan kulit perlu difahami di sini) nampaknya terlalu kuat menyelubungi golong ini. Hasilnya falsafah dianggap bertentangan dengan Islam. Kebebasan fikiran bertentangan dengan Islam. Iman taklid (yang hendak berimanlah) warisan datuk nenek yang dipegang. Memang ada tajdid dilakukan tetapi kadarnya terlalu sedikit atau terlalu lambat untuk memberi kesan pada masyarakat.
5. Ada yang memberikan alasan hambatan dunia sebagai sebab menolak berfalsafah (fikir). Saya kira di dunia pun tidak berjaya. Seperti kata ustaz “Nak mengaji kena cerdik ke nak cerdik kena mengaji?”. Memang ia dalam bulatan, setiap pusingan menghasilkan sedikit penambahan. Sebab itu saya mengambil DUIT sebagai doa (akan datang tajuk di bawah Teori Darwin untuk ini). Doa (senjata mukmin) hanya mengeluarkan hasil, apabila ada putaran roda dimulakan dengan Doa, yang menimbulkan azam, ikhatiar (membuat pilihan) kemudian Usaha, Iltizam dan seterusnya Tawakkal. Kalau di sendirikan sahaja doa dia menjadi senjata makan tuan (ke arah kemusnahan). Hanya mengarah Zat yang Maha Mengetahui menguruskan urusanNya tanpa melaksana apa yang sepatutnya dilakukan.
6. Saya bersyukur menikmati B.Sc(Hon) percuma dari JPA di UK. Sejak mula bekerja saya bertekad mengenali diri dengan tema “… aku dah jemu kaji system electronics, nak kaji system diri”. 2 tahun sempat mendedahkan diri di Medan, menanggalkan iman, letak di depan dan kaji keimanan itu tulin atau taklid. Pelbagai persoalan pelik boleh ditanya dan cari jawapannya. Berulang ke gereja (tak boleh cerita patutnya kat Malaysia) dengan Pak Indon bersongkok dan bersalib. Mereka kata Allah yang Maha Kudus seperti Paderi Arab di zaman Nabi menyebut Allah. Semuanya tidak dapat dibuat tanpa akal yang mengenal diri dan Haliqnya. Buku falsafah lebih banyak saya rujuk dari buku Electronics. Tetapi system elecronics banyak mengajar ketuhanan. Hukum Fizik banyak kearah Tauhid (satu lagi tajuk di bawah siri Darwin, insyaallah)
7. Meninggi diri ke tepi, apa yang ingin saya lakukan ialah menguji diri menyampaikan yang tersirat di minda kepada orang lain. Saya sedang menguji diri dengan kelas “Permata999″ untuk 5 orang anak saya, yang akan melepasi tahun pertama menjelang 50t merdeka. Temanya tidak lain dari kepentingan menggunakan akal, mengkaji carakerja Haliq, mengenal diri untuk mengenal Haliq, pentingnya sains (dulunya natural philosophy), penggunaan Pintu untuk keluar ke Kitab Alam (Bhg 3 Per2) dsb.
8. Beragama timbul dari konsep berbudaya (yang kemudian membena tamaddun) di mana buku panduannya datang dari ‘langit’. Keperluan beragama timbul dari ketidakmampuan fiikiran manusia mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapinya. Bayangkan di zaman kuno, belum ada guru/buku/internet nak rujuk, bunyi guruhpun satu keajaiban, kemarahan sesuatu/seseorang, terjejasnya mata pencarian dan pelbagai persoalan lain. Mula dengan ketakutan menjadi penghormatan dan akhirnya pendewaan. Timbullah bermacam-macam tuhan. Akhirnya kebenaran datang mengatakan “Tiada tuhan melainkan Allah”, tetapi ramai telah mewarisi ketakutan nenek moyang lampau dan tidak mahu beganjak dari beriman taklid kepada beriman ilmu dengan berfalsafah.
9. Nafsu yang dibekal untuk mencetus kehidupan telah disalahgunakan oleh manusia. Kita tak boleh hidup tanpa nafsu. Jadinya manusia lebih keras daripada batu adalah kerana nafsu. Kepincangan pewarisan tamaddun Nabi saw adalah kerana nafsu. Dari satu sudut, sekiranya makanisma pembentukan manusia dijadikan lebih manusiawi, ianya akan gagal kerana lebih manusiawi itu bermakna melayani kebatunya. Sebab itu Nabi saw menyebut nisbah 1:72 nya, untuk mengingatkan yang terpilih, dimana air dapat membentuk kebatuannya.
10. Soft science, (malah bidang-bidang lain di Barat) berjaya kerana kefahaman orang Barat sekular (masih ramai yang beragama) menerapkan (lebih kepada exploitation) sifat semulajadi kebatuan (mengikut selera) manusia di dalam perlaksanan pemasaran mereka. Bhg 2 Per 13 dan Bhg 5 – menjadi penumpang/pengguna. Pertama mereka membuat pembacaan Alam kemudian mereka gunakan teori-teori yang dapat memberikan kejayaan pemasaran produk mereka. Sebab itu konsep isi dan kulit pisang diutarakan kerana kita akhirnya terpaksa memilih sesuai tujuan. Hanya iman ilmu dapat memberikan jawapan yang tepat sesuai nisbah 1:72.
Allahu a’lam.
Often, a person will have a good mind, and then choose not to use it or restrain it from thinking logically when it comes to matters of religion and faith. He will end up being one of the unfaithful and will be held accountable for his ignorance in religion. “And it is not for any soul to believe, except by the leave of Allah, and He lays abomination on those who have’ no understanding.” [10:100].
http://www.ediscoverislam.com/evidence-creation.asp
Maknanya kita sebagai sebuah negara tidak pernah berusaha menggali ilmu yang ada di dalam tradisi budaya dan agama kita. Bila World Bank dan para pakar ekonomi bercakap tentang modal insan maka berbondong bondong burung kakaktua pot-pet-pot-pet menggunakan istilah modal insan. Sedangkan sudah lama kita diterangkan konsep Rabbaniyun, betapa pentingnya membina peribadi individu, keluarga dan masyarakat yang berilmu.
http://romantis.wordpress.com/2007/08/22/kaya-dalam-islam/
3. Manusia berlaku sombong dan sewenang ? wenang,
?Sesungguhnya Fir?aun telah berbuat sewenang ? wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak ? anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir?aun termasuk orang ? orang yang berbuat kerusakan.? ( Q.S. Al ? Qashash : 4 )
4. Manusia sering menuruti hawa nafsunya,
?Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat (dari binatang ternak itu).? (Q.S. Al ? Furqan : 43 ? 44 )
5. Manusia bersifat boros atau berlebih ? lebihan.
?… dan jangalah berlebih ? lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang ? orang yang yang berlebih ? lebihan.? ( Q.S. Al ? An?aam : 141 ) dan (Q.S. Al ? A?raaf : 31 )
6. Manusia berbuat aniaya dan amat bodoh
?… .Sesungguhnya manusia itu berbuat aniaya dan amat bodoh ?
( Q.S. Al Ahzab : 72 )
7. Manusia memliki sifat yang tergesa – gesa
?Manusia telah dijadikan bertabiat tergesa ? gesa. …?
( Q.S. Al Anbiyaa: 37 )
8. Manusia sering taklid buta ( mengikuti sesuatu tanpa pengetahuan )
?Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. …? ( Q.S. Al ? Isra?:36 )
Dari http://www.hudzaifah.org/PNphpBB2-viewtopic-t-165.phtml
Amanah menjaga makhluk dan alam itu yang amat berat itu bagi pihak Allah sebagai khalifahNya diterima manusia setelah makhluk lain yang jauh lebih hebat daripada manusia enggan memikul amanah tersebut walaupun Allah tahu bahawa sebahagian manusia itu zalim dan mengkhianati amanah (al-Ahzab 33:72). Manusia diangkat Allah ke martabat lebih tinggi daripada malaikat dengan penerimaan tugas khalifah itu yang seharusnya dijalankan dengan adil dan saksama menggunakan aqal yang dianugerah Allah kepada manusia (al-Baqarah 2: 30-31). Allah menundukkan makhluk dan alam bagi kegunaan manusia (taskhir, al-Haj 22:65, Luqman 31:20, al-Jathih 45:13; dan tazlil Ya Sin 36:72). Oleh sebab itulah penggunaan sumber alam oleh manusia diistilahkan sebagai taskhir dan tazlil (dari kata akar sakhkhara dan zallala dalam al-Quran itu) yang bermaksud penundukan sumber alam bagi manfaat manusia (Wan Ramli Wan Daud 1989, 1990, 1992).
Dari http://www.kesturi.net/2008/08/01/kimia-hijau-dalam-kerangka-teknologi-islam/#more-242