1. Alhamdullilah, dengan mengguna tenaga dan ilham dariNya, sampai saya ke bhg 10. Sebelum diteruskan, ingin saya menguji diri memahami apa yang telah ditulis. Apakah sesuai dengan matalamat yang dituju? Oh ya .. Bhg 1 – 7 dari siri Darwin dan Bhg 1 – 2 Modal Insan ditukar menjadi Bhg 8 dan 9 siri Darwin. Siri-siri ini tidak sepenuhnya membincang secara terus permasaalahan diberi, tetapi mempunyi ciri-ciri menjadi ‘common denominator’.
2. Terima kasih sekali lagi kepada Ustaz Hasrizal mengemukakan tajuk ‘Adam-adam sebelum Adam’. Minat betul saya pada istilah ‘Adam-adam’ tu bukan adam-adamnya, kerana kelembutannya. Bhg 1 memapar 3 ciri utama Teori Darwin (natural selection, survival of the fittest, game of chance). Teori Darwin adalah tentang sejarah kehidupan dari kacamata sains.
3. Bhg 2 mengemukakan konsep isi-kulit (pisang, pasal kebanyakan Adam-adam suka), ayat-ayat mahkamat dan mutasyabihat, baik dan tiada-baik (jahat), antinam – perkataan berlawan (Antonyms). Konsep ‘see-saw’. Sikap positif pada sains (falsafah semulajadi sebelum itu). Alam yang Allah bentuk mengandungi arah kebaikan (takwa ajennya maalikat -cahaya) dan arah kejahatan (fujur ajennya jin – api/haba).
4. Bhg 3 membincangkan kedudukan Al Quran sebagai Pintu keluar ke arah Kitab Alam. Konsep yang ingin diutarakan ialah, walaupun banyak pintu-pintu lain, kita mesti menggunakan rujukan dari Al Quran, sebagai ‘Home page’. Jangan terlalu taksub dengan kesenian penyampainya yang halus, kita lupa kepada tujuan utama ia diberikan kepada kita/alam. Tidak menjadi ‘rahmat’ kepada alam (kita khalifahnya) sekiranya hanya disyairkan, disajakkan, dipantunkan sahaja. Pembaca yang tidak mendeklamasikannya (yang membaca secara dalam ‘hati’) lebih mempunyai waktu mengkaji yang tersirat. Buka tak kasi ‘baca’.
5. Bhg 4 seterusnya menyentuh perbezaan ilmu sains dan arts, sebagai peringatan kepada kita ketika ‘darudat’, mana satu nak pilih. Saya melihat darudat yang sedang mencengkam muslim ialah yang berkaitan nsibah 1:72. Perbalahan, perpecahan, peperangan yang meyebabkan umah didefinasi sebagai pro-keganasan, anti-kemajuan dan sentaisa tidak mampu ‘menentang’ dengan strategi yang berkesan. Bukan hendak diketepikan semangat tetapi tak bererti ianya kerana tidak memenagni perjuangan sebagai khalifah. Kita perlukan mukmin (orang percaya) yang berfikir (thinking believer). Sains memperlajari alam semulajadi, yang merupakan hasilkerja Haliq.
6. Bhg 5 mengingatkan status menumpang, dan persoalan adakah kita terus menjadi penumpang dalam banyak segi? Bolehkah tanggungjawab khalifah dipikul, dikawal dengan terus ‘memberikan’ subkontrak memahami Kitab Alam kepada bukan muslim. Nak memahaminya pun tak sanggup, apa lagi hendak membuat penemuan baru. Kini bertekad menjadi pembangkang. Lihat apa jadi kalau dah hilang kawalan (pengetahuan). Tahu nak membena senjata neuclear pun terhalang oleh sekatan ekonomi! sebagai contoh. Yang dijual (kalau banyak duit minyakpun) semuanya low tech, medium tech, peralatan konsumer yang melalaikan kita bagi mengaut keuntungan. Penat-penat muslim Indonesia kerja, Gorge Soros turunkan nilai matawang ‘peluh’ mereka 600% sekelip mata. Akibat bank muslim menumpang ekonomi.
7. Bhg 6 menghurai ayat ‘Fi sittati ayyam’ dari kacamata sains. Huraian awal ini akan disambung dengan perincian (sekara guna cm) yang akan dikemukakan akan datang, kearah memahami konsep pembentukan alam bukan pembuatan alam. Hukum-hukum fizik tidak pernah bertentangan dengan Haliqnya. Akibat dari pembelajaran yang tidak tepat, minda muslim penuh dengan prasangka, menjadikan ayat-ayat sains Allah terletak pada keutamaan yang rendah. Inilah kesan pembelajaran yang hanya mahukan pekerjaan dan tidak menuntut apa yang sepatutnya dari Kitab Alam, iaitu ilmu carakerja Haliq.
8. Bhg 7 bukan hanya menganegahkan keunikan angka 7, tetapi konsep-konsep berfikir secara dinamik, tersusun, sistematik bagi mempermudah pengendalian permasalahan-permasalahan baru yang timbul dari tindak-tanduk manusia yang pelbagai, luas dan tiada sempadan. Secara artistiknya manusia lebih mudah dan berkebolehan menemui carakera baru, melayani selera yang tak bertepi. Pembahasan lanjut akan dikemuakan seterusnya, sudah kalau tak sebut pun, insyaallah. Tetapi masyaallah dah sampai takad ni!. Semuga semangat akan menghasilkan kekuatan meneruskannya.
9. Bhg 8 dan 9, merujuk kepada Bhg 1 dan 2 Modal insan. Siapa lagi kalau bukan kita yang sepatutnaya mengenal diri kita sebenarnya. Untuk mengenal Haliq, seterusnya. Yang telah memberikan pelbagai modal. Maha pengasih dan penyayangNya Allah, dia telah memberikan hakguna sepenuhnya kepada apa yang menjadi hakmilikNya, sesuai dengan super-programNya.
10. 6:90 … Katakanlah “Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Quran)”. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala ummah. Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya dikala mereka berkata “Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia”. Katakanlah “Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya …”
Allahu ‘alam.
Ini adalah ringkasan siri 1 – 9
10:3 Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
[...] “9. Bhg 8 dan 9, merujuk kepada Bhg 1 dan 2 Modal insan. Siapa lagi kalau bukan kita yang sepatutnaya mengenal diri kita [...]