Bhg 7 Teori Darwin – Keunikan 7 bhg 1

1. Kita hidup dengan 7 hari yang diulang-ulang dari Isnin hingga ke Ahad. Dalam Bible hari ke 7, God rests, selepas penat? Membentuk alam dalam 6 hari. Bagaimanapun kita terus mewarisinya dengan perbezaan bulan Kamariah (memanglah ikut bulan!) dan bulan Syamsiah mengikut matahari. Hanya semasa French Revolution, hari cuba ditukar kepada 10 hari seminggu, untuk pemerintah aetisnya menghalang rakyat berjumpa dengan hari Ahad.

2. Al Quran pula mengilhamkan 7 petala langit dan bumi. Masih mencari bagaimana nak merungkai codenya. Maka seterusnya banyak pekara-pekara yang boleh dikaitkan dengan 7, dan mengambil sempena bahagian 7 ini, saya nak berkongsi sebahagian perkara, yang 7 ada, dalam pengkajian/pengembaraan kita di alam ini. Tak dinafikan juga sensitiviti angka 7 kerana kesan penyalahgunaan perlaksanaannya, seperti kes ajaran Martabat 7. Saya kira sebahagian ilmunya tak salah (guna konsep isi dan kulit) sebagaimana yang semestinya, Islam tak pernah salah tetapi muslim yang memesongkannya.

3. Kita mula dengan perjalanan kita (roh) merentasi 7 alam. Setelah Allah membentuk kita, kita ditanya dalam persaksian dan mengakui dengan jelas siapa tuannya. Menunggulah kita sehingga hari kenderaaan kita siap dan berpindahlah kita memandu kenderaan tersebut, di alam Dunia (2). Selepas beberapa tahun memandu, kita berpindah kealam Barzah (3). Yang ke kubur tu kereta kita, dikitar semula. Tiba masanya semboyan berbunyi tanda kebangkitan (dapat kereta baru) untuk berhimpun di padang Mahsyar (4) dan menunggu Hisab (5). Hasil keputusan mahkamah Agong, kebanyakannya menjalani alam Pembersihan (6) sebelum layak ke alam Syurga (7).

Peta

4. Di dunia bermula dengan pensenyawaan (1)(pewarisan DNA ibu dan ayah), kita menumpang di rahim ibu (2) untuk membesar (tak pandai buat apa-apa sendiri, jadi ibu kena buat kebanyakannya). Cukup masa membesar kita keluar ke dunia menjadi seorang bayi (3) untuk belajar asas pemanduan (pergerakan dan pengawalan anggota tubuh) sebelum digelar kanak-kanak (4), untuk belajar berinteraksi sesama manusia (pengunaan asas deria 5+2, Bhg 2 Teori Darwin Per 16 dan Bgh 5 Per …). Remaja (5) adalah masa memperkaya perbendaharaan kata (dengan penyambungan dari sekolah rendah ke sekolah menengah) sebelum menjadi Dewasa (6) menggunakan kemahiran bersosial dan memaksimakan pengguna kekuatan physikal. Akhirnya menjadi tua (7) untuk menurunkan segala ilmu dan pengalaman kepada generasi seterusnya.

5. Di alam kandungan berlaku peristiwa-peristiwa yang dirangkum oleh satu ayat Al Quran. Bermula dari penyediaan unsur-unsur tanah, At Tin (1) terbentuk Nutfah (2), ‘Aalafah (3), Mudhroah (4), ‘Izama (5), Lahman (6), Akhir (7)(jadilah satu lagi). Ambil Al Quran rujuk sana lagi bagus. Me-romanise Arab adalah simbol saja dan kadang-kadang berbahaya..

6. Semasa persekolahan (tadika, rendah, tengah dan tinggi) kita belajar dari ABC/AlifBaaTaa/123 (1) untuk mengeja sukukata (2) ‘Ka Ki Ku’ sebagai persediaan mengguna perkataan (3) dari yang mudah kepada yang kompleks, dari bahasa ibu-nda kepada bahasa mama-nda dan umi-nda (bahasa asing). Membentuk ayat (4) dilatih setiap hari melalui lisan dan tulis, di rumah, di sekolah dan di mana-mana ada keperluan asas kommunikasi. Seterusnya kumpulan ayat-ayat membentuk karangan (5) dengan tema-tema tertentu, bagi komunikasi yang lebih berkesan. melalui karangan dilatih dari karangan hobi saya (senang) sehingga kepada yang lebih mencabar. Kemudian karya arts (6) karya dan karya sains (7)

Peta

7. Di alam pembelajaran, pekara-pekara berikut perlu dijadikan perhatian. Belajar (untuk dapat kerja, selalunya) dijadikan ibadah (1 ‘aa bi da), Menuntut (untuk mengenal mahluk/Haliq) kearah ketakwaan (2. taq wa). Mengulang sebagai zikir (3 za ki ra). Membahas sebagai jihad (4 ji ha da). Mengajar sebagai sedekah (5 sha da qa). Memberi untuk mendekatkan – takkarrub (6 qa ri ba) dan melaksana kearah mencari keredhaan (7 Rii Dha). Walaupun dalam siri yang lepas banyak ‘medapat keizinan’ disebut tetapi akhirnya ‘keredhaan Allah’ yang akan menjadi tiket terus ke Syurga. Bagaimanapun, mendapat keizinan adalah pengukur yang amat penting di dunia.

8. Dalam perbahasan sebagai jihad, isu, pekara, manhaj dsb, kerataaan padang permainan mesti ditentukan. Level playing field, apple-to-apple, durian-to-bacang (kerana kedua-dua bau kuat). Jadi isu berikut perlu difahami dari pengamatan alam. Isu akar (1) roots of the problems, pokok (2) (orang tak rujuk isu batang, tapi itulah maksud mereka), dahan (3), ranting (4), daun (5), bunga (6) dan buah (7). Pokok yang rendang melambang kehijauan, ketenangan, kesyahduan persekitaran dan juga melambangkan kepopularan sesuatu. Masaalah akar tak nampak di mata, sebagaimana isu akidah, kepercayaan seseorang sehinggalah dilihat penterjemahannya menghasilkan pokok yang sehat atau sebaliknya.

9. Akhirnya untuk bahagian pertama (mencukupkan 7 kategori), pengambilan sumber perlu disentuh. Sesensitif mana ia akan menjadi, sumber-sumber asas (bukan persuratan) itu ialah Ilham (1), Wahyu (2), Khasyaf (3), Hidayah (4), Taufik(5), Laduni (6) dan Mimpi (7). Tidak mengikut aturan apa-apa.

10. Tiada keraguan di dalamnya untuk menjadi petunjuk yang hendak bertakwa. Dia yang mengilham fujur dan takwa. “Aku bermimpi 11 bintang disekililing”. Dia yang mengwahyukan kepada lebah untuk bersarang di atas pokok atau busut. Nabi yang tak pandai menulis dan membaca teks itu adalah seorang sainstist.

Allah ‘alam

8 Responses to Bhg 7 Teori Darwin – Keunikan 7 bhg 1

  1. shiha berkata:

    Salam…

    Frankly speaking, only lately tergerak hati utk read & reread your posts. And true enough, as always, each time I read, I’ll get something new out of them. This is true for every books / articles or new information that I read.

    Just wonder; bahasa
    ibunda = bahasa Malaysia
    mama-nda = bahasa Inggeris
    umi-nda = bahasa Arab?
    Nice way of saying it ;)

    Ada kawan pernah tanya pada saya, “kenapa aku dah baca, tapi tak pass jugak exam?”. Jawab saya, “berapa kali hang baca? kalau sekali saja, memangla tak pass. Baca la 5,6 kali. Tiap – tiap kali baca, mula – mula hang faham sikit, pastu sikit lagi, pastu sikit lagi, sampailah paham semua. Then baru boleh hafal” Buat medic, faham saja tak cukup, kena hafal sama :)

    As per 8: melihat masalah akar. Ramai org tak faham bahawa kena tengok masalah pada akarnya or the root cause. Again, same with medicine. Dari first year sampaila final year, again and again the lecturer would tell us, treat the cause of disease, not the symptom. ‘Cause’ being the ‘root’ and ‘symptom’ being the ‘leaves’. Kalau demam, pegi klinik and doktor bagi ubat demam (panadol) saja. Sometimes demam bleh baik, sometimes tidak. Sometimes dah baik tapi demam balik. Demam tak kebah.

    Demam being the ‘symptom’. Kalau doktor tu buat test sikit, amik darah ke, amik air kencing ke, then jumpa kuman penyebab demam, pastu bagi antibiotik utk lawan kuman tu, insyaAllah terus baik demam. Infection being the ’cause’.

    The same goes to whatever disease. So, kalau nak cari doktor yang bagus, di samping PR yang baik, dia mestilah sorang yang pencari sebab penyakit dan bukannya sekadar merawat symptom.

    Wasalam

    Pagi – pagi lagi dah hujan. Hari hujan hari yang indah :P

  2. Adros berkata:

    - same goes to me, have to read many times?? Thx to Pak Din

    - Tak semua Doctor ‘mampu’ menyelitkan perkataan dari bahasa daerah spt “KEBAH” yang Doc sebut diatas. Saya ingat orng Perak jer yang guna perkataan tuh!

    - Yer.. dlm perjalanan saya ke ofc di Cyberjaya tadi pun hujan. Terus cuba ‘mengajar diri’ mengingat Allah dgn hati berkata “Ya Allah, sesungguhnya hujan yang engakau turunkan ini adalah rahmat dari Mu”

  3. shiha berkata:

    Salam..

    En. Adros and Pak Din ni related by blood ke? Saja tanya nak kenal – kenal :)

    Saya org Kedah – kiranya kebah tu bahasa Utara kot. Boleh saja panggil Shiha. Doc tu, tersilap sebut macam bunyi dog pun ada hmm..

    Oo tak related by blood kot? En. Adros orang Perak, Pak Din orang Johor. Related by friendship? Sebab En. Adros ni lagi berumur dari Pak Din kan? Hehe all these are just guessing games.

    Hujan dah berhenti tapi rahmat Allah terus turun. Dari hujan, pokok dibasahi, akar mendapat air, proses pertumbuhan bersambung dan akhirnya menghasilkan buah (atau cotton bak kata Pak Din). Disebabkan hujan pada pagi ini, tak lama nanti ada orang pakai baju cotton baru :) Rahmat Allah taala bagi orang yang mahu berfikir

  4. Pak Din berkata:

    Saudara dan saudari yang ku cintai, ewah bermadah?, Salam.

    “Baca lah! Dengan nama Tuhanmu (saya lebih prefer ‘zat’) yang menjadikan (sebenarnya membentuk) Telah menjadikan manusia dari yang tergantung (macam-macam ni … tergantung pada apa yang diggantungkan atau perganttungan) Bacalah (berkali-kali … ini saya tambah pasal Islam memang suruh baca sampai jadi zikrullah) dengan zat Allah yang Pemurah (huraian Pemurah Allah ini sangat interesting). Yang mengajar dengan KALAM (Kitab Alam .. kalau kita percaya kepada yang ghaiblah) …. APA YANG KITA TAK TAHU.

    Sekiranya anda menang membaca (tamat tujuh kali dengan akal) saya belum merasakan diri saya menang menulis, walaupun, macam Einstein, saya ambil 20 tahun memikirkannya. Itupun pasal bukan sesuatu yang baru … Allah itu Esa dari dahulu, kefahaman kita yang menjadikan manhaj tak satu, ugama tak satu, sampaikan solat pun tak satu (ada perbezaan).

    Dengan kefahaman anda, kita (dan generasi kita) sama-sama masuk padang untuk mencari kebenaran (bukan ketenangan) kerana kebenaran itu memerlukan pengorbanan. Bukan kata ketenangan itu tak penting … tapi tidak bergeraknya sesuatu objek di Alam ini adalah kerana equilibrium (dua daya yang bertentangan), semuanya memerlukan kefaham Newton’s Law (dia dapat dari Allah, memang dia tak kenal Allah tapi kena carakerja Allah).

    Tujuan blog saya adalah untuk memberitahu kefahaman minda saya kepada diri saya. Nafsu kita perlu diberitahu tentang kebenaran, kerana Nafsu sangat bertenaga untuk mengawal roh. Nafsu sangat bertenaga untuk menipu roh. Roh terlalu lemah, malah tak bermakna di Dunia tanpa nafsu. Thermodynamic Law ke 3. Mamang susah nak mengaitkan sains dengan aqidah. Terutama kalau kita belajar dengan guru manusia, tentang maarifatullah. Belajar guru manusia ABC, kemudian ABC of life tetapi ke arah memahami bahawa guru terbaik dan sempuran adalah Allah, seperti dalam Al Quran.

  5. Pak Din berkata:

    Pernah dengar kembar tahun? Kalau satu pangkal satu hujung tahun kan? kami kembar 15 bulan .. hehe. Serupa tapi tak sama. Abang saya ni memperjuangkan sesuatu .. tapi saya ni nampak menentangnya. Dah senior ni nak cari sync pulse sebelum missing the pulse. Sedarah tapi tak sewarna. Sehati, dua-dua nak Allah, tapi tak sejiwa, sebab berbeza pengalaman.

    Shiha berapa ramainya, saudara? Kedah di mana? Isteri saya Jalan Bakak Batu, Alur Stark. Pak dia pi skolah, sekelas dengan Sultan Kedah. Sekarang ni ramai di Kuala. Kak Ipor saya orang (tak tahu naj eja telonya) Bota. Yang saya tahu abang saya orang Johor! Lawak Kak Chah.

    Tulah sikit.

  6. shiha berkata:

    Salam..

    Agaknya Pak Din & Pak Ros(?) ni think win – win kot? Biasanya kalau perjuangan tak searah, susah nak mengaku abang!

    Saudara saya tak ramai, sikit saja. Kedah di Jalan Langgaq, A. Staq jugak. Tapi membesar di Langkawi. Saya lagi fasih jalan kat Langkawi dari jalan kat Langgaq atau Aloq Staq. Jalan Bakaq Bata tu, yg dekat dengan Gen. Hosp tu ka?

  7. Mil berkata:

    Martabat Ke tujuh, Alam Insan Kamil

    Martabat ke tujuh adalah Alam Insan Kamil, alam manusia dalam kesempurnaannya. Alam ini disebut juga sebagai Akhir al-Tanazzulat (akhir peninggalan), Khatim al-Mawjudat (puncak dari segala yang ada) atau gabungan lahir dan batin, al-Khamsah al-Muhit, yaitu, terbentuknya alam, segala yang bersifat rohani, jasmani dan benda tak bernyawa. Di dalam alam ini, Insan Kamil adalah wakil Allah di bumi guna mengelola alam beserta dengan segala isinya. Ia juga bergelar sebagai khalifah di bumi.

    Dari http://gus7.wordpress.com/2008/04/29/martabat-tujuh-dalam-suluk-sujinah-dan-serat-wirid-hidayat-jati-2/ Awas!

  8. Sha berkata:

    Tujuh “Keajaiban” Tubuh Kita
    Ditulis pada Juli 29, 2008 oleh azwarti
    Nggak cuma bumi saja yang punya seven wonders of the world. Tubuh manusia pun ternyata menyimpan banyak hal menakjubkan yang susah dijelaskan dengan logika.

    1 The Golden Ratio.

    Setiap bagian tubuh manusia ternyata merupakan hitungan matematika. Believe it or not, Fibonacci numbers yang kita jumpai di buku Da Vinci Code, ternyata juga ada di tubuh kita sendiri. Bilangan Phi (1:1,618) adalah angka yang akan kita dapatkan setiap kali kita mengukur setiap inci tubuh kita. Coba deh perhatikan ruas jari tangan kita. Ruas kedua dari ujung berukuran 1,618 kali lebih panjang dari ruas terujung, begitu seterusnya. Rumus phi ini juga kita temui di wajah kita. Panjang hidung kita berbanding 1:1,618 dibanding lebar mulut dari ujung ke ujung. Gigi terdepan dengan gigi di sebelahnya juga berukuran 1,1618 kali lebih besar. Inilah yang disebut dengan The Golden Ratio.

    Dari http://azwarti.wordpress.com/2008/07/29/tujuh-keajaiban-tubuh-kita/

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.