1. “Syahdu langit membiru layu (muda), membelai lautan membiru padu (tua). Kehijauan daratan memukau kalbu. Ketika kemerahan menyinsing lalu (hari senja kot!) Keadilan menerpa neraca jitu. Barisan terus memandu laju. Kemana arah bulatan menuju. Awas, jet merah memotong lalu.” Karya arts menceritakan alam sekeling yang mewarnai kehidupannya. Karya sainsnya tak ramai yang minat banyak mathematics, jadi kita tinggalkan untuk lain waktu. Yang penting kita perlu ‘berpolitik’ dan mengundi, di dalam sistem demokrasi berparliment, untuk menentu halatuju, Bukan menghijaukan kotak, tapi menghitamkan pangkah.
2. Evolusi adalah kehidupan. Jet Keris mabuk? (Langsung tak berseni! singkatan tajuk di atas)… adalah tentang kehidupan. Sejarah kehidupan. Tanya pasal telur dan ayam .. kita keluar barisan masuk bulatan. Mencari keadilan alam. Sentuh tentang doa .. dibiarkan bersendirian dalam barisan, dia jadi senjata makan tuan. Masukan bulatan DUIT, (Doa Usaha Iltizam Tawakkal .. DUIT … DUIT) barulah berkesan. Itulah JET. Jangan Elak Tuhan. Jangan elak sunatullah, Jangan engkari (ingkari salah eja .. tapi bunyi ‘pasar’ melayunya betul!) carakerja Tuhan. Keluar barisan, masuk bulatan, untuk keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul .. dan memiksimakan tujuan carakerja).
3. Roh (kita) melalui alam dalam barisan. Pasal tak boleh ke belakang. Kalau tak kejar masa … masa memancungmu! Lebihkurang begitu kata pak Arab. Dah ke alam barzah nak balik ke dunia, nak beramal soleh, no way (kalau bagipun sama aja perangai manusia). Berjuta ayat-ayat (tanda) Allah, bertabur di dalam sejarah (yang mahu tahu) berlalu bergitu saja. Dah masuk neraka, nak go-a-stern memang tak boleh. Nak timbang sekali lagi je. Tak yakin dengan Tuhannya. Manusia! Kesimpulannya ada yang di dalam barisan. Sebab tu dah masuk barisan susah nak keluar … kalau tak berilmu.
4. Allah programkan kehidupan dunia ini satu evolusi. Satu bulatan. Dua hujung bertemu. Ingatkan … salah kali pertama bukan kesalahan kalau tak diulang. Maka setiap pusingan, sepatutnya mengalami penambah-baikan. Kemajuan. Tidak percayakan evolusi, menjadikan kehidupan seperti dalam barisan. Tiada peluang mengulang (hujung tak bertemu) … sebenarnya bukan kehidupan. Kita berevolusi dari tahap 1 hinggalah ke tahap 6, Kemudian di tahap 6 pun masih berevolusi. Memang susah nak terima!. Susah lagi yang membentuknya. Kita perlu tahu hakikat ini. (Bulatan kemajuan ibarat spiral staircase.)
5. Mengolah ‘mahu’ .. menarik ramai (memang berkesan) tetapi hasilnya ialah, ramai yang tak ‘tahu’. Quantity over Quality. Dengan penghayatan alam, melalui ilmu soft sains (SS), kita memaksimakan pengunaan fitrah ‘mahu’ manusia. Malangnya fitrah ini berkait rapat dengan hati. Memang berkesan prosess mengambil hati. Yang pandai mengambil hati dapat mengalih pandangan seseorang dari sesuatu kepada yang lain. Dalam kata lain, mahu menjadikan 1+1 tidak menghasil hanya 2, tetapi apa yang mereka mahu. Kegunaan dunianya memang banyak. Politik.
6. Saya kira (dari dulu mengira, 1+1=2 ?), prosess menggunakan mahu ini telah berlaku sepanjang zaman. Kita merendahkan level minda bila bercakap dengan kanak-kanak, untuk mencetus mahu, agar mereka melaksana apa yang kita mahu. “Guna saikologi lah sikit!” kata expert. Kita mengenepikan tahu dengan anggapan buat sementara waktu. Pendakwah berdakwah atas landasan ‘berhikmah’ untuk mencetuskan mahu. Maka terbenalah masyarakat berasaskan ‘kemahiran mahu’ …. yang sedihnya mengorbankan tahu. Populariti mengatasi kebenaran.
7. Bukan SS yang salah, begitu juga bukan 3 pengamatan Darwin yang salah. Bukan displin pengajaran sains yang salah. Tiada penipuan yang berlaku. Yang dikaji adalah strategi/carakerja Allah. Dan Allah sentiasa memberikan keizinan kepada mereka yang meminta (sesuai ketentuan). Sehinggakan syaitan pun diberikan keizinan menggoda manusia. Tanpa keizinNya tiada apa yang boleh berlaku.
8. Iman dan ilmu. Dengan mahu lahirlah iman. Mereka mendirikan solat, selain ‘carakerja’ yang lain. Solat itu sepatutnya menghindari fahsa dan munkar. Susahke nak cari masyarakat yang solat, tetapi tidak meninggalkan fahsa dan mungkar. Tidakkah perpecahahan di sana sini terbina dari ‘kemahiran mahu’, yang tidak dinafikan berniat baik, tapi tidak mengutmakan tahu?. Sehingga Allah memberi teguran “Fa waillul lil musollen … “. Semuanya gara-gara terperangkap dengan ‘procedure orientated’ dan tidak ‘target orientated’. Mengutamakan tujuan (mengenal Allah) adalah ‘priority’, melaksanakan carakerja adalah ‘mandatory’ dan memuhasabahnya adalah ‘obligatory’. Berfikir sejenak lebih baik dari …
9. Saya mengemukakannya hanya untuk tujuan berfikir. Tak banyak beza pun antara barisan dan bulatan. Sekurang-kurangnya bertekad menghampiri keadilan. Memang makar/carakerja manusia kearah divergent, mahu menyesuaikan 1+1 kepada selera manusia, sedangkan makar Allah hanya menyatakan 1+1=2, tak kira percaya atau tidak kepada Dia. Jangan engkari Tuhan (Sunattullah/carakerja Allah/ayat-ayat Allah) … itu sahaja yang hendak diperjuangkan. Kita boleh kata tak berhikmah, tak bersaikologi, tak ada taste, tak artistik, tak flexable, dan macam-macam lagi … tapi ingatlah “watawa sau bil haq, watawa sau bis sobr”.
10. 30:8 Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkat pertemuan dengan Tuhannya. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang derita) oleh orng-orang yang sebelumnya …
Allahu ‘alam.
Dikirim oleh Pak Din 31