Bhg 14 Teori Darwin – Tujuan, carakerja, penilaian (TCP)

September 10, 2007

1. Islam dibena atas 3 rukun utama. Rukun Iman, Islam dan Ikhsan. Semua muslim tahu mengingati rukun-rukun tersebut adalah sebahagian dari fardu Ain. Dari kecil seorang muslim itu disematkan dengan semangat mendukung perlaksanaannya. Rukun Iman yang mengandungi 6 pekara merupakan kerja rohani sementara Rukun Islam mengandungi 5 perkara merupakan kerja rohani dan jasmani. Rukun Ihsan pula ialah melaksana sesuatu pekerjaan kerana Allah.

2. Islam juga mengutamakan penglibatan niat, sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, samada rohani atau jasmani. Ganjaran yang diberikan untuk melakukan sesuatu bergantung pada niat. Sebenarnya budaya ini bukanlah terbatas pada Islam sahaja, malah pengurusan-pengurusan syarikat, organisasi, pertubuhan, pemerintahaan dan sebahaginya, kecil dan besar, semuanya mengemukan konsep niat dengan pelbagai nama berbeza. Sememangnya konsep niat iatu dari Islam kerana Islam itu bermula dari manusia pertama, Adam.

3. Setelah meletakan tujuan melaksanakan sesuatu, kita perlu mencari cara-cara untuk melaksanakan kerja-kerja (rohani atau jasmani) yang berkaitan untuk mencapai tujuan. Saya rujuk ini sebagai carakerja. Seterusnya, penilaian kepada tujuan dan carakerja perlu dibuat setiap masa bagi memastikan sistem perlaksanaan menjadi lebih bermakna. Seperti yang telah dibincang lalu, kehidupan merupakan satu prosess yang berulang. Berevolusi. Dalam bulatan, dimana setiap pusingan perlu ada penambah-baikan berlaku untuk mencapai kemajuan. Dikeluarkan dari bulatan bermakna kehidupan menjadi pincang, malah mustahil jadinya.

Peta

4. Perlaksanaan agama Islam juga terlibat dengan ketiga-tiga ciri di atas, TCP. Rukun Iman menjadi tujuan kita. Tauhid atau mengesakan Allah (dengan mengenaliNya) menjadi pekara pertama dalam Rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah dan diikuti dengan pekara-pekara seterusnya. Untuk mencapai tujuan ini, Allah mengwahyukan kepada nabi dan rasulNya carakerja yang perlu dilaksanakan bagi mencapai maksud, selain dari mengwahyukan tentang sifat-sifatNya. (Sebenarnya Allah pada awalnya banyak mengajar melalui alam, seperti mana contoh, Qabil melihat burung mencakar tanah). Teratas didalam carakerja (Ibadah) ialah pengucapan oleh lidah (lisan bagi yang mampu) dan hati mengakui persaksian. Kemudian solah dan yang lain.

5. Dengan tidak/enggan memahami erti kehidupan di alam ini, muslim telah banyak terlencong dari landasan kehidupan. Di sana-sini kedengaran keluhan muslim dalam kemiskinan, kebuluran, kecelaruan (berbalah sesama sendiri, berperang tanpa tahu tujuan sebenar, bertindak atas nama jihad, kononnya) dan bermacam lagi rungutan. Sering juga terdengar kenyataan menyalahkan pehak bukan Islam telah berkonspirasi terhadap mereka, sedangkan peringatan Allah ialah bahawa syaitan-syaitan itu tidak dapat mendatangkan mudharat kepada muslim yang berada di landasan iman yang benar. Segala apa yang muslim terima adalah dari hasil pilihan dan usaha sendiri.

6. Memahami kehidupan dari alam (sunattullah –carakerja Allah) merupakan apa yang dikemukakan oleh Darwin dalam teorinya. Kita memang tidak perlu menyebut nama Darwin berkali-kali sekiranya teori tersebut telah dikemukakan dahulu secara sainstifik oleh seorang muslim. Malangnya ramai muslim tidak berfikiran rational dalam pekara ini. Dengan tidak rationalnya pemikiran muslim, pengkajian carakerja Allah diletakkan pada keutamaan yang rendah. Sedangkan muslim tahu bahawa mengenal Allah (terutama melalui sunattullah) itu bererti sebenar-benar kefahaman kepada mengesakan Dia.

Peta

7. Malang, berjuta kali malang. Kalau ditegur muslim berprasangka dalam menjalankan carakerja mereka, sudah tentu teguran tersebut dikatakan satu penghinaan. Kalaulah ramai yang meratioanlkan bahawa kepincangan muslim disebabkan keinkaran muslim kepada ayat-ayat Allah (sunattulah), sudah tentu muslim tidak berada di dalam keadaan sekarang ini. Terlalu jelas disebutkan di dalam Al Quran bahawa segala kejadian alam (langit/bumi malam/siang) adalah ayat-ayat (tanda kekuasaan) Allah

8. Surah Ad Duha, surah Az Dzariat dan banyak ayat lain cuba mententeramkan Nabi saw kerana kekecewaan Nabi saw terhadap umatnya. Saya tidak merasa layak untuk menjadi tenteram dengan surah-surah tersebut, begitu juga tidak layak mengikut cara Nabi Ibrahim ra mencari tuhan lain. Kekecewaan memang ada. Berdasarkan prinsip bahawa ‘tujuan’ itu terlalu jauh lebih penting (dan amat menentukan ganjaran ayng diterima) maka saya dapat memtenteramkan jiwa. Dan berazam mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ilmu sains (falsafah dan teori Darwin), ilmu yang mengkaji alam semulajadi, ilmu yang mengajar penggunaan pemikiran rational, ilmu yang saya yakin cuba menerangkan carakerja Tuhan, ilmu yang mempunyai displin tidak menipu (bukan tipu orang lain tapi diri sendiri) dan ilmu yang akan menukar iman yang ada kepada iman ilmu.

9. Marilah kita sama-sama menghayati konsep TCP (dan teori Darwin lagi?), dalam kegirahan kita mengaku sebagai seorang muslim dan menyangka akan mendapat segala-galanya dari Allah di dunia dan akhirat, tetapi tidak mahu mendalami carakerjaNya, hanya sebuk dengan carakerja kita yang berprasangka. Ingatlah solat itu tiang agama dan Allah memberi amaran kepada mereka yang tidak menghidupkannya. Hidupnya solat hanya apabila pelakunya menghindari fahsa dan mungkar. Kalau tidak seperti yang selalu kita dengar bila bulan puasa sahaja “ … melainkan dapat lapar dan dahaga.” (kerana menyambut bulan ‘pesta makan maghrib’ Malaysia boleh). Malaysia memang boleh, muslimnya tidak.

10. … Fa wayllul lil musollen, allazinaa hum ‘an solattihim saahon …

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.