Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan.

September 12, 2007

1. Si Tan memandu dari ladang sayurnya yang agak luas di kawasan berhawa dingin, Brincang, (Cameron Highland bagi mereka yang kurang pasti). Di kawasan berbukit tersebut beberapa jalan dicat dengan garisan berkembar dua berwarna kuning, menandakan pemandu tidak boleh memotong, walau dalam keadaan apa pun. Tetapi bagi Tan, Land Rover buruk bekas polis (kenderaan popular kawasan bukit) telah biasa dengan keadaan traffik (agak sebuk musim cuti) lalu memotong kenderaan pelancung beberapa kali. Dia sudah tahu bila penguat kuasa ada di jalan atau tidak.

2. Pak Bulat (nama sebenar Hj Zainal) dari Taman Sedia, beberapa km dari Brincang, mempunyai sebidang tanah yang juga menanam sayur (CH memang tempat tanam sayur/bunga). Dia sedang memandu Toyota KE menuruni bukit dengan berhati-hati. Orang seniorlah katakan, pencen JKR. Tiba-tiba … poonnnnn! Si Tan menghon dari belakang yang juga hendak ke Tanah Rata di bawah. Kali ini Tan tak dapat mempergunakan kemahirannya kerana garisan dua tadi dah di tukar dengan tembuk halangan. Ghost divider dah di tukar oleh JKR dengan tembuk halangan batu. Terpaksalah dia mengekori Pak Bulat, walaupun sumpahannya berbakul lebih banyak dari bakul sayurnya di belakang.

3. Di ladang Si Tan, beberapa lot dari tanah yang saya cadang hendak membelinya (Pak Bulat jadi ajen penjual) sayurnya menghijau. Kobis tumbuh segar sayup mata memandang. Entah apa formulanya, tetapi yang pasti bau sekililing memang tak menarik pelancung. Singgah di rumah Pak Bulat, kesihatan kobisnya jauh berbeza. “Macam mana nak laku ni … mak Bulat”, kata Pak Bulat satu petang sebelum melangkahkan kakinya ke masjid berhampiran, di mana dia adalah seorang AJK. Tepuk tangan … cerita dah habis.

Peta

4. Sekadar untuk difikir-fikirkan … ambil serious sangat, langsung orang tak berminat. Buat tak tahu langsung nanti “ khatamal Llahhu ‘ala kulub bihim”. Nak cerita arts atau cerita sains? Perlukah ditanya di mana silapnya? Di mana keadilan ? Ada ke keadilan? Tak nampak pun barisan? … atau bulatan? Mana Darwin? … akhir-akhirnya mana Tuhan? Hukum garisan dan hukum halangan? Bermacam-macam di fikiran. Mahu tahu .. jawapan? Tahuuuu … mahu jawapan, kan? (sekadar mengingat farsa-farsa yang perlu diingat)

5. Sunattullah adalah hukum halangan. Hukum di mana, penguatkuasanya ada setiap masa. Tak mengantuk dan tak tidur. Tak penat, tak terhalang oleh ruang dan waktu. Hukum di mana. penggubalan dan penguat-kuasaan telah dirancang dan disiapkan sebelum lagi adanya alam ini. Hukum dimana penghakiman berlaku serta merta. Sementara syariatallah adalah hukum garisan. Hukum yang berevolusi bukan kerana ketidakmampuan pengubalnya, tetapi bergantung pada berevolisinya kehidupan. Berevolisinya pemikiran. Tanda kebabasan yang diberikan. Tak perlu campurtangan, sekiranya tiada pergaduhan, perbalahan dsb.

6. Walau sensitif mana perbahasan, perlu rujuk peringatan Bhg 7 Per 8. Gunakan akal, rational mind bukan nafsu, emotional mind. Beragama adalah lanjutan dari berbudaya. Kita pernah dengar budaya liar, sekarang ada di hutan batu, dulu pun ada di hutan kayu. Semasa budaya liar hutan kayu, Adam-adam yang paling awal sekalipun mempunyai hirechy dalam masyarakatnya. Rujuk Discovery channel, tiap-tiap hari ada tunjuk. Apabila sampai ‘baligh’ dan bergelar manusia dengan tahap pemikiran yang Allah fikirkan sesuai, maka mula diwahyukan peraturan budaya berbubung soal bersosial, terutamanya, kerana itu asas berbudaya.

Peta

7. Maka berevolusilah (berkembanglah) hukum garisan. Cadangan-cadangan disalurkan melalui yang terpilih untuk dilaksanakan. Sebahagiannya berubah terutama yang melibatkan carakerja mahluk, dengan berevolusinya keupayaan pemikiran. Dan diceritakan juga tentang carakerja Haliq yang sudah semestinya tidak berubah mengikut peredaran waktu. Jatuhnya apple hutan kayu tak berubah sehinggalah sekarang di hutan batu, jatuh masih ke bawah (gravity). Makan masih sama dari dahulu kerana ketentuan Allah menjadikan makan sebagai alat/prosses/sha-ba-ba(sebab) untuk keyang. Selera berubah kerana Allah memberiakan pilihan/ujian kepada mahluknya. Berhenti sebelum kenyang. Pilih yang baik untuk tubuh bukan yang ‘baik’ untuk selera.

8. “Setan betul si Tan!” rungut pelancung yang kena ‘pancung’ akibat si Tan menjual lebih mahal se-tan sayurnya, mengetahui sayur pak Bulat berulat. Si Tan memahami hukum halangan, dia mengenal ‘tuan alla’nya. Dia mengenal carakerja dan kemahuan ‘tuan alla’nya. Allah juga, sudah pasti mengizinkan sayur Tan menjadi dan juga mengizinkan ulat menghampiri sayur pak Bulat. Apakah ‘tuan alla’ Tan itu berbeza dari Allah? Keadilan bagaimanakah yang perlu difahami? Sudah pasti muslim perlu anjakan paradigma (berubah .. aja) cara berfikir. Dan untuk berubah cara berfikir muslim kena berfikir dahulu. Kalau tak nak berfikir tak boleh lah nak ubah (fikir artistik memang selalu … macamana nak buat barisan jadi bulatan, contoh). Dan juga kalau tak beriman (sebenar), macamana nak keluarkan sementara untuk muhasabah. Benda tak ada, yang disangka ada.

9. Melihat artikel As Sarawaki (mula berminat membaca blog … jumpa juga blogger macam Adam-adam) manusia bukan robot. Allah berikan akal untuk digunakan sepenuhnya. Jangan biarkan roh kebuluran. Jangan lupa JET. Kaji isi dan kulit bukan peringkat tadika saja, tapi pringkat SPM (kaca-permata) dan pringkat ijazah (sains-arts) dan seterusnya.

10. Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al Araf :179)

Allahu ‘alam


Bhg 15 Teori Darwin – Sains dan saintist.

September 12, 2007

1. Dari Bhg 3 Per 3, saya membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad saw adalah saorang saintist berdasarkan tidak kurang dari 1/7 daripada Al Quran mengandungi kenyataan-kenyataan sains, yang sekarang banyak terbukti kebenarannya. Di lihat dari sejarah dari tahun 700SM – 0M adalah zaman kegemilangan Greek diikuti 0M – 700M diambilalih oleh orang Kristian, sebelum Nabi saw dan Islam menguasai tamadun dari 700 – 1400M dengan pelbagai penemuaan sains dan perkembangnya. Malangnya selepas 1400M penguasaan telah beralih kepada orang bukan Islam, khususnya orang secular.

2. Kehilangan penguasaan muslim terhadap sains dan tamadun dunia, akhir-akhir ini diparahkan lagi dengan pelbagai lebel negatif kepada Islam. Bagi mereka yang dapat melihat dari perspektif yang betul, sudah tentu segala kesalahan tidak dapat dikaitkan dengan Islam, tetapi sesuatu yang harus dipikul oleh umatnya, muslim. Kelalaian muslim bukan sahaja telah menjadikan mereka miskin dari segi fizikal (harta kekayaan) malah miskin juga dari segi mental (harta intelek). Kebanyakan kalau tidak semua, patent-patent baru dikuasai oleh orang bukan Islam.

3. Bhg 1, telah menyentuh bahawa ilmu sains itu adalah satu ilmu yang neutral, seperti ilmu membuat rumah, tidak kafir. Malah berkali-kali disebutkan bahawa sains, tidak lain, adalah ilmu mengkaji alam semulajadi (nature) – perkataan yang sesuai bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, atau lebih tepat lagi bagi muslim ilmu mengkaji carakerja Allah (Sunattullah). Dan juga oleh kerana displinnya yang memerlukan ujikaji yang boleh diulang berkali-kali dan oleh sesiapa sahaja, menjadikan ia ilmu yang tidak mengajar penipuan.

Peta

4. Kalau tadi muslim yang dipertanggungjawabkan kerana keburukan Islam, maka adalah wajar saintist dipersalahkan apabila terdapat penyelewangan berlaku terhadap ilmu berkenaan. Tidak wajar menyalahkan sains atau proses fussion dan fission, kerana meletupnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Oleh itu pandangan yang mengatakan ada sains Islam dan bukan-Islam adalah tidak tepat, seperti mana juga kurang tepat kita mengislamkan bank dan institusi lain. Keislaman adalah milik yang berakal dan tidak beragama orang yang tidak berakal (samada sengaja menghilangkannya – mabuk/khayal atau gila).

5. Sebagaimana seseorang pengebom brani-mati, mendapat ajaran yang kurang tepat, begitulah situasinya bagi saintist. Pengamatan yang dibuat sains adalah hasil kerja Allah swt, dan Dia berhak dan telah mencipta, kebaikan dan keburukan. Dari satu sudut, boleh kita katakan bahawa Allah swt hanya perlu mencipta kebaikan dan keburukan itu adalah hasil dari tiadanya kebaikan. Dengan sebab itu juga, selain Sunattullah, kita ada Syariat Allah, yang bertujuan untuk menjadi rujukan mana satu proses Sunattullah yang beramaran (masuk ke Neraka) dan yang tidak. Kenikmatan berjima’ adalah dari Sunattullah yang sama, tetapi ada yang haram dan ada yang halal, bergantung kepada pembuatnya, sebagai contoh.

6. Ilmu sains itu membuat penemuan baru. Tahun 2000, DNA betul-betul difahami, tidak bermakna Nabi saw tidak berDNA. Di dalam semua pembelajaran (bahagian terpenting dalam kehidupan), evolusi memainkan peranan. Rujuk Bhg 13 Per 2/4, evolusi adalah ibarat spiral staircase. Dalam bulatan dan ada kemajuan ke atas. Syariat Allah berevolusi, dari penganut pertamanya, Nabi Adam ra sehingglah ke Nabi Muhammad saw, kerana Penciptanya faham berevolusinya tahap pemikiran yang menggunakannya. Dan ‘ada kemajuan’ bermaksud ada yang ‘ditukar’ dan ‘menukar’, maafkanlah yang perlu ditukar.

Peta

7. Neutralnya ilmu sains ibarat ilmu membuat rumah (IMR). (rujuk Bhg 1 – 16 Aug 07). IMR tidak boleh dirujuk semasa hendak membuat kapalterbang, apatahlah lagi semasa membena insan atau iman, bukan kerana ilmu tersebut tidak serasi dengan insan atau iman. Tetapi kerana bukan itu ilmu yang sepatutnya dirujuk. Keadilan perlu dijalankan. Begitu juga illmu sains, bukan ilmu yang sepatutnya digunakan untuk membena iman. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membena iman. Setiap cabang ilmu mempunyai pengkhususan tersendiri dengan pendekatan dan displine yang berbeza. Apabila kita hendak membena insan yang mengikut carakerja yang diredhai, maka kita himpunkan semua ilmu-ilmu (sains dan agama) yang berkaitan untuk mencapai tujuan, insan kamil, contohnya.

8. Zat Allah swt tidak boleh difikirkan manusia, apatah lagi nak dimaterialise-kan. Tetapi kesan dari adanya zat Allah itu yang dapat disentuh indera 5+2. Oleh itu memang sepatutnya dipisahkan ilmu mempercayai zat Allah (Tauhid) dari ilmu mengkaji hasil carakerja Allah (sains). Kita tidak menjadi kafir dengan pemisahan IMR dari ilmu Tauhid dan Fekah! … begitu juga kita tidak menjadi kafir memisahkan manhaj sains dan agama. Ibarat air tawar dari kuala yang menjadi satu bertemu dengan air masin di muara (serasi antara keduanya) adalah terpisah sebenarnya. Memang sunah nak difahami, dipisah tetapi serasi antara satu dengan yang lain.

9. Salahkan muslim, bukan … Islam, sekiranya ada pengeboman berani-mati dan salahkan saintist, bukan … sains (ilmunya) sekiranya ada syak wasangka di dalam hati. Sebagaimana kita perlukan sains untuk menjadikan IMR lebih berkesan begitu jugalah kita perlukan sains untuk mempertingkatkan (mengevolusikan) iman dan kefahaman agama. Oleh itu janganlah kita terpengaruh dengan idea yang memisahkan sains Islam dan sain Barat.

10. 55:19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampauioleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.