1. Dari Bhg 3 Per 3, saya membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad saw adalah saorang saintist berdasarkan tidak kurang dari 1/7 daripada Al Quran mengandungi kenyataan-kenyataan sains, yang sekarang banyak terbukti kebenarannya. Di lihat dari sejarah dari tahun 700SM – 0M adalah zaman kegemilangan Greek diikuti 0M – 700M diambilalih oleh orang Kristian, sebelum Nabi saw dan Islam menguasai tamadun dari 700 – 1400M dengan pelbagai penemuaan sains dan perkembangnya. Malangnya selepas 1400M penguasaan telah beralih kepada orang bukan Islam, khususnya orang secular.
2. Kehilangan penguasaan muslim terhadap sains dan tamadun dunia, akhir-akhir ini diparahkan lagi dengan pelbagai lebel negatif kepada Islam. Bagi mereka yang dapat melihat dari perspektif yang betul, sudah tentu segala kesalahan tidak dapat dikaitkan dengan Islam, tetapi sesuatu yang harus dipikul oleh umatnya, muslim. Kelalaian muslim bukan sahaja telah menjadikan mereka miskin dari segi fizikal (harta kekayaan) malah miskin juga dari segi mental (harta intelek). Kebanyakan kalau tidak semua, patent-patent baru dikuasai oleh orang bukan Islam.
3. Bhg 1, telah menyentuh bahawa ilmu sains itu adalah satu ilmu yang neutral, seperti ilmu membuat rumah, tidak kafir. Malah berkali-kali disebutkan bahawa sains, tidak lain, adalah ilmu mengkaji alam semulajadi (nature) – perkataan yang sesuai bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, atau lebih tepat lagi bagi muslim ilmu mengkaji carakerja Allah (Sunattullah). Dan juga oleh kerana displinnya yang memerlukan ujikaji yang boleh diulang berkali-kali dan oleh sesiapa sahaja, menjadikan ia ilmu yang tidak mengajar penipuan.
4. Kalau tadi muslim yang dipertanggungjawabkan kerana keburukan Islam, maka adalah wajar saintist dipersalahkan apabila terdapat penyelewangan berlaku terhadap ilmu berkenaan. Tidak wajar menyalahkan sains atau proses fussion dan fission, kerana meletupnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Oleh itu pandangan yang mengatakan ada sains Islam dan bukan-Islam adalah tidak tepat, seperti mana juga kurang tepat kita mengislamkan bank dan institusi lain. Keislaman adalah milik yang berakal dan tidak beragama orang yang tidak berakal (samada sengaja menghilangkannya – mabuk/khayal atau gila).
5. Sebagaimana seseorang pengebom brani-mati, mendapat ajaran yang kurang tepat, begitulah situasinya bagi saintist. Pengamatan yang dibuat sains adalah hasil kerja Allah swt, dan Dia berhak dan telah mencipta, kebaikan dan keburukan. Dari satu sudut, boleh kita katakan bahawa Allah swt hanya perlu mencipta kebaikan dan keburukan itu adalah hasil dari tiadanya kebaikan. Dengan sebab itu juga, selain Sunattullah, kita ada Syariat Allah, yang bertujuan untuk menjadi rujukan mana satu proses Sunattullah yang beramaran (masuk ke Neraka) dan yang tidak. Kenikmatan berjima’ adalah dari Sunattullah yang sama, tetapi ada yang haram dan ada yang halal, bergantung kepada pembuatnya, sebagai contoh.
6. Ilmu sains itu membuat penemuan baru. Tahun 2000, DNA betul-betul difahami, tidak bermakna Nabi saw tidak berDNA. Di dalam semua pembelajaran (bahagian terpenting dalam kehidupan), evolusi memainkan peranan. Rujuk Bhg 13 Per 2/4, evolusi adalah ibarat spiral staircase. Dalam bulatan dan ada kemajuan ke atas. Syariat Allah berevolusi, dari penganut pertamanya, Nabi Adam ra sehingglah ke Nabi Muhammad saw, kerana Penciptanya faham berevolusinya tahap pemikiran yang menggunakannya. Dan ‘ada kemajuan’ bermaksud ada yang ‘ditukar’ dan ‘menukar’, maafkanlah yang perlu ditukar.
7. Neutralnya ilmu sains ibarat ilmu membuat rumah (IMR). (rujuk Bhg 1 – 16 Aug 07). IMR tidak boleh dirujuk semasa hendak membuat kapalterbang, apatahlah lagi semasa membena insan atau iman, bukan kerana ilmu tersebut tidak serasi dengan insan atau iman. Tetapi kerana bukan itu ilmu yang sepatutnya dirujuk. Keadilan perlu dijalankan. Begitu juga illmu sains, bukan ilmu yang sepatutnya digunakan untuk membena iman. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membena iman. Setiap cabang ilmu mempunyai pengkhususan tersendiri dengan pendekatan dan displine yang berbeza. Apabila kita hendak membena insan yang mengikut carakerja yang diredhai, maka kita himpunkan semua ilmu-ilmu (sains dan agama) yang berkaitan untuk mencapai tujuan, insan kamil, contohnya.
8. Zat Allah swt tidak boleh difikirkan manusia, apatah lagi nak dimaterialise-kan. Tetapi kesan dari adanya zat Allah itu yang dapat disentuh indera 5+2. Oleh itu memang sepatutnya dipisahkan ilmu mempercayai zat Allah (Tauhid) dari ilmu mengkaji hasil carakerja Allah (sains). Kita tidak menjadi kafir dengan pemisahan IMR dari ilmu Tauhid dan Fekah! … begitu juga kita tidak menjadi kafir memisahkan manhaj sains dan agama. Ibarat air tawar dari kuala yang menjadi satu bertemu dengan air masin di muara (serasi antara keduanya) adalah terpisah sebenarnya. Memang sunah nak difahami, dipisah tetapi serasi antara satu dengan yang lain.
9. Salahkan muslim, bukan … Islam, sekiranya ada pengeboman berani-mati dan salahkan saintist, bukan … sains (ilmunya) sekiranya ada syak wasangka di dalam hati. Sebagaimana kita perlukan sains untuk menjadikan IMR lebih berkesan begitu jugalah kita perlukan sains untuk mempertingkatkan (mengevolusikan) iman dan kefahaman agama. Oleh itu janganlah kita terpengaruh dengan idea yang memisahkan sains Islam dan sain Barat.
10. 55:19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampauioleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Allahu ‘alam
Assalamualaikum
Saya tidak bersetuju dgn statement tuan yang melabelkan Nabi Muhammad SAW adalah seorang saintis. Al Quran bukan karangan baginda.. ia adalah wahyu dari Maha Pencipta. Allah juga bukan ahli sains kerana seorang saintis ada metod pembangunan dan pengujiannya yg berkisar kepada kajian emperical misanya.. Sedangkan Allah hanya perlu berkata “Jadilah..” maka jadilah apa yang dikehendaki NYA.. mana mungkin Allah dan Rasulnya ahli Sains? Sedang sains itu sekumit dari pengetahuanNYA yang maha luas. Rasul juga tak tahu membaca… sdra sdg membuka ruang kpd anti-Rasul utk mengatakan Rasul meniru teori sains Yunani maka sebab itu baginda tahu banyak perkara yang saintis barat tak tahu. Berhati-hati sdra.
Waalaikumussalam sdr oghag
Terima kasih pandangan dan nasihat berhati-hati.
Title saintis adalah sejajar dengan banyak lagi title lain yang Nabi saw pegang seperti negarawan (seorang tokoh pemimpin yang membena empire yang luas), usahawan, suami mithali dan lain-lain. Seperti yang saya sebutkan dalam artikel, Nabi saw mengeluarkan kenyataan sains (yang diwahyukan kepada beliau).
Per 10 The Quran on Seas and Rivers:
http://www.islam-guide.com/frm-ch1-1-e.htm
Huraian ayat air masin dan tawar tak bercampur
But when the Quran speaks about the divider between fresh and salt water, it mentions the existence of “a forbidding partition” with the barrier. God has said in the Quran:
He is the one who has set free the two kinds of water, one sweet and palatable, and the other salty and bitter. And He has made between them a barrier and a forbidding partition. (Quran, 25:53)
Per 8 maka
dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah
http://www.al-azim.com/masjid/nikmat.html
Tauhid Zat Allah
http://www.al-shia.com/html/id/books/ensan-jahan/09.htm
(Blog Arkam … nampaknya kena tukar format) Bila disebut Allah itu SATU pada zatNya, itu tidak betul, sebab zat Allah tak boleh dibayangkan. Bila menggambarkan Zat Allah itu satu seolah2 Allah itu …
http://heliconia.wordpress.com/2007/02/07/term-escalating/
Scientific Approach to the Qur’an
A truly scientific approach to the Qur’an is possible because the Qur’an offers something that is not offered by other religious scriptures, in particular, and other religions, in general. It is what scientists demand. Today there are many people who have ideas and theories about how the universe works.
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=228&Itemid=72
Sharudin, thanks for linking my blog here for whatever reasons.
Terima kasih heliconia kerana menyinggah
Ayat-ayat di bawah yang saya cuba hadamkan. Terima kasih
Bila menggambarkan Zat Allah itu satu seolah2 Allah itu berjisim, berketul, walhal Allah itu tidak sama dengan manusia, Dia bukan berjisim.SATU numerical itu masih boleh dibahagi-bahagi..
ESA digunakan untuk menggambarkan ZAT Allah, bermakna ia tidak boleh dibahagi-bahagi.
AHAD salah satu asma’ yg menerangkan sifat2 Allah.
Arab bangga al-Quran dalam bahasa Arab tapi isi al-Quran itu tidak dikaji. Mereka lebih suka hidup statik dari berfikir secara realistik. Islam maju dulu kerana ramai orang Islam yang menguasai sains dan teknologi, kerana tinggi ilmu pengetahuannya dan ilmu itu sendiri adalah kuasa. Namun hari ini, kita dapat lihat Arab Saudi misalnya, satu-satunya eksport negara tersebut adalah buah kurma tapi malangnya setiap biji kurma yang dieksport itu membuatkan mereka rugi. Kenapa kita mesti ikut orang yang rugi? Demi masa manusia sentiasa berada dalam kerugian akibat tidak membaca, tidak mahu berfikir dan tidak beriman.
http://www.shalattas.com/page.php?16
Maaf sdra, saya masih tak bersetuju yang Rasulullah boleh digelar sebagai ahli sains hanya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur sains. Adakah jika Pak Lah membacakan statement seorang biologist akan menjadikan Pak Lah seorang biologist? Baginda tetap seorang Nabi + Negarawan + suami mithali + jeneral/panglima + apa saja yang beliau buat tetapi bukan seorang saintis. Pertama takrifan saintis itu sendiri iaitu a person who uses observation, experimentation and theory to learn about a subject (Biologists, physicists, chemists, geologists and astronomers are all scientists.) Surah al Qiamah ayat 38 bermaksud,” Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia).” Oleh kerana Rasullah SAW orang pertama yang membacanya kpd manusia maka mengapa kita tak panggil Rasul seorang gynaecologist? Hujah saya ialah kerana baginda tidak observ, tidak melakukan eksperimen dan berteoritikal mengenainya tetapi baginda di wahyukan oleh ALLAH SWT barulah Rasulullah tahu. Saya menentang pernyataan “Rasulullah adalah saintis.” kerana orientalis mahu manusia berfikir seperti itu kemudian diakhir zaman orang akan kata..,”Patutlah Quran ni mengandungi pengetahuan yang ajaib pada zamannya kerana beliau ahli sains.. dia buat eksperimen kemudian dia tulis dalam Quran.. oh.. benar dia buta huruf… kalau macam tu dia suruh orang lain tulis.” Fikir-fikirkan
Sdr oghang
Sebagai penghadaman awal rujuk ayat DARWIN23 Per 10. Semasa Permata999, anak saya, setelah dilatih berfikiran parallel, mencetuskan idea dan bertanya, tentang ayat ini. Apa yang dia nampak ialah siapa yang membuat. Sebelum itu kali melalui huraian ayat nabi seorang suami mithali, akhir surah Al Baqarah. Poket saya koyak 5K kalah bet dia dapat PMR 7A. Alhamdullilah. Tahun depan SPM double. Apa yang penting di dalam kelas sains, saya tak boleh ambil mudah pemikirannya yang berkembang. Kita tahu “wa maa Muhammaddun illa rasul”. Tapi … Terima kasih
Maafkan saya kalau terkasar bahasa.. setelah membaca pelbagai artikel yang mempertikaikan al-Quran oleh musuh-musuh Islam.. saya phobia dgn gelaran ahli sains kpd Rasulullah SAW. Tulisan sdra banyak benarnya – alhamdulillah. Antara punca phobia saya aalah kisah benar di bawah:
Seorang saintis dlm syarahannya di Canada pernah menceritakan kehebatan al-Quran mengisahkan dgn detail akan kejadian manusia bermula dari setitis mani sehingga menjadi bayi di dalam rahim wanita. Selepas 1000 tahun lebih barulah pengetahuan itu sampai kpd saintis barat & mereka mengesahkan apa yg diceritakan di dalam Quran itu adalah benar! Bangkit seorang wartawan menuduh Rasulullah adalah penulis Quran dan baginda telah membedah seorang wanita, sebab tu baginda tahu. Saintis tu kata nuftah yg berevolusi menjadi embrio tak dapat dilihat dgn mata kasar. Wartawan tu menuduh pula Rasulullah menggunakan mikroskop. Saintis tu menjawab, tak mungkin kerana mikroskop tidak tercipta sehingga sekitar 1600 Selepas Masihi. Wartawan tu kembali membuat teori.. siapa tahu Muhammad telah menciptanya (mikroskop)dan setelah menggunakannya Muhammad (SAW) telah menimbusnya. jeng..jeng jeng…!!!?? Jahil dan bodoh sombong punya manusia.
Secara tidak langsung sebenarnya wartawan barat itu tadi telah menuduh Rasulullah SAW telah melakukan eksperimen dan layak dipanggil saintis. Jadi, jika kita umat Islam mengaku baginda adalah saintis.. ada implikasinya.. positif & negatif.
Teruskan usaha sdra yg murni.. semoga Allah SWT memberkati usaha dan usia sdra. Wassalam.
Thanks very much for the info
Sebenarnya memang sangat susah nak menegakkan kebenaran. Tanpa terutamanya menyinggung hati manusia yang hendak kita tegur. Nabi saw sendiri pernah merasa kecewa dalam penyampaiannya 23 tahun. Jadi saya kira perlu ketabahan dalam hal ni. Sebenarnya saya sendiripun tak bergitu tabah dan khatir dengan idea-idea yang nek dikeluarkan … tapi bacalah sebab saya mulakan bolg ini.
Tolong tenguk kalau kereta saya tersalah jalan .. serius ni!
Terima kasih.
Science has its discipline, and this discipline should be followed. Islamists hate it when people start to quote the Quran and interpret it without knowing various other fields of knowledge, yet when people stumble upon a scientific discovery that may hint on a Quranic verse, they take it literally without any regard of what conditions such discovery was made, in what limiting factors, to what extent. The connection was simply made without making qualified statements like “Therefore it may be connected to verse …. , which implies that … because in the research that is done, one interpretation on it can mean …. . However, there is another interpretation which may contradict this, which goes …. . We disagree because …. “
Such statements are a rarity. People hijack science to justify many things, and I don’t expect people to do so with my religion. There is nothing wrong in making that connection between Islam and science, but not enough care is taken when doing so, and people assume it to be true, when in actuality it is merely an interpretation which may be rebuked by logic.
Dari http://imakubex.iluvislam.com/?p=53