Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan.

1. Si Tan memandu dari ladang sayurnya yang agak luas di kawasan berhawa dingin, Brincang, (Cameron Highland bagi mereka yang kurang pasti). Di kawasan berbukit tersebut beberapa jalan dicat dengan garisan berkembar dua berwarna kuning, menandakan pemandu tidak boleh memotong, walau dalam keadaan apa pun. Tetapi bagi Tan, Land Rover buruk bekas polis (kenderaan popular kawasan bukit) telah biasa dengan keadaan traffik (agak sebuk musim cuti) lalu memotong kenderaan pelancung beberapa kali. Dia sudah tahu bila penguat kuasa ada di jalan atau tidak.

2. Pak Bulat (nama sebenar Hj Zainal) dari Taman Sedia, beberapa km dari Brincang, mempunyai sebidang tanah yang juga menanam sayur (CH memang tempat tanam sayur/bunga). Dia sedang memandu Toyota KE menuruni bukit dengan berhati-hati. Orang seniorlah katakan, pencen JKR. Tiba-tiba … poonnnnn! Si Tan menghon dari belakang yang juga hendak ke Tanah Rata di bawah. Kali ini Tan tak dapat mempergunakan kemahirannya kerana garisan dua tadi dah di tukar dengan tembuk halangan. Ghost divider dah di tukar oleh JKR dengan tembuk halangan batu. Terpaksalah dia mengekori Pak Bulat, walaupun sumpahannya berbakul lebih banyak dari bakul sayurnya di belakang.

3. Di ladang Si Tan, beberapa lot dari tanah yang saya cadang hendak membelinya (Pak Bulat jadi ajen penjual) sayurnya menghijau. Kobis tumbuh segar sayup mata memandang. Entah apa formulanya, tetapi yang pasti bau sekililing memang tak menarik pelancung. Singgah di rumah Pak Bulat, kesihatan kobisnya jauh berbeza. “Macam mana nak laku ni … mak Bulat”, kata Pak Bulat satu petang sebelum melangkahkan kakinya ke masjid berhampiran, di mana dia adalah seorang AJK. Tepuk tangan … cerita dah habis.

Peta

4. Sekadar untuk difikir-fikirkan … ambil serious sangat, langsung orang tak berminat. Buat tak tahu langsung nanti “ khatamal Llahhu ‘ala kulub bihim”. Nak cerita arts atau cerita sains? Perlukah ditanya di mana silapnya? Di mana keadilan ? Ada ke keadilan? Tak nampak pun barisan? … atau bulatan? Mana Darwin? … akhir-akhirnya mana Tuhan? Hukum garisan dan hukum halangan? Bermacam-macam di fikiran. Mahu tahu .. jawapan? Tahuuuu … mahu jawapan, kan? (sekadar mengingat farsa-farsa yang perlu diingat)

5. Sunattullah adalah hukum halangan. Hukum di mana, penguatkuasanya ada setiap masa. Tak mengantuk dan tak tidur. Tak penat, tak terhalang oleh ruang dan waktu. Hukum di mana. penggubalan dan penguat-kuasaan telah dirancang dan disiapkan sebelum lagi adanya alam ini. Hukum dimana penghakiman berlaku serta merta. Sementara syariatallah adalah hukum garisan. Hukum yang berevolusi bukan kerana ketidakmampuan pengubalnya, tetapi bergantung pada berevolisinya kehidupan. Berevolisinya pemikiran. Tanda kebabasan yang diberikan. Tak perlu campurtangan, sekiranya tiada pergaduhan, perbalahan dsb.

6. Walau sensitif mana perbahasan, perlu rujuk peringatan Bhg 7 Per 8. Gunakan akal, rational mind bukan nafsu, emotional mind. Beragama adalah lanjutan dari berbudaya. Kita pernah dengar budaya liar, sekarang ada di hutan batu, dulu pun ada di hutan kayu. Semasa budaya liar hutan kayu, Adam-adam yang paling awal sekalipun mempunyai hirechy dalam masyarakatnya. Rujuk Discovery channel, tiap-tiap hari ada tunjuk. Apabila sampai ‘baligh’ dan bergelar manusia dengan tahap pemikiran yang Allah fikirkan sesuai, maka mula diwahyukan peraturan budaya berbubung soal bersosial, terutamanya, kerana itu asas berbudaya.

Peta

7. Maka berevolusilah (berkembanglah) hukum garisan. Cadangan-cadangan disalurkan melalui yang terpilih untuk dilaksanakan. Sebahagiannya berubah terutama yang melibatkan carakerja mahluk, dengan berevolusinya keupayaan pemikiran. Dan diceritakan juga tentang carakerja Haliq yang sudah semestinya tidak berubah mengikut peredaran waktu. Jatuhnya apple hutan kayu tak berubah sehinggalah sekarang di hutan batu, jatuh masih ke bawah (gravity). Makan masih sama dari dahulu kerana ketentuan Allah menjadikan makan sebagai alat/prosses/sha-ba-ba(sebab) untuk keyang. Selera berubah kerana Allah memberiakan pilihan/ujian kepada mahluknya. Berhenti sebelum kenyang. Pilih yang baik untuk tubuh bukan yang ‘baik’ untuk selera.

8. “Setan betul si Tan!” rungut pelancung yang kena ‘pancung’ akibat si Tan menjual lebih mahal se-tan sayurnya, mengetahui sayur pak Bulat berulat. Si Tan memahami hukum halangan, dia mengenal ‘tuan alla’nya. Dia mengenal carakerja dan kemahuan ‘tuan alla’nya. Allah juga, sudah pasti mengizinkan sayur Tan menjadi dan juga mengizinkan ulat menghampiri sayur pak Bulat. Apakah ‘tuan alla’ Tan itu berbeza dari Allah? Keadilan bagaimanakah yang perlu difahami? Sudah pasti muslim perlu anjakan paradigma (berubah .. aja) cara berfikir. Dan untuk berubah cara berfikir muslim kena berfikir dahulu. Kalau tak nak berfikir tak boleh lah nak ubah (fikir artistik memang selalu … macamana nak buat barisan jadi bulatan, contoh). Dan juga kalau tak beriman (sebenar), macamana nak keluarkan sementara untuk muhasabah. Benda tak ada, yang disangka ada.

9. Melihat artikel As Sarawaki (mula berminat membaca blog … jumpa juga blogger macam Adam-adam) manusia bukan robot. Allah berikan akal untuk digunakan sepenuhnya. Jangan biarkan roh kebuluran. Jangan lupa JET. Kaji isi dan kulit bukan peringkat tadika saja, tapi pringkat SPM (kaca-permata) dan pringkat ijazah (sains-arts) dan seterusnya.

10. Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al Araf :179)

Allahu ‘alam

9 Respons bagi “Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan.”

  1. sharudin Berkata:

    “Tidak ada hukum selain hukum milik Allah.” (TQS. Yusuf:40)

    “Dan barang siapa yang tidak menerapkan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir.” (Al-Maidah:44)

    “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara ditengah-tengah mereka menurut apa yang diturunkan Allah. Dan janganlah kami mengikuti hawa nafsu mereka,supaya mereka tidak memalingkan kamu dan sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu… ” (Al-Maidah:49)”

    http://embunbening.wordpress.com/tag/artikel/

  2. sharudin Berkata:

    Ini meliputi hukuman seperti ditahan untuk diminta bertaubat atau diminta membayar denda atau dirampas harta benda, pemulauan dan sebarang bentuk hukuman berbentuk takzir yang sesuai dikenakan kepada pesalah murtad sehinggalah dia bertaubat. Mohamed S. El-Awa dalam buku beliau menjelaskan bahawa jenis-jenis hukuman takzir adalah seperti teguran (al-Wa’z), teguran tegas (al-Tawbikh), ancaman (al-Tahdid), pemulauan (al-Hajr), pendedahan di khalayak ramai (al-Tasyhir), denda dan merampas harta benda (al-Gharamah wal-Musadarah), penjara (al-habs) dan sebat (al-Jald). [Mohamed S. El-Awa (1999), Hukuman Dalam Undang-undang Islam: Satu Kajian Perbandingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, hal. 150-165].
    http://sahabatmantap.wordpress.com/2007/09/03/murtad-antara-hukuman-dan-usaha/

  3. S05 Allah dan SunnahNya « Bulan Agama Berkata:

    [...] dirujuk sebagai Nature oleh mereka yang tidak percayakan Allah, merupakan hukum halangan (rujuk Bhg 16 Teori Darwin) yang memberikan kesan sertamerta berbanding hukum garisan, yang pembalasannya ditangguhkan [...]

  4. Mil Berkata:

    Perlu diingat bahwa sunnatullah itu terbagi kepada dua bagian:

    Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa

    Kedua: Manusia menerima secara sukarela

    Firman Allah:Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, baik dengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)

    1. Secara terpaksa (karhan). Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:

    – Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.

    – Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainnya.

    – Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan jalan-jalan lain.

    – Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.

    2. Secara sukarela (tau’an). Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah seperti:

    – Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.

    – Ingin perempuan hendaknya menikah. Jangan berzina.

    – Ingin kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga, bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipu.

    – Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, perlu menggunakan hukum Allah Taala yang berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

    – Kalau mau kehidupan di bidang ekonomi berjalan sehat, tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba, monopoli dan memperdagangkan yang haram.–

    Jika mau kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupan yang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.

    Dari http://whasid.wordpress.com/2007/07/14/menolak-sunnatullah-pasti-binasa/

  5. Pak Din Berkata:

    Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.

    Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?

    Jawapannya… Ah Chong.

    Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).

    Meminjam kata-kata Muhammad Abduh, maka Ah Chong adalah ‘muslim’ tanpa Islam di ladang jagungnya.

    Pak Haji itu pulalah yang kosong makna Islamnya kerana dia taat di atas sejadah, namun ‘kufur’ di medan kerja. Allah, Allah!!!

    http://mencari-sinar.blogspot.com/2008/01/apa-ertinya-saya-menganut-agama-islam_04.html

  6. Min Berkata:

    INILAH SIFIRNYA

    Kesejahteraan adalah hasil ketundukan dan penyerahan. Kesejahteraan jiwa dan kehidupan beragama, kesejahteraan ekonomi, politik dan sistem sosial.

    Ketundukan dan penyerahan kepada Tuhan melalui sistem Tuhan pada mengatur alam ciptaan-Nya ini.

    Di sinilah peraturan Allah diterjemahkan sebagai sains dan hukum alam. Tunduk dan patuhnya seorang manusia kepada sains adalah sebahagian daripada maksud “apa erti saya menganut Islam”.

    Ketundukan dan penyerahan manusia kepada cara dia berhubung dengan Dia… pada ibadah dan ritual amalan yang sejahtera. Ibadah yang majhul hingga terdidik melalui seorang perantara yang mengungkapkan wahyu di dalam ajaran bernama Syariah. Tunduk dan patuhnya seorang manusia kepada Syariatullah adalah sebahagian daripada maksud “apa erti saya menganut Islam”.

    Dari http://222talk.blogspot.com/2008/01/apa-erti-saya-menganut-islam.html

  7. Min Berkata:

    SAINTIFIK & SYARIATIK

    membaca post di Saifulislam.Com yang bertajuk “Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam” , membawa kepada satu lagi insight buat diri aku. yang paling menarik perhatian aku, petikan kata Muhammad Abduh,

    “…. bertemu dengan Islam tanpa Muslim…” dan “…bertemu dengan Muslim tanpa Islam..”

    islam tanpa muslim.

    muslim tanpa islam.

    aku tidak faham. apa maknanya itu?

    muslim itu merujuk kepada orang Islam yang melakukan perintah Allah dari segi syariahnya. muslim juga merujuk kepada makhluk Allah yang mentaati perintah-Nya dari segi Sunnatullah. seseorang yang Islam mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat, puasa, zakat, dan haji. tapi, seluruh makhluk Allah adalah muslim selagi mana dia mengikut sunnatullah. matahari itu muslim, kerana taat pada perintah Allah untuk terbit di timur dan tenggelam di barat setiap hari. planet-planet di seluruh cakerawala ini muslim kerana taat pada perintah Allah untuk beredar pada orbit masing-masing. Allahu’alam.

    seperti definisi yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal di Saifulislam.Com :

    Islam = ketundukan + kepatuhan = kesejahteraan

    Dari http://myfikrah89sbs.wordpress.com/2008/01/04/saintifik-syariatik/

  8. Min Berkata:

    1 Kak Ija January 1st, 2008 at 1:27 pm

    Alhamdulillah, jazakillahu khair, artikel yang sangat baik sebagai pembuka tirai tahun 2008. Sudah lebih setahun akak menjadi pembaca setia SIO. Seperti pembaca lain, terasa benar faedah dan manfaat dari pembacaan ini. Yang pastinya akak juga kenalah menjadi agen penyebar juga.

    Baca dengan minda terbuka dan bak kata Pak Din, telan dulu walaupun pahit lepas tu berfikir. Walaupun ada artikel yang kontroversi, ambil yang baik. Semoga ukhuwwah kita di ruangan siber ini diberkati Allah. Semoga tahun ini kita dapat terus tsabat di zaman Islam adalah ghuraba.

    Dari http://saifulislam.com/?p=1216#comment-11281

    SI Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam?

  9. CD44 DUN atas pokok (rumput). « Keluarga Sharif Yamah Berkata:

    [...] boleh meletakkan diri di atas hukum bagi hukum jenis garisan, tetapi malangnya, Sunnah Allah adalah hukum jenis halangan, yang berkuat-kuasa serta merta. Lihat sahaja kepada keputusan yang diperolehi dari kesalahan [...]

Tinggalkan jawapan