1. “Hidup dulu susah cu!” seorang atuk mula menjawab pesoalan yang ditanya oleh cucunya, semasa melihat klip video kesan peperangan Jepun di Malaysia. “Atuk sendiri merasai hidup di tahanan Jepun, diseksa, disuruh bekerja bukan sahaja tanpa gaji, malah kadang-kadang tanpa makan minum.” Pak Mat, 85, antara orang yang bernasib baik masih dapat hidup walaupun melalui pengalaman ngeri. Ramai kawan-kawannya yang menjadi korban. Cerita pak Mat bermula ketika cucunya memperlihatkan sikap negatif terhadap sambutan kemerdekaann 50.
2. Warga selepas merdeka tidak mengalami pahit getir proses merdeka, Kelahiran mereka disambut tikus yang telah menjadi tetikus. Taraf kehidupan jauh berbeza hasil dari peningkatan hasil bumi, terutamanya minyak, yang sudah tidak mengalir ke poket penjajah. Berbeza dengan warga sebelumnya. Sejak kerakusan pentabdir Melaka (membuatkan Portugis mudah mengalahkan pahlawan Melayu) 446 tahun tanah mereka dijajah. Betapa susahnya perjuangan untuk mengambil kembali tanah air.
3. Analisa yang patut dibuat ialah, manusia dua generasi di atas berbeza dari segi sikap terhadap kehidupan. Atuk melalui proses mencari dan mencapai kemerdekaan, iaitu berkembang (evolution) dari tiada kebebasan kepada ada kebebasan, sementara cucunya tidak dapat menghayati erti mendapatkan kebebasan kerana kelahirannya adalah selepas merdeka. Pada cucu, apa ada pada mendapatkan tanahair, negara dah ada masa dia lahir. The country is already created. Tanpa mahu mengerti kemerdekaan itu adalah proses beransur (gradual -evolution).
4. Kalau kita kaji sikap kebanyakan generasi baru sekarang, yang kebanyakan kita mengatakan bermasaalah, adalah timbul dari sikap ala-creationist. Mengharap dan melihat segala sesuatu patut ada di tangan mereka untuk kehidupan mereka. Mereka tidak melalui pengalaman susah. Generasi terdahulu kenal erti perkembangan diri, kerana mereka terpaksa melalui liku-liku hidup, mengadakan kemudahan-kemudahan untuk kehidupan mereka. Maka … begitulah sedikit sebanyak perbezaan creation dan evolution.
5. Dari satu sudut creationist adalah krisis sikap. Sikap mengharapkan sesuatu itu mudah atau sudah ada untuk diperolehi. Bila berniaga, kita lihat kejayaan bangsa Cina lebih maju dan berjaya dari bangsa kita. Kedua-duanya mempunyai permulaan yang sama, semasa kemerdekaan. Malah dari segi modal, kebanyakan hartanah adalah milik Melayu. Tapi dengan dua sikap berbeza, hasilnya amat ketara. Cina tahu dia terpaksa berevolusi dari tiada kepada ada. Tiada modal dia cari/adakan modal. Tiada pengaruh, dia cari/adakan pengaruh. Ali-Baba adalah contoh mencari pengaruh. Melayu walaupun diberikan tongkat, masih belum mencapai 30% penyertaan aktibiti perniagaan. Sikap mengadakan sesuatu dari tiada itu yang tiada di kalangan Melayu (yang kita tahu semuanya muslim).
6. Di bidang ilmu, pekara yang sama berlaku. Secara purata muslim menjadi penumpang. Atas alasan muslim, tidak mahu tidak, mesti melibatkan Tuhan. Kalau evolusi itu salah sekalipun, tiada sesuatu boleh berlaku tanpa keizinan dari Allah. Maknanya, evolusi itu sendiri perlukan Allah untuk perlaksanaannya. Terpulang pada Allah memilihnya. Dia boleh buat kehidupan melalui creation atau evolution. Tetapi dari ilmu kajian alam (sains), evolution lebih sesuai untuk menghurai kehidupan, dibanding creation. Kita sesuaikan kefaham kita kepada ayat yang tertulis di dalam kitab panduan.
7. Evolution is a spirial staircase. Sekiranya tiada perkembangan/kemajuan sesuatu proses itu berlegar di bulatan mendatar (flat). Dengan evolution, bulatan mengalami kenaikan. Mencapai kemajuan. Setiap pusingan adalah proses asas yang sama, berbeza dari segi quantity, samada sedikit atau banyak, ada atau tiada. Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Itulah kemajuan. Itulah evolusi.
8. Selepas beberapa kekalahan melalui proses mahkamah, pehak creationist memperbaharui perkataan dengan menggunakan intelligent design. Atau seperti kata ustaz divine creationist. Yang menjadi masaalah di sini, kita tak boleh mencampur-adukkan dua school of tought yang berbeza. Contohnya, Islam dibena dengan tiga serangkai, Tauhid, Syariah dan Ikhsan. Mengapa perlu ada tiga cabang ilmu di situ. Islam itu satu. Kita pisahkan tiga ilmu itu kerana berbeza school of tought, berbeza displin, berbeza pendekatan. Tetapi untuk melahirkan satu hasil, iaitu Islam. Begitu juga dengan kehidupan kita, kita perlukan manhaj agama (percaya) dan kita perlukan juga manhaj sains (ilmu). Kedua-duanya adalah milik tuhan. Diberikan kepada manusia melalui ilham.
9. Beragama adalah menjalankan kehidupan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Kesempurnaan hidup tercapai dengan mengikut petunjuk yang diberi olah Haliq. Dia menurunkan Al Quran, sebagai buku panduan, yang kemudian mengatakan bahawa segala kejadian alam adalah sebahagian dari ayat-ayatNya, tanda kekuasaanNya. Adalah menjadi satu kesusahan untuk memahami manusia yang mendapati bahawa peringatan yang begitu jelas itu, susah untuk mereka fahami. Atau sebenarnya kerana keta’suban kepada guru yang memberikan penjelasan yang kurang tepat, sebagaimana yang berlaku kepada ‘penganut’ sufi berbaiat kepada guru murshidnya, tanpa mahu memikirkan kebenaran, yang akhirnya menjadikan ajaran yang asalnya berguna, menjadi tercemar.
10. Surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”
Allahu ‘alam
Dikirim oleh Pak Din 31