1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, yang telah memberikan segalanya, sehinggakan boleh kita menemui Bhg 19 ini. 19 merupakan angka yang baik dan mempunyai makna tersendiri. Maka saya ingin tukarkan siri ini dari teori Darwin kepada teori sebenar, yang hendak saya kemukakan, iaitu teori DARWIN. DARWIN adalah singkatan bagi DENGAN ALLAH RAMAI WARGA INGAT NERACA. Berikut adalah huraian teori berkenaan.
2. ALLAH adalah sebenar-benar Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya dengan adanya Allah, memungkinkan adanya alam ini. Hanya dengan adanya Allah, memungkinkan segala-gala perkara berlaku. Laa hawla walaa quawata illa bi Llah. Tiada pengabdian melainkan kepada Allah. Tiada kehidupan melainkan dengan adanya Allah. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang telah memberikan hakguna kepada mahluk apa yang menjadi hakmilikNya.
3. NERACA adalah lambang keadilan, sementara Maha Adil merupakan salah satu dari sifat-sifat Allah. Oleh itu neraca mengingatkan kita kepada Maha Sempurnanya Allah pada Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Keadilan juga mengingatkan kita kepada kesempurnaan Allah meletakan sesuatu pada tempatnya. Dengan sifat Maha Adil, Allah telah mengimbangi segala-gala penciptaan mahluknya, yang baik atau yang jahat.
4. WARGA alam (manusia sebagai khalifahnya) diberikan Allah kebebasan membuat pilihan di dalam kehidupannya. Allah telah menyediakan kadar-kadar (Qadar) kepada semua pilihan-pilihan yang dipilih (Qada) oleh mahluk. Pelbagai jenis mahluk dicipta Allah untuk menjadi warga alam. Manusia (yang diberikan akal oleh Allah) kadang-kadang lupa kepada kehadiran mahluk lain di dalam ini, sehingglah dia …
5. INGAT kepada neraca (keadilan) Allah yang Maha Sempurna. Maka dengan (mengingati) Allah sahajalah warga alam (terutamanya manusia di bumi) akan dapat mengingati keadilan penciptaannya. Inilah teori DARWIN yang hendak saya kemukakan untuk semua. Teori Darwin, sepertimana yang telah dihurai sebelum ini adalah tentang kehidupan, yang dimungkinkan oleh adanya alam bukan-kehidupan. Teori Big Bang adalah tentang alam bukan-kehidupan.
6. DARWIN adalah berkait rapat dengan pekara-pekara yang telah dibincangkan selama ini dalam siri Teori Darwin, iaitu;
Bhg 1. Mengenali 3 ciri-ciri utama Teori Darwin
Bhg 2. Mengunakan konsep isi dan kulit dalam pemilihan
Bhg 3. Megakui bahawa kitab Al Quran sebagai pintu ke kitab Alam
Bhg 4. Memahami Sains (carakerja Haliq) dan Arts (carakerja mahluk)
Bhg 5. Menyedari hanya penumpangan di bumi Allah sahaja yang perlu
Bhg 6. Menghayati pembentuan alam dalam enam tahap/masa.
Bhg 7. Mendalami cara berfikir yang sistematik dan berkesan
Bhg 8. Menganalisa kedaifan Modal Insan
Bhg 9. Merungkai keberadaan Roh. Jiwa dan Jasad
Bhg 11. Menghargai kehadiran mahluk-mahluk lain selain manusia
Bhg 12. Membezakan kepentingan akal dan nafsu (tahu dan mahu)
Bhg 13. Memastikan slogan “Jangan Elak Tuhan – JET”
Bhg 14. Meninjau Tujuan, Carakerja, dan Penilaian (TCP)
Bhg 15. Menserasikan sains dan saintist
Bhg 16. Menyelami hukum garisan dan hukum halangan.
Bhg 17. Memisahkan creationist dari evolutionist
Bhg 18. Matlamat menghalalkan cara? Dan …
7. Menyedari hanya penumpangan di bumi Allah sahaja yang sepatutnya berlaku, saya dengan ini akan menyambung perbincangan di halaman saya sendiri beralamat ‘sharudin.wordpress.com’. Tema yang saya pilih bagi halaman ini ialah ‘Mengkaji carakerja Haliq’. Buat masa ini halaman tersebut sangat basic. Perbincangan seterusnya akan berkisar kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kemajuan sains dan teknologi, serta penserasiannya kepada agama (dari pandangan saya).
8. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas Ustaz Hasrizal dan Saifulislam.com yang telah menumpangkan saya selama sebulan. Diharap bytes yang telah digunakan tidak membawa masaalah. Sebagaimana yang telah saya beritahu dari awal, minat memblog baru sahaja bermula, walaupun selama ini saya banyak menggunakan komputer untuk Excel Visual Basic programming. Terima kasih juga sekali lagi kepada abang saya Adros.
9. Terima kasih, Maafkan segala kesilapan. Allahu ‘alam
“(ماس يغ دواجبكن كامو برفواسا ايت اياله) بولن رمضان يغ فداث دتورونكن القرءان، منجادي فتنجوق باضي سكلين مأنسي، دان منجادي كترغن2 يغ منجلسكن فتنجوق، دان (منجلسكن) فربيذاءن انتارا يغ بنر دغن يغ ساله. اوليه ايت، سسياف دري انتارا كامو يغ مثقسيكن انق بولن رمضان (اتاو مغتاهوءيث)، مك هندقله اي برفواسا بولن ايت دان سسياف يغ ساكيت اتاو دالم مسافير مك (بوليهله اي بربوكا) كمودين واجبله اي برفواسا سباثق هاري يغ دتيغضلكن ايت فد هاري2 يغ لاءين.”
Al Baqarah 185
Dikirim oleh Pak Din 31