Bhg 18 – Matlamat halalkan cara? dan …

1. Robin Hood, cerita dongeng orang putih zaman Richard the Lionheart, sekitar selepas wafatnya Imam Ghazali, 1111M, adalah cerita yang sering didengar. Apa tah lagi kalau dah duduk 4 tahun di England, kalau tak dengar, rasa tekilan juga. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Al kisah, pahlawan muda ini tinggal di hutan Shearwood, Nottinghamshire (jadi tempat pelancung!). Kerjanya … tada curi, ambil saja. Katanya kerana tak sukakan pemerintahaan semasa yang kejam. Maka sesiapa saja yang lalu di tempatnya di samun, kononnya unutk dibagikan sama rata kepada yang miskin.

2. Kemudian teringat satu artikel untuk ‘Remaja & Islam” dari sebuah akhbar tempatan, pertengah tahun ini bertajuk “Teknologi selamanya alat bukan matlamat”, oleh seorang penysarah UIA. “Islam tidak menolak kepentingan teknologi. Teknologi komputer umpamanya amat berguna untuk memperkaya, mempercepat, memperbanyak dan mempermudah kegunaan maklumat sesama manusia. Tetapi Islam melihat teknologi selamanya alat bukannya matlamat.” Antara petikan.

3. Matlamat adalah tujuan. Bhg 14 saya menyentuh tentang TCP, tujuan, cara dan penilaian. Dan tiga serangkai di dalam Islam ialah rukun Iman, Islam dan Ikhsan mewakili Tujuan, Cara mencapai tujuan dan Penilaian kepada Tujuan dan Cara. Rukun Iman memaparkan tujuan atau matlamat hidup, yang utama sekali, mempercayai dan mengenali Allah yang Esa (mentauhidkanNya). Rukun Islam pula menunjukkan cara atau carakerja mencapai kepada tujuan mentauhidkan Allah. Rukun Ihsan sepatutnya dijadikan cermin untuk menilai apakah carakerja menuju kepada tujuan atau tersasar.

Peta

4. Maka sudah pasti apabila ditanya adakah cara Robin Hood itu betul, ramai yang akan menjawab tidak, kerana dengan carakerja yang salah, kita tidak akan dapat mencapai tujuan sebenar. Dan … dengan carakerja sahajapun tidak memastikan mencapai matlamat!. Solah, sebagai tiang agama, mewakili syariat (carakerja) yang lain, tidak memastikan kita mencapai tujuan mengtauhidkan Allah. Sehinggakan Allah memberi amaran kepada yang bersolat, “Fa wayllul lil musoleen … allazina hum ‘an solattihim saahoon”.

5. Oleh itu, adalah sangat penting muslim memahami proses penilaian pada tujuan dan penilaian cara mencapai tujuan, kerana tanpa penilaian kedua-duanya tidak membawa makna kepada tindakan yang kita lakukan. Mengatakan ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ sahaja tidak mencukupi kerana pengimbangnya perlu diingati iaitu ‘cara tidak mewajibkan/menentukan matlamat’. Seperti yang dibincang di Bhg 13 Per 4, kita kena masukkan ia kedalam bulatan. Bulatan yang berevolusi, dari baik kepada lebih baik dan seterusnya, pada setiap pusingan. Bukankah ia terdapat di dalam hadis Nabi saw?

6. Persoalannya ialah bagaimana kita menilai kedua-duanya, tujuan dan carakerja? Kita tidak boleh menyangka bahawa kita akan selamat di akhirat, tanpa membuat pengukuran kemajuan di dunia. Apakah yang memastikan kita betul-betul mengenal Allah? Setiap muslim (malah yang kita kata bukan muslim pun), di atas muka bumi ini mengatakan dia berada dijalan yang benar. Masing-masing merujuk kepada kitab yang sama, Al Quran. Dan merujuk kepada As Sumah yang sama. Tetapi kenapa belaku terlalu banyak perpechahan, perbalahan sehinggakan musuh Islam begitu mudah memperkecilkan muslim? Mereka tidak perlu menggunakan tentera mereka, hanya cukup dengan menggunakan ‘orang’ yang pada mereka, dipanggil muslim juga.

Peta

7. Di sinilah menilai kedudukan sesuatu menjadi sangat penting. Dari Bhg 17 Per 7, “Mengutamakan tujuan (mengenal Allah) adalah ‘priority’, melaksanakan carakerja adalah ‘mandatory’ dan memuhasabahnya adalah ‘obligatory’.” Dari Bhg 16 Per 8 “Sudah pasti muslim perlu anjakan paradigma (berubah .. aja) cara berfikir. Dan untuk berubah cara berfikir muslim kena berfikir dahulu. Kalau tak nak berfikir tak boleh lah nak ubah (fikir artistik memang selalu … macamana nak buat barisan jadi bulatan, contoh). Dan juga kalau tak beriman (sebenar), macamana nak keluarkan sementara untuk muhasabah. Benda tak ada, yang disangka ada.”

8. Dari Bhg 3 Per 8 “Hasil sains adalah apa yang digelar teknologi. Dengan teknologi kita dapat memperbesar jurang kepekaan indera kita, guna untuk melihat sebahagian dari yang ghaib. Mikroskop diguna untuk melihat kuman. Teleskop untuk melihat cerkawala. Thermometer untuk mengukur kepanasan di dalam relau. Ilmu mantis sebagai teknologi berfikir secara qias (parallel, inductive, etc thinking) membolehkan pemikiran kita menjangkau idea2 yang sebelum ini dilihat sebagai mustahil.” Penguasaan kita pada teknologi, yang dihasilkan oleh sains, sepatutnya menjadi kayu pengukur, samada kita kenal dengan Haliq. Kita tidak mahu menjadi orang yang hanya tahu menggunakan hasil kerja seseorang, tanpa mahu mengenal bagaimana dia menghasilkan kerja tersebut.

9. Oleh itu teknologi memang selamanya alat, sepertimana carakerja (syariah) itu adalah alat (keras bunyinya). Tanpa adanya cara mencapai tujuan, (terutama bagi tujuan yang abstrak, seperti mengenal Haliq), kita tidak mempunyai alat pengukur yang baik, selain dari hanya menyangka. Seperti yang pernah saya katakan “Siapakah yang lebih mengenal Haliq daripada seorang yang mendapat keizinannya, dengan memahami carakerjaNya ? (sains).”

10. 33:23 Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Allahu ‘alam

7 Responses to Bhg 18 – Matlamat halalkan cara? dan …

  1. sharudin berkata:

    Wahai pelajar, mahasiwa/i – solat terawikh tu sunat.. boleh dilakukan secara berseorangan dan juga berjemaah. Sedangkan menuntut ilmu itu wajib dan dalam kes anda menuntut ilmu perlu dilakukan dalam ‘berjemaah’.
    http://univerct.wordpress.com/2007/09/16/hadir-kuliah-lebih-tinggi-derajatnya-dari-solat-terawikh/

  2. sharudin berkata:

    Terdapat juga pendustaan yang diharuskan oleh syarak kerana tujuannya dan natijahnya yang baik.
    http://tasekpauh.blogspot.com/2006/12/261-riyadus-solihin-dusta-yang.html

  3. sharudin berkata:

    Oleh itu, dalam usaha memenuhi kehendak evolusi ini, mat rempit telah mengubah segala hardware yang perlu untuk menambah kelajuan dan daya pecut kapchai mereka. Mereka juga berjaya mengupgrade software (otak) dengan bantuan darah labi-labi.
    http://bumilangit.wordpress.com/2007/09/21/falsafah-dan-daya-fikir-tinggi-mat-rempit/

  4. sharudin berkata:

    # 10 iskandar Says:
    June 14th, 2007 at 11:13 am
    Itulah kecelaruan yang berlaku masa kini. Begitu juga dengan Sisters In Islam (SIS) yang mengutamakan pakaian taqwa di dalam hati lebih utama dari memakai tudung yang menutup aurat. Boleh rujuk kajian yang dibuat tentang SIS di http://disertasi.blogspot.com.
    http://saifulislam.com/?p=594

  5. Ana berkata:

    Matlamat tidak menghalalkan cara. Anda boleh memprotes harga minyak yang naik, tetapi tidak perlu melondeh seluar depan khalayak ramai untuk menunjukkan protes anda. Matlamat yang baik, mesti melalui cara yang diredhai Allah. Kuasa untuk menegak prinsip. Bukan korban prinsip kerana kuasa.

    Nabi s.a.w menolak tawaran kuasa oleh pembesar Mekah, apabila terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan. Biarlah perjuangan panjang dan lewat, asal ia bermatlamat. Sebab itu saya selalu mengulangi kata-kata tokoh umat yang besar, al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin.: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata.

    Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.

    Dari http://drmaza.com/home/?p=328

  6. Ana berkata:

    Berpegang dengan Islam sebagai agama yang diimani amatlah berbeza dengan berpegang dengan Islam sebagai alat mengauh atau meraih keuntungan tertentu. Pegangan Islam sebagai al-Din adalah jalan hidup para rasul dan pengikut mereka.

    Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah..

    Dari http://drmaza.com/home/?p=265

  7. [...] 25 tahun saya berjogging, walaupun tidak sekerap mana, tapi susah nak mengeluarkan pendapat tentang tujuan mengatasi cara! Perlu diperbetulkan tujuan melalu cara, tanpa mencampurinya cerca-merba. Hidup akan jadi lebih [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.