1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, yang telah memberikan segalanya, sehinggakan boleh kita menemui Bhg 19 ini. 19 merupakan angka yang baik dan mempunyai makna tersendiri. Maka saya ingin tukarkan siri ini dari teori Darwin kepada teori sebenar, yang hendak saya kemukakan, iaitu teori DARWIN. DARWIN adalah singkatan bagi DENGAN ALLAH RAMAI WARGA INGAT NERACA. Berikut adalah huraian teori berkenaan.
2. ALLAH adalah sebenar-benar Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya dengan adanya Allah, memungkinkan adanya alam ini. Hanya dengan adanya Allah, memungkinkan segala-gala perkara berlaku. Laa hawla walaa quawata illa bi Llah. Tiada pengabdian melainkan kepada Allah. Tiada kehidupan melainkan dengan adanya Allah. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang telah memberikan hakguna kepada mahluk apa yang menjadi hakmilikNya.
3. NERACA adalah lambang keadilan, sementara Maha Adil merupakan salah satu dari sifat-sifat Allah. Oleh itu neraca mengingatkan kita kepada Maha Sempurnanya Allah pada Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Keadilan juga mengingatkan kita kepada kesempurnaan Allah meletakan sesuatu pada tempatnya. Dengan sifat Maha Adil, Allah telah mengimbangi segala-gala penciptaan mahluknya, yang baik atau yang jahat.
4. WARGA alam (manusia sebagai khalifahnya) diberikan Allah kebebasan membuat pilihan di dalam kehidupannya. Allah telah menyediakan kadar-kadar (Qadar) kepada semua pilihan-pilihan yang dipilih (Qada) oleh mahluk. Pelbagai jenis mahluk dicipta Allah untuk menjadi warga alam. Manusia (yang diberikan akal oleh Allah) kadang-kadang lupa kepada kehadiran mahluk lain di dalam ini, sehingglah dia …
5. INGAT kepada neraca (keadilan) Allah yang Maha Sempurna. Maka dengan (mengingati) Allah sahajalah warga alam (terutamanya manusia di bumi) akan dapat mengingati keadilan penciptaannya. Inilah teori DARWIN yang hendak saya kemukakan untuk semua. Teori Darwin, sepertimana yang telah dihurai sebelum ini adalah tentang kehidupan, yang dimungkinkan oleh adanya alam bukan-kehidupan. Teori Big Bang adalah tentang alam bukan-kehidupan.
6. DARWIN adalah berkait rapat dengan pekara-pekara yang telah dibincangkan selama ini dalam siri Teori Darwin, iaitu;
Bhg 1. Mengenali 3 ciri-ciri utama Teori Darwin
Bhg 2. Mengunakan konsep isi dan kulit dalam pemilihan
Bhg 3. Megakui bahawa kitab Al Quran sebagai pintu ke kitab Alam
Bhg 4. Memahami Sains (carakerja Haliq) dan Arts (carakerja mahluk)
Bhg 5. Menyedari hanya penumpangan di bumi Allah sahaja yang perlu
Bhg 6. Menghayati pembentuan alam dalam enam tahap/masa.
Bhg 7. Mendalami cara berfikir yang sistematik dan berkesan
Bhg 8. Menganalisa kedaifan Modal Insan
Bhg 9. Merungkai keberadaan Roh. Jiwa dan Jasad
Bhg 11. Menghargai kehadiran mahluk-mahluk lain selain manusia
Bhg 12. Membezakan kepentingan akal dan nafsu (tahu dan mahu)
Bhg 13. Memastikan slogan “Jangan Elak Tuhan – JET”
Bhg 14. Meninjau Tujuan, Carakerja, dan Penilaian (TCP)
Bhg 15. Menserasikan sains dan saintist
Bhg 16. Menyelami hukum garisan dan hukum halangan.
Bhg 17. Memisahkan creationist dari evolutionist
Bhg 18. Matlamat menghalalkan cara? Dan …
7. Menyedari hanya penumpangan di bumi Allah sahaja yang sepatutnya berlaku, saya dengan ini akan menyambung perbincangan di halaman saya sendiri beralamat ‘sharudin.wordpress.com’. Tema yang saya pilih bagi halaman ini ialah ‘Mengkaji carakerja Haliq’. Buat masa ini halaman tersebut sangat basic. Perbincangan seterusnya akan berkisar kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kemajuan sains dan teknologi, serta penserasiannya kepada agama (dari pandangan saya).
8. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas Ustaz Hasrizal dan Saifulislam.com yang telah menumpangkan saya selama sebulan. Diharap bytes yang telah digunakan tidak membawa masaalah. Sebagaimana yang telah saya beritahu dari awal, minat memblog baru sahaja bermula, walaupun selama ini saya banyak menggunakan komputer untuk Excel Visual Basic programming. Terima kasih juga sekali lagi kepada abang saya Adros.
9. Terima kasih, Maafkan segala kesilapan. Allahu ‘alam
“(ماس يغ دواجبكن كامو برفواسا ايت اياله) بولن رمضان يغ فداث دتورونكن القرءان، منجادي فتنجوق باضي سكلين مأنسي، دان منجادي كترغن2 يغ منجلسكن فتنجوق، دان (منجلسكن) فربيذاءن انتارا يغ بنر دغن يغ ساله. اوليه ايت، سسياف دري انتارا كامو يغ مثقسيكن انق بولن رمضان (اتاو مغتاهوءيث)، مك هندقله اي برفواسا بولن ايت دان سسياف يغ ساكيت اتاو دالم مسافير مك (بوليهله اي بربوكا) كمودين واجبله اي برفواسا سباثق هاري يغ دتيغضلكن ايت فد هاري2 يغ لاءين.”
Al Baqarah 185
September 18, 2007 at 3:00 am |
Per 7 Guru mursyid tempat rujuk dalam semua hal hanya seorang saja, walaupun guru sumber ilmu boleh ramai. Dalam hal apapun mesti dirujuk kepadanya termasuk dalam hal yang harus (mubah). Walaupun harus (mubah), tetapi untuk dapat berkat mesti bertanya atau merujuk kepadanya. Lebih-lebih lagi kalau sudah menjadi arahan dan perintahnya, wajib ditaati. Setiap arahannya sudah menjadi wajib aradhi (wajib mendatang) sebab mentaati pemimpin adalah wajib.
http://aboutmiracle.wordpress.com/2007/09/06/manusia-memerlukan-mursyid-i-kenapa-perlu-bermursyid/
September 19, 2007 at 2:36 pm |
Kalau melihat sejarahnya, kata fundamentalisme dengan kaitan dengan agama atau gerakan sosial pertama kali digunakan pada 1920an. Alkisah, Darwinisme dan teori evolusinya secara langsung menohok Bibel dan penjelasan penciptaan Adam versi bibel. Antara 1920-1925 muncullah gerakan di tengah Kristen Protestan AS yang bersikeras membela kesahihan apapun yang termaktub dalam bibel, baik yang menyangkut keimanan maupun ilmu pengetahuan. Ide pembelaan terhadap kesahihan Bibel ini disebut gerakan fundamentalism.
http://lateralbandung.wordpress.com/2007/08/02/makna-fundamentalisme/
September 19, 2007 at 4:55 pm |
Salam.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa!!
Tahniah kpd Sharudin diatas kelahiran blog ini. Sekarang, tidak perlulah lagi kita ‘menumpang’ di rumah org lain. Kepada Utz Hasrizal, jazakallah-hukhairan-kathira atas ‘cetusan’ Utz yang telah menghasilkan ‘mahu’..
September 19, 2007 at 7:02 pm |
Salam
Satu hari dikejutkan azan Subuh tapi alhamdullialah ‘mahu’ mencukupkan puasa setakad ini, walaupun ada case hypo.
Sudah semestinya terima kasis Ust Hasrizal dan Ahkie Adros, kerana mengejutkan saya dari tidur. Banyak berubah kandungan blog yang ada sekarang dibanding dulu.
Menumpang di web Ustaz, hanya peringatan yang kecil. Kita mesti ingat banyak lagi penumpangan-pemunpangan yang perlu diperbaiki iaitu dihapuskan terutamanya penumpangan ekonomi barat.
Terima kasih
September 19, 2007 at 11:13 pm |
Ayat 74:30. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
The Simple Facts.
The Quran consists of 114 chapters 114=19*6
The first chapter of the Quran is Al-Fatihah and its first verse is the “Basmallah”, written in Quranic Arabic as follows: BiSM ALLaH AL-RaHMaN AL-RaHYM. It consists of nineteen alphabetic letters. 19=19*1
The “Basmallah ” consists of four words: the first, BiSM – its root is ISM – and the word ISM occurs in the entire text of the Quran 19 times 19=19*1
The second word in the “Basmallah” is ALLaH, it occurs in the entire text of the Quran 2698 times 2698=19*142
The third word AL-RaHMaN occurs 57 times 57=19*3
The fourth word AL-RaHYM occurs 114 times 114=19*6
Mei 21, 2008 at 11:03 am |
“Mathematics is the language in which God wrote the universe” is the famous saying of Galileo. The Quran’s mathematical miracles, confirm God’s using the language in which He wrote the Universe in His book also. What these miracles teach us is not about the British Royal Family, New York Stock Exchange or the matches of the champions league. It is about the Creator of the universe, the reason for the creation and the life hereafter since all these have been explained in the messages revealed in the Quran. And the miracle we are going to witness shows the impossibility of imitation of the Quran and of its composition beyond human capacity.”
http://www.quranmiracles.com/19/
Quote di atas adalah petikan dari alamat yang diberi. Baru jumpa. Terlalau banyak info berguna dalam internet ni, tak larat nak cari … tapi dilapuran timbunan sampah malah virus kuning 10 kali ganda lagi banyak. Pandai-pandailah kita mengelak. Saya tak khuatirkan kita, generasi anak-anak kita yang kita kuatirkan, kan? Kalau jumpa alamat bagus pastekanlah di comment boleh kita sama-sama komen. Tak digunakan space percuma ni, membazir saja. Saya letak komen terakhir Ummu,
http://sharudin.wordpress.com/2007/09/17/21/#comment-1026 disini untuk senang nak track. Dah banyak (belum lagi macam SI atau yang lagi sibuk) ni kadang-kadang tak tahu mana nak klik. Pentingnya kita evolve dan adapt.
Teringat semalam Permata smapai ke ayat 39-50 Surah An Nur dengan surah 45 secara terang menjelaskan tentang daabah, seperti saya komen sebelum ini. Ia merangkumi manusia dan semangnya bolah dijadikan ayat bukti kepada evolution. Dan banyak lagi huraian sains yang lain. Web di atas pun banyak tentang sains. Dan tidak boleh dipertikaikan lagi.