DARWIN21 – Penserasian percaya dan fikir.

September 17, 2007

1. Sebagai seorang yang berlatarbelakang jurutera, pendekatan saya adalah condong kepada mengimbangi ‘the miracle of Kitab (belief) and the wonder of science (think)’. Dari pengalaman saya sendiri, akhirnya berfikir jauh memberikan kepuasan dari mempercayai sahaja, ibarat dari hipotesis (percaya, anggap) kita buktikan dengan ujian (fikir, lihat). Saya kira pembaca dapat merasakan setakad ini, dari penulisan saya, seboleh-bolehnya saya ingin kaitkan dengan sains, yang saya selalu tekankan sebagai ilmu mengkaji carakerja Haliq dan banyak memerlukan fikiran, dari sesuatu yang dipercayai sahaja.

2. Contoh dari ayat Al Quran ‘Nabi Adam dijadikan dari tanah’ sebagai asas. Dalam penyampaian kepada anak-anak, yang sudah pasti mengikut silibus sekolah sedang mempelajari sains, maka tidak dapat tidak saya mesti mencari huraian bagaimana hendak menserasikannya apa yang dibaca (percaya) dengan apa yang dikaji oleh sains (fikir). Sepertimana kita ketahui bahawa Al Quran mengandungi tidak kurang 1000 ayat sains, maka bermakna banyak penserasian perlu dilakukan. Sebenarnya bukan saha pada ayat-ayat sains, malah kita perlu sedaya upaya mencari penserasian sains dengan keseluruhan Al Quran.

3. Penserasian Al Quran (percaya) dan sains (ilmu) sangat penting untuk dilaksanakan. Menyedari kekurangan ini yang menyebabkan, satu pendekatan baru perlu dicari. Seperti kata Ustaz Hasrizal, berhubung isu Darwin, “Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis.”

Peta

4. Perkataan ‘hatif’ dalam bahasa Arab sebagai contoh yang membawa makna telepon, mempunyai sejarah tersendiri. Hatif dulunya menceritakan kebolehan perhubungan jarak jauh tanpa alat, JJTA (dengan minda sahaja). Kalau dulu hanya beberapa orang sahaja yang berkebolehan sedemikian (dianggap sebagai miracle), tetapi sekarang dengan kemajuan sains, ‘the wonder of communication’ datang kepada kita. Kebolehan berhubung jarak jauh dimunginkan dengan adanya alat yang dicipta melalui sains.

5. Bagaimanakan boleh berlakunnya penciptaan telephone? Sudah pasti kerana adanya manusia yang sentiasa berfikir, yang mahu berfikir dan terus berfikir, disepanjang zaman tentang adanya kebolehan manusia behubung JJTA. Dengan memaksimakan apa yang ada padanya (mindanya) mereka adalah manusia yang tidak kenal erti kegagalan. Saya melihat keistimewaan ini yang tidak ada, atau sangat kurang, pada muslim. Befikir sainstifik dan membaca alam ciptaan Allah swt. Muslim terlalu banyak kearah mempercayai sahaja, tanpa mahu meneruskannya dengan berfikir mengevolusikan kepada sesuatu idea baru.

6. Membudayakan Al Quran bukan satu idea baru. Nabi saw menterjemah petunjuk Al Quran kepada cara hidup. Membudayakan Al Quran juga bererti membudayakan carakerja Allah. Bukan kita mengatakan akan menyamai atau menghampiri kesempurnaan Haliq, tetapi kita berusaha ke arah itu. Kita menggunakan apa yang di tulis oleh Haliq di alam ini, sebagai panduan kita untuk mencapai kemajuan bukan sahaja si dunia malah juga di akhirat. Bagaimana hendak kita mengukur kejayaan di akhirat, tanpa terlebih dahulu mengukur kejayaan di dunia?

Peta

7. Keseluruhan siri DARWIN ini nanti akan berkisar kepada penserasian percaya dan fikir. Sebaik mungkin saya akan cuba mengemukakan pendapat saya berhubung keduanya. Malangnya sesuatu yang baru, dan pembaharuan, tidak akan begitu senang diterima ramai. Manusia selesa dengan apa yang mereka ada. Maka dalam mengemukakan idea-idea baru, keterbuakan penerima sangat-sangat diperlukan. Saya tidak berminat untuk menjadi ustaz (kontek Melayu), tetapi sudah cukup memadai jadi tukang start. Memulakan secara mendalam proses penserasian percaya dan fikir.

8. Sudah semestinya aka terdapat percanggahan pendapat dalam pelbagai aspek. Terutama dalam proses mengemukakan yang baru. Perlu diingat panduan asas perbincangan adalah seperti yang telah dirangkumkan di dalam Bhg 19 – DARWIN. Perbezaan latarbelakang dari segi pelajaran, taraf kehidupan, daya pemikiran dan bermacam lagi, akan membuka ruang percanggahan pendapat. Yang diharap ia tidak akan menjadikan perpechahan. Seperti yang telah saya huraikan terdahulu, carakerja Haliq (sains) ke arah kesatuan (convergent) dan carakerja mahluk ke arah perpechahan (divergent). Sebab itu sekiranya kita sentiasa membudayakan Al Quran, yang mana ia mengandungi keterangan carakerja Haliq, insyaAllah kita akan mencapai kesatuan.

9. Program Permata999 merupakan pembelajaran buat diri saya. Saya selalu berpegang kepada mengingati diri sendiri dahulu (Hablum min an-Naf) sebelum yang lain. Kalau diri dapat memahami apa yang kita katakan atau fikirkan, maka ia akan jadi lebih mudah untuk menyampaikan kepada orang lain (Hablum min an-Nas). Saya sedar bahawa anak-anak saya berumur dari 8 – 21 tahun, tak lupa juga isteri saya yang kadangkala mempunyai pandangan berbeza. Permata999 tidak mengulangi silibus pembelajaran sekolah, iaitu saya tidak menyentuh banyak tentang KAFA atau apa yang disampaikan oleh seorang ustaz, tetapi lebih dari sudut 1/7 dari Al Quran, iaitu sains. Cabarannya ialah samada saya perlu selalu merendahkan pemikiran untuk mereka, atau memandu pemikiran mereka kepada sesuatu yang lebih tinggi. Memang susah, tetapi itulah pembaharuan (tajdid yang selalu saya dengar) pada pandangan saya.

10. 96:1-10 Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu. Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah., Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusai benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuahanmulah kembali(mu).

Allahu ‘alam.


DARWIN20

September 17, 2007

Peta

DARWIN20 adalah untuk ringkasan siri 11-19.

Saya sedang memperbaiki linking

Semua comments yang mempunyai address adalah petikan dari adress tersebut yang saya buat

Jumpa halaman Al Arqam – sama format dengan laman saya (tanpa perjanjian)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.