1. Sebagai seorang yang berlatarbelakang jurutera, pendekatan saya adalah condong kepada mengimbangi ‘the miracle of Kitab (belief) and the wonder of science (think)’. Dari pengalaman saya sendiri, akhirnya berfikir jauh memberikan kepuasan dari mempercayai sahaja, ibarat dari hipotesis (percaya, anggap) kita buktikan dengan ujian (fikir, lihat). Saya kira pembaca dapat merasakan setakad ini, dari penulisan saya, seboleh-bolehnya saya ingin kaitkan dengan sains, yang saya selalu tekankan sebagai ilmu mengkaji carakerja Haliq dan banyak memerlukan fikiran, dari sesuatu yang dipercayai sahaja.
2. Contoh dari ayat Al Quran ‘Nabi Adam dijadikan dari tanah’ sebagai asas. Dalam penyampaian kepada anak-anak, yang sudah pasti mengikut silibus sekolah sedang mempelajari sains, maka tidak dapat tidak saya mesti mencari huraian bagaimana hendak menserasikannya apa yang dibaca (percaya) dengan apa yang dikaji oleh sains (fikir). Sepertimana kita ketahui bahawa Al Quran mengandungi tidak kurang 1000 ayat sains, maka bermakna banyak penserasian perlu dilakukan. Sebenarnya bukan saha pada ayat-ayat sains, malah kita perlu sedaya upaya mencari penserasian sains dengan keseluruhan Al Quran.
3. Penserasian Al Quran (percaya) dan sains (ilmu) sangat penting untuk dilaksanakan. Menyedari kekurangan ini yang menyebabkan, satu pendekatan baru perlu dicari. Seperti kata Ustaz Hasrizal, berhubung isu Darwin, “Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis.”
4. Perkataan ‘hatif’ dalam bahasa Arab sebagai contoh yang membawa makna telepon, mempunyai sejarah tersendiri. Hatif dulunya menceritakan kebolehan perhubungan jarak jauh tanpa alat, JJTA (dengan minda sahaja). Kalau dulu hanya beberapa orang sahaja yang berkebolehan sedemikian (dianggap sebagai miracle), tetapi sekarang dengan kemajuan sains, ‘the wonder of communication’ datang kepada kita. Kebolehan berhubung jarak jauh dimunginkan dengan adanya alat yang dicipta melalui sains.
5. Bagaimanakan boleh berlakunnya penciptaan telephone? Sudah pasti kerana adanya manusia yang sentiasa berfikir, yang mahu berfikir dan terus berfikir, disepanjang zaman tentang adanya kebolehan manusia behubung JJTA. Dengan memaksimakan apa yang ada padanya (mindanya) mereka adalah manusia yang tidak kenal erti kegagalan. Saya melihat keistimewaan ini yang tidak ada, atau sangat kurang, pada muslim. Befikir sainstifik dan membaca alam ciptaan Allah swt. Muslim terlalu banyak kearah mempercayai sahaja, tanpa mahu meneruskannya dengan berfikir mengevolusikan kepada sesuatu idea baru.
6. Membudayakan Al Quran bukan satu idea baru. Nabi saw menterjemah petunjuk Al Quran kepada cara hidup. Membudayakan Al Quran juga bererti membudayakan carakerja Allah. Bukan kita mengatakan akan menyamai atau menghampiri kesempurnaan Haliq, tetapi kita berusaha ke arah itu. Kita menggunakan apa yang di tulis oleh Haliq di alam ini, sebagai panduan kita untuk mencapai kemajuan bukan sahaja si dunia malah juga di akhirat. Bagaimana hendak kita mengukur kejayaan di akhirat, tanpa terlebih dahulu mengukur kejayaan di dunia?
7. Keseluruhan siri DARWIN ini nanti akan berkisar kepada penserasian percaya dan fikir. Sebaik mungkin saya akan cuba mengemukakan pendapat saya berhubung keduanya. Malangnya sesuatu yang baru, dan pembaharuan, tidak akan begitu senang diterima ramai. Manusia selesa dengan apa yang mereka ada. Maka dalam mengemukakan idea-idea baru, keterbuakan penerima sangat-sangat diperlukan. Saya tidak berminat untuk menjadi ustaz (kontek Melayu), tetapi sudah cukup memadai jadi tukang start. Memulakan secara mendalam proses penserasian percaya dan fikir.
8. Sudah semestinya aka terdapat percanggahan pendapat dalam pelbagai aspek. Terutama dalam proses mengemukakan yang baru. Perlu diingat panduan asas perbincangan adalah seperti yang telah dirangkumkan di dalam Bhg 19 – DARWIN. Perbezaan latarbelakang dari segi pelajaran, taraf kehidupan, daya pemikiran dan bermacam lagi, akan membuka ruang percanggahan pendapat. Yang diharap ia tidak akan menjadikan perpechahan. Seperti yang telah saya huraikan terdahulu, carakerja Haliq (sains) ke arah kesatuan (convergent) dan carakerja mahluk ke arah perpechahan (divergent). Sebab itu sekiranya kita sentiasa membudayakan Al Quran, yang mana ia mengandungi keterangan carakerja Haliq, insyaAllah kita akan mencapai kesatuan.
9. Program Permata999 merupakan pembelajaran buat diri saya. Saya selalu berpegang kepada mengingati diri sendiri dahulu (Hablum min an-Naf) sebelum yang lain. Kalau diri dapat memahami apa yang kita katakan atau fikirkan, maka ia akan jadi lebih mudah untuk menyampaikan kepada orang lain (Hablum min an-Nas). Saya sedar bahawa anak-anak saya berumur dari 8 – 21 tahun, tak lupa juga isteri saya yang kadangkala mempunyai pandangan berbeza. Permata999 tidak mengulangi silibus pembelajaran sekolah, iaitu saya tidak menyentuh banyak tentang KAFA atau apa yang disampaikan oleh seorang ustaz, tetapi lebih dari sudut 1/7 dari Al Quran, iaitu sains. Cabarannya ialah samada saya perlu selalu merendahkan pemikiran untuk mereka, atau memandu pemikiran mereka kepada sesuatu yang lebih tinggi. Memang susah, tetapi itulah pembaharuan (tajdid yang selalu saya dengar) pada pandangan saya.
10. 96:1-10 Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu. Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah., Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusai benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuahanmulah kembali(mu).
Allahu ‘alam.
September 18, 2007 at 12:05 am |
Respond kepada Ukhti Maryam on Permata999
September 20, 2007 at 1:54 pm |
96:1-10 dicadangkan tulis [QS96:1-10] i.e. bermaksud Quran-Surah 96, Ayat 1 hingga 10. megelakkan kekeliruan oleh pembaca ‘muda’..
September 23, 2007 at 1:28 am |
Property rights is the cornerstone of a free society. Remove property rights so that some bully can expropriate your property anytime, from your cellphone to TV and car, to your song and poetry composition to mechanical and biotechnology invention, and society will be in chaos. It will be a society where hard work to buy one’s needs and priorities will be discouraged, and bullying and robbery is encouraged. It will be a society where innovation and inventiveness have no incentives because piracy and expropriation is the name of the game.
http://www.malaysiathinktank.org.uk/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=1
Oktober 5, 2007 at 3:26 am |
Malah, ada di kalangan mereka bersikap anti-ilmu; tidak tahu meletakkan hubungan antara ‘teori’, ‘kritik’, ‘konsep’, ‘kajian’, ‘idea’, ‘falsafah’ atau kegiatan ‘intelektual’ dengan gerak kerja perjuangan.
http://usrah2007.blogspot.com/2007/04/usrah-membodohkan-ahli-tidak-berfikir.html
Oktober 5, 2007 at 3:27 am |
Antara faham dan tahu, ada bezanya. Tahu hanya proses mengutip bahan. Namun faham adalah hikmah yang terbit dari apa yang kita tahu. Hikmah itu adalah buah fikiran yang menepati sasaran dan keperluan.
http://saifulislam.com/?p=474
Oktober 5, 2007 at 3:31 am |
Paper tentang kemalasan Melayu berfikir
http://www.thereadinggroup.sg/Conversations/Wawancara%20Bersama%20Fathi%20Aris%20Omar.pdf
Oktober 10, 2007 at 3:49 pm |
Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak. Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia, astronomi dan falsafah.
http://www.komplimentari.com/produk/EQ
Mei 18, 2008 at 11:42 pm |
Salam..
Pak Din, I do wonder, how do your kids accept these Permata classes on a daily basis? Do they feel excited for the session? And interested? What were their responses when the first time you started this on them? Am sorry I have to ask all these questions. Mine will start sooner or later and I need to be prepared. For me, the biggest task is to make them enjoy the session. Please don’t say me being perfectionist in that sense. Am not. It is just that, it is good to have plans and back ups, as I think that I can anticipate not a wonderful response from my kids [but who knows, they might like it]. Many thanks.
Wasalam.
Mei 19, 2008 at 7:50 am |
Yes, right to the point. The biggest task is to make them (expecially us!) to enjoy the session. If we wnjoy ourselve without making tem enjoy then considering laooking at syok sendiri or paksaan. On the other hand, what encourage me to continue at the begining is the fact that new idea flows in more rapidly when I delivered the existing one to my kid. It all in the way we think. If we think that what we say is our, comming out of our neurons from all environmental inputs, then we are forgetting the fact that Allah feeds us with info.
Let start with a very sensetive consideraton. What is the main stream response to saying that we as human get wahyu? We will get all the usual response that even our product can be boycotted. Right, if you have one! Al Quran clearly said that Allah gave wahyu to bess in choosing places to make as home. It is interprated alwayas only nabi get wahyu, not others. This is one example of pendewaan bukan penghormatan. There ia mo to this arguemtent.
My kids may be special, because the way I treat them especially. The key element is be an evolutionist. Always starts with a fresh sheet of paper. Put all known and unknown variables, the formulate and project any potention problem espected out of the model. If we are unable to do that then we are just delivering something existing without the proactiver elements.
I started at very early age when the youngest is 3 and my eldest is 13, that is 7 years ago. I started with eceryday issue I categorised as ‘Kemahiran Hidup’ Anything you can think of, is always lesson for these young mind. Definately with Sesemie Stree and the other available, ther are always something for us to learn and then deliver to them. Built that bond of a storeyteller and his listner. I am sure you can do better, but my wife lacks in quality bullets.
Mei 19, 2008 at 1:39 pm |
Salam
Dear Pak Din. Thank you for your explanation. If Ustaz Hasrizal is thinking of making a Manual Cinta Haraki, would you mind doing a Manual Permata 999? Hehehe again, asking for trouble there. [How can I help? proofread boleh la].
Quote:
“My kids may be special, because the way I treat them especially.”
Please elaborate.
Quote:
“The key element is be an evolutionist. Always starts with a fresh sheet of paper. Put all known and unknown variables, the formulate and project any potention problem espected out of the model. If we are unable to do that then we are just delivering something existing without the proactiver elements.”
Please elaborate even more. I can sense this is the way of how an engineer is thinking. May be a true example (from your own experience) is needed for a blurred mother like me hehe. Your wife may lack in quality bullets, but the fact that she managed to breastfed all of your children is a victory on its own. It is the basic foundation. [Not all mothers are willing to breastfeed their children, especially now when the alternatives (formula milk) is easily available].
Sorry for asking too much, but malu bertanya sesat jalan? However, if you think that these are trivial questions, then by all means, just ignore it :)
Wasalam.
Mei 19, 2008 at 3:23 pm |
I know, even my brother ask me!
But there is CD77, and I am young in the blog world. CD77 is a schedule of events for me to execute till I reach 50! (see hoew young I am?) I have to follow my planned path, with adaptation of course, but evolution not revolution style.
I designed my kid to be special because they are subjected to to all my concepts. There are a lot more then what I have written in the blog. Remember at the very young age 3-13 I started this implant, of I have to check all the pressure point along the way … I wouldn’t recommend easily to others, not even my brother. He knew it when I started this blog. The point is, its a highly controversial concept. Let follow the path!
I dont remember how many times I told my kids, “Solat itu wajib, tetapi menghidupkannya jauh lebih wajib” And solat is tiang Agama, meaning that the concept is applicable to all aspect of life. Belajar itu wajib tapi … Abid itu wajib tapi … Syariat (Sunnah Rasul) itu wajib tapi Sunnah Allah lebih wajib untuk ditekankan. Hear that all the boo…!
Melaksanakan cara itu penting tetapi memastikan tujuan adalah lebih penting kalau tak terpenting. Saya kena pula kemudian ingatkan berkali-kali jangan sensasikan berita, ambil “Ke neraka orang yang bersolat” dan tak memahami auat seterusnya. Jenis ni banyak. Jenis mengambil kesempatan. Jenis tak nak tahu hujung pangkal. Jenis creationist.
Yes she brestfeed ALL 5 my kids. We add special formula as I knew we have inheret complications. More to this later. As they grew, I formulate the concept. Every diversion from expected plan, in the progress made me dig in Al Quran for an answer. But what do you expect from a 6236 sentences book (too much for mosh people, actually). Luckly Allah open my mind on being Al Baab and understand His Sunnah.
I will try hard to answer all questions, means or trivial, intelligent or otherwide .. with His permissions, of course.
Mei 20, 2008 at 12:57 am |
Saya kagum dengan Pak Din yang boleh menjadikan kelas Permata 999 sebagai aktiviti tetap keluarga. Saya juga ingin memulakan aktiviti seperti itu secara tetap kerana sekarang ni bila ada kesempatan sahaja kami sekeluarga akan membaca hadis-hadis dari kitab Fadha’il A’mal (suami pernah ikut Tabligh masa muda-muda dulu, so sampai sekarang dia masih terikut-ikut stail Tabligh semasa baca hadis). Saya masih tak dapat jadikan ia sebagai aktiviti tetap kerana kekangan masa. Saya mengajar sesi petang, sampai rumah dah hampir Maghrib. Lepas solat ajar anak-anak mengaji al-Quran , lepas tu tengok anak-anak buat homework… Kadang-kadang letih mengejar waktu. Macamana Pak Din organise masa ? Nak kena tanya orang yang pakar ni he..he..
One more thing, saya setuju dengan Shiha kut-kut Pak Din pulak boleh tulis buku Manual Permata 999…
Mei 20, 2008 at 7:26 am |
Salam
Ada beberapa pekara yang saya mahu anda semua fikirkan. Saya sendiri terperanjat dengan pencapaian saya. Susah nek cerita, kerana ia mengandungi elemet ego bila tersalah baca.
a. Dari darjah 1-4, no 1 dalam tangan pasal sekolah kampung. 4 kelas 40 orang. Tahun 1-4. Guru boleh multi-tasking masa tu, pasa sekolah kampung siapa yang komplain.
b. Pergi sekolah sederhana 5-6 mula ambil nombor besar sikit, pasal ada perempuan (biasalah kan pompuan ni … nak no 1 aja). Saya masih ingat mereka-mereka ini kerana di Parit Sulong City tu tak ramai orang. Yang relevent mereka ini anak Guru Besar, anak Doktor dan anak Ketua Polis, sedangkan saya anak Prof! Penoreh Getah (Wahai ayah jasamu sentiasa dikenang)
c. Ada prof! kerana segalanya dia buat sendiri, ajar ngaji, berzanji, buat kebun sendiri dari A-Z, walaupun hasilnya tak seberapa .. RM300 nak membena 8 + 2 orang di dalam keluarga.
d. Dengan kecekalan emak saya, pendidikan anak-anak no 1 dalam kepala dia, walaupun dia tak sampapi pun Darjah 6. Berhijrahlah kami berempat (emak + 3 anak yang sekolah menengah) ke bandar besar berhampiran Batu Pahat. Apa lagi buakan dia saja kena cari kerja, kamipun sama juga. Jangan lupa tadi datang bandar bukan nak cari makan, tetapi pelajaran.
e. Saya dan abang, Pak Ros, Shiha panggil, saya pangil A Coi, nama saya glamor saya Oden (ingkan masa tu, kampung sangat nama, rupanya sampai UK, ramai nama glamor sama), tugasnya menghantar suratkabar. Dari penghantar suratkabar saya bertukar menjadi peniaga suratkabat, kerana ambilalih pengurusan, selepas abang saya melanjutkan kerjaya di Navy.
f. Habis episod Remove class – Tkt 3, saya ke SM Teknik Melaka. Yang penting .. 6 setiausaha persatuan saya pegang. Sukan jangan cerita, kaki bangku. Koko lain, entah mana saja chigu-chigu tak bawak. Lepas seorang, seorang … boleh buat pasal keputusan ok je, bukan cemerlang.
g. Novel saya masa tu, di dalam kesibukan koko dan merayau sana-sini dengan cikgu-cikgu tadi, Nelkon dan Parker Physic untuk A Level?. Habislah MCE. Cukup makan!
h. Memandangkan kemiskinan, azam saya kerja unutk belajar di IPT sebagai pembantu makamal, keran banyak eksperiment dalam kepala, tapi … tercampak pulak kat UK
Banyak sub-cerita in between macro cerita di atas. Ada saya kumpulkan dalam bolg lain. Masanya akan tiba bila anda semua dapat melihatnya, kecuali A Coi yang sememangnya sentiasa melawat di sana.
Garis bawah semua cerita ini ialah apa yang saya panggil sebagai Terbuka kepada Sunnah Allah, walaupun selama ini tidak saya namakan bergitu. Tanpa falsafah, sesuatu kerja dijalankan tanpa mengetahui tujuan sebenar. Memang itu yang diajar kepada kita selama ini. Buatlah, lakukanlah, kerjakanlah, … untuk apa … nak hidup … untuk apa nak hidup, tak tahu. Dari mana nak ke mana, tak tahu dan tak nak ambil tahu. Siapa kita, apa kita? Tak tahu dan tak ambil tahu! Kerja gaji (ramai) kerja gaji ibadah (ramai) kerja gaji ibadah kenapa? (kurang) yang betul-betul cari kebenaran (terlalu terlalu sedikit). Harap dapat kita mulakan.
Mei 20, 2008 at 8:31 am |
Salam..
Semakin lama, semakin menarik perbincangan :) Tapi nak kena hantar anak ke skolah dulu. Komen bakal menyusul.
Mei 20, 2008 at 8:45 am |
tak bersangkutan keatas isi perbincangan!
…para e; prefer to be called – ‘Adros’. coz nama ni agak ‘uniqe’. rasanya tak ada orang lain kat dunia ni yang ejaan namanya sama spt itu. he he he… TQ
Mei 21, 2008 at 2:02 am |
Salam..
Ingatkan pagi tadi, sempatla memberi komen selepas hantar anak ke skolah. Rupanya bersusun – susun pula task selepas itu. Sekarang baru semuanya selesai.
Berdasarkan latest post Pak Din, kalau dapat saya simpulkan isi ceritanya, bersesuaian sangatlah dengan moto ‘Usaha tangga kejayaan’ – dalam erti kata yang sebenar. Dah habis baca tu, tak nampak pula elemen egonya? Bagi saya, itu adalah rentetan catatan pengalaman seorang (bukan seorang, tapi campur mak bapak dan adik beradik yg lain) yang berusaha untuk berjaya. Kalau ikutkan background family Pak Din tu, dan kalau nak diikutkan kebanyakan orang lain yang mempunyai background yang sama, yang menyerahkan segalanya kepada takdir, maka tak mungkin seorang anak kampung dapat berjaya menyambung pelajaran sampai ke luar negara. Peluang belajar ke UK bukanlah datang bergolek, tapi di atas usaha. Bukankah itu maksud yang Pak Din nak sampaikan?
Dan sebab itulah, fahamlah saya kenapa Pak Din reluctant berkenaan Manual Permata 999 tu. Kerana falsafah dan tujuan Permata diadakan yang lebih penting utk difahami, berbanding dengan SOPnya. Kerana setiap keluarga mempunyai situasi yang berbeza – beza. Cara Pak Din handle anak – anak adalah sesuai utk Pak Din dan familinya. Tapi tak semestinya turut berkesan kalau dilakukan cara yang sama untuk famili saya atau famili Kak Ummu Aniq. Masing – masing perlu mencari cara yg tersendiri, sesuai dengan situasi keluarga sendiri. Yang pentingnya, perlu clear mengenai falsafah disebalik penubuhan Permata itu sendiri, supaya, walau apa juga cara yang dipilih, akhirnya akan membawa keluarga kita ke destinasi yang sama – mengenal Allah taala dan menurut perintahNya dengan mengetahui tujuannya, bukan sekadar buat saja. Sila betulkan jika salah pemahaman saya nih.
That brings me to the third point. Saya terkesan dengan cerita Pak Din, kerana sedikit sebanyak, ada tempias jugak dengan pengalaman sendiri. Juga tiada niat riak di sini. Sekadar bercerita. Membesar di Pulau Langkawi, saya berpeluang untuk sentiasa mendapat tempat pertama atau kedua dari darjah 1-6. Dan saya juga bukan anak cikgu, atau doktor atau yg seumpama dengannya, hanyalah anak seorang peniaga kecil. True, kehidupan anak – anak sezaman saya (tahun 80-an) tidaklah sesusah zaman Pak Din, tapi, ibu bapa saya turut berpegang kepada cara bapa Ustaz Hasrizal – iaitu “Menyengajakan Beberapa Kesusahan”. Ringkasannya, sewaktu darjah 4-5, saya ditugaskan oleh bapak utk menjaga sebuah stall kecil (ala – ala drugstore) yg menjual segala keperluan asas di sebuah resort di Langkawi. Masih ingat lagi, waktu cuti skolah, tiap – tiap pagi saya akan ke stall tu, bukak kedai dan start menyapu sampah. Kemudian tunggu kedai tu sambil baca novel Khadijah Hashim. Sekecil itu, saya dah diamanahkan menguruskan kewangan kedai tersebut.
Bab pelajaran, kalau Pak Din berhijrah bersama mak dan siblings utk ke sekolah yang lebih baik; utk kami adik beradik pula, bapak make sure kami ke sekolah yang baik di Kedah. Kedua2 abang saya ke sekolah sains, saya & kakak ke Sek. Men Sultanah Asma. Disebabkan saya dan kakak orang Langkawi, maka kena la duduk kat hostel sejak tingkatan 1. Dan akhirnya saya ke MRSM Taiping. Pengalaman berulang sendiri dari Taiping ke Langkawi (dan sebaliknya) setiap kali cuti banyak mengajar saya untuk menjadi independent. Kena naik 3 bas lompat, 1 feri dan 1 teksi sebelum sampai ke rumah. Hingga terbawak – bawak ke alam rumah tangga. Banyak (kalau tak semua) kerja buat sendiri. Maaf Pak Din, amik space kat sini pulak heheh. Bukannya takde blog sendiri.
Utk Kak Ummu, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya :D Jangan kata kak Ummu, kadang – kadang saya sendiripun takleh nak post komen sendiri hehe. Tengah dalam perancangan utk berpindah rumah ke wordpress jugak insyaAllah. Tujuan blog itu bukan apa, berbalik kepada Erti Hidup Kepada Memberi jugak. Sayang pulak sedikit ilmu yang ada kalau tak dikongsi bersama. Rasa diri ni selfish kalau tak disebarkan ilmu tu. Buat masa sekarang, saya lebih banyak menyumbang buah fikiran di susuibu.com, utk membantu ibu – ibu muda yg mengalami masalah penyusuan. Silalah menjenguk ke sana jugak, sambil berkongsi pengalaman breastfeeding Kak Ummu :) [Tapi awas, skarang nih byk topik yg tak berkaitan dgn breastfeeding pulak kat situ...iskhh..].
Wasalam.
Mei 21, 2008 at 4:06 am |
Salam pagi
Hai sibuknya! tapi saya faham dan sememangnya sebegitulah sepatutnya di waktu muda. Ketika saya sedang at the peak bekerja dulu bukan kata 12 jam, bila tender closing kekadang beberapa hari tak balik tidur makan si pejabat atau hoten yang di khaskan untuk menyediakan. Saya sangat bersedia ketika itu untuk berkorban apa sahaja, tetapi saya sangat pentingkan satu pekara. Every single ringgit spent is recorded for the purpose of musahabah diri where we spent our rezeki and why we hane to work hard for it. I can bet with anybody else who has all details of financial record for 30y already.
Your conclusion is right on the dot. Congratulation saudariku Dr Shiha. It very easy to talk to you since the begining. I am sura we can get something for each other experiences, till we can really answer the question of the real purpose of life. I would say that the answer had been given along the cloteh as we go. Every single word count, including the joke and stupid joke! if it exists. Take life with a pinch of salt and paper and sauce and every color of emotion. There are all together 44 color to use in order understand the meaning of life and hence the artistic way of Allah creation.
Some people expected answer to their thinking not their question. When the answer is not in the said words, we tend to say, you are not anwering my questions. Its always the in between lines to go with the seen line. If we tought we are not clear with in between lines, it made no different seeing the line. That is the open secret of life. An this is what IPT do not teach and for us to guide our generations to create competative advantage in life. Its smart thinking, innovative, constructive, progressive, proactive, and similar and fimiliar words leading to success. But, then success has many different measuring stick!
Awat hang marah sangat dengan pak hang, samapai sambung marah kat … personal but bulleye!
Mei 21, 2008 at 9:50 am |
Salam.
Kalau dilihat pengalaman Pak Din dan Shiha, adalah sikit-sikit macam pengalaman hidup saya. Agaknya kan, kesusahan hidup kita dan ranjau sepanjang jalan untuk memperolehi ilmu itu menyebabkan kita sangat menghargai ilmu yang kita dapat. Namun, kita tetap tidak dapat lari daripada penetapan sunnatullah, Qada’ dan Qadar Allah SWT. Masa sekolah dulu saya taklah target terlalu tinggi hingga masuk universiti. Memang cita-cita dan minat nak jadi cikgu (suka sangat dengan cikgu, ustaz dan ustazah semasa sekolah dulu sampai rasa nak jadi macam mereka). Ingatkan lepas SPM nak ambil STPM dan masuk Maktab Perguruan, tapi perancangan Allah untuk makhluk-Nya adalah mengikut kehendak-Nya. Lepas dapat result SPM dengan keputusan yang agak cemerlang (14 aggregat), dapat tawaran masuk Matrikulasi UIA, pastu terus sambung degree (IRK) 4 tahun dan habis degree terus sambung Diploma Pendidikan di U yang sama. Dan sekarang dah hampir 12 tahun jadi guru…
MasyaAllah… Sesungguhnya Allah berkuasa menetapkan segala-galanya perjalanan hidup hamba-Nya dan kita sebagai hamba-Nya wajib berusaha mencari jalan menjadi hamba-Nya yang BENAR-BENAR bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Saya mula berfikir tentang sunnatullah secara serius setelah saya bertukar mengikut suami ke Pulau Mutiara awal tahun ini kerana apa yang saya lalui sekarang membuatkan saya tercari-cari apakah hikmah yang Allah takdirkan kepada saya. Bayangkan selama 7 tahun saya selesa mengajar di sekolah antara yang terbaik di Shah Alam, dengan pelajar yang mempunyai background yang baik, otak yang bijak dan saya tak perlu “terlalu bersusah payah” untuk memberi input sesuatu perkara kerana kebanyakan mereka bijak dan pandai, cuma perlu motivate mereka buang sifat malas dan tidak peka. Apabila Allah takdirkan saya bertukar ke pulau ini, saya mendapat pelajar yang 100% contrast dengan pelajar di Shah Alam dulu, mengajar sekolah “antara yang ternakal dan terkebelakang dari segi akademik”. Namun saya bersyukur, rupa-rupanya Allah mahukan saya keluar dari “kepompong selesa” kerana diluar sana ramai anak-anak yang perlukan bimbingan untuk mengenal Allah walaupun agak susah dan perit saya berhadapan dengan mereka yang mempunyai background yang berbagai bagai hinggakan ketika baru 2 bulan di sini, air mata dah banyak mengalir dengan sikap “kurang adab” mereka.
Dengan kesulitan yang Allah beri ini membuatkan saya berfikir tentang kebesaran Allah dan mohon kepada-Nya agar Allah memberi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik diri sendiri agar ianya menjadi satu ibadah dan juga mohon Allah buka dan jernihkan hati anak-anak didikku agar mereka menjadi manusia yang baik dari segala segi…
Eh..eh… Bercerita panjang pulak kat sini, sorry ye.. Bukan apa, cuma nak kongsi pengalaman hidup tak seberapa ini yang berkaitan dengan sunnatullah yang kita tak boleh lari daripadanya…
“Wallahu ‘ala kulli syai in qadir”.
Mei 21, 2008 at 4:13 pm |
Salam..
Ummu Aniq, bunyi macam tensen aje? Bak kata Pak Din, nak adapt & nak evolve kpd surrounding yang baru, sangat penting untuk survival. Semoga kak Ummu beroleh ketenangan di Pulau Mutiara :) Saya ni pun tengah dalam proses mengadaptasi nih. Dah berbulan – bulan lah jugak. Sikit – sikit, pelan – pelan, insyaAllah boleh. Mesti responsif jangan reaktif kata Ustaz Hasrizal :P
Pak Din cakap:
“Saya sangat bersedia ketika itu untuk berkorban apa sahaja, tetapi saya sangat pentingkan satu pekara. Every single ringgit spent is recorded for the purpose of musahabah diri where we spent our rezeki and why we hane to work hard for it.“.
Uih, banyak nak kena blaja ngan Pak Din nih. This is one area yang saya sangat perlu muhasabah diri. Bakal difikirkan dengan mendalam.
Pak Din cakap lagi:
“It very easy to talk to you since the begining. I am sura we can get something for each other experiences, till we can really answer the question of the real purpose of life. I would say that the answer had been given along the cloteh as we go. Every single word count, including the joke and stupid joke! if it exists ”
Terpaksalah mengaku bahawa mungkin ini kelebihan saya. Sebab bukan Pak Din sorang yg cakap gitu. But the best part is to learn from each other on to answer the question of the real purpose of life. Ye lah, semakin lama berkongsi pendapat, semakin meningkat pemahaman insyaAllah. Dia takleh faham sekali harung, kena lalui proses sedikit demi sedikit. kalau Pak Din amik masa almost 30 tahun utk memikirkannya, saya apatah lagi. Baru setahun jagung. Tapi nak tak nak, kena buat jugak, sebab ada tanggungjawab 3 orang di bawah saya yang memerlukan input dari saya. Adake stupid jokes tu? Erk.. tapi mmg ada jokes Pak Din yg saya tak paham!
“Its always the in between lines to go with the seen line. If we tought we are not clear with in between lines, it made no different seeing the line. That is the open secret of life ”
Ye, nak memahamkan maksud yang tersirat di sebalik yg tersurat tu, tidaklah mudah. Kadang faham, kadang tidak. Tapi, kalau tak bersedia utk berfikir, jawabnya memang langsung tidaklah.
And lastly:
“Awat hang marah sangat dengan pak hang, samapai sambung marah kat … personal but bulleye!”
Biarlah rahsia.. ni cik CT yg kata, bukan saya hehe.
Wasalam.
Mei 21, 2008 at 5:57 pm |
Para-1, ayat-4; …”dlm proses mengadaptasi”. Boleh di perjelas apa yang sedang cuba diadaptasikan? Kata-kata Pak Din kah atau suasana baru pindah seperti Ummu Aniq?
Maaf tanya kerana Pak Din ada menyelitakan juga perkataan ‘adaptasi’ keatas komen terbaru di bolg ’sebelah sana’… memang dia (Pak Din) dah explain tapi masih blur.
Mei 21, 2008 at 9:54 pm |
Salam En. Adros
“dlm proses mengadaptasi” untuk saya ni, lebih kurang macam suasana baru pindah Ummu Aniq jugak la. Cuma suasana tu sikit berbeza.
Blog sebelah sana tu blog yg mana? Bagi alamat, baru boleh sampai :)
Mei 22, 2008 at 3:40 am |
Beradapatasi adalah prosess penyesuaian diri kepada keadaan persekitaran. Tidak pula ia membawa konatasi buruk dengan menjatuhkan harga diri kepada harga pasaran, dengan memastikan jatidiri dipupuk dan dibaja oleh ilmu pengetahuan. Keseimbangan menimbangan keperluan adalah jawapan kepada perluanya kita kepada beradaptasi. Contoh paling kerata yang saya perjuangkan ialah bagaimana kita beradapatasi ke arah mengenal Allah hakiki di dalam arus perdana yang hanya mengenal Allah melalui percaya. Maka kita perlu berilmu untuk beradapatasi dan bayangkan contoh-contoh yang ada di zaman lampau seperti beradaptasinya N Ibrahim dengan bapanya seorang ketua pembuat berhala dan juga kemudiannya N Muhammad saw, beradapati di dalam suasana arus perdana jahiliah.
Maka adakah Nabi saw mati kebuluran hanyut bersama jahiliah dalam memperjuangkan jatidirinya? Tidak sekali-kali, dan inilah adapatasi yang dimaksudkan. Nabi masih menjadi ahli perniagaan di suasana persekitaran jahiliah. Berniaga dengan jahiliah, bermain dengan jahiliah, berinteraksi dengan jahiliah, hidup di tengah-tengah disayang dan dicintai jahiliah. Bapak saudaranya nabi paling suka dengannya tetapi tidak mahu menerima Islam yang dibawanya. Maka adaptasi bagaimanyang nabi perlukan? Setelah beberapa tahun mengembangkan Islam beliau terpaksa berhijrah kepada suasana baru. Ini juga digarisbawahi oleh keperluan kepada beradaptasi atau menyesuaikan cara kepada tujuan perjuangan aga yang diazam tercapai walaupun keadaan sekeliling tidak kundusif untuk berkembang.
Maka apa terjadi kepada Muslim sekarang ini, bila diarah berniaga, kita memberikan alasan terlalu kapatilis suasana sekarang. Itu haram ini tak boleh. Ke sana tersepit dan ke sini terbeban. Semua ini memerlukan pengadaptasian atau penyesuan mindset ke arah yang praktikal, yang akan membawa kita mengharungi keadaan yang tidak kita rasakan sesuai unutk menjadi sesuai kepada prinsip yang kita bena di dalan jiwa.
Keseluruhan pembenaan blog ini adalah proses beradapatasi kepada suasana arus perdana, yang terlalu mementingkan Fardu Ain, maaf kata mementingkan diri. Kita tidak sedar pengajaran FA tidak membantu sasiah Muslim kerana tiada kefahaman kepada solat untuk apa, kyusuk untuk apa, beribadah untuk apa, dan pelbagai persoalan peribadatan yang hanya dibuat mengikut rasa. Maka kita perlu beradapatasi. Dan apa lagi cara yang paling terbaik kalau tidak melihat kepada Alam Allah dan belajar dari carakerja Allah membentuk Alam ke arah kesempurnaan. Teori of evolution. Jangan kita pentingkan atau sensasikan pasal kambing makan rumput dan kita makan salad (sayur) maka kita saudara kambing?
Beradapatasi yang perlu sangat kita lalukan adalah memahami keutamaan Sunnah Allah di atas Sunnah Rasul. Memahami keutmaan Fardi Kifayah berbanding Fardu Ain. Ini yang susah. Kita diajar dari kecil sebaliknya dan hasilnya semua Muslim melaksanakan ibadah tetapi hanya mendapat penat kerja yang tidak menentu. Apakah yang diperolehi oleh Muslim dari ibadah solat sekarang? dengan hasil yang jelas Muslim termundur di segala bidang, pelajaran, kewangan, dan segalanya. Maka beradapatsailah kita dengan mengunakan akal. Carilah jawapannya di Al Quran dan apa yang saya nampak hanyalah dengan menggunakan pendekatan atau manhaj Ulil Al Baab, iaitu membuktikan adanya kewujudan dan kekuasaan Allah dengan melihat kepada adanya kejadian Alam sekeliling.
Banyak lagi!
Mei 22, 2008 at 9:16 am |
Salam..
Bunyi macam tension ke ? He..He.. Yes for the beginning, but now… Quite OK, Alhamdulillah. Dah boleh adapt & evolve situasi di sini. Kena kenal mereka dulu baru mereka boleh kenal kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta!
Macam Pak Din kata : “Beradaptasi adalah prosess penyesuaian diri kepada keadaan persekitaran. Tidak pula ia membawa konatasi buruk dengan menjatuhkan harga diri kepada harga pasaran, dengan memastikan jatidiri dipupuk dan dibaja oleh ilmu pengetahuan”.
Memang ambil masa untuk menerima satu perubahan namun usaha kearah perubahan itu perlu dibuat secara berterusan (istiqamah).
Moga Shiha juga beroleh ketenangan dalam proses mengadaptasi suasana baru, terima kasih…
Mei 23, 2008 at 8:12 am |
Salam semua
Sekurang-kurangnya untuk diri saya, saya meletakan kepentingan proses beradapatasi dan berevolusi itu sebagai satu kemestian di dalam hidup. Kita mungkin menggunakan perkataan yang saintifik dengan mengambil dua perkataan tersebut. Di peringkat kehidupan biasa, tanpa mahu mengaitkan sains di dalam kehidupan, ciri-ciri tesebut masih perlu walaupun nanmanya bukan lagi sesaintifik itu. Menyesuaikan diri kepada persekitaran dan memperbaiki taraf kemajuan diri, mungkin dua pendekatan biasa yang perlu diambillira sebagai prinsip kehidupan.
Melatih diri kepada menyesuaikan dan mempertingkat kemajuan diri adalah perlu bukan sahaja untuk menjalani atau mengharungi kehidupan di dunia, malah proses yang sama akan di kehidupan seterusnya, walaupun tema besar kebidupan mungkin berbeza. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tujuh pasa kehidupan kita, kesemuanya berbeza tema, tetapi tidak dapat dinafikan pendekatan yang perlu dilakukan adalah serupa, dalam ertikata mengabdikan dan ke arah mengenal Tuhan.
Sekiranya kita mengambil pendekatan mudah, dengan tidak mahu bersikap positif di Dunia, maka apa yang menghalang sikap yang sama akan terlaksana di alam lain. Sekiranya kita mengambil sikap tunggu dan lihat, apa yang akan menghalang kita bersikap sedemikian di alam seterusnya. Maka seterusnya, dengan mengikut arus perdana di dunia, kita juga akan terbawa-bawa dengan sikap yang sama apabila menjalani kehidupan di alam seterusnya.
Adapt dan evolve adalah ciri utama yang dipaparkan dalam Teori Darwin, walaupun ciri tersebut bukanlah hanya terdapat di dalam teori tersebut. Tanpa memahami atau mendalami Teori tersebut, kita masih boleh menggunakan dua ciri tersebut. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah, Teori Darwin adalah kajian sainstifik yang menyeluruh, yang memerlukan kita mempiawaikan pemikiran kepada sesuatu yang lebih kukuh asasnya dan terbukti perlaksanaannya.
Sdri Ummu mengingatkan kepada perlunya proses adapt dan evolve secara berterusan. Sudah semestinya itu satu usaha kearah kejayaan. Tanpa istiqamah atau pendirian tetap melaksanakan sesuatu, sudah pasti kita tidak dapat melakasanakan kehidupan memperjuangkan sesuatu sehingga ke penghujungnya. Angat-angat tahi ayam, seperti kata pepatah Melayu. Perlu diingat juga, bahawa kegiatan yagn dilakukan mungkin berbeza, tetapi ciri asas pelaksanaan kegiatan itu tidak berubah.
Di bawa tajuk penserasian percaya dan fikir ini, suka saya mengingatkan bahawa ianya, iaitu proses percaya, yang secara tradisinya diwarisi dengan berkesan, memerlukan dua ciri yang disebut tadi, iaitu adapat dan evolve. Tanpa fikir, percaya kita akan terus menguasai diri dan menjadi penghalang kepada perkembangan seterusnya. Jadi sebelum kita kehabisan waktu melaksanakan perubahan, perlulah kita fikirkan apakah yang perlu perubahaan kepada warisan percaya kita.
Ogos 12, 2008 at 1:36 pm |
http://heliconia.wordpress.com/2007/01/18/kasyafilmu-islam-yg-dilupakan/
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
Ogos 29, 2008 at 6:17 am |
Posted on 29-08-2008 05:35 Senarai Moderator Peraturan
al-amin wrote:Kesimpulan ;
Ilmu falsafah boleh menjadi SAMPAH jika tidak didasari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Disarankan supaya mendalami ilmu aqidah terlebih dahulu supaya tidak tergelincir dari landasan ahli sunnah wal jamaah. Dan ilmu falsafah boleh menjadi PERMATA yg tidak ada nilainya jika kita menemui jalan yg benar dalam memahaminya seperti yg difahami oleh al-Ghazali..
Wallahu a3laam..
Terimakasih di atas kesimpulan yang diberikan dan ia juga selari dengan pendekatan yang disaran AQ agar akal digunakan untuk melihat kepada tanda-tanda kuasa Allah di Alam ini yang menandakan juga kewujudanNya. Sudah pasti percaya (iman dan aqidah) menjadi asas diikuti dengan fikir (menggunakan akal untuk mencari pembuktian) sebagaimana dianjurkan oleh displin ilmu sains, yang dahulunya dirujuk sebagai falsafah. Maka penserasian percaya dan fikir menjadi kunci utama peningaktan iman dari iman taklid ke iman ilu dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.
“3. Penserasian Al Quran (percaya) dan sains (ilmu) sangat penting untuk dilaksanakan. Menyedari kekurangan ini yang menyebabkan, satu pendekatan baru perlu dicari. Seperti kata Ustaz Hasrizal, berhubung isu Darwin, “Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2007/09/17/21/
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=131&thread_id=2687&pid=69228#post_69228
September 5, 2008 at 2:44 pm |
Saya juga tidak hairan dengan kadar keteguhan hati yang berlaku pada sumber hipotesa klinis. Semua itu hak manusia. Sehingga tak wajar bila dikatakan hipotesa itu dpt diadikan dalil untuk membuat kesimpulan. Kerana ada 1 metode lagi yg terlangkahi, yaitu analisis. Inilah yang sering terlupakan oleh manusia yang mengangga dirinya saintis.
Sepeti yang saya katakan…
Pendekatan sains dan pendekatan teologi sangatlah berbeza. Jika kolaborasi anatar kedua itu serasi maka sungguh itulah karunia Allah yang harus disyukuri. Jika tidak selaras, maka kesesatan yang terjadi, dan malapetaka yang akan terazabkan.
Dari http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/benarkah-islam-menolak-evolusi.html#comment-3448860608826248195
Januari 21, 2009 at 11:33 am |
[...] tetapi pilihan itu Allah sampaikan dengan beberpa side-effect yang menakutkan. Asasnya ialah kepercayaan yang diserasikan dengan [...]