1. Ahmad sedari kecil memang meminati binatang. Sebenarnya perangai yang dipupuk oleh ayahnya, agar dapat menghargai kehidupan selain dari manusia. Sebagai hadiah di satu harijadi, ayahnya membelikan sebuah telap kecil (aquarium) dengan beberapa ekor ikan yang cantik. Setelah dia baliq, ayahnya tidak membersihkan telap ikannya, seperti yang selalu dilakukannya sebelum itu. Dia ingin melihat bagaimana anaknya bertindakbalas kepada keadaan telap yang semakin keruh airnya.
2. Demi ingin melihat ikannya berada di dalam keadaan cerah, Ahmad membawa telapnya ke belakang rumah, seperti yang biasa melihat ayahnya lakukan. Air takungan hujan yang jernih memang tersedia unutk menukar airnya. Malangnya Ahmad kurang teliti semasa memerhatikan bagaimana ayahnya membersihkan telapnya. Lalu mengambil jalan pintas, dia mencedok air dalam telap dan memasukkan air baru ke dalamnya. Setelah beberapa kali diulangi, dia meletakkan telapnya kembali ke biliknya. “Kenapa tak jernih airnya, Mat?” tanya ayahnya.
3. Proses membersihkan hati, yang menjadi raja anggota manusia, mempunyai persamaan dengan penukaran air telap si Ahmad tadi. Bhg12 Per 2 & 4 menyentuh tentang hati, yang sebenarnya terletak pada otak emotional (sebelah lagi otak rational – akal). Mendapatkan hati yang jernih (yang kemudiannya terpancar pada anggota lain) tidak akan sempurna tanpa membuang segala yang keruh (mazmumah). Dengan menambah yang jernih (mahmudah) kepada yang keruh, kedalam bekas yang sama, tidak akan menghasilkan kesan yang dikehendaki.
4. Pemikiran yang telah dihantui oleh kongkongan budaya lapuk juga, melalui proses yang sama. Untuk terbuka kepada ilham-ilham terbaru bersifat saintifik, pemikiran-pemikiran lama (negatif), yang diwarisi secara sedar atau tidak sedar, perlu dihilangkan sepenuhnya, sebelum yang baru dapat memberikan kesan positif kepada pemikiran. Mengambil jalan pintas seperti si Ahmad tadi, tidak menghasilkan kejernihan dalam membudaya pemikiran baru di dalam akal. Sebenarnya, ilham-idea-meme sentiasa dipancar oleh Allah kepada mahlukNya. Tetapi kita nampak perbezaan ketara antara muslim dan bukan muslim, dalam mencipta konsep-konsep baru, terutama dalam bidang sains.
5. Pembelajaran manusia dipengaruhi tiga elemen utama, perwarisan (genetik), persekitaran dan jatidiri (hati tadi sangat mempengaruhi). Kita mungkin mengatakan tidak dapat mengawal sepenuhnya perwarisan (termasuk original sins) yang mewakili 1/3 dari pembelajaran, tetapi kita masih mempunyai 2/3 sebagai sesuatu yang berada di bawah kawalan kita, yang boleh dikosongkan dari isi yang lama dan mengambil isi yang baru. Tajdid. Pembaruan, Renassance. Untuk membolehkan ilham-ilham baru menalukki pembelajaran kita. Sebelum “khatamal Llah hu ‘ala qulub bi him” (Allah menutup hati-hati mereka-kita).
6. Dari hasil yang kita lihat sekarang di dunia modern ini, kita tidak dapat tidak terpaksa mengakui terdapat carakerja yang tidak kena pada muslim sehinggakan menghasil keadaan muslim yang ada sekarang ini. Carakerja mencapai tujuan (ibadah), yang tidak tepat, semestinya mengikut Qada’ dan Qadar Allah, tidak akan menghasilkan hasil yang kita idam-idamkan. Memang ramai yang memegang teguh kepada ayat “kehidupan akhirat itu lebih baik dari kehidupan dunia” (ad Duha), tetapi perlu juga kita mengimbanginya dengan ayat “janganlah kamu melupakan baahagian kamu di dunia” kerana “Allah tidak akan mengubah nasib (bahagian) sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah pendirian diri mereka sendiri”.
7. Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh ahli sufi, tajjali (penjelmaan kejernihan) tidak akan menjelma, tanpa proses takhalli (buang yang keruh) dan kemudian tahalli (ambil yang jernih). Dengan menambah mahmudah pada mazmudah yang tidak dibuang sepenuhnya, tidak akan menghasilkan hati yang boleh memerintah kebenaran. Kegelapan (opaque) yang dicampur dengan ketelusan (transparent) akan menghasilkan kesamaran (translucent). Hanya kegelapan, malah kesamaran yang dibuang sepenuhnya, sebelum dimasukkan (dicampurkan) ketelusan, baru akan menghasilkan ketelusan.
8. Maka kejahilan yang dicampurkan dengan persangkaan (syak, zan dan waham – szw) tidak akan mengahsilkan keilmuan. Peribadatan yang tidak hadir keilmuan bersamanya, hanya menjadi pekerjaan. Jadi seperti cerita si abid yang ‘beribadah’ bersungguh-sungguh dikacau oleh syaitan, sedangkan si ‘alim yang sedang tidur dibiarkan lena. Ini kerana roh kecil si alim, yang keluar semasa jasadnya tidur, sudah dilatih untuk mencari makanan (fikir dan zikir) walaupun semasa meninggalkan kenderaannya bersendirian.
9. P Ramlee juga mengingatkan kita di dalam lagunya ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dan bukan ‘campur yang jernih pada yang keruh’. Marilah kita benar-benar membuang swz pada ilmu yang mengkaji carakerja Allah, agar kita akan mendapat keizinanNya setiap masa di dunia, yang menjadi kayu pengukur kedudukan kita di sisi Allah semasa di dunia, yang akan menentukan kedudukan kita di hari akhirat. Insyaallah.
10. 93:1-5 Demi waktu Dhuha;Dan malam apabila ia sunyi-sepi; (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
Allahu ‘alam
Jalan spiritual yang ditempuh para sufi tidaklah mudah. Dalam tradisi kesufian, tingkatan-tingkatan spiritual digambarkan dalam analogi titik pemberhentian (station atau maqam) yang antara sufi satu dengan lainnya sering terdapat perbedaan pendapat. Station ini antara lain: (1) taubat, (2) zuhud, (3) sabar, (4) tawakkal, (5) ridha, (6) mahabbah, (7) ma’rifah, (8) fana’, (9) ittihad, (10) hulul.
http://peziarah.wordpress.com/2007/03/07/pengertian-tasawuf/
2:7 (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat ditempuh dengan sekaligus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat, berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.”
Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/19/r80-kitab-kimyausaadah-oleh-al-ghazali/
Scientology assumes that spirituality and thought (called “theta”) is an energy existing in its own universe, separate and distinct from the physical universe of Matter, Energy, Space and Time (MEST), and that spirit (theta) is senior to, and indeed created, the physical universe (MEST).
Each individual person (called a “thetan”) is considered to be a “thought unit” of the spiritual universe which interacts with the physical universe (MEST), usually by inhabiting a human body. The Scientology term “thetan” is what has commonly been known as the “spirit” and it is defined in Scientology as the source of life; in the individual, it is recognized as the core of personality or essence of oneself, quite distinct and separate from the physical body or the brain.
Scientology proposes that in its “native state” the spirit/thetan is immortal and god-like and possesses the potentiality of knowing everything, but that in present time its true capabilities have been lost and forgotten. As an immortal entity, the spirit/thetan lives on after body death and is born into a new physical body, again and again, lifetime after lifetime, in an endless cycle of birth and death. As a result of traumatic incidents extending back from the present life through a long series of “past lifetimes” hidden from conscious memory, the spirit/thetan has become trapped in the physical body and the physical/MEST universe.
Dari http://www.xenu.net/archive/infopack/6.htm
17 Pak Din December 10th, 2007 at 12:48 pm
Amin,
Setuju dengan kenyataan kebanyakan kita tidak berfikir tentang falsafah membuat sesuatu, yang membuatkan kita menjadi penduduk dunia kelas kedua. Malah lebih teruk lagi tak berfikir lansung. Kesedaran berfalsafah itu yang penting kerana akhirnya ia membawa kepada pertanayaan siapa, dari mana, nak ke mana kita dan pelbagai soalan kehidupan. ‘Kecintaan pada ilmu’ ini bercampur antara percaya dan fikir pada awalnya, yang membuatkan Muslim akhirnya merasakan pembuktian aqli (fikir) itu sesuatu yang perlu dipinggirkan dan mengambil dalil naqli (nas) dengan hanya sedikit atau tanpa berfikir mendalam. Di dalam pengurusan leisure time sekalipun kita perlu ada semangat ‘tidak main-main’, seperti kata Amin, berfalsafah semasa belatih.
Pentingnya ilmu sains di dalam sukan terbukti sekarang ini dengan lahirnya ahli sukan berprestasi tinggi hasil dari teknologi sains. Maka kepedulian kepada ini sebenarnya adalah antara ciri Islam dan keterbukaan berfikir perlu dalam menjelaskan pelbagai masaalah termasuk masaalah iman. Kekurangan minat pelajar kepada isu agama melambangkan kecelaruan mereka kepada hasil dari sistem percaya sahaja dalam penyampaian, dan tidak berdasarkan kepada pembuktian saintifik oleh kebanyakan ustaz arus perdana. Untuk masih kekal satu ummah, walaupun tidak bersinergi, terpaksalah hidup ’setuju unutk tidak setuju’.
Dari http://saifulislam.com/?p=1127#comment-10044
Reason is a tool of critical thought that limits the truth of a statement according to the strict tests of the scientific method. For a statement to be considered true it must be testable (what evidence or repeatable experiments confirm it?), falsifiable (what, in theory, would disconfirm it, and have all attempts to disprove it failed?), parsimonious (is it the simplest explanation, requiring the fewest assumptions?), and logical (is it free of contradictions, non sequiturs, or irrelevant ad hominem character attacks?).
Dari http://www.ffrf.org/nontracts/freethinker.php