DARWIN23 Sains ketuhanan dan sains gunaan.

September 21, 2007

1. “Sains banyak buat kesilapan” seorang penceramah mengemukakan kata-kata terakhir tazkirahnya. Sebelum itu dia mengemukakan beberapa contoh penemuan sains terbaru yang memansuhkan penemuan terdahulu, bagi dijadikan hujjah menolaknya. Begitu khusyuk hadirin yang mendengar segala yang disampaikan penceramah tersebut, maklumlah penceramah yang pandai mengambil hati hadirinnya. Bila nampak ada yang terlalu khusyuk (terlena) maka diselitkan dengan beberapa jenaka sepontannya. Gelak seluruh surau, termasuk yang terlalu khusyuk tadi.

2. Memang benar apa yang disampaikan penceramah tadi, tentang pemansuhan tersebut. Memang tidak dapat disangkal. Bawa peguam kepala berlilit tu pun tak boleh menang hujahnya. Tapi .. fikir-fikir balik bab mansuh-memansuh ni bukan dalam hal sains sahaja. Jelas, semasa ceramahnya sebelum tu, dia pernah cerita pasal ayat mahkamah, mutasyabihat dan ayat-ayat yang dimansuh dan diganti di dalam Al Quran. “Arak diharamkan beransur-ansur dan ayat-ayat yang terakhir, tentang pengharaman arak bukan letaknya dihujung (tak berturut). Jadi jangan petik Al Quran kata boleh minum arak” jelasnya terdahulu.

3. Jadi, pemansuhan bukanlah menjadi sebab untuk kita memperlekeh sains. Berevolusinya kehidupan bermakna kita di dalam bulatan yang punya kenaikan (tangga pusing – spairal staircase). Setiap pusingan mesti ada penambah-baikan. Ada kemajuan. Maka itulah pemansuhan dan penggantian. Sebahagian dari kehidupan. Jangan pula disebabkan ada penemuan baru yang menggantikan penemuan lama, maka sains itu dikatakan tidak menghampiri pendekatan Al Quran. Dan ‘kesilapan’ sebelumnya adalah untuk membolehkan penemuan seterusnya.

Peta

4. Nabi al-Mustofa saw dipilih melalui natural selection (bahasa sains) dan Allah selection (bahasa mukmin). Hakikatnya, natural selection tidak berfungsi tanpa ada yang memberi kuasa untuknya berfungsi. Samaada yang membuat penelitian itu percaya atau tidak kepada pemberian kuasa, itu adalah pekara kedua. Tukang buat rumah, yang banyak kali kita sentuh, jangan dipaksa untuk baca Basmalah kalau dia bukan muslim (atau muslim sekalipun). Kadar cepat-lambat pahatnya berjalan bukan bergantung pada dimulakan dengan Basmalah, tetapi ketajaman mata pahatnya (sebab yang Allah tentukan bagi menghasilkan pemahatan yang cepat).

5. Satu lagi yang sering didengar ialah sains baik dan sain tak baik. Yang baik sudah tentu yang mendatangkan manfaat kepada kita. Selesa betul kereta sekarang, dengan kuasa DVVT, DOHC dan bermacam lagi, traffik jam macam mana pun kita cool aja. Stereo surround 6 speaker dengan sub-woffer dan tweeter (semua jargon nak jual barang) membelai jiwa dengan nyasid Rabbaninya. ‘Oh … aku bersyukur ya Allah, mampu beli Brabus (Mercedes tercanggih) untuk ke masjid. Janganlah engkau merahkan buku akaun syarikatku, ya Allah. Amin’.

6. Kita tak sedar, Brabus yang canggih itu konsep asalnya dari kereta kuda berbau tu. Dipasang mulanya dengan enjin yang silap sedikit boleh meletup, membahayakan penumpangnya. Maka masa itu digunakan ayat “ .. janganlah engkau menghampiri sesuatu yang membahayakan dirimu ..” . Sains tak baik, kerana enjin boleh meletup, brek kurang berkesan .. langgar orang, ball joint (kat tayar) tak kukuh. Maklumlah kereta pertama dibuat di dunia. Lepas beepuluh juta mati (secara lansung atau tidak) lahirlah teknologi Brabus. Sains baik ni. Manfaat kepada manusia.

Peta

7. Itulah yang selalu didengar sekarang, Islam tak anti-sains. Memang benar! Tapi muslimnya yang anti-sains, yang masih dalam pembentukan. Biar orang kapir uji dulu. Dah sempurnakan kita belilah. Maka yang di kenal oleh mislim, hanya sains gunaan (applied science), sains yang menghasilkan teknoloji yang dah siap. Kalau masih dalam R&D membazir duit, sains tak baik!. Double standard pada muslim terlalu ketara. (Kalau tak terima .. apa nak buat) Pemikiran evolutionist tidak ada, semuanya nak jadi creationist, segala-galanya dah siap cantik molek.

8. Apa yang kita perlukan adalah kefahaman kepada sains ketuhanan. Apple jatuh ke kepala Newton, dia dapat idea menulis buku tentang carakerja Allah .. gravity. Kalau durian jatuh kat kepala Melayu (muslim), tak muat bakul nak letak sumpahannya. Memanglah durian!. Nak tunggu apple jatuh dari pokok manggis, baru dapat idea kot. Kita mahu penghargaan yang adil pada sains tulin (ketuhanan) yang menceritakan teori Quantum, teori Big Bang, teori Darwin, teori Newton, teori Thermodynamics dan bermacam lagi, yang kesemuanya menceritakan carakerja Allah, tak lari daripada itu.

9. 22 tahun di simen (pemikiran awal dewasa saya set) pak Mahathir (kat sana mak cik Thacher, the iron lady), sedikit sebanyak memberikan kesan. Macam nenek saya dulu, bila cucu jatuh semasa berlari dia kata ‘pergi lari laju-laju lagi, pandang atas’ atau jatuh pokok ‘pergi panjat lagi, sampai hujung’. Kita orang senior, fahamkan!, tapi kalau sekarang belum sempat cakap ‘pergi merempit, langgar polis’ di dah tiba di balai, kena tangkap. Faham-fahamla … Yang penting, sains gunaan yang mendatangkan manfaat kepada kita sekarang ni, semuanya melalui proses evolution, percubaan, dari tiada kepada ada-tak-sempurna kepada ada-sempurna dan akan lagi sempurna akan datang. Dan segala sains gunaan hanya dapat diperbuat setelah penciptanya faham sains ketuhanan. Itulah evolusi. Itulah kehidupan. Marilah kita fahamkan carakerja Tuhan.

10. 8:17 Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu) dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.