1. “Sains banyak buat kesilapan” seorang penceramah mengemukakan kata-kata terakhir tazkirahnya. Sebelum itu dia mengemukakan beberapa contoh penemuan sains terbaru yang memansuhkan penemuan terdahulu, bagi dijadikan hujjah menolaknya. Begitu khusyuk hadirin yang mendengar segala yang disampaikan penceramah tersebut, maklumlah penceramah yang pandai mengambil hati hadirinnya. Bila nampak ada yang terlalu khusyuk (terlena) maka diselitkan dengan beberapa jenaka sepontannya. Gelak seluruh surau, termasuk yang terlalu khusyuk tadi.
2. Memang benar apa yang disampaikan penceramah tadi, tentang pemansuhan tersebut. Memang tidak dapat disangkal. Bawa peguam kepala berlilit tu pun tak boleh menang hujahnya. Tapi .. fikir-fikir balik bab mansuh-memansuh ni bukan dalam hal sains sahaja. Jelas, semasa ceramahnya sebelum tu, dia pernah cerita pasal ayat mahkamah, mutasyabihat dan ayat-ayat yang dimansuh dan diganti di dalam Al Quran. “Arak diharamkan beransur-ansur dan ayat-ayat yang terakhir, tentang pengharaman arak bukan letaknya dihujung (tak berturut). Jadi jangan petik Al Quran kata boleh minum arak” jelasnya terdahulu.
3. Jadi, pemansuhan bukanlah menjadi sebab untuk kita memperlekeh sains. Berevolusinya kehidupan bermakna kita di dalam bulatan yang punya kenaikan (tangga pusing – spairal staircase). Setiap pusingan mesti ada penambah-baikan. Ada kemajuan. Maka itulah pemansuhan dan penggantian. Sebahagian dari kehidupan. Jangan pula disebabkan ada penemuan baru yang menggantikan penemuan lama, maka sains itu dikatakan tidak menghampiri pendekatan Al Quran. Dan ‘kesilapan’ sebelumnya adalah untuk membolehkan penemuan seterusnya.
4. Nabi al-Mustofa saw dipilih melalui natural selection (bahasa sains) dan Allah selection (bahasa mukmin). Hakikatnya, natural selection tidak berfungsi tanpa ada yang memberi kuasa untuknya berfungsi. Samaada yang membuat penelitian itu percaya atau tidak kepada pemberian kuasa, itu adalah pekara kedua. Tukang buat rumah, yang banyak kali kita sentuh, jangan dipaksa untuk baca Basmalah kalau dia bukan muslim (atau muslim sekalipun). Kadar cepat-lambat pahatnya berjalan bukan bergantung pada dimulakan dengan Basmalah, tetapi ketajaman mata pahatnya (sebab yang Allah tentukan bagi menghasilkan pemahatan yang cepat).
5. Satu lagi yang sering didengar ialah sains baik dan sain tak baik. Yang baik sudah tentu yang mendatangkan manfaat kepada kita. Selesa betul kereta sekarang, dengan kuasa DVVT, DOHC dan bermacam lagi, traffik jam macam mana pun kita cool aja. Stereo surround 6 speaker dengan sub-woffer dan tweeter (semua jargon nak jual barang) membelai jiwa dengan nyasid Rabbaninya. ‘Oh … aku bersyukur ya Allah, mampu beli Brabus (Mercedes tercanggih) untuk ke masjid. Janganlah engkau merahkan buku akaun syarikatku, ya Allah. Amin’.
6. Kita tak sedar, Brabus yang canggih itu konsep asalnya dari kereta kuda berbau tu. Dipasang mulanya dengan enjin yang silap sedikit boleh meletup, membahayakan penumpangnya. Maka masa itu digunakan ayat “ .. janganlah engkau menghampiri sesuatu yang membahayakan dirimu ..” . Sains tak baik, kerana enjin boleh meletup, brek kurang berkesan .. langgar orang, ball joint (kat tayar) tak kukuh. Maklumlah kereta pertama dibuat di dunia. Lepas beepuluh juta mati (secara lansung atau tidak) lahirlah teknologi Brabus. Sains baik ni. Manfaat kepada manusia.
7. Itulah yang selalu didengar sekarang, Islam tak anti-sains. Memang benar! Tapi muslimnya yang anti-sains, yang masih dalam pembentukan. Biar orang kapir uji dulu. Dah sempurnakan kita belilah. Maka yang di kenal oleh mislim, hanya sains gunaan (applied science), sains yang menghasilkan teknoloji yang dah siap. Kalau masih dalam R&D membazir duit, sains tak baik!. Double standard pada muslim terlalu ketara. (Kalau tak terima .. apa nak buat) Pemikiran evolutionist tidak ada, semuanya nak jadi creationist, segala-galanya dah siap cantik molek.
8. Apa yang kita perlukan adalah kefahaman kepada sains ketuhanan. Apple jatuh ke kepala Newton, dia dapat idea menulis buku tentang carakerja Allah .. gravity. Kalau durian jatuh kat kepala Melayu (muslim), tak muat bakul nak letak sumpahannya. Memanglah durian!. Nak tunggu apple jatuh dari pokok manggis, baru dapat idea kot. Kita mahu penghargaan yang adil pada sains tulin (ketuhanan) yang menceritakan teori Quantum, teori Big Bang, teori Darwin, teori Newton, teori Thermodynamics dan bermacam lagi, yang kesemuanya menceritakan carakerja Allah, tak lari daripada itu.
9. 22 tahun di simen (pemikiran awal dewasa saya set) pak Mahathir (kat sana mak cik Thacher, the iron lady), sedikit sebanyak memberikan kesan. Macam nenek saya dulu, bila cucu jatuh semasa berlari dia kata ‘pergi lari laju-laju lagi, pandang atas’ atau jatuh pokok ‘pergi panjat lagi, sampai hujung’. Kita orang senior, fahamkan!, tapi kalau sekarang belum sempat cakap ‘pergi merempit, langgar polis’ di dah tiba di balai, kena tangkap. Faham-fahamla … Yang penting, sains gunaan yang mendatangkan manfaat kepada kita sekarang ni, semuanya melalui proses evolution, percubaan, dari tiada kepada ada-tak-sempurna kepada ada-sempurna dan akan lagi sempurna akan datang. Dan segala sains gunaan hanya dapat diperbuat setelah penciptanya faham sains ketuhanan. Itulah evolusi. Itulah kehidupan. Marilah kita fahamkan carakerja Tuhan.
10. 8:17 Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu) dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.
Allahu ‘alam
sungguh bagai dikata…teruskan berkarya, saya khusyuk membaca, tapi bukan seperti si khusyuk di majlis ustaz yang saudara cerita :)
http://bobex.wordpress.com/2007/09/21/parafilia-penyebab-kematian-nurin/
Perkara yang membimbangkan adalah kelihatan bahawa golongan remaja kini seakan kehilangan identiti mereka lantaran daripada ketaksuban mereka terhadap segala yang datang daripada Barat. Kebanjiran hasil-hasil produk yang dibawa masuk daripada Barat ini menjadikan golongan remaja terdorong kepada corak kehidupan yang beracuankan Barat.
http://bobex.wordpress.com/2007/01/11/tolong-merdekakan-remaja-kita/
Bukan sains yg buat banyak kesilapan… tapi ahlinya.. he.. he.. hee. sebab logiknya kalau ahli Feqah buat kesilapan orang tak berani kata – “Feqah buat banyak kesilapan…” tapi tak apa.. ulama buat keputusan salah pun dapat 1 pahala.
Eh .. betul ke buat silap dapat pahala!. Silap pertama mungkin kot. Kalau seterusnya? mesti ada nas. Itulah konsep evolutionist yang hendak dipaparkan. Dalam bulatan dan ada peningkatan. Cari cerita Jet Keluar Barisan Masuk Bulatan Untuk Keadilan. Bukan kempen parti .. tapi kempen kehidupan.
Yang bukan salah sains tapi saintis tu .. lihat sains dan saintis, kalau belum! Kalau sudah ..
Pasal feqah tak berani sentuh .. saya nak concentrate sains dan kehidupan, diserasikan kepada agama.
Terima kasih.
Untuk melemparkan tuduhan2 liar yang berteraskan prasangka dan prejudis sepertimana yang terjadi di Tranungkite terhadap Ustaz adalah perkara biasa bilamana seseorang itu tidak mengetahui dan mengenali sesuatu dengan jelas. Sungguh tepat kata2 Saiyidina Ali r.a.:
`Manusia akan takut dengan apa yang tidak diketahuinya’
http://saifulislam.com/?p=457
Before the development of modern science, scientific questions were addressed as a part of metaphysics known as “natural philosophy”; the term “science” itself meant “knowledge”. The scientific method, however, made natural philosophy an empirical and experimental activity unlike the rest of philosophy, and by the end of the eighteenth century it had begun to be called “science” in order to distinguish it from philosophy. Thereafter, metaphysics became the philosophical enquiry of a non-empirical character into the nature of existence. Thus the original situation of metaphysics being integral with (Aristotelian) physics and science, has, in the West, become reversed so that scientists generally consider metaphysics antithetical to the empirical sciences.
http://en.wikipedia.org/wiki/Metaphysics
Tidak saudaraku, jikalau saudara berpikiran seperti itu, maka apa yang mereka lakukan? Tiada minat yang dilatarbelakangi oleh niat, tiada keseriusan yg dilatarbelakangi main-main. Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah). Dimaklumkan anda berucap seperti ini kerana ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton.Hal sama ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya.
Dari http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/benarkah-islam-menolak-evolusi.html#comment-1214922952186093523
Dasar-dasar Sosialisme
Kebendaan menjadi dasar penting dalam menentukan kebahagiaan manusia.
Mengutamakan milik umum kepada beberapa perkara yang dianggap menjadi sumber ekonomi dengan melalui milik negara.
Menguasai pemerintahan atau kuasa politik dengan mencetuskan kefahaman ideologinya kepada masyarakat dan menyebarkannya di kalangan manusia supaya mendapat sokongan bagi mendapat kuasa pemerintahan.
Membuat perubahan secara berperingkat di dalam bidang ekonomi dan pentadbiran melalui proses memilik negara beberapa yang dianggap menjadi milik kepada masyarakat umum.
Dari http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=67 Banyak kuliah THAH
imakubex wrote:because they’re saying that time is an illusion…
abaikan yg 2, just ape kawan2 rase pasal mase?
Keseluruhan kehidupan kita adalah illusion. Mahluk tidak wujud dalam erti kata sebenar kerana Allah sahaja yang layak mempunyai sifat wujud. Hanya Allah yang wujud pada zat, mahluk hanya wujud pada nama, tidak pada zat. Itu yang hak, tetapi kerana kita berada di alam mahluk, kita merasakan kita yang wujud dan Allah yang tidak, atau wujud tetapi tak tahu di mana? Kalau illusio itu lawannya reality, maka realitynya hanya Allah, mahluk ini illusion, bukan sahaja masa, begitu juga dengan ruang. Kita setuju bahawa segala yag ada di ALam ini (mahluk) terdiri dari atom, yang kalau diunjurkan seterusnya, bahawa seluruh Alam ini (mahluk) adalah berasaskan kepada tenaga atau kuasa kepunyaan zat Allah. Bukan zat Allah itu yang membentuk Alam (ini dah jadi Wahdatul Wujud) tetapi kuasaNya yang dizahirkan ke Alam ini yang membentuk segalanya. Alam ini adalah close thermodynamic system.
“4. Setelah Allah beriradah untuk mencipta Alam, Dia menghadirkan kuasaNya (kudrah) dalam bentuk Tenaga Asli. Dirujuk sebagai singularity, ia bermula dengan Tenaga Potensi (Potential Energy) dimana kepadatannya mencapai infiniti dan belum mengambil ruang dan waktu. Tenaga Asli ini berada di suhu yang sangat tinggi, bukan kerana pergerakkan atom, tetapi kerana mengandungi iradah dan code penciptaan Alam, atau Qodo’ dan Qadar yang akan menentukan segala di Alam ini. Menurut ilmu sains, Alam merupakan satu Sistem Termodinamik(UO1-UO4) tertutup dengan jumlah tenaga yang konstant pada setiap masa. Berlakulah Big Bang dan Tenaga Potensi (di dalam haba atau iradah) bertukar menjadi Tenaga Kinetik, yang membentuk Alam secara berkembang. Daya yang mulanya satu bertukar menjadi empat daya asas sejurus selepas Big Bang. ” – dari http://sharudin.wordpress.com/2008/09/03/s34-thermodynamic-laws/
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=887&pid=70605#post_70605