DARWIN24 Sains kemanusiaan dan sains kebinatangan.

September 22, 2007

Peta

1. “Saya tak terima anak saya dah mati”, ratap seorang bapa yang kematian anak kesayangannya. Walaupun ujian DNA telah dijalankan dia masih enggan menerima hakikat anaknya telah dibunuh kejam oleh sifat kebinatangan seorang manusia. Setelah beberapa jam dipujuk, maka berkat kekuatan sebuah keluarga, si ayah terpaksa akur pendapat ahli keluarganya, menerima keadaan sebenarnya. “Ketidak-percayaan kepada sains DNA bukan pertama kali berlaku” kata seorang pegawai polis, menerangkan keadaan sebenarnya “Truma manusia ketika berada didalam keadaan sedemikian memang selalunya menyulitkan”.

2. Al Fatehah buat arwah si anak. Entah di mana silapnya, sudah pasti ada sesuatu sebab yang menyebabkan pekara tragik begitu berlaku. Anak yang tak bersalah menjadi mangsa kerakusan syaitan berbulu manusia. Kini bapanya pula akan menghadapi tuduhan cuai, bagi menambah lagi kesedihan yang ada di hati. Delima jadinya. Kalau anak tidak diajar berdikari dari kecil bila lagi nak mengajarnya. Mudah bagi yang berwang, mengatakan itu dan ini. Tapi yang tidak berkemampuan, keadaan yang keluarga terpaksa dilalui kadang-kadang, lebih teruk dari kes ini.

3. Manusia dijadikan berevolusi dari segi pemikiran. Telah disentuh terdahulu, perbezaan antara manusia dan mahluk lain (termasuk yang terdekat binatang) adalah akal yang diberikan kepadanya.Dengan struktur asas biologikal yang serupa manusia mewarisi sifat kebinatangan yang sudah pasti dijadikan untuk survival kehidupan, asalnya. Tetapi dengan kurniaan akal, Allah menguji manusia mengawal asas struktur kebinatangan (hawa nafsu) untuk dijinakkan sehingga berpotensi mengatasi sifat kemaalaikatan. Rujuk surah at Tin.

Peta

4. Veterinary science helps safeguard human health through the careful monitoring of livestock, companion animal and wildlife health. Emerging zoonotic diseases around the globe require capabilities in epidemiology and infectious disease control that are particularly well-suited to veterinary science’s “herd health” approach. Wiki. Sains vetenari atau binatang, memaksimakan penelitian terhadap tindak-tanduk binatang, yang sebahagian besarnya Allah sediakan untuk kegunaan manusia, sebagai makanan, kenderaan dan sebagainya.

5. Maka sebagai negara membangun yang menyedari keperluan penyediaan tempatan binatang ternakan, berkembanglah sains vetenari di Malaysia. Pecahlah satu tradisi kebiasaan muslim, dilahirkan dengan (borned with) pandangan jijik terhadap khinzir. Seperti yang tersebar luas di internet baru-baru ini. Allah melarang pengambilan dagingnya antara lain disebabkan keunikkannya. Pigs harbour a unique (when compared to other domestic animals) range of parasites and diseases that can be easily transmitted to humans. These include trichinosis, cysticercosis, and brucellosis. Very commonly, pigs are also known to host large concentrations of parasitic ascarid worms in their digestive tract. – wiki.

6. Human science (also, moral science and human sciences as typical in the UK) is a term applied to the investigation of human life and activities by a rational, systematic and verifiable methodology that acknowledges the validity of both data derived by impartial observation of sensory experience (objective phenomena) and data derived by means of impartial observation of psychological experience (subjective phenomena). It includes but is not necessarily limited to fields of study commonly included within the social sciences and humanities, including history, sociology, anthropology, and economics. Its use of a empirical methodology that encompasses psychological experience contrasts to the purely positivistic approach typical of the natural sciences – wiki.

Peta

7. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah sifat kebinatangan manusia terhasil dari kekurangan atau ketidak-hadiran ilmu pada seseorang manusia itu. Ia wujud bersama manusia. Ramai yang tidak mahu menerima ajen sifat kesyaitanan itu berada di diri kita bersama-sama ajen sifat kemaalikatan. Kita (roh dan akal) yang sepatutnya tidak memilih untuk menyebabkan kehilangan kawalan terhadap keadaan tersebut. Maka benarlah apa yang disampaikan melalui kata-kata “Balik dari perang phisikal yang besar, ada perang yang lebih besar”. Kalau kalah perang yang lebih besar ini, terserlahlah kebinatangan manusia, membuktikan kebenaran teori evolusi, di mana manusia beasal dari sesuatu yang lebih rendah, tetapi asas sifatnya.

8. Ilmu (tahu) yang membezakan antara dua darjat. Dari sains kemanusiaan, penelitian menghasilkan sifat ‘survival of the fittest’ dari awal lagi. Semasa perlumbaan pertama lagi, di mana berjuta sperma (dari ayah) bergaduh, bercakaran, bermacam lain (memanglah semua tak nampak) tidak menghiraukan yang lain (nafsi nafsi, keegoan, kemegahan) hanya untuk satu matlamat, ke garisan penamat, telur (dari ibu). Maka terbentuklah the selfish gene, ajen kejahatan. Roh (ajen kebaikan) hanya tiba 40 hari selepas itu. Yang perlu diketahui juga, tanpa ajen kejahatan itu kehidupan tidak bermula. Itulah halusnya kesenian kehidupan. Natual selection dan Allah selection.

9. Kehendak (mahu) diekploitasi oleh pengunanya. Beli 1 dapat 10, contohnya. Bayar memang untuk sebelas, tetapi diillusinasikan menjadi satu. Tak salah pengguna itu, tapi salah pengguna ini. Ini yang tak tahu bahawa Allah bukan hanya membentuk kebaikan, ditaburnya kejahatan yang berkilau bak permata, dari mata yang tak terlatih. Maka sepatutnya, the selfish gene itu perlu membesar memahami erti kehidupan, erti evolisi agar Merdeka 50 sekurang-kurangnya menjadi Merdeka 500. Khuatir jet merah memecut laju. Sekadar menjentik aja. Ikon senyum.

10. 95:4 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.