DARWIN24 Sains kemanusiaan dan sains kebinatangan.

Peta

1. “Saya tak terima anak saya dah mati”, ratap seorang bapa yang kematian anak kesayangannya. Walaupun ujian DNA telah dijalankan dia masih enggan menerima hakikat anaknya telah dibunuh kejam oleh sifat kebinatangan seorang manusia. Setelah beberapa jam dipujuk, maka berkat kekuatan sebuah keluarga, si ayah terpaksa akur pendapat ahli keluarganya, menerima keadaan sebenarnya. “Ketidak-percayaan kepada sains DNA bukan pertama kali berlaku” kata seorang pegawai polis, menerangkan keadaan sebenarnya “Truma manusia ketika berada didalam keadaan sedemikian memang selalunya menyulitkan”.

2. Al Fatehah buat arwah si anak. Entah di mana silapnya, sudah pasti ada sesuatu sebab yang menyebabkan pekara tragik begitu berlaku. Anak yang tak bersalah menjadi mangsa kerakusan syaitan berbulu manusia. Kini bapanya pula akan menghadapi tuduhan cuai, bagi menambah lagi kesedihan yang ada di hati. Delima jadinya. Kalau anak tidak diajar berdikari dari kecil bila lagi nak mengajarnya. Mudah bagi yang berwang, mengatakan itu dan ini. Tapi yang tidak berkemampuan, keadaan yang keluarga terpaksa dilalui kadang-kadang, lebih teruk dari kes ini.

3. Manusia dijadikan berevolusi dari segi pemikiran. Telah disentuh terdahulu, perbezaan antara manusia dan mahluk lain (termasuk yang terdekat binatang) adalah akal yang diberikan kepadanya.Dengan struktur asas biologikal yang serupa manusia mewarisi sifat kebinatangan yang sudah pasti dijadikan untuk survival kehidupan, asalnya. Tetapi dengan kurniaan akal, Allah menguji manusia mengawal asas struktur kebinatangan (hawa nafsu) untuk dijinakkan sehingga berpotensi mengatasi sifat kemaalaikatan. Rujuk surah at Tin.

Peta

4. Veterinary science helps safeguard human health through the careful monitoring of livestock, companion animal and wildlife health. Emerging zoonotic diseases around the globe require capabilities in epidemiology and infectious disease control that are particularly well-suited to veterinary science’s “herd health” approach. Wiki. Sains vetenari atau binatang, memaksimakan penelitian terhadap tindak-tanduk binatang, yang sebahagian besarnya Allah sediakan untuk kegunaan manusia, sebagai makanan, kenderaan dan sebagainya.

5. Maka sebagai negara membangun yang menyedari keperluan penyediaan tempatan binatang ternakan, berkembanglah sains vetenari di Malaysia. Pecahlah satu tradisi kebiasaan muslim, dilahirkan dengan (borned with) pandangan jijik terhadap khinzir. Seperti yang tersebar luas di internet baru-baru ini. Allah melarang pengambilan dagingnya antara lain disebabkan keunikkannya. Pigs harbour a unique (when compared to other domestic animals) range of parasites and diseases that can be easily transmitted to humans. These include trichinosis, cysticercosis, and brucellosis. Very commonly, pigs are also known to host large concentrations of parasitic ascarid worms in their digestive tract. – wiki.

6. Human science (also, moral science and human sciences as typical in the UK) is a term applied to the investigation of human life and activities by a rational, systematic and verifiable methodology that acknowledges the validity of both data derived by impartial observation of sensory experience (objective phenomena) and data derived by means of impartial observation of psychological experience (subjective phenomena). It includes but is not necessarily limited to fields of study commonly included within the social sciences and humanities, including history, sociology, anthropology, and economics. Its use of a empirical methodology that encompasses psychological experience contrasts to the purely positivistic approach typical of the natural sciences – wiki.

Peta

7. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah sifat kebinatangan manusia terhasil dari kekurangan atau ketidak-hadiran ilmu pada seseorang manusia itu. Ia wujud bersama manusia. Ramai yang tidak mahu menerima ajen sifat kesyaitanan itu berada di diri kita bersama-sama ajen sifat kemaalikatan. Kita (roh dan akal) yang sepatutnya tidak memilih untuk menyebabkan kehilangan kawalan terhadap keadaan tersebut. Maka benarlah apa yang disampaikan melalui kata-kata “Balik dari perang phisikal yang besar, ada perang yang lebih besar”. Kalau kalah perang yang lebih besar ini, terserlahlah kebinatangan manusia, membuktikan kebenaran teori evolusi, di mana manusia beasal dari sesuatu yang lebih rendah, tetapi asas sifatnya.

8. Ilmu (tahu) yang membezakan antara dua darjat. Dari sains kemanusiaan, penelitian menghasilkan sifat ‘survival of the fittest’ dari awal lagi. Semasa perlumbaan pertama lagi, di mana berjuta sperma (dari ayah) bergaduh, bercakaran, bermacam lain (memanglah semua tak nampak) tidak menghiraukan yang lain (nafsi nafsi, keegoan, kemegahan) hanya untuk satu matlamat, ke garisan penamat, telur (dari ibu). Maka terbentuklah the selfish gene, ajen kejahatan. Roh (ajen kebaikan) hanya tiba 40 hari selepas itu. Yang perlu diketahui juga, tanpa ajen kejahatan itu kehidupan tidak bermula. Itulah halusnya kesenian kehidupan. Natual selection dan Allah selection.

9. Kehendak (mahu) diekploitasi oleh pengunanya. Beli 1 dapat 10, contohnya. Bayar memang untuk sebelas, tetapi diillusinasikan menjadi satu. Tak salah pengguna itu, tapi salah pengguna ini. Ini yang tak tahu bahawa Allah bukan hanya membentuk kebaikan, ditaburnya kejahatan yang berkilau bak permata, dari mata yang tak terlatih. Maka sepatutnya, the selfish gene itu perlu membesar memahami erti kehidupan, erti evolisi agar Merdeka 50 sekurang-kurangnya menjadi Merdeka 500. Khuatir jet merah memecut laju. Sekadar menjentik aja. Ikon senyum.

10. 95:4 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Allahu ‘alam

36 Responses to DARWIN24 Sains kemanusiaan dan sains kebinatangan.

  1. sharudin berkata:

    Salah satu daripada soalannya adalah € ‘³jika anda melihat seekor anjing
    yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda€ ‘´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan € ‘³Tidak, kerana saya seorang Islam€ ‘´. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
    terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
    http://saifulislam.com/?p=824

  2. sharudin berkata:

    Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?

    Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.

    “Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?” (Al-Jaatsiyyah : 23)

    http://saifulislam.com/?p=862#comment-5219

  3. sharudin berkata:

    Jika dilihat daripada sudut psikologi, individu secara seksualnya cenderung dan menyimpang dari norma-norma dalam hubungan seksual mengalami suatu keadaan tekanan jiwa yang disebut sebagai Parafilia.
    http://bobex.wordpress.com/2007/09/21/parafilia-penyebab-kematian-nurin/

  4. sharudin berkata:

    Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).
    http://sillaturahim.wordpress.com/2007/09/22/bagaimana-maksimumkan-bonus-bulan-ramadhan/

  5. sharudin berkata:

    “Tidak ada ibu bapa yang mahu cuai dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya apatah lagi membiarkan anaknya dibunuh kejam. Jangan sekali-kali cuba ‘discredit’ atau merendahkan peranan ibu bapa ini,” katanya.
    http://syukran.wordpress.com/2007/09/23/musa-hassan-tidak-beradab-cuba-tuduh-ibu-bapa-nurin-cuai/

  6. shar berkata:

    Kita hidup…jangan macam katak di bawah tempurung.
    Kita hidup…jangan macam pungguk rindukan bulan.
    Kita hidup…jangan macam anjing dgn bayang2.
    Kita hidup…jangan macam kera kena belacan.
    Kita hidup…jangan macam anjing dgn kucing.
    Kita hidup…jangan macam kerbau dicucuk hidung.
    Kita hidup…jangan macam kupu-kupu malam.
    Kita hidup…jangan macam musang berbulu ayam.
    Kita hidup…jangan macam anjing menyalak bukit.
    Kita hidup…jangan macam anjing menjilat tahi.
    http://darirusukkiri.wordpress.com/2007/09/09/9-kalau-hidup-jangan-macam-haiwan/

  7. shar berkata:

    Ciri-ciri Penting Perancangan Dakwah

    Syumuliyah (sumul)
    Waqaieyyah (realistik)
    Jamaiyah (kumpulan)
    Basyariyah (manusia)
    Aqa’idiyah (akidah)
    Tarbawiyah
    Murunah (anjal)
    Harakiyah http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2007/07/30/takhtit-perancangan-islami/

  8. shar berkata:

    Pencemaran juga berlaku di Melaka, di mana terdapat kira-kira 172,950 ternakan babi berada disepanjang sungai. Ternakan babi menghasilkan 0.44 kilogram sisa kering dan 20 liter air sisa sehari. Jadi, berapakah jumlahnya jika terdapar 172,950 ekur babi?
    http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/06/air-anugerah-allah-yang-dicemar.html

  9. Perswis berkata:

    Assalamu’alaikum wbt

    Peta 7 & 8.

    Saya berpendapat bahawa sungguhpun sperma bersikap selfish, namun ia bukanlah semestinya ‘agen kejahatan’. Sperma dan ovum mempunyai program mereka sendiri, dan sperma perlu bersikap selfish untuk mencapai tujuannya.

    Agen jahat dan baik bukan terletak pada hardware (jasad), namun pada software (roh). Jasad hanya melaksanakan perintah roh dengan izin Allah. Saya berpendapat potensi jahat dan baik diletakkan di dalam roh dimana ia akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang diputuskannya.

    Dari segi ini, memberikan saya satu kefahaman bahawa teori evolusi itu tidak definitif cara Allah menjadikan makhluk. Btw, saya baru membaca dari input ini, sangat besar kemungkinannya kesimpulan saya mentah.

    Wassalam

  10. shar berkata:

    Salam Perswis

    Satu pandangan yang cantik. Memang roh (sw) yang menjadi penentu segala, sehinggalah saya berani mengkategorikan iradah Allah itu merupakan Super Programm (sw) Allah yang tiada bug dan merangkumi semua aspek kehidupan mahluk.

    Teori Evolusi adalah bacaan yang dibuat Darwin berdasarkan Kitab Alam (pengarangnya ialah Allah) bagi mentarbiahkan manusia.

    TK

  11. Perswis berkata:

    Dari segi superprogram tu saya sependapat dengan saudara. Mungkin ada sedikit perbezaan disana sini.

    Saya bukan pelajar biologi yang memahami teori evolusi apatahlagi sehingga ke akar umbinya. Paling tinggi pun adalah dengan menonton Discovery channel dan membaca karya-karya Harun Yahya.

    Btw, saya masih belum membaca banyak post saudara. I should do that first sebelum komen2 seterusnya.

    Wassalam.

  12. shar berkata:

    Penekanan saya ialah sains sebagai ilmu sokongan kepada Kitab Al Quran untuk mengenal Allah. Sains dan agama tidak pernah bertentangan. Saya sebenarnya tidak setuju dengan Harun Yahaya (tak semua lah … maaf). Ilmu sains adalah ilmu yang mengkaji hukum Alam dan atau semulajadi (nature). Saya ucapkan terima kasih kerana minat saudara berhubung evolusi dan memang sedia bertukar pendapat berhubungnya. Kita mulakan dengan bahawa menurut Al Quran ‘manusia dijadikan dari tanah’ yang sepatutnya dibaca sebagai ‘manusia dijadikan dari (unsur-unsur) tanah’

  13. Perswis berkata:

    ‘manusia dijadikan dari (unsur-unsur) tanah’

    Saya boleh terima pendapat ini, dengan sedikit mod;

    ‘(Jasad) manusia dijadikan dari (unsur-unsur) tanah’

    Apapun, sebelum kita pergi jauh, boleh ke tidak ayat Qur’an yang berkaitan di tafsir dengan pemahaman saudara dan saya?

    Setakat kefahaman saya, manusia terdiri dari jasad dan roh. Jasad boleh kita fahami dengan sains, namun roh amat terhad sekali pengetahuan kita sesuai dengan terjemahan ayat AQ yg saya tidak ingat surahnya; “mereka bertanya tentang roh, katakanlah, kamu tidak diberitahu kecuali sedikit” (au qama qal).

    So, perbincangan kita mungkin terhad pada jasad oleh kerana roh is almost out of reach. Atas sebab ini saya memahami bahawa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut adalah (jasad) manusia. Apapun, betulkan jika saya salah.

    Allahu’alam

  14. shar berkata:

    Satu permulaan yang bagus kerana penambahan ‘(jasad)’ dan saya pasti ayat yang kita rujuk itulah yang memberikan kefaham sedemekian. Termasuk juga beberapa ayat lain yang berkaitan dengannya, kerana kejadian manusia disebutkan dengan 7 bentuk berbeza seperti air, tanah, tanah hitam dsb.

    Jasad, jiwa dan roh banyak telah saya sentuh di dalam artikel. Bagi memulakan kefahaman konsep pembentukan mahluk rujuk Bhg 6 “Fi sittah ayyam”. Begitu juga saya coretkan tentang jangan fikir tentang zat Allah, tetapi fikir tentang kesan dari carakerjaNya atau SunnahNya. Segala kejadian yang berlakuan di alam adalah tanda kekuasaanNya atau kesan kerjaNya. Hanya Allah yang wujud secara hak, mahluk wujud hanya pada nama.

    Bagi jawapan kepada roh, cuba fikirkan adakah kita boleh menyentuh software yang Bill Gates buat bernama Windows? sebagai permulaan!

  15. shar berkata:

    269. يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
    Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

  16. Perswis berkata:

    “adakah kita boleh menyentuh software yang Bill Gates buat bernama Windows?”

    Kita tidak boleh menyentuhnya, hanya boleh mengubahsuai coding yang terdapat di dalam sofware tersebut.

  17. shar berkata:

    Perbincangan kita akan jadi lebih abstract dan saya harap kita cuba sedaya upya memahaminya untu kebaikan bersama.

    Dalam DARWIN35 saya kemukakan konsep E=A+B+C+D yang cuba memeparkan bahawa bagi membuat roti canai, C (cara) dan D (daya) tidak dihidangkan bersama roti canai, iaitu bagi setiap benda yang ada kurdah dan iradah Allah berada di zatNya tidak berada sama dengan benda yang dibentukNya.

    Bayangkan software (bukan Window) yang tak perlu kemaskini, yang maha sempurna kepunyaan Allah. Ia merakam segala iradah atau kehendak Allah.

    Sekarang cuba parallel thinkingkan B (bahan) yang membentuk metter di Alamm adakah ia wujud?

  18. Perswis berkata:

    (Dalam DARWIN35 saya kemukakan konsep E=A+B+C+D yang cuba memeparkan bahawa bagi membuat roti canai, C (cara) dan D (daya) tidak dihidangkan bersama roti canai, iaitu bagi setiap benda yang ada kurdah dan iradah Allah berada di zatNya tidak berada sama dengan benda yang dibentukNya.)

    “… setiap benda yang ada kudrah dan iradah Allah berada di Zat-Nya tidak berada sama dengan benda yang dibentukNya”
    Saya tidak berapa faham potongan ini.

    Adakah bermaksud setiap benda wujud adalah kerana Kudrah dan Iradah Allah, namun benda yang wujud itu bukanlah Zat-Nya?

  19. shar berkata:

    Tulisan saya menglirukan, jangan khuatir.

    “… setiap benda (mahluk) yang ada (sebenarnya hanya pada nama), kudrah dan iradah Allah berada di Zat-Nya, tidak berada sama dengan benda (mahluk) yang dibentukNya”

    Cuba yang ini, mungkin baik sikit … tetapi lihat juga S03 Agama dan Tuhan. http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/S03/

    Roti canai yang terhidang, tidak terhidang dengan element A, C dan D, yang mana ianya diperlukan semasa mebuat roti canai, tetapi tidak dapat dihadirkan atau dihidangkan bersama roti canai. Apa yang hendak dipaparkan, bagi setiap mahluk yang ada di Alam ini, jauh lebih banyak pekara-pekara tersembunyi yang diperlukan, untuk mengadakannya, yang selalu tidak kita sedari.

    Nak jawap soalan akhir itu, intersting juga, tetapi belum masak lagi kefahaman antara kita. Jawapan ya/tidaknya tidak sepenting dari sudut mana kita melihat! Adakah mahluk wujud?

  20. Perswis berkata:

    Rasanya jadi semakin banyak benda yang perlu saya tanyakan.

    Pada saya berbudaya adalah lanjutan dari beragama.

    Disamping itu, bagi saya makhluk itu wujud. Agak keterlaluan jika dikatakan bahawa agama yang dianuti seseorang itu tidak bermakna jika kita tidak dapat menjangkaui atau memahami konsep: ‘Tiada yang wujud dengan zat melainkan Allah’.

    Sungguhpun kain adalah dari kapas dan kapas adalah dari cantuman bahan-bahan kimia asas dari alam – mereka semua adalah zat. Pada tahap atom mereka dipanggil atom, kemudian benang, kemudian kain.

    Cuma sahaja zat makhluk adalah ciptaanNya dari tiada.

  21. sharudin berkata:

    Suatu masa dahulu saya berpuas hati dengan jawapan sedia ada di kalangan ilmuan, sehinggalah berumur 40 di mana pencarian bermula. Dan apabila saya mengenali Saifulislam.com saya sesuai dengan pendekatannya. Blog ini sendiri lahir dari dorongan Ustaz Hasrizal. terima kasih Ustaz.

    Sekara ini sejajar dengan visi Sifulislam, menulis bukan unutk memberitahu … tapi sebagai proses pencarian dalam kembara mencari Tuhan. Maka banyak yang harus difikirkan. Termasuk yang ditanyakan. Tidak bertanya bukan bermakna telah menjumpai sesuatu. Dan bertanya bukan kerana belum pasti dengan sesuatu. Blueprintnya jelas, hanya belum berjumpa.

  22. Perswis berkata:

    Saya tak nafikan pengalaman saudara. Saya berpandangan semua kita mempunyai jalan yang kita tempuhi dan sampai kepada beberapa kesimpulan semasa.

    Apapun, sekuat dan sebaik mana pun kesimpulan semasa yang dialami, kita masih terikat dengan nas dan tiada yang lebih memahami tuntutan keseluruhan nas selain generasi terawal.

    Oleh itu, saya berpandangan bahawa “Agak keterlaluan jika dikatakan bahawa agama yang dianuti seseorang itu tidak bermakna jika kita tidak dapat menjangkaui atau memahami konsep: ‘Tiada yang wujud dengan zat melainkan Allah’.”

    Kerana saya berpandangan bhw Islam sesuai kepada semua golongan, dari yang paling cerdik kepada paling kurang cerdik. Semua Iman mereka yang ikhlas dan betul InsyaAllah diterima oleh Allah.

    Dalam masa yang sama, saya tidak menolak apa yang saya rasakan benar dari saudara.

  23. sharudin berkata:

    Terima kasih peringatan dan saya kira bagi setiap insan (yang cerdik atau kurang) akan dipertanggung-jawabkan ke atasnya apa yang telah diberikan. Maka di atas dasar itu, saya terpaksa (walaupun tidak gemar) memaksimakan penggunaan akal unutk menjangkau persoalan-persoalan yang saya kira sangat memberikan maknya kepada kehidupan. Tidak dinafikan kita semua membaca nas-nas yang sama. Terima kasih kerana mengunjung dan teruskan dengan memberi pandangan sekiranya sudi. Saya pasti atika perbahasan dapat dipatuhi. Selamat mengembara mencari Tuhan.

  24. Perswis berkata:

    Terima kasih kerana melayan saya … hehe

  25. shar berkata:

    Saya tak bermaksud membuka pintu kerana ia tak pernah tutup. Tapi di pintu pun boleh juga. he he. Adat Melayu. Saya belum rasa, apa yang akhi rasakan benar! Dan yang berZat tu belum dijamah!

  26. Perswis berkata:

    Antara yang saya rasa benar;

    - Sunnatullah (ikut Akhi Shar “carakerja Allah”) itu observable. Disiplin memahami sunnatullah dikenali sebagai sains.
    - Pemikiran manusia berevolusi

  27. shar berkata:

    1. Setuju tak, kalau saya katakan yang ilmu sains itu terpaksa diolah sehingga bentuknya sekarang (mengikut pandangan umum), yang memerlukan displin, yang tidak boleh dikaitkan dengan kepercayaan orng yang mengkajinya. Ini hanya untuk memastikan displin ilmu itu tidak tercemar dengan anggapan, pandangan dan kajian, yang tidak berasas sesuatu yang boleh dibuktikan, serta boleh diulang-laku oleh sesiapa pun walau di mana pengkaji berada?

    2. Sebelum Allah mengurniakan nama-nama (menurut Al Quran) sebagai tanda berilmu dan mula berakal, manusia tak mempunyai akal dan tidak dipertanggung-jawabkan ke atasnya apa yang dia lakukan?

  28. Perswis berkata:

    1) Setuju mengikut apa yang didefinisikan. Dalam masa yang sama saya juga mengistilah sains sebagai feqh – bukan ‘feqh’ dari sudut istilah, tapi dari segi bahasa.

    2) Tidak begitu. Saya berpendapat bahawa ‘Aql telah sedia ada dalam diri manusia, cuma sahaja tanpa nama-nama manusia itu tidak berilmu. Manusia tidak dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka tidak tahu (tiada ‘Ilmu) i.e – tidak sampai pengetahuan ttg Ad-Din kepada mereka.

    Dalam masa yang sama, manusia yang gila diistilahkan sebagai tidak ber’aql dan terlepas dari hukuman. Bagi saya ia tidak bermaksud manusia itu sudah hilang potensi ‘Aql dalam diri, cuma sahaja mereka tidak dapat menggunakan potensi ‘Aql mereka.

    Hal ini dapat dilihat dari orang yang mabuk – mereka masih mempunyai potensi ‘Aql, cuma sahaja tidak dapat menggunakannya semasa mabuk.

  29. shar berkata:

    1. Saya kurang faham “mengistilah sains sebagai feqh”. Tetapi kedua-dua berkaitan dengan hukum atau peraturan. Feqh atalah lanjutan dari Syariat Allah sementara sains adalah lanjutan dari Sunnah Allah. Satu hukum garisan (kesan tak serta merta) dan Sunnah Allah sebagai hukum halangan (kesan atau akibat sertamerta).

    2. Manusai di dunia berkembang dari setitik mani sehingga berpisah roh dan jasad, dan ada 7 tahap kehidupan. Ketika sebelum mumayiz, kita rujuk manusia itu sebagai kanak-kanak dan bila dah balig bolehlah masuk kategori remaja, lebihkurang. Kanak-kanak belum mumayiz belum lagi sempurna akalnya (belum berakal) sehinggakan mereka ke syurga sekiranya meninggal. Adakah remaja ada sebelum berakal?

  30. Perswis berkata:

    1. Feqh dari segi bahasa yang saya faham setakat ini(i) adalah pengetahuan yang mendalam tentang suatu perkara. Jadi memahami alam, selain dari boleh dikategorikan sebagai sains – bagi saya boleh juga dikategorikan sbg feqh. Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara, kesimpulan yang dibuat besar kemungkinannya tidak mendekati kebenaran.

    2. Dan apabila telah sempurna kejadian (jasad) maka dimasukkan Ruh kepadanya. Allah juga mengambil kesaksian dari ruh sebelum memasuki jasad. Dari sini saya memahami bahawa ruh itu sudah sempurna sejak awal (termasuk komponen akal, nafsu dan lainnya) – sebelum dimasukkan ke dalam jasad ia sudah kenal akan Tuhannya.

    Bila ia bayi dan kanak-kanak – diistilahkan belum berakal dan belum sempurna akalnya kerana (imo) – ia belum menerima stimulasi yang cukup untuk potensi otak dan akalnya berfungsi. Tidak bolehnya bayi dan kanak-kanak menggunakan akalnya tidak bermaksud ia tiada, cuma ia latent menunggu maklumat untuk membentuknya menjadi apa.

    (i)http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2005.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=804

  31. shar berkata:

    1. Saya jangka perbezaan kita nanti berkisar kepada penafsiran nas yang sama, seperti yang banyak saya tekannkan di dalam penulisan saya, dan saya rasa Akhi telah membacanya. Tidak dapat dipertikai “Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara, kesimpulan yang dibuat besar kemungkinannya tidak mendekati kebenaran.” Masaalahnya cuma Al Quran dan Sunnah Nabi saw tidak banyak memperinci ayat-ayat Alam Allah (Sunnah Allah).

    2. Apabila Akhi sebutkan “untuk potensi otak dan akalnya berfungsi” menjelaskan belum berfungsi, tetapi dah ada. Setuju. Maka itulah perbezaan kanak-kanak dan remaja (sempadannya mumayiz). Kedua-dua zaman kanak-kanak dan remaja adalah subset zaman manusia, sebagaimana bayi dan dewasa juga adalah subset manusia, tetapi jelas fungsi akal dan seterusnya tanggungjawab terpikul hanya selepas mumayiz atau apa yang kita rujuk sebagai remaja ke atas.
    http://www.islamtoday.com/showme_weekly_2005.cfm?cat_id=30&sub_cat_id=804

  32. shar berkata:

    3. Jutaan terima kasih untuk link. Selepas dibuka yang menarik ialah “Understanding of something is to know it as it truly is. In Arabic, the word for this is fahm. There is another word in Arabic for understanding, more precise in its meaning. This word is fiqh. This is the word that is used in Islamic terminology for “Islamic Law””. Islamic Law atau Peraturan/Hukum Islam (Syariat Allah) yang saya jangkakan, untuk dibandingkan dengan Peraturan/Hukum Alam (Sunnah Allah).

    4. Syariat Allah adalah sebahagian besar dari kandungan Al Quran, terutamanya ayat-ayat Mahkamat. Syariat Allah berubah dari Nabi Adam ra, sehinggalah diakhirnya dimuktamadkan oleh Nabi Muhammad saw. Tiada perubahan dasar perundangan Islam selepas itu berhubung masaalah pokok. Masalah cabang terus berkembang, sesuai perkembangan pemikiran manusia. Kalau berkenderaan diharuskan, zaman nabi dengan kuda dsb, tetapi sekarang dengan kereta dsb.

  33. Perswis berkata:

    1. Tidak saya nafikan bahawa nas qath’ie tidak memperincikan alam – kerana saya berpendapat itu bukan tujuan utama nas diturunkan, dan manusia sendiri dianugerahkan fakulti untuk memahami dan memperincikannya. Cuma sahaja di dalam memperincikannya kita harus berjaga-jaga terhadap nas jangan sehingga melanggarnya atau mempergunakan nas ke atas sesuatu yang tidak dimaksudkan oleh nas tersebut.

  34. sharudin berkata:

    1. Ayat-ayat Al Quran terbatas kepada 6236 ayat, sedangkan ayat-ayat Alam (tanda-tanda kekuasaan Allah) tidak terkira bnyaknya tersembunyi di Alam. Allah mentarbiahkan manusia dengan AlamNya (‘allamal bil Qalam). Malangnya tarbiah tersebut tidak mudah dan memerlukan manusia mengkaji dengan teliti setiap kejadian Alam. Ilmu nilah yang dinamakan sains dan yang dikali adalah carakerja Allah (sunnah Allah). Kita sediamaklum kemajuan sains pernah menjadi milik Muslim, dekatakan bermula dengan orang yang digelar ‘Muktizilah’ pada awalnya.

    2. Kejayaan ‘Muslim’ yang memerangi keterbukaan minda yang telah menjayakan sains Islam, berjaya dilakukan dan hasilnya ialah kemunduran Muslim di bidang sains dan tenologi, yang kemudiannya tertindas dan miskin di dalam tamadun. Isu inilah yang perlu ditangani, iaitu mengembalikan keterbukaan minda Muslim mengkaji Sunnah Allah (sains) dan tidak semata-mata menghabiskan masa berbalah pekara-pekara furuk tentang Syariat. Sunnah tidak pernah dan tidak akan berubah kerana satunya Allah, tetapi Syariat Allah yang satu itu diterjemah oleh ramai ‘Muslim’ mengikut selera sendiri, sehinggakan timbul pelbagai manhaj, jamaah, mazhab dan sebagainya.

    3. Saya banyak memberikan komen di Saifulislam berhubung Sunnah Allah ini. Di mana kepentingan Sunnah Allah perlu disetarakan dengan Syariat Allah, tetapi hasil yang boleh dilihat sekarang ini, Muslim tertindas, miskin dan tidak mampu melawan musuh kerana kealpaan menjadikan sains dan Sunnah Allah satu pegangan penting dalam kehidupan. Selagi tidak ada kesedaran tentang fakta pentingnya sains dalam kehidupan, Muslim akan terus bersemangat unutk bersorak, tetapi sentiasa tergadai maruah dan tempat di dunia.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.