1. Pensyarah phisik berbueh dihadapan bilik kulih menerangkan ‘Teory of Everything, TOE’ kepada sisawa-siswi harapan bangsa. Malangnya masih ada yang sempat melayai lamunan pengalaman orang muda melalui liku-liku hidup bercinta. Kalau sewaktu membuat tesis nanti tak perlu blind cut and paste, tak apa. Ini semaca menjadi trend, yang belajar agama menghafal nas (tahfiz) dan yang belajar sains menghafal teori (tahfiz juga). Maka lahirlah warganegara kelas kedua dunia. Pengguna bukan penemu.
2. “Apa kena mengena teori Darwin dengan iman?” celah seorang siswa yang mintnya lebih kepada usrah dan dakwah, sambil bejalan pulang ke dorm tempat tinggal mereka. Berpuluh juta kerajaan belanja untuk siswa-siswi, dalam dan luar negeri, macam tak ada return on investment yang kukuh berlaku. Masing-masing tetap dengan haluan sendiri. Kebanyakan mukmin kemasjid, sementara saintis ke makmal, selain dari berkongsi ruang di KFC dan McDonal (tak semualah).
3. TOE adalah teori yang bakal (tak pasti seperti tak pastinya seorang muslim masuk ke syurga) mengabungkan teori-teori lain untuk dijadikan panduan mencari kesatuan asal kesemua hukum-hukum sains yang telah ditemui setakad ini. Sebenarnya Al Quran telah mengatakan seperti biasa 1400 tahun dahulu, bahawa TOE itu benar bukan bakal. Tetapi oleh kerana sub-kontroktor yang menjalankan kajian belum dapat menulis dengan jelas mathematiknya, maka jadilah ia sesuatu yang kategori bakal. Seperti penemuan sains yang lain, bila dah dijelaskan oleh sainstis melalui teori-teori dan hukum-hukum phisik, barulah muslim beri mengeluarkan kenyataan ianya ada di dalam al Kitab. (bukan Al Quran ke?)
4. Dari penulisan lepas, Hard Alam (hardware) ialah segala bahan material yang bolah di rasa, pegang dan sebagainnya, yang melahirkan konsep materialistik. Soft Alam pula analogi kepada kepada software, alam yang bersamaan dengan roh, minda, akal. Kita diingatkan oleh Al Quran “Katakanlah bahawa roh itu urusan Aku”. Yang paling hampir menceritakan tentang Soft Alam dalam agama ialah Qodo’ dan Qadar, yang merupakan Superprogram Allah yang menentukan segala-gala yang berlaku di alam ini. Perlu diingat alam adalah meliputi semua mahluk Allah.
5. Firm Alam, sebagai perantara (jiwa dalam Roh, jiwa, jasad) merupakan tenaga-energy, daya-foce dan kuasa-power (gandingan Melayu Inggerisnya). Seperti talah disentuh lepas, Allah yang Maha Kuasa (Qudrah) merujuk kepada tenaga yang dipunyai Allah itu tidak terukur jumlahnya, yang dalam mathematik di panggil infiniti (di tulis 8 berbaring). Penyaluran tenaga yang infiniti ini perlu dilaksanakan dengan kawalan yang sempurna, sekiranya tidak ia tidak akan bermakna. Maka penyaluran tenaga ini, yang sainsnya dipanggil kuasa (the rate of release of Energy) itulah yang menjadi Firm Alam, iaitu penterjemahan tenaga Allah dengan kadar yang tertentu mengikut hukum-hukumNya (QQ).
6. Firm Alam sebagai tenaga tidak dapat dilihat entitinya, tidak seperti material (jisim, jirim) tetapi kesannya dapat diukur dan dirasai. Selalunya tenaga berkaitan dengan material, matters, sebagaimana sifat tidak dapat berdiri dengan sendirinya kerana ia memerlukan sesuatu (zat atau perbuatan). Bagaimanapun sains, melalui Eienstien, adalah yang paling hampir menghubungkait keduanya, iaitu e=mc^2 (dimana e = energy (tenaga), m = mass (jirim, material, dan c = kelajuan pergerakan cahaya, ^2 ialah kuasa dua atau c x c).
7. Di dalam TOE, terdapat 4 daya utama. Setiap daya telah dihuraikan oleh sains dengan penemuan-penemuan yang telah dibuat saintist. Senarainya ialah,
a. Daya graviti, yang menghuraikan daya tarikan dua objek.
b. Daya electro-neuclear, yang menghurai keberadaan nucleas (Bhg 6 Per 5)
c. Daya electro-weak, yang menghurai tindak-tanduk radioaktif
d. Daya electro-magnatik, yang menghurai emf (termasuk cahaya yang membentuk malaikat, banyak kali disentuh sebelum ini.)
8. Bukan tujuan di sini untuk menghurai dengan panjang lebar tentang daya-daya tersebut, kerana terlalu banyak lapuran-lapuran (buku-buku sains) dari sub-controktor (saintis) kita yang telah mengkajinya. Apa yang perlu kita ingat selalu ialah, setiap hukum-hukum sains yang ditemui oleh sainstis tidaklah perlu kita memaksa mereka untuk menghubungkaitkan dengan Allah. Perlaksanaan carakerja Allah mengikut QQ, superprogramNya, merupakan hukum halangan (Bhg 16) yang tidak memerlukan seseorang itu percaya kepada Tuhannya atau tidak. Tiada guna kita bertegang urat memerahi mereka (sainstis) lupa memberikan kredit kepada Allah di dalam penulisan penemuan mereka. Lagi pun muslim tak mampu nak melakukannya sendiri. Muslim hanya mampu berkata ‘kan Al Quran dah kata dulu’ bila sainstist dah jumpa, kan?
9. Apa yang diharapkan ialah kefahaman muslim, bahawa saintist mengkaji carakerja Halik dan menjadi titik tolak kita memahami bagaimana sains berjalan kearah kesatuan (convergent), iaitu Penciptanya, Allah. TOE menjadi asas kepada penyatuan tersebut. Walaupun sekali-sekala terdapat penemuan dan kesimpulan yang salah, tetapi itulah kehidupan, satu evolusi. Tanpa disedari orang yang tidak mahu menyebut Allah itu adalah orang yang percaya kepada teori Darwin, TOE dan bermacam teori lain yang ada. Kesemuanya membuktikan keesaan Allah sementara oeang yang percayakan Allah tidak mahu memahami teori tersebut. Sungguh malang. Sebillion kali malang.
10. 33:19 Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Allahu ‘alam.
Dikirim oleh Pak Din 31