DARWIN25 Sains mencari kesatuan

Peta

1. Pensyarah phisik berbueh dihadapan bilik kulih menerangkan ‘Teory of Everything, TOE’ kepada sisawa-siswi harapan bangsa. Malangnya masih ada yang sempat melayai lamunan pengalaman orang muda melalui liku-liku hidup bercinta. Kalau sewaktu membuat tesis nanti tak perlu blind cut and paste, tak apa. Ini semaca menjadi trend, yang belajar agama menghafal nas (tahfiz) dan yang belajar sains menghafal teori (tahfiz juga). Maka lahirlah warganegara kelas kedua dunia. Pengguna bukan penemu.

2. “Apa kena mengena teori Darwin dengan iman?” celah seorang siswa yang mintnya lebih kepada usrah dan dakwah, sambil bejalan pulang ke dorm tempat tinggal mereka. Berpuluh juta kerajaan belanja untuk siswa-siswi, dalam dan luar negeri, macam tak ada return on investment yang kukuh berlaku. Masing-masing tetap dengan haluan sendiri. Kebanyakan mukmin kemasjid, sementara saintis ke makmal, selain dari berkongsi ruang di KFC dan McDonal (tak semualah).

3. TOE adalah teori yang bakal (tak pasti seperti tak pastinya seorang muslim masuk ke syurga) mengabungkan teori-teori lain untuk dijadikan panduan mencari kesatuan asal kesemua hukum-hukum sains yang telah ditemui setakad ini. Sebenarnya Al Quran telah mengatakan seperti biasa 1400 tahun dahulu, bahawa TOE itu benar bukan bakal. Tetapi oleh kerana sub-kontroktor yang menjalankan kajian belum dapat menulis dengan jelas mathematiknya, maka jadilah ia sesuatu yang kategori bakal. Seperti penemuan sains yang lain, bila dah dijelaskan oleh sainstis melalui teori-teori dan hukum-hukum phisik, barulah muslim beri mengeluarkan kenyataan ianya ada di dalam al Kitab. (bukan Al Quran ke?)

Peta

4. Dari penulisan lepas, Hard Alam (hardware) ialah segala bahan material yang bolah di rasa, pegang dan sebagainnya, yang melahirkan konsep materialistik. Soft Alam pula analogi kepada kepada software, alam yang bersamaan dengan roh, minda, akal. Kita diingatkan oleh Al Quran “Katakanlah bahawa roh itu urusan Aku”. Yang paling hampir menceritakan tentang Soft Alam dalam agama ialah Qodo’ dan Qadar, yang merupakan Superprogram Allah yang menentukan segala-gala yang berlaku di alam ini. Perlu diingat alam adalah meliputi semua mahluk Allah.

5. Firm Alam, sebagai perantara (jiwa dalam Roh, jiwa, jasad) merupakan tenaga-energy, daya-foce dan kuasa-power (gandingan Melayu Inggerisnya). Seperti talah disentuh lepas, Allah yang Maha Kuasa (Qudrah) merujuk kepada tenaga yang dipunyai Allah itu tidak terukur jumlahnya, yang dalam mathematik di panggil infiniti (di tulis 8 berbaring). Penyaluran tenaga yang infiniti ini perlu dilaksanakan dengan kawalan yang sempurna, sekiranya tidak ia tidak akan bermakna. Maka penyaluran tenaga ini, yang sainsnya dipanggil kuasa (the rate of release of Energy) itulah yang menjadi Firm Alam, iaitu penterjemahan tenaga Allah dengan kadar yang tertentu mengikut hukum-hukumNya (QQ).

6. Firm Alam sebagai tenaga tidak dapat dilihat entitinya, tidak seperti material (jisim, jirim) tetapi kesannya dapat diukur dan dirasai. Selalunya tenaga berkaitan dengan material, matters, sebagaimana sifat tidak dapat berdiri dengan sendirinya kerana ia memerlukan sesuatu (zat atau perbuatan). Bagaimanapun sains, melalui Eienstien, adalah yang paling hampir menghubungkait keduanya, iaitu e=mc^2 (dimana e = energy (tenaga), m = mass (jirim, material, dan c = kelajuan pergerakan cahaya, ^2 ialah kuasa dua atau c x c).

Peta

7. Di dalam TOE, terdapat 4 daya utama. Setiap daya telah dihuraikan oleh sains dengan penemuan-penemuan yang telah dibuat saintist. Senarainya ialah,
a. Daya graviti, yang menghuraikan daya tarikan dua objek.
b. Daya electro-neuclear, yang menghurai keberadaan nucleas (Bhg 6 Per 5)
c. Daya electro-weak, yang menghurai tindak-tanduk radioaktif
d. Daya electro-magnatik, yang menghurai emf (termasuk cahaya yang membentuk malaikat, banyak kali disentuh sebelum ini.)

8. Bukan tujuan di sini untuk menghurai dengan panjang lebar tentang daya-daya tersebut, kerana terlalu banyak lapuran-lapuran (buku-buku sains) dari sub-controktor (saintis) kita yang telah mengkajinya. Apa yang perlu kita ingat selalu ialah, setiap hukum-hukum sains yang ditemui oleh sainstis tidaklah perlu kita memaksa mereka untuk menghubungkaitkan dengan Allah. Perlaksanaan carakerja Allah mengikut QQ, superprogramNya, merupakan hukum halangan (Bhg 16) yang tidak memerlukan seseorang itu percaya kepada Tuhannya atau tidak. Tiada guna kita bertegang urat memerahi mereka (sainstis) lupa memberikan kredit kepada Allah di dalam penulisan penemuan mereka. Lagi pun muslim tak mampu nak melakukannya sendiri. Muslim hanya mampu berkata ‘kan Al Quran dah kata dulu’ bila sainstist dah jumpa, kan?

9. Apa yang diharapkan ialah kefahaman muslim, bahawa saintist mengkaji carakerja Halik dan menjadi titik tolak kita memahami bagaimana sains berjalan kearah kesatuan (convergent), iaitu Penciptanya, Allah. TOE menjadi asas kepada penyatuan tersebut. Walaupun sekali-sekala terdapat penemuan dan kesimpulan yang salah, tetapi itulah kehidupan, satu evolusi. Tanpa disedari orang yang tidak mahu menyebut Allah itu adalah orang yang percaya kepada teori Darwin, TOE dan bermacam teori lain yang ada. Kesemuanya membuktikan keesaan Allah sementara oeang yang percayakan Allah tidak mahu memahami teori tersebut. Sungguh malang. Sebillion kali malang.

10. 33:19 Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Allahu ‘alam.

11 Responses to DARWIN25 Sains mencari kesatuan

  1. shar berkata:

    A theory of everything (ToE) is a hypothetical theory of theoretical physics that fully explains and links together all known physical phenomena. Initially, the term was used with an ironic connotation to refer to various overgeneralized theories. For example, a great-grandfather of Ijon Tichy — a character from a cycle of Stanisław Lem’s science fiction stories of 1960s — was known to work on the “General Theory of Everything” (Polish: “Ogólna Teoria Wszystkiego”). Over time, the term stuck in popularizations of quantum physics to describe a theory that would unify or explain through a single model the theories of all fundamental interactions of nature.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Theory_of_Everything

  2. Adros berkata:

    Salam Bro,
    Per 2-Boleh di per-detail-kan lagi ‘kaitannya Teori Darwin terhadap IMAN?’

  3. Adros berkata:

    Agak keluar tajuk: cerita pasal McD, KFC dan yang (sewaktu dgnnya). Sewaktu saya di Saudi dulu pekerja2 fast food restoran spt ini adalah lelaki semuanya, i.e. dari Bangla, India, Paki, Indon & Pinoy. So tak kisah lah kalau peruntukan pakaiannya menampakkan sebahagian besar lengan? Di-M’sia, restoran2 ini rata-rata pekerjanya adalah lelaki & wanita melayu (sudah tentu islam). Tapi peruntukan pakaian nya sama? So, pekerja wanitanya akan sentiasa ‘mendedah aurat’ sepanjang masanya ‘di office’! Ditambah pula dgn ‘pergerakan bebas’ semasa bekerja yang tidak siapa ‘berani’ nak tegur/larang… Anak-anak inilah yang kemudiannya ‘membesar’ dan akan ada yang memimpin negara? Sedangkan di usia mudanya mereka teramat kurang atau memang langsung tidak di didik kpd soal-soal akhlak & agama islam? Tak hairanlah kalau nanti akan ada siri baru ‘perogol bersiri’ zaman mendatang? Setuju?

  4. shar berkata:

    Pekara-pekara asas fardu ain tidak boleh dipertikai pelaksanaannya. Setuju dengan apa yang ditulis tetapi bayangkan yang semua tertutup di Arab Saudi tu, bila keluar Saudi menjadi terbuka. Masuk casino, biji tasbih tak tinggal (dengan mulut nya sekali). Ini yang menjadi masaalah. Kalau dipaksa sekalipun di Malaysia, sekarang ni semua bertudung, tetapi bila ke kebun bunga pun tetap bertudung.Yang perlu menyakitkan hati kita ialah ketiadaan pakaian rohaninya kurang sikit jasmaninya.

  5. shar berkata:

    Guru-guru senior menasihati aku, pedulikan sikap pelajar, tugas kita cuma mengajar, habiskan sukatan, itu sahaja. Pelajar tak buat latihan, pelajar biadap, pelajar tak tumpukan perhatian atau mereka lenyap sekalipun, biarkan. Merotan tak boleh, menegur tidak boleh, jadi biarkanlah mereka.
    http://amirahsyuhada2.blogspot.com/2007/09/walau-anda-membenici.html

  6. shar berkata:

    DARWIN27 KFC sehingga menjilat jari.

    Peta

    Dah di pindah ke Post 27

  7. sharudin berkata:

    Sebagai seorang pekerja yang bekerja dengan orang lain, sudah menjadi lumrah anda akan terlibat dengan aktiviti’ berhutang’ sama ada dengan pinjaman rumah, kereta atau pun kredit kad.
    http://pinjaman.wordpress.com/2007/09/27/kemudahan-kewangan/

  8. shar berkata:

    Salam semua

    1. Bagaimana hendak mengaitkan teori Darwin (atau semua teori sains) dengan iman?. Kita kena tanya betul-betul diri, apa yang difahamkan dari ayat yang telah digunakan banyak kali iaitu “Di dalam penciptaan … terdapat ayat-ayat (tanda keberadaan/kekuasaan Allah) bagi Al Baab”. Adakah ayat-ayat Allah hanya apa yang termaktub di dalam Al Quran sahaja, ataupun ayat asas di dalam Al Quran dan ayat penghurainya di kitab alam.? Kalau kita mengambil hanya satu sahaja (ayat yang di dalam Al Quran), maka disitu sahaja iman kita telah teruji.

    2. Ini bermakna keseluruhan kejadian-kejadian yang berlaku di alam ini (dengan menggunakan qias dari ayat tadi dan banyak lagi ayat-ayat sains) adalah ayat-ayat yang membuktikan adanya Allah dan kalau dikaji secara mendalam akan menjurus kepada mengetahui carakerja Allah. Kenyataan sains yang asas, Allah paparkan dalam Al Quran, dengan detailnya, Allah tuliskan di alam ini. Sebab itu Bhg 2, mengajak kita memberikan keadilan kepada Al Quran, bukan dibaca/dihafal untuk pahala sahaja, tetapi yang lebih penting mendapatkan petunjukNya. Barulah jadi ‘rahmatan lil alamin’.

    3. Apakah kita sebenarnya mengenal Allah dengan hanya menghafal AsmaNya atau SifatNya sahaja. Sudah pasti kita kena mengetahui secara mendalam AfalNya (carakerjaNya) bagi memantapkan lagi keilmuan kita tentang Allah. Memang Al Quran memberikan ganjaran besar kepada yang menghafalnya, tetapi ganjaran yang lebih besar bukan sahaja di perolehi di akhirat, malah di dunia, sekiranya kita faham bagaimana Sunattulah berfungsi.

    4. Kalau kita hanya meraba-raba di dalam gelap (menyangka) bagaimana afalNya, kita sebenarnya sukar untuk mendapat keizinannya melakukan sesuatu di dunia ini. Tiada sains dan teknologi yang ditemui sekarang di dunia ini, yang tidak mendapat keizinan dariNya. Kebanyakan penemuan sains dikalukan oleh orang bukan Islam, kerana mereka tidak jemu dan gigih menggunakan minda dan akal yang diberikan Allah kepada mereka, sedangkan muslim tersilap tafsir kepentingan penggunaan akal.

    5. Meletupnya sebiji bom adalah dengan izinNya, dan tanya betul-betul di dalam hati, apakah orang-orang Islam yang mendapat ilmu melaksanakannya. Ok lah kata bom itu, sains jahat. Tapi fikirkanlah di zaman Nabi saw dulu, muslim mempunyai design pedang yang tercangih (dibanding pedang yang ada waktu itu semuanya berat .. yang ringan lebih senang digunakan untuk membunuh musuh). Maka ia menjadi salah satu sebab, berkesannya kempen-kempen yang mereka jalankan ke seluruh ceruk rantau.

    6. Maka kefahaman secara teliti kepada sains (termasuklah teori Darwin) membawa kita kepada penggunaan Qodo’ dan Qadar (QQ) yang terbaik untuk mendapatkan hasil terbaik dari Allah. Barulah kita dapat mengatasi musuh Allah. Bukan asyik menggunakan sahaja penemuan yang mereka buat. QQ perlu digunakan dengan proaktif (melibatkan ilmu membuat pilihan terbaik sebelum melaksanakan sesuatu) bukan reactif (hanya mengatakan ‘dah takdir’, selepas berlaku sesuatu).

    TBU

  9. [...] S028 Dari Komen 347 (29 Sep 2007) Telah terbit Ogos 15, 2008 DARWIN Komen 347 [...]

  10. Min berkata:

    Namun ia bukanlah boleh dilakukan dengan scientism. Benar, sains mampu mengembalikan keta’juban kita terhadap kebenaran Al-Qur’an. Namun secara peribadi, saya menganggap perkara tersebut boleh diibaratkan seperti penemuan awan berbentuk kalimah Allah atau pokok berbentuk manusia yang sedang ruku’ ke arah qiblah: ia menyegarkan iman kita namun jika ia tiada pun, kita masih meyakini kebesaran Allah Ta’ala. Saya menganggapnya sebagai hadiah daripada Allah yang memberi kita ruang dan waktu untuk mengingati dan memuji-Nya buat kesekian kali dengan penuh rasa ta’jub.

    Pada satu tahap mungkin kita mengharap bahawa sains dapat membantu kita mencapai keyakinan terhadap Islam. Saya tidak menentang hal ini kerana dalam suasana zaman yang penuh dengan fitnah yang merosakkan iman, sains dapat membantu kita ke arah keyakinan sebagaimana Nabi Ibrahim a.s berasa tenang setelah melihat Allah menghidupkan kembali burung-burung yang telah dipotong-potong baginda a.s. Namun sains hanyalah alat dan setiap alat mempunyai had. Jika kita sehingga terpesona dan terbawa-bawa sehingga menganggap sains itulah the ultimate proof of Islam, saya fikir itu sudah lari dari tujuan asal dan agak berbahaya buat jangka masa panjang. Bukan maksud saya kita tidak boleh mencari bukti tersebut -saya bukanlah orang yang layak menjatuhkan hukum- namun mesejnya ialah jangan sampai terbawa-bawa.

    Dari http://saifulislam.com/?p=2479#comment-30233

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.