1. “The eagle has landed” kata ketua misi penjelajahan angkasa lepas apabila kapal angkasanya mendarat di planet Mars, setelah berjalan selama hampir enam bulan dari bumi. Lihat contoh Mars Reconnaissance Orbiter atau List of unmanned spacecraft by program –wiki. Bayangkanlah bagi perjalanan yang begitu jauh dan tiada tempat untuk membuat persinggahan, betapa rapi perancangan perlu dibuat sebelum ianya dilakukan. Beratus pejelajahan tanpa manusia telah dibuat oleh sainstis-saintis di seluruh dunia.
2. Begitu susah mereka menyediakan peralatan hardwarenya (jasad), untuk memungkinkan penjelajahan tersebut, jauh lebih susah adalah untuk menyediakan sedikit-sebanyak keupayaan membuat keputusan (intelligence – roh/akal) bagi memastikan kenderaan tersebut dapat berinteraksi dengan keadaan sekeliling yang ditempuhi semasa perjalan pergi dan balik. Kesemua keupayaan ini disimpan didalam komputer dengan Program Komputernya (program) disediakan sebelum kenderaan berlepas.
3. Selain dari apa yang dibekalkan semasa pelancaran (t=0), dengan adanya komunikasi dua-hala antara bumi dan kenderaan, data-data yang diperolehi oleh kenderaan boleh disalurkan kepada bumi. Begitu juga jika terdapat sebarang pembetulan program, selepas memproses data yang diperolehi, bumi boleh menghantar petunjuk-petunjuk baru, bagi kenderan memperbetulkan keadaan. Semuanya ini berlaku tanpa adanya sentuhan phisikal, kerana kedua-duanya berada pada jarak yang amat jauh secara phisikal.
4. Begitu kompleknya program yang diperlukan untuk menjayakan satu penjelajahan tersebut, program Allah perlu mengendalikan berbillion kali ganda, malah tak terkira ganda banyaknya, pekara yang perlu dikawal pada satu-satu masa. Maka bayangkanlah betapa kompleknya Superprogram Nature (bahasa sains) atau Qodo’ dan Qadar (QQ, bahasa mukmin) dalam memastikan segala yang di dalam alam ini berjalan dengan teratur dan sempurna. Yang berminat dengan program komputer boleh lihat contoh habuk (pada saiz) program yang saya buat untuk satu tugas komputer, dibawah tajuk ‘Software’ di blog ini.
5. Pada masa azali Allah (t=0, pembentukan alam), dari Arsynya (pusat kawalan) Allah telah menyediakan segala keperluan untuk kehidupan, Superprogram yang bakal mengawal jasmani, rohani dan di antara keduanya. Maka termaktublah di dalam Superprogram tersebut segala perincian, sehingga melibatkan pekara yang lebih kecil dari hama yang paling kecil, yang pernah kita ketahui. Bukan itu sahaja, segala yang belum kita ketahui dan yang tak mungkin kita ketahui juga, termasuk di dalam penulisan Superprogram tersebut. Subhanal Llah. Maha Suci Allah, jauh dari segala kekurangan dan terlupa sesuatu. Segala yang nyata dan yang ghaib, yang kecil dan yang besar, yang dilihat sempurna atau tidak sempurna oleh manusia, kebaikan dan kejahatan dan segalanya, semua tidak tertinggal.
6. Bhg 9 Per 8, menyentuh perbandingan roh, jiwa, jasad manusia kepada alam iaitu apa yang dirujuk sebagai Hard Alam, Firm Alam dan Soft Alam. (hardware, hw, firmware, fw dan software, sw). QQ merupakan sebahagian dari Soft Alam, iaitu penterjemahan sifat maani Allah dari Ilmu Kalam (terutamanya sifat Ilmu dan Berkehendak (Iradah) Allah.). Perlu diingat sifat Allah tidak terhad kepada sifat 20 Ilmu Kalam sahaja. Malah 99 Asmalul Husna Allah, yang kebanyaknya adalah nama Sifat Allah juga merupakan summary dari Sifat-sifat Allah, yang tak terbilang banyaknya. Dan kalau mahu dirangkumkan kesemuanya dalam satu sifat, maka Allah bersifat Maha Sempurna.
7. Superprogram Allah atau QQ merupakan alat atau sebab yang memungkinkan adanya alam. Alam dalam ertikata yang meliputi kehidupan (teori Darwin) dan entiti bukan-kehidupan (teori Big-Bang) yang menjadi penyokong kepada kehidupan. Bhg 6 memberikan sedikit-sebanyak penjelasan pembentukkannya. Dari satu sudut, kehidupan dan bukan-kehidupan adalah satu kesinambungan. Alam sebagai mahluk, membuat pilihan (ikhtiar dari pilihan yang disediakan) atau Qodo’, yang akan memberikan hasil berdasarkan Qadar yang telah ditentukan atau diprogramkan Allah. Tiada sesuatu berlaku tanpa izin Allah dan pilihan mahluk, melainkan pembentukan alam pada azali.
8. Seperti yang telah banyak kali disebut, penelitian yang dibuat oleh teori Big Bang dan Darwin, tidak memerlukan kesimpulan kepada adanya Allah, kerana QQ yang Allah telah programkan tidak hanya menghukum (berlaku) kepada yang percaya (mukmin) tetapi juga yang tidak percaya kepadaNya. Tidak ada dua set hukum yang berbeza.Yang penting bagi mahluk (mukmin atau tidak) hanya mengetahui dan menggunakan alat yang telah disediakan bagi menghasilkan sesuatu. Contoh untuk kenyang, manusia perlu tahu dan mahu makan. Kenyang atau terlalu kenyang akibat makan tersebut ditentukan oleh Qadar yang dipilih melalui Qodo’ (telah berikhtiar) tadi.
9. Kesemua pengkajian ke atas kejadian-kejadian di alam semulajadi (nature) merupakan hasil dari QQ atau Superprogram Allah. Lebih banyak kajian dibuat akan mendekatkan kita kepada kefahaman kepada carakerja Allah dan bertambah hampirlah (qarib) secara rohani (jasmani memang dah dekat, mustahil jauh) kita kepada Haliq. Marilah kita cuba memahi apa itu program komputer, yang akan memberikan hasil kepada pemahaman sepenuhnya carakerja Allah. Dan cuba memahami displin ilmu sains, sebagai alat untuk mengkaji carakerja Allah.
10. 54:49 Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). 83:19 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Illiyyiin” itu? Ialah (tempat simpan kira-kira) kitab catitan yang jelas nyata, Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya. 72:28 (Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya (dengan jagaan mereka) Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Dia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Dia menghitung tiap-tiap sesuatu: Satu persatu.
Allahu ‘alam
Sehubungan itu, kita digalakkan mengisi Ramadhan dengan mendampingkan diri kepada al-Quran. Ini termasuklah bertadarus dan memahami makna serta isi kandungan al-Quran. Ada kalangan kita berlumba untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadhan. Memang tidak dinafikan semangat ini baik dan perlu dijadikan budaya kebiasaan, tetapi alangkah baik jika diambil langkah usaha memahami maksud ayat di dalamnya.
http://beliacergas.wordpress.com/2007/09/22/ramadhan-perlu-dihidupkan-siang-malam-247/
6. Kadar, Angka dan Rakam juga digabungkan menjadi Superprogram, seperti yang dihuraikan di dalam tahjuk, “DARWIN26 Program dan Superprogram”. Seterusnya terdapat beberapa penerangan lanjut yang berkaitan dengan itu, dan bagaimana terdapatnya hubungkait antara satu dengan yang lain. Superprogram, Qada’ dan Qadar, Carakerja, Sunnah semuanya merujuk kepada satu pekara asas yang sama, iaitu untuk menerangkan bagaimana Allah berkehendak atau IradahNya. Ia juga terangkum di dlam Konsep Tauhid Uluhiah dan Ubudiah.
http://yamah.wordpress.com/2009/06/16/p999-senarai-lecture/#comment-1907
2. Roh ibarat software, manakala jasad pula ibarat hardware. Segala yang dapat dilihat dan rasai oleh indera 5, adalah hardware, perkakasan, peralatan, wadah, bekas menampung, wasilah dan sebagainya. Roh hanya dapat dilihat oleh akal fikir dan akal rasa. Roh merupakan kesimbungan dari wujudnya Superprogram Allah atau Qadar dan juga Qada’ (QQ). QQ yang sama menentukan segala yang telah dan akan berlaku di Alam ini dan Alam akan datang. Superprogram yang sama, menentukan ciri-ciri kadar terciptanya sesuatu, yang kesemuanya adalah berasaskan tenaga atau kuasa Allah.
http://yamah.wordpress.com/2008/05/31/p032-kita-roh-tak-ke-kubur/#comment-1896
1. Dengan terpancar beam pertama di LHC CERN maka bermula satu era baru dunia penerokaan ilmu sains, yang sebenarnya ialah ilmu mengkaji carakerja Allah atau SunnahNya. Kehadiran LHC selepas berpuluh billion USD dilabur dengan penglibatan berpuluh ribu sainstis (secara langsung atau tidak) menjadikan ia satu eksperiment terbesar dan termahal di Dunia, dalam kegairahan manusia mencari asal usul mereka. Teori yang telah digubal dengan model mathematiknya, kini perlu dibuktikan dengan pencarian partikal-partikal yang terlibat. Antaranya ialah Higgs Boson, atau God Particle, kerana partikel ini akan dapat menghurai penterjemahan tenaga (energy) kepada jisim (matter). Teroy of Everythings adalah teori yang akan membuktikan bahawa carakerja Allah menuju kepada kesatuan. Semuga Allah memberikan Muslim pemikiran untuk bersama-sama terlibat dalam pencariannya.
http://sharudin.com/2008/09/10/s46-pembuktian-big-bang/
[...] “4. Begitu kompleknya program (algorithm) yang diperlukan untuk menjayakan satu penjelajahan tersebut, program Allah [...]