1. KFC dan McD merupakan lambang kemajuan dunia hari ini. Setaip hari memang terdengar “Bush pembunuh, penindas” dan macam-malam lagi, tetapi kemahuan manusia mengatasi pengetahuannya. Memang ada yang dah sedar keAmerikaan KFC dan McD, tetapi mereka itu masih lupa bahawa, Ringgit Malaysia masih berpaut kepada USD. Tak makan KFC/McD pun, selagi kita guna Ringgit, kita masih tunduk kepada Semak. Ada juga yang kata ‘Apa nak buat’ dan yang tenang jiwanya menambah ‘Dah takdir’.
2. Maka berebutlah menggunakan blog Semak menghentam kerajaan. Kalau tak duduk dalam lingkungan Semak, nanti kena cekup. Nak tunggu blog dari Saudi, takut Wahabi pulak. Dari Iran, yang tengah lantang sekarang, takut Si’ah. Dan bermacam-macam alasan lagi. Jadi duduklah di dalam Semak, sekurang-kurangnya Semak tak pernah cerita pasal Pemuda Bani Tamin atau Martabat Tujuh, walaupun memang banyak blognya cerita pasal itu.
3. Dulu USD dan kebanyak duit berpaut pada emas. Masa JF Kennedy, diputus hubungan USD dengan emas. Maknanya, kalau dulu setiap helai wang USD boleh ditukar balik (convertible) kepada emas, sekarang jangan cerita nak tukar dengan emas, kadang-kadang yang palsu lagi ori dari yang asal. Jadi semua wang yang bergantung pada USD, sama setaraf dengannya dari segi tak dinilai dengan emas. Duit sekarang dipaut pada harapan. Harapan Semak pandai buat duit. Dengan kepercayaan dunialah (terutama tokey-tokey minyak – ramai Islam kan?) nilai USD semakin naik walaupun dah putus dengan emas.
4. Orang Europe yang kepercayaannya baik sikit pada tuhan, nampak dan ambil tindakan tubuhkan Euro, bagi mengurangkan monopoly US. Pak Mahathir nak cadang Dinar Enas dah terbantut, dah lama sangat memerintah. Jadi harapkan bank Islam sajalah nak cari ketenangan. Menghijaukan daun yang tumbuh di batang pokok riba’. Cantik memang daun hijau. Selagi namanya Ringgit, akarnya pergi ke USD atau sekarang ni bahagi sikit pada Euro dan Yen, yang mana Euro dan Yen pun akhirnya berakar umbikan USD.
5. Angkara siapa semua ni? Keturunan Adam, yang namanya Adam Smith adalah seorang sosiologist? … kaji perangai manusia, kaji apa manusia mahu. Dia faham benar manusia suka tuhan. Dan bila manusia dapat tuhan dia tak nak cari lagi tuhan lain, yang sebenar. Maka dikeluarkan idea yang kemudiannya menjadi asas kepada Modern Economy, dengan bukunya ‘The wealth of a nation’. Berkembanglah ekomomi modern bermula dari England, sebelum lahirnya Amerika dan kemudiannya dipertingkat keberkesanannya di Amerika. Datuk moyang Semak semuanya dari Europe.
6. Bila Melayu berhutang, selalunya nak beli keperluan hidup. Kereta, TV, Laptop, H Phone, dan segalanya sekarang tak boleh tak, mesti ada, kata mahu. Kalau dulu pinjam bank biasa, was-was, sekarang ni, tenang hati kerana ada yang dah mengislamkan bank. Maka berebutlah semuanya bermuamalah dengan bank. Takda riba’ lagi, pada tahap daun. Bila Semak berhutang kebanyakkannya untuk investment, R&D consumer products, military, indusrty dan belbagai lagi, yang semua akhirnya akan ke negara lain. Tak boleh bayar, atas nama keperluan, negara pula berhutang, macam rakyat yang memilihnya.
7. Berbillion hutang Amerika, terutamanya untuk menguasai sains, pergi angkasa lepas, buat kajian carakerja Allah dan tak henti-henti berfikir untuk mengatasi pemikiran orang lain. Yang kita tahu kutuk Semak. Al Quran kata sains itu mendekatkan kita pada Allah, kita hanya suka sains gunaan. Semak lebih banyak mengkaji carakerja Allah dari kita, tapi kita tak sedar. Dan tak nak sedar kalau diberitahu. Masih mahu dengan ketenangan mendendangkan Al Quran sahaja, petunjuknya diketepikan. Bukan anti Al Quran, tapi anti yang membaca Al Quran tapi tak nak faham.
8. Pada tahap sekarang, dengan kecendrungan hanya mencari ketenangan dan bukan kebenaran, muslim tidak akan dapat menguasai pengaruh yang ada pada Barat terutmanya Amerika. Islam dulu menang dengan teknologi pedang yang keluar dari design sebelumnya (kemajuan sains). Untuk mengulangi kembali kemenangan tersebut, memahami carakerja Allah (sains) sangat-sangat diperlukan. Mungkin tahap pemikiran akal kita tak boleh dipaksa ke tahap itu, tetapi sekurang-kurangnya muslim mesti faham dengan apa sebenarnya sains. Dzirkrullah yang terbaik adalah memahami carakerjaNya, bukan hanya menghafal AsmaNya.
9. Itulah sindiran di sebalik, ‘berkongsi ruang di KFC dan McD’. Mahu sentiasa mengatasi tahu. Tahu muslim mendapat petunjuk dari Al Quran, tetapi mahu dilatih mementingkan pahala ganjarannya, bukan petunjuknya. Tahu muslim perlu mengutamakan kebenaran, tetapi mahu diajak mencari ketenangan. Maka terkorbanlah ingin tahu, kerana mahu itu lebih asas sifatnya. Dan semestinya mahu akan menang demokrasi kerana mahu lebih popular dari tahu.
10. Marilahkita sama-sama menghayati Al Quran yang menekankan pentingnya sains. Ayat-ayat sains Allah di kitab Alam, jauh lebih banyak dari ayat-ayat bukan sains di dalam Al Quran. Ayat-ayat sains Allah adalah hukum halangan yang sertamerta kuatkuasanya, yang menjadi pengukur kepada tahap kenalnya kita kepada Allah. Allah memberikan keizinanNYa tanpa mengira samada yang memohon kenal padaNya atau pun tidak. Jadi amatlah rugi, muslim yang mengaku mengenali Allah, tidak selalu mendapat keizinanNya dalam urusan di dunia.
Allahu ‘alam
Dikirim oleh Pak Din 31