DARWIN28 Bahasa alam bahasa Tuhan.

September 29, 2007

Peta

1. Terperanjat saya pertama kali ke Hyde Park, London, bila bertembung dengan nenek tua berbual dengan kucingnya. Seakan-akan faham rohani dan jasmani tuannya, yang sudah pasti bercakap Inggeris loghat London, kucing tersebut mengiau-ngiau berserta lenggoknya melayani tuannya yang keseorangan. Teruslah mereka berdua berkommunikasi, mungkin sehari, sebulan, setahun atau sejak ditinggalkan atau menginggalkan keluarga. Jadi yang pentingnya ngiau berlawan dengan Inggeris.

2. Balik di Malaysia, seorang jurutera telecom seperti saya, juga meminati kucing sehingga menjadi Presiden Persatuan Kucing SeMalaysia. Walaupun kurang rapat dengan beliau, sudah pasti pengalaman dia di UK (mungkin park yang sama) membantu dalam berkomunikasi dengan kucing-kucingnya (tak kurang 30 ekor dalam rumahnya). Jadilah kali ini ngiaau berlawan dengan bahasa Melayu. Pendek kata dimana ada kemahuan, maka berkomunikasilah ngiau dengan pelbagai bahasa. (bukan ngiau aja kot, gong, embek, boooh, chip dan bermacam lagi).

3. Di sekolah sekarang, saya lihat anak-anak saya mempelajari bahasa taugeh tersangkut di tujuh palang (musik). Mungkin untuk mencari pengganti-pengganti Morzat, Cheikosky, selain Ahmad Nawab yang tak boleh dilawan. Di papan hitam (yang berwarna hijau) pula tertulis, bahasa +-x/ (mathematik). Kesemua bahasa-bahasa ini adalah bahasa universal, iaitu difahami oleh semua manusia (yang nak fahamlah) di muka bumi ini. Tetapi ada satu lagi bahasa yang lebih universal (ke tahap cakerwala) iaitu bahasa alam, atau bahasa Khaliq.

Peta

4. Bagaimana semua yang ada di dalam alam ini boleh sujud kepada Penciptanya, sekiranya mereka tidak faham bahasa yang memberitahu mereka untuk sujud?. Sudah pasti Allah swt berkomunikasi dengan bahasa alam dan mengarahkan mereka untuk berbuat sesuatu, kecuali yang tak nak ambil tahu, atau yang tak mahu tahu, atau yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk berfikir sedemikian. Golongan yang punya pilihan, nak faham atau tidak, ini digelar manusia. Sebab itu kalau ke Perancis, ada yang tahu bahasa Inggeris, tapi kita cakap Melayu dia respond, kalau cakap Inggeris dia buat tak faham. Punya pilihan. Terror (kontek Melayu) juga Melayu ni … sampai dah ada jadi terrorist.

5. Laisa kamis lihi syaiun. Tiada yang serupa denganNya. Zat, sifat dan perbuatan. Ini bab hakikat (kebenaran), bukan syariat (hukum). Tapi kalau nak ma’rifat (kenal) kita tak dapat terima bahawa Allah tidak berbahasa alam. Kalau Allah tidak berbahasa alam (atau bahasa Dia) sudah pasti batu dan kayu kena belajar bahasa lain, untuk membolehkan mereka faham dan sujud kepada Penciptanya. Dan sudah pasti semua Kitab-kitab dan Suhuf-suhuf mempunyai bahasa yang sama. Hakikatnya bahasa semua kitab/suhuf tidak sama. Marilah kita bersama-sama ke tharikat (jalan) berfikir untuk faham sebenar-benarnya yang menjadi hak.

6. Bahasa berevolusi mengikut kemampuan berevolisinya pemikiran manusia. Manusia tidak di created terus pandai cakap Arab. Bahasa Arab ni baru (bukanlah kurang 1500 tahun) sehingga Nabi Ibrahim ra terpaksa menggunakan bahasa Ibrani. Zuriat Nabi Ibrahim, yang menghasilkan evolusi kepada bahasa Arab, iaitu dari Nabi Ismail yang dihantar ke tanah Arab. Maka jadilah bahasa Arab, bahasa pertuturan di tanah Arab. Kemudian ia terus berevolisi. Kalau kita lihat tulisan asal tak jumpa titik, apatah lagi baris atas, bawah dan depan. Bak kata Ustaz Hasrizal, lagi detail lagi kurang bermakna.

Peta

7. Hidayah, petunjuk, ilham, idea, wahyu dan sebagainya semuanya berasal dari bahasa Allah. Kemdian Dia pancarkan kepada mahluknya, melalui perantara malaikah (jenis cahaya atau sainsnya emf) dan kemudian ada yang dipengaruhi ajen kejahatan iaitu syaitan (jenis api atau sainsnya haba), sebelum singgah di akal manusia. Maka oleh kerana bahasa pertuturan berbeza maka berbezalah kitab-kitab yang diturunkan Allah melalui NabiNya. Bgh 12 Per 7, Secara saintifknya neuron-neuron di otak menunjukkan keaktifan dengan ransangan elektrik (lebih tepat emf), ketika kita berfikir, termasuklah mengingat.

8. Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw berpringkat-pringkat, selama 23 tahun. Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradidinya menyambut Nuzul Al Quran pada 17 Ramada, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat mengenai turunnya Al Quran ialah padam malam Isnin tanggal 24 Ramadan bersamaan 13 Ogos 610 Masihi. Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadan adalah berpandukan ayat 41, surah Al Anfal memfokuskan kepada peristiwa perang Badar bukannya Al Quran. Rujuk Bahagian Agama Ms 15 Berita Harian bertarikh 17 Ramadan 2007.

9. Sebagai peringatan semua terma-terma hakikat, syariat, makrifat, tharikat dan hadhirat bukan digunakan dari sudut sufi. Ianya semua adalah bahasa Arab yang mempunyai makna yang luas. Bukan kerana saya tak minat dengan sufi atau pensucian, tetapi kerana ada yang mendapat alargek dengan perkataan sufi. Selalu sangat guna Inggeris, kadang-kadang hendak juga guna Arab. Kalau maknya terlalu jauh menyimpang, tunjukkan saya simpang yang betul. Saya berminat melihat segala-galanya dari sudut sains, iaitu pun pada status penumpang, seperti yang selalu saya tekankan. Peringatan inipun kita perlu kita ingat menumpang di harddisk kepunyaan orang bukan Islam. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

10. 59:2-4 Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.