DARWIN29 Muhasabah perlu self hatred?

Peta

1. “Kau ni introvert sangat la Man!” antara ayat yang keluar dari mulut seorang siswa menegur kawannya semasa berjalan ke warong sebelah kampus. Mereka sedang hangat berdebat isu-isu semasa politik dalam dan luar negara. Memang selalunya tiada isu lain, Pelastine – Israel, Sunni – Si’ah, Pak Lah – Mahathir, Global Warming – Heart Warming (Panas Hati) dan paling polular Bush si menyemak hal orang. “Ah! .. apa vert, vert ni, aku bukan paham sangat tang tu? “ jawab Man, mematikan komen tentangnya. Senyaplah mereka sementara berbuka puasa.

2. “Maksud aku, kita kena pandang ke dalam, bukan ke Timur atau ke Barat!. Isunya adalah muhasabah diri, bukan apparisal diri”. Phasa kedua disambung selepas tazkirah pendek solat terawikh di surau. Azman masih kuat mempertahankan pendiriannya, lebih kepada menyalahkan diri sendiri. Kawannya berpendapat pendirannya akan membawa kepada ‘makan hati’ dan perlu diperbaiki. “Simpang malikat 44” sindir kawan Azman. Entah mana dia dapat pharsa tersebut, hanya orang senior yang tahu.

3. Self hatred, hate, benci adalah salah satu dari 44 jenis luahan perasaan (emosi). Emosi adalah kerja hati yang sebenarnya berlaku di otak (akal rational vs akal emotional). Ada yang merujuknya sebagai akal dan nafsu. Kemudiannya pula menimbulkan tahu dan mahu. Dari bahagian lepas, kita telah sentuh tentang 5 indera dengan akal (fikir) – hati (perasaan), menjadikan ia sebagai extended indera, yang merangkumi tujuh input kepada sistem diri kemanusiaan.

Peta

4. Rukun Ikhsan yang satu menyatakan supaya segala yang kita lakukan adalah kerana Allah sahaja. Ia bagi memastikan segala yang berkaitan dengan Rukun Islam (cara mencapai tujuan) dan Rukun Iman (tujuan) dapat dilaksanakan dengan berkesan. Rukun Ikhsan pula boleh dibahagikan kepada 4 pecahahan, iaitu, hubungan dengan Allah (verticle), dengan mahluk (selain manusia – diagonal), dengan manusia (horizontal) dan dengan diri sendiri (menunjuk kepada diri sendiri). Sudah pasti kita di sini adalah roh, kerana roh yang sebenarnya akan mengrnbara 7 alam. Sebab itu ada hubungan roh – diri (nafs) atau nafsu yang paling hampir Melayunya.

5. Rukun Ikhsan merupakan proses muhasabah. Proses menilai carakerja untuk mencapai tujuan. Sekiranya carakerja telah dilaksanakan mengikut kesusaian Qodo’ dan Qadar, sudah pasti ia mendatang hasil atau tujuan yang sempurna. Allah tidak pernah menggunakan dua set hukum berbeza untuk yang percaya dan yang tak percaya kepadaNya. Oleh itu sekiranya, tujuan tidak tercapai, adalah perlu kita melihat proses menilai. Maka penailaian yang bagaimanakah yang perlu dilakukan. Adalah melihat yang baik yang telah kita lakukan atau melihat sebaliknya?

6. Perang yang paling besar adalah perang melawan nafsu. Nafsu sangat perlu untuk kehidupan kita. Kita tidak mengalami kehidupan tanpa nafsu. Nafsu akan membolehkan kita mencapai taraf atau maqam yang lebih tinggi dari maalaikah. Tetapi nafsu juga yang akan menjadikan kita lebih teruk dari haiwan atau syaitan. Maka pengawalan nafsu itu yang menjadi ukuran, untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sebab itu proses penilaian yang paling penting ada penilaian yang memandang ke dalam bukan ke luar, ke Timur atau ke Barat.

Peta

7. Membenci apa yang nafsu mahu lakukan ada sesuatu yang perlu difahami dalam penilaian. Secara fitrahnya nafsu memang senang untuk mempercayai kata-kata negatif dari ajennya syaitan. Allah telah memberikan izin kepada syaitan (yang sebenarnya tidak berupaya menggoda) untuk menggoda manusia, sehingga hari Kiamat. Oleh itu membenci diri (naf, nafsu) adalah sesuatu yang perlu dalam proses muhasabah. Walau bagainamapun, kita perlu juga berfikir setakad mana kebencian terhadap diri yang perlu dilakukan.

8. Menjadi trend kehidupan sekarang ini, untuk menjaja diri, meninggikan diri untuk tujuan promosi diri. Ambil contoh bila nak mendapatkan pekerjaan, surat resume mesti meninggikan nilai harga diri, agar yang akan menemuduga terpegun dengan kebolehan kita. Segala ketidak-bolehan perlu di sorok. Walaupun Islam melarang memberikan jawatan kepada sesiapa yang meminta, tetapi itulah yang berlaku untuk mendapatkan sesuap nasi (yang hendak sekawah nasi pun sama juga). Jadi self hatred semacam menjadi penyakit, yang perlu disimpangkan tadi. Kita di kelilingi dengan semangat kita boleh sehinggakan kebenaran melakukan penilaian menjadi kabur dan tak berfungsi.

9. Sempena Ramadan yang mengandungi tawaran jualan istimewa ini, kita perlu memikirkan erti sebenar merebut tawaran. Kepentingan muhasabah dengan membenci diri (nafsu) sebagai penilai kepada carakerja kita adalah sangat-sangat menentukan pencapaian tujuan kita. Kita mesti mengenal Allah, tidak dapat tidak. Secara alaminya, sistem elektronik juga memerlukan negative feedback untuk menjadikan ia stabil. Itu carakerja Allah yang tertulis di alam ini, untuk kita pelajari sebagai panduan hidup.

10.

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

Allahu ‘alam

2 Responses to DARWIN29 Muhasabah perlu self hatred?

  1. shar berkata:

    Hadis Ketigapuluh Empat :

    Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.
    http://tazkirah.wordpress.com/2007/09/18/hadis-ketigapuluh-empat/

  2. shar berkata:

    Apabila kita menyelusuri rukun ihsan – engkau beribadat sebagaimana engkau nampak Allah, atau jika tidak, engkau sedar Allah nampak amalan kamu – ia membawa kepada konsep itqaan atau bersungguh-sungguh. Hidup yang penuh kesungguhan dan semangat akan menjadikan hidup benar-benar merdeka. Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 ini adalah hasil kesungguhan kerana tiada siapa yang mampu melaungkan semangat di tengah hujanan bom dan peluru komunis serta penjajah. Adalah amat penting jiwa merdeka memastikan kita bersifat ihsan dengan takrid kita menuju Allah.
    http://fauzanibrahim.wordpress.com/2007/08/19/membina-jiwa-merdeka-berasaskan-hadith-jibril/

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.