1. Kita hidup dengan 7 hari yang diulang-ulang dari Isnin hingga ke Ahad. Dalam Bible hari ke 7, God rests, selepas penat? Membentuk alam dalam 6 hari. Bagaimanapun kita terus mewarisinya dengan perbezaan bulan Kamariah (memanglah ikut bulan!) dan bulan Syamsiah mengikut matahari. Hanya semasa French Revolution, hari cuba ditukar kepada 10 hari seminggu, untuk pemerintah aetisnya menghalang rakyat berjumpa dengan hari Ahad.
2. Al Quran pula mengilhamkan 7 petala langit dan bumi. Masih mencari bagaimana nak merungkai codenya. Maka seterusnya banyak pekara-pekara yang boleh dikaitkan dengan 7, dan mengambil sempena bahagian 7 ini, saya nak berkongsi sebahagian perkara, yang 7 ada, dalam pengkajian/pengembaraan kita di alam ini. Tak dinafikan juga sensitiviti angka 7 kerana kesan penyalahgunaan perlaksanaannya, seperti kes ajaran Martabat 7. Saya kira sebahagian ilmunya tak salah (guna konsep isi dan kulit) sebagaimana yang semestinya, Islam tak pernah salah tetapi muslim yang memesongkannya.
3. Kita mula dengan perjalanan kita (roh) merentasi 7 alam. Setelah Allah membentuk kita, kita ditanya dalam persaksian dan mengakui dengan jelas siapa tuannya. Menunggulah kita sehingga hari kenderaaan kita siap dan berpindahlah kita memandu kenderaan tersebut, di alam Dunia (2). Selepas beberapa tahun memandu, kita berpindah kealam Barzah (3). Yang ke kubur tu kereta kita, dikitar semula. Tiba masanya semboyan berbunyi tanda kebangkitan (dapat kereta baru) untuk berhimpun di padang Mahsyar (4) dan menunggu Hisab (5). Hasil keputusan mahkamah Agong, kebanyakannya menjalani alam Pembersihan (6) sebelum layak ke alam Syurga (7).
4. Di dunia bermula dengan pensenyawaan (1)(pewarisan DNA ibu dan ayah), kita menumpang di rahim ibu (2) untuk membesar (tak pandai buat apa-apa sendiri, jadi ibu kena buat kebanyakannya). Cukup masa membesar kita keluar ke dunia menjadi seorang bayi (3) untuk belajar asas pemanduan (pergerakan dan pengawalan anggota tubuh) sebelum digelar kanak-kanak (4), untuk belajar berinteraksi sesama manusia (pengunaan asas deria 5+2, Bhg 2 Teori Darwin Per 16 dan Bgh 5 Per …). Remaja (5) adalah masa memperkaya perbendaharaan kata (dengan penyambungan dari sekolah rendah ke sekolah menengah) sebelum menjadi Dewasa (6) menggunakan kemahiran bersosial dan memaksimakan pengguna kekuatan physikal. Akhirnya menjadi tua (7) untuk menurunkan segala ilmu dan pengalaman kepada generasi seterusnya.
5. Di alam kandungan berlaku peristiwa-peristiwa yang dirangkum oleh satu ayat Al Quran. Bermula dari penyediaan unsur-unsur tanah, At Tin (1) terbentuk Nutfah (2), ‘Aalafah (3), Mudhroah (4), ‘Izama (5), Lahman (6), Akhir (7)(jadilah satu lagi). Ambil Al Quran rujuk sana lagi bagus. Me-romanise Arab adalah simbol saja dan kadang-kadang berbahaya..
6. Semasa persekolahan (tadika, rendah, tengah dan tinggi) kita belajar dari ABC/AlifBaaTaa/123 (1) untuk mengeja sukukata (2) ‘Ka Ki Ku’ sebagai persediaan mengguna perkataan (3) dari yang mudah kepada yang kompleks, dari bahasa ibu-nda kepada bahasa mama-nda dan umi-nda (bahasa asing). Membentuk ayat (4) dilatih setiap hari melalui lisan dan tulis, di rumah, di sekolah dan di mana-mana ada keperluan asas kommunikasi. Seterusnya kumpulan ayat-ayat membentuk karangan (5) dengan tema-tema tertentu, bagi komunikasi yang lebih berkesan. melalui karangan dilatih dari karangan hobi saya (senang) sehingga kepada yang lebih mencabar. Kemudian karya arts (6) karya dan karya sains (7)
7. Di alam pembelajaran, pekara-pekara berikut perlu dijadikan perhatian. Belajar (untuk dapat kerja, selalunya) dijadikan ibadah (1 ‘aa bi da), Menuntut (untuk mengenal mahluk/Haliq) kearah ketakwaan (2. taq wa). Mengulang sebagai zikir (3 za ki ra). Membahas sebagai jihad (4 ji ha da). Mengajar sebagai sedekah (5 sha da qa). Memberi untuk mendekatkan – takkarrub (6 qa ri ba) dan melaksana kearah mencari keredhaan (7 Rii Dha). Walaupun dalam siri yang lepas banyak ‘medapat keizinan’ disebut tetapi akhirnya ‘keredhaan Allah’ yang akan menjadi tiket terus ke Syurga. Bagaimanapun, mendapat keizinan adalah pengukur yang amat penting di dunia.
8. Dalam perbahasan sebagai jihad, isu, pekara, manhaj dsb, kerataaan padang permainan mesti ditentukan. Level playing field, apple-to-apple, durian-to-bacang (kerana kedua-dua bau kuat). Jadi isu berikut perlu difahami dari pengamatan alam. Isu akar (1) roots of the problems, pokok (2) (orang tak rujuk isu batang, tapi itulah maksud mereka), dahan (3), ranting (4), daun (5), bunga (6) dan buah (7). Pokok yang rendang melambang kehijauan, ketenangan, kesyahduan persekitaran dan juga melambangkan kepopularan sesuatu. Masaalah akar tak nampak di mata, sebagaimana isu akidah, kepercayaan seseorang sehinggalah dilihat penterjemahannya menghasilkan pokok yang sehat atau sebaliknya.
9. Akhirnya untuk bahagian pertama (mencukupkan 7 kategori), pengambilan sumber perlu disentuh. Sesensitif mana ia akan menjadi, sumber-sumber asas (bukan persuratan) itu ialah Ilham (1), Wahyu (2), Khasyaf (3), Hidayah (4), Taufik(5), Laduni (6) dan Mimpi (7). Tidak mengikut aturan apa-apa.
10. Tiada keraguan di dalamnya untuk menjadi petunjuk yang hendak bertakwa. Dia yang mengilham fujur dan takwa. “Aku bermimpi 11 bintang disekililing”. Dia yang mengwahyukan kepada lebah untuk bersarang di atas pokok atau busut. Nabi yang tak pandai menulis dan membaca teks itu adalah seorang sainstist.
Allah ‘alam
Dikirim oleh Pak Din 31
