R28 Manhaj Salafi dan Krisis Emosi (Hati) September 8th, 2006

Oktober 31, 2007

# 2 Sharudin Says:
October 30th, 2007 at 12:32 pm
Salam krisis

1. Dari Roh, jiwa, jasad … jiwa membentuk status jatiditi manusia., iaitu samada bergelora, sederhana atau tenang. Roh diambil sebagai sesuatu yang ke arah positif atau baik, sementara jasad ke arah negatif. Bukan bermaksud bila jahat di sini, ia langusng tidak dipelukan. Yang menjadikan manusia sebagai ahsanul takwim itu adalah kerana adanya unsur jahat. Sekiranya potensi baiknya mengawal petensi kejahatan, maka itulah kejayaan seorang insan kamil. Dan begitulah sebaliknya.

2. Roh diberikan jasad untuk berada di dunia. Potensi baik ini mahu diuji dengan potensi jahat dari jasad. Ujian di dunia adalah untuk melihat mana satu yang akan menang, dan kemudian di alam yang seterusnya mendapat balasan yang setimpal. Roh juga akan diberikan jasad setelah dibangkitkan semula bagi tujuan mendapat balasan atau keputusan ujian di dunia. Oleh itu kepercayaan kepada Syurga dan Neraka, adalah lambang kepada kepercayaan kepada akan berlakunya balasan atau apa yang kita lakukan di dunia. Memang unsur percaya itu sangat perlu, tetapi mencapai tahap percaya yang lebih tinggi berlaku hanya dengan melibatkan ilmu yang mendalam.

3. Akal dan emosi tidak lain dari melihat roh jiwa jasad dari sudut berbeza. Akal berpotensi baik, sementara emosi berpotensi jahat. Dan walaupun pertengahannya tidak mempunyai nana khusus, pertembungan keduanya adalah apa yang berada ditengah-tengah. Begitu juga melihat positif dan negatif, yang di tengah-tengah adalah campuran kedua-dua. Malaikat dan syaitan juga dua unsur yang berpotensi baik dan jahat. Kedua-dua sifat boleh berada di dalam manusia. Malaikat adalah ejen kebaikan yang mempengaruhi akal, sementara syaitan sebagai ejen kejahatan mempengaruhi jasad. Maka manusia yang hanya mementingkan keperluan jasad semata-mata, kita katakan dia jiwa resah.

4. Secara saintifiknya, cahaya dan haba, adalah juga unsur baik dan jahat. Sekali lagi diingatkan jahat tidak bermakna tidak diperlukan, hanya perlu pengawalan dalam penggunaannya. Kita perlukan cahaya dan haba untuk hidup di dunia. Segala sumber tenaga di bumi berasal dari tenaga suria, terutama yang membentuk photosintisis. Begitu juga semua fossil fuel adalah merupakan tenaga suria yang telah tersimpan di perut bumi, untuk kegunaan manusia. Malangnya cahaya tidak berjalan sendiri. Allah jadikan haba melekat atau berpasangan dengan cahaya. Jadi kita dapat cahaya dan dapat panas sekali.

5. Maka baik dan jahat jalan seiringan, saling memerlukan antara satu sama lain. Inilah pun yang dinamakan kehidupan. A spectrum of color from good to bad. Pilihan tersedia. Sebagai manusai kita memilih apa yang kita suka, tetapi segala pilihan adalah berpasangan pula dengan balasannya. Segala yang jahat boleh dilakukan dengan amaran dibalas dengan neraka dan yang baik sebaliknya. Bagaimana hakikat balasan itu ayng menjadi rashia Allah dan hanya sedikit sahaja digambarkan kepada manusai di dunia, sebagai menguatkan kepercayaan.

6. Walau apa nama manhajnya, secara fandumental ia cuba menerangkan kedua-dua unsur disebut di atas. Di antara baik dan jahat, terlalu banyak boleh dipilih. Di antara yang mahu menggunakan akal, terdapat perbezaan cara, samada sedar atau tidak, mahu memaksimakannya atau santai sahaja. Maka pelbagai pendekatan timbul dari pelbagai penyampai yang ada. Tak dinafikan semua penyampai merujuk kepada sumber yang sama. Contoh salafi tidak mahu menggunakan parallel thinking yang memungkinkan pemikiran luar kotak berdasarkan sesuatu yang telah berlaku di dalam kotak. Khalafi pula datang mahu menjawab seterusnya dengan penggunaan lebih sedikit akal, tetapi apakah itu sudah ditahap maksimum? … atau masih boleh diterokai petensinya.

7. Berterusanlah sepanjang zaman terbentuk bermacam-macam nama pendekatan atau kumpulan., berevolusi secara rambang, sesuai Qadar Allah. Yang tidak dapat mempertahankan keradaannya lenyap ditelan zaman, sementara yang popular akan terus hidup. Yang terus hidup ini juga mengalami perubahan, maka terjadi perpechahan dan pendekatan yang baru. Dan ia akan terus berevolusi, selagi ada mahluk yang dinamakan manusia, yang diberikan Allah pilihan yang paing banyak antara mahluk. Dan Allah mengingatkan secara fitrahnya manusia dijadikan resah gelisah. Yang lebih nampak pada manusia ialah jasadnya. Rohnya yang pernah berjanji dengan Allah lansung dia tak ingat. Dan ada yang terus tak mahu mengingatkannya.

8. Status diri apabila menjadi peka kepada jasad kita rujuk sebagai krisis emosi. Status roh apabila terpengaruh dengan kehidupan dunia juga dimasukkan dalam krisis emosi. Tetapi jangan salah anggap, dengan membuang keduniaan, tidak akan timbul keakhiratan secara automatik. Ibarat tidak setuju dengan Saifulislam.com kita tekan magik key Alt F4. Jadi halimunanlah kita, kerana tak kena tempiasnya. Tapi apakan itu tujuan asalnya menanyakan alamat pada mulanya!. Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. (boleh ke guna lagi ni?)

9. Saya berterima ksih kepada semua ustaz-ustaz dalam kumpulan-kumpulan yang saya pernah sertai seperti silibus sekolah agama Johor, Tabliq, ABIM, Arqam, pesantren, FOSIS dan sebagainya, selain dari guru-guru (termasuklah pensyarah U, kafir atau Islam) kerana telah memberikan penyampaian mereka yang mewarnai hidup saya. Walaupun ada yang sering mengingatkan tak berguru sebagai berguru dengan syaitan, Al Quran menjelaskan dengan terang bahawa Allah adalah sebaik guru. Tapi tanya diri dulu, apakah kita faham bahasa Allah? Atau adakah Allah berbahasa Arab?
10. Sekali lagi macam biasa tak jawab soalan tajuk, agaknya. Akhir kata krisis emosi tidak hanya terkait dengan manhaj Salafi. Krisis emosi hanya selesai kalau kita memahami diri. Untuk memahami diri, kita kena memahami Allah dahulu, kemudian Dia akan membuka hati (akal kot?) untuk memahami diri, sesuai natural (Allah’s) selection.


R29

Oktober 31, 2007

# 39 Sharudin Says:
October 31st, 2007 at 10:52 am

1. Saya berkesempatan dahulu bergerak aktif dalam persatuan Diabitese Malaysia cawangan Selangor Wilayah. Sebagai jurutera, sesungguhnya pengalaman itu sangatlah berharga, kerana berinteraksi dengan ramai kenalan doktor. Sempat juga memegang tampuk pimpinan sebagai setiausaha. Menjalankan aktiviti sepanjang tahun untuk menyedarkan masyarakat dan membantu pesakit mengatasi masaalah-masaalah yang mereka hadapai. Bukannya sokongan kedoktoran sahaja, tetapi sokongan moral kepada ahli yang terlibat.

2. Masih teringat semasa berkemping di PD bersama isteri Dato Seri Anwar, yang juga seorang doktor, memberkan gambaran yang jelas kepada permasaalahan diebetese di Malaysia dan juga gambaran di dunia. Bagaimana kanak-kanak yang baru lahir dengan tuiada insulin lansung, perlu menginjek diri mereka setiap beberapa jam unutk terus hidup. Dan ini perlu dilakukan seumur hidup. Sungguh-sungguh memberikan kesedaran.

3. Kalau sistem komputer mati kerana kita tak dapat repair, kesannya tidaklah sehebat melihat seorang manusia yang terpaksa mengakhiri penghidupan kerana komplikasi fizikal. Antara manusia kita berhubung dengan perasaan dan hati, sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Ustaz. Ini membuatkan kita tersentuh bagaimana pentingnya perlu bersyukur kepada Allah yang memberikan pelbagai kemudahan kepada kita, yang kebanyakan kita tidak sedari.

4. Kalau ambil kes diabetese, apa yang kurang pada mereka kebanyakannya ialah, tidak berfungsinya sistem automatik yang mengeluarkan insulin. Dengan memahami bagaimana untuk mencari alternatif mengaktifkan insulin, perubatan dapat membantu manusai untuk terus menikmati penghidupan, kalau tak seperti manusia biasa secara phizikal, masih boleh melakukan aktiviti yang sama seperti manusia biasa.

5. Dari penglibatan persatuan diabetese, saya terlibat kemudiannya dengan kounseling (peringkat syarikat) untuk mengatasi masaalah ketidak berkesanan pekerja yang menghadapi pelbagai masaalah kehidupan. Dari sini saya juga banyak belajar tentang penyakit mental seperti yang di sebut oleh Dr Shiha. Mereka ini kebayakaannya bukanlah perlukan sokongan apa pun, kecuali moral, pedulism. Yang tersangat kurang dalam masyarakat kita.

6. Sebagai seorang jurutera, dengan pelulism, semua sektor kehidupan ingin saya ketahui dan pelajari. Tetapi melihat kepada generasi-generasi baru yang tidak mahu mengambil peduli (pekara-pekara yang bermanfaat), sekarang ini, atas alasan kesebukkan mencari keperluan asas, sangat membimbangkan. Melihat ramainya penagih, perempit, pelepak dan sebagainya, semuanya kerana tiada sikap peduli kepada ilmu yang hakiki. Yang mereka tahu hanyalah melayan hati sendiri, memuaskan hati sendiri, tanpa mahu memahami erti kehidupan sebenarnya.

7. Satu kumpulan yang pernah saya hadiri, setelah ahlinya menjalani CBT, hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak menghadiri perjumpaan. Dan bila berjumpa, kadang-kadang masaalah keterbukaan tidak ada. Masing-masing diberikan teori CBT, tetapi dipraktikkan hanya semasa sessi berjalan. Selepas habis sessi, keyakinan hilang untuk melaksanakan.

8. Semuanya berpunca dari masaalah sikap, sebagaimana keseluruhan penekanan dalam Saifulislam diberikan oleh Ustaz. Sikap yang entah tak tahu dari mana datangnya? Kerana menjadi Melayu atau menjadi bukan Orang Putih! Atau sensitif lagi sikap kerana menjadi Muslim … bukan Islam, kerana Islam itu cantik dan perfect.

9. Memang diharapkan pada darah-darah muda, untuk melibatkan diri di dalam semua bidang, walaupun bidang kita lain di U. Jurutera dan Ulama Sunattullah (semua ahli sains) kena mendalami syariat Allah, dan semua Ulama Syariat Allah kena mendalami Sunattullah. Kalau tidak masyarakat akan terus pincang. Akan terus menjadi pewaris ilmu yang timpang.

10. Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih kepada hati-hati yang telah lembut, yang belum mati kerana telah berusaha sedaya upaya melibatkan diri di dalam pelbagai kegiatan. Yang paling penting ialah berterima kasih kepada hati-hati yang memehami hati-hati jiwa lain. Jangan makan hati, jangan ambil hati, tapi berhati-hati dalam memerhatikan hati-hati yang lain.


R30

Oktober 31, 2007

# 56 Pak Din Says:
November 1st, 2007 at 12:14 am
Salam Turkey

1. Terima kasih terlebih dahulu pada ustaz-ustaz yang menjalankan kuliah-kuliah di surau-surau, masjid-masjid seluruh Malaysia, terutama yang tahu mengikut rentak pendengarnya. Semuga bertambahlah ramai bilangan mereka yang ke surau dan masjid. Memang sedih melihatkan keadaan masjid sekarang ini. Di tempat saya, sudah dibesarkan sebanyak 4 kali, sejak saya bermaustatin di kampung isteri lebih 27 tahun dahulu. Setiap kali kali jemaah Zuhur dan Asar, banyak sejadah dari jemaah. Fikir positiflah sejadah pun bertasbih kepada Allah!

2. Kesian Ustaz, buat artikel atas Turki, yang dapat kebanyakkannya yang bukan Turki. Saya yang kenal hanya seorang Arab yang menyambut saya semasa pertama kali belajar di Darlington UK bernama Turki tetapi orang Jordan. Jadi walaupaun kami rapat dia, nak cerita Turki pun tak boleh, apatah lagi saya. Mungkin sebab itu betul juga kata Akhi Elbariti, “saya kira ada pemberi komen di atas yang agak keterlaluan dalam memahami tulisan ustaz”, iaitu saya. (Macam kes dalam akhbar ngaku dia orangnya). Mungkin kerana saya tak tahu nak cakap pasal Turki, maka yang saya nampak sub-tajuk Ustaz “KESAN KULIAH SUBUH DAN MAGHRIB”.

3. Tapi lepas post mortem, macam tak salah kesimpulan saya, kerana bahan asasnya berbunyi “Tetapi kuliah Subuh dan Maghrib yang ada di negara kita, tidak membentuk cara berfikir masyarakat …. juga rata-ratanya malas membaca dan mengkaji.” Mungkin kerana bahan bakarnya dah ada, sumber apinya datang … nasib baik Akhi Elbariti bawa air. Terima kasih sekali lagi Akhi. Dulu dah hutang sekali. Teruskanlah “mengajar pada tahap rendah”, dan memang kita perlukan ustaz-ustaz begini untuk menyahut cabaran mencari ketenangan jiwa dan hati.

4. Izinkan saya mengapplikasikan ayat “Lakum deenakum waliyadeen”, walaupun mungkin kita masih memperjuangkan Islam, kita sudah pasti adanya Islam pupular dan Islam tidak popular. Maka kalau ada yang memperjuangkan Islam pupolar, adalah menjadi tanggungjawab untuk memperjuangkan Islam yang tidak popular. Atas nama kedamaian, yang penting kita masih memperjuangkan Islam. Semuga kita sama-sama mendapat keizinan dan keredhaan dari Allah, kerana tidak berbalah atau bermusuhan di dalam ruang siber yang satu ini. Penat Ustaz Harzizal cetuskan idea yang tak putus-putus, kita pulak nak putuskan silaturahmi.

5. Saya tertarik pada teguran Ustaz “Tidak bolehkah penceramah memberikan galakan suami isteri untuk berbincang”, dari membaca kitab kuning (di tempat saya penolong mufti yang hurai) yang nampakanya memberikan kesimpulan muktamad dalam semua hal “isteri kena taat kepada suami”, termasuklah cerita dapat payung emas nanti kalau suami kawin lagi. Typikal cerita male chulvinism. Bukanlah anti kahwin 4, kerana ada ayat Al Quran, tetapi penyampaiannya yang terlalu tidak mengambil kira situasi sebenar, melainkan menegakkan ego lelaki, tanpa kajian yang menggunakan akal fikiran, tapi hanya nas semata-mata. Memanglah pakcik yang hisap rokok di luar pun bergegas masuk.

6. Kebanyakan artikel di Saifulislam cuba mengajak pembaca untuk berfikir. Kalau tidak masakan Ustaz mengemukakan idea ‘kembara mencari Tuhan’ dan kalau tidak kerana motto pengembaraan itu munkin saya tidak ke mari. Melihat keterbukaan Ustaz mebentangkan sesuatu isu, tidak lain adalah untuk menjangkau pandangan-pandangan yang belum terjangkau sebelum ini. Dan sudah pasti idea-idea baru menjentik minda rational (fikir) dan minda emotional (hati) sekali.

7. Ibarat dalam perbahasan, ada pencadang dan pembangkang. Pembangkang tidak semestinya melaksanakan ideology tajuk yang diberikan, begitu juga pencadang. Di akhir perbahasan, kesimpulan dibuat dari pro dan contra isu-isu yang dikemukakan. Balik ke rumah semua peserta melaksanakan apa jatidiri mereka katakan termasuklah segala kebaikkan yang telah dikumpul dari kesimpulan perbahasan yang dilaksanakan. Solat tetap solat, walaupun tajuk perbahasannya tadi “fa wayllul lil musoleen …”. Kalau ada yang teragak tak nak bersolat, tak datang perbahasan itupun ramai yang tak solat.

8. Isu popular lawan kebenaran memangnya selalunya sensitif. Yang popularnya ialah mencari kedamaian. Apa itu kedamaian? Yang diutarakan oleh ayat … mutmainnah. Adakah kedamaian itu, perasaan yang tidak bergolak, sentiasa tenang seperti tenangnya air di kolam? Atau tenangnya sami berjubah orange yang nampaknya tenang tak berselipar walaupun lalu di Soho atau di Paris?. “Peduli apa orang kata! …”, kata dia, “Aku dengan Tuhan aku … mana mereka tahu!”. Atau macam Mawi, suaranya, pengadil seni suara tak terima, tapi popular!

9. Yang tak popular selalunya adalah yang mencari kebenaran. Dan nak dapatkan kebenaran memerlukan pengorbanan. Kebenaran tak datang dengan mudah … tanpa berfikir. Bagaimana hati yang damai hendak berfikir, yang sebenarnya? “Sesungguhnya damailah hati yang mendengar ayat-ayat Allah” … tetapi semakin ramai yang menghisap rokok, tak cukup rokok letak candu, kemudian yang kuat lagi. Ayat Allah yang mengatakan kesemua kejadian alam adalah tanda kekuasaanNya … perlukan akal untuk berfikir. Kebanyakkannya kata “ahh … peninglah aku nak fikir pasa tu!”.

10. Tidak beragama orang yang tidak berakal. Tidak digelar manusia, mahluk yang tidak diberikan akal. Dalam semua syarat sah menjalanakan ibadah, memerlukan pelakunya tidak gila, iaitu dia mesti waras dan berakal. Kalau tidak, tak payah buat. Termasuklah yang memabukan diri. Bukan yang mabuk arak sahaja, Yang mabuk cinta dan taksub dengan guru-guru Islam popular pun termasuk juga. Masih di dalam tajuk ‘Islam popular’ tapi di luar Turki.


R27

Oktober 30, 2007

# 13 Sharudin Says:
October 30th, 2007 at 6:41 am
Salam bipolar

1. Islam dan Al Quran adalah pengubat yang sebaiknya. Tetapi nasihat ini hanyalah untuk yang percaya kepadanya. Adakah seorang doktor professional yang merawat pelbagai bangsa dapat memberikan nasihat yang sama kepada yang bukan Islam, atau kepada mat dan minah rempit yang tegar? Begitu juga sebelum kes sebegini ke hospital, di tempat kerja, sebagai seorang ketua, terutamanya yang ramai pekerja dan berbilang kaum, jawapan simplified tidak akan menyelesaikan masaalah.

2. Ini hal cognatif, hal otak, hal saraf atau wirenya yang tidak berfungsi dengan betul. Samada jati dirinya kuat atau tidak, bahagian-bahagian sistem badan yang yang berkedudukan seluruh jasad, tidak dapat menerima data-data jatidiri dengan sempurna. Malah bukan sahaja anggota lain, di dalam otak sendiri yang terdiri dari berbilion neuron, bergantung penuh kepada keberkesanan cecair penyambung yang mehubungkan antara neuron. Kesannya sekiranya data-data asas ada sekalipun, ia tidak dapat disampaikan kepada sasaran kerana highway atau wirenya tidak lengkap.

3. Dalam CBT (Cognative Behaviour Therepy) saya lihat kadang-kadang (tidak semua) unsur-unsur kewarasan, pikir rational tidak dijadikan priority. Pesakit disogok dengan pendekatan yang mereka tidak percaya. Bagi yang normal, sememangnya mudah untuk bercerita tentang percaya, tetapi apabila ada masaalah cognative, sudah pasti dalam keadaan ‘tidak normal’ mindanya, pesakit tidak dapat menerima pikir rational. Hanya setelah bantuan ‘anti-depressent’ baru boleh membantu awal penyembuhan.

4. Malangnya adalah sangat taboo perkataan kemurungan di kalangan masyarakat kita. Kalaupun senarai simptomnya panjang lebar, ‘apa kata orang’ masih menjadi penghalang, untuk pesakit mendapatkan nasihat. Lagi teruk bila pesakit sedang berkerja, terutama di syarikat yang kewangannya yang tipis. Jadinya, bertambahlah setiap masa kemurungannya, sehingga satu hari ada yang terus meletup, sehingga mengalibatkan nyawa diri dan orang lain. Saya difahamkan kes kemurungan semakin meningkat, di zaman yang penuh dengan cabaran ini. Yang hairannya cabaran dulu-dulu pun tak kurang hebatnya!

5. Ketidakpekaan mesyarakat memberikan layanan yang sepatutnya, membuatkan pesakit menjadi lagi keras hati untuk mula mendapatkan rawatan. “Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur, berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan”, kata Ustaz. Kadang-kadang kita jadi murung kerana cuba menyelesaikan kemurungan pekerja di bawah jagaan kita. Sekurang-kurangnya di Malaysia, masaalah ini masih diambil peduli, walaupun perlu peningkatan mutu. Pengalaman di dua negara Islam miskin, Medan dan Dacca, lebih ‘mudah’ dan menakutkan, kerana yang normal pun ramai yang tak bekerja, jadi yang tak normal, diketepikan sahaja dengan lebel sampah masyarakat.

6. Masyarakat pula punya alaasan tersendiri. Samada sedar atau tidak, berilmu atau tidak, tindakkan masyarakat mencerminkan pengajaran yang mereka dapat. Kita bercakap pada masyarakat secara keseluruhan. Sudah pasti ada yang lebih baik dari kebiasaan. Tetapi secara purata kedudukan ekomoni menekan dan menghalang mereka dari memberikan sumbangan yang lebih bermakna. Warisan ilmu turun temurun tidak banyak berubah cara. Penekanan kehidupan masih kabur di dalam kejelasan yang diberikan. Hasilnya tidakan yang kabur terpancar dari masyarakat dalam segala bidang, termasuk kebajikan.

7. Guru tersepit dengan panduan. Rotan tangan kanan dengan tangab kiri mengepit buku. Memang ada baiknya, tetapi tak dinafikan buruknya. Delima guru nak merotan murid yang tegar kerana kerelaan ibubapa membela kesalahan anak. Biarlah mereka tak bawak buku, nasihat dah tak jalan, rotan dah tak boleh, tapi gaji bergantung pada prestasi. Bila guru kemurungan, apa hasil yag akan nampak pada masyarakat? Kalau masuk dulu terpaksa berlakun nak dapat kerja, kini kena berlakun kerana nak teruskan kerja. Jadilah pelakun yang akan menghasilkan pelakun. Bukan semua … tak nafi ada yang berkaliber, tapi kita kena lihat hasil!

8. Sebelum ada yang marah dan akan menimbulkan kemurungan, kita terpaksa puji guru-guru (resmi dan tak resmi) yang menjalankan kerja dengan dedekasi. Apalah salahnya dan tiada kurang tenaga terus memuji, kalau itu yang menimbulkan kedamaian hati. Tapi apakan sistem kehidupan boleh berkembang berdasarkan pujian sahaja. Apakan kedamaian yang memastikan datangnya ilmu dengan lancar, ke semua minda, walaupun tak berusaha? Kalau kita hendak menerima hakikat, kehidupan ini adalah untuk mencari kebenaran. Dan kebenaran memerlukan pengorbanan. Cuma tak mahu pengorbanan menjadi kemurungan!

9. Yang merumitkan juga, ‘survival of the fittest’ tidak dapat diapplikasikan lagi dalam dunia modern sekarang. Yang mahu menerima teori itu sahaja pun dah berkurangan, kerana pengaruh yang berpengaruh. Kononnya manusia sudah boleh membuat pembelaan menyeluruh. Yang sakit dapat disembuhkan, yang barlubang jantung dapat diganti, yang beremosi dapat di CBT kan. Memang benar! … tetapi kebenaran ‘survival of the fittest’ sebagai Sunahtullah pun tak dapat diketepikan. Malah Sunahtullah yang banyak disebut di dalam Al Quran.

10. Syabas Ustaz kerana mengemukakan artikel yang meransang otak pemikiran. Syabas juga ustaz-ustaz lain yang mendamaikan otak pemikiran. Segala-galanya tepulang pada kita membuat pilihan. Sudah pasti keadilan Allah akan memastikan Qadar-qadar yang telah dirancangNya menghasil apa yang sepatutnya. Cuma kita perlu memikirkan dengan mendalam, kenapa selalunya semacam tak menjadi perancangan! … akhirnya kemurungan.


R26 October 29th, 2007 at 3:28 pm

Oktober 29, 2007

# 7 Sharudin Says:
October 29th, 2007 at 3:28 pm
Salam sindrom

1. Setiapkali bertemu dengan topic penyakit (dan perangai), saya tidak dapat lari dari memikirkan tentang kurniaan itu datang dari mana kepada seseorang. Maka yang selalu dikaitkan adalah keturunan dan zuriat (gene) yang kita warisi sebagai manusia. Setiap seorang manusia melibatkan pendermaan zuriat dari maksimum 128 orang dalam 7 generasi. (1=2+4+8+16+32+64 kita generasi yang ke tujuh, penerima). Setiap 128 orang ini terlibat secara sedikit atau banyak membentuk kehadiran kita di dunia.

2. Bagi merational kedudukan sebenar, saya kemudian membahagikan kepada 3 kategori besar, pengaruh yang akan akhirnya mewarnai kejayaan seseorang. (a) kurniaan dari 128 (mengambil kira 6 generasi di atas kita), (b) persekitaran (keluarga, jiran, kawan, dan sebagainaya) (c) jatidiri (kekuatan dalaman yang berkait dengan jiwa individu). Maka untuk seseorang itu dapat kejayaan sepenuhnya kehidupan mereka, kawalan terhadap ketiga-tiga faktur ini sangan penting. Setiap faktur menyumbang sebanyak 33%.

3. Saya sangat setuju cadangan Ustaz kepada “TV supaya lebih menumpukan subjek kepada mendidik masyarakat”, di dalam apa bidang sekalipun. Tetapi keraguan ada juga, sekiranya pendidikan tersebut berlaku, apakah mesyarakat akan memilih untuk menontoh slot atau channel tersebut?, kerana dengan adanya Astro, sebenarnya banyak pendidikan-pendidikan yang bermanfaat ada di dalam Discovery Channel dan yang lain. Saya perhatikan tidka kurang 10 channel yang mendidik selain siaran biasa TV Malaysia. Masaalah mendapatkan ilmu dan pengetahuan, bukan sahaja terbatas kerana kurang rajin membacam tetapi juga menonton, yang perlu ditoton.

4. Dr (jasmani atau rohani) online, sila perbetul kefahaman saya. Kepentingan saraf di dalam tubuh, umpama wire yang berselirat di dalam rumah atau komputer. Selain membawa tenaga (power), wire-wire ini berfungsi menghubungkan semua sistem kepada pengawalnya, the central processor. Otak bagi jasad, microprocessor bagi computer dan on-off switch bagi rumah. Seninya dalam pembentukan saraf, ia buka satu continuous wire, seperti wire di rumah. Saraf terbena secara bahagian dengan penyambung kepada setiap bahagian adalah dalam bentuk cecair, synapse dan serotonin (banyak lagi neurotransmitter yang lain, ini simpification)

5. Kegagalan berfungsi dengan berkesan cecair penyambung ini banyak memberi kesan kepada kesihatan. Bukan sahaja penyakit berkaitan matebolik (pemprosesan makan sepeti diabetis, gout dan darah tinggi) tetapi juga yang berkaitan cognatif (otak)/stress. Saya melihat ini sebagai salah satu terjemahan bahawa kita dibentuk dari air, dari Al Quran. Perantara roh (software) dan jasad (hardware) ialah cecair (firmware, bermacam-macam hormone berbentuk air di dalam tubuh, termasuk darah, pembawa). Kefahaman kepada fungsi keseluruhan, secara bukan silibus doktor, membantu untuk mengatasi atau hidup bersama dengan penyakit.

6. Setelah lahir ke dunia, dengan kecacatan fizikal termasuk firmware di atas, persekitaran perlu membantu mereka yang malang ini, Malangnyam sebagaimana kita telah berkali bercerita tentang sikap, ahlak kurang perhatin masyarakat kita, terutama Muslim (bukan semua, kebanyakan), kecacatan ini kadang-kadang dikategorikan sebagai perangi buruk, dari salah pendidikan seseorang. Mereka dimarah atau dibenci, seperti kata Ustaz, bukan difahami. Sambungan kepada anti-pluralisma (bukan agama tapi sikap). Apa sahaja yang berlain dari yang mereka fikirkan atau alamai, adalah tidak betul. Termasuklah menyalah-fahamkan konsep kejahatan wrt (with respect to) keadilan Allah.

7. Saya memetik majalah Mastika yang menyebut seorang gadis rempit menjawab “Kalau Tuhan dah tulis saya jadi jahat, apa saya boleh buat. Buat apa pun tak akan jadi baik”. Kefahaman kepada Qodo dan Qadar sangat lemah di kalangan masyarakat, yang kemudian melahirkan generasi yang berani menjawab begini. Tidak dinafikan masyarakat mengatakan bahawa ketentuan Tuhan itu adalah pada individu, sedangkan sepatutnya kepada ciri-ciri. Memang Allah menentukan segalanya, tetapi kadar sesuatu itu yang ditentukannya bukan pada individu A atau B. Terpulang pada individu memilih kadar mana!

8. Hanya “dengan sokongan pendidikan dan mungkin juga perubatan, anak-anak ini boleh hidup seperti orang lain.”. Bukan sahaja anak-anak malah orang dewasa pun, yang sekarang ini ramai dihinggapi stress related syndrome, tidak mahu mengakui yang menyebabkan seterusnya tidak mahu faham apa yang sebenarnya berlaku pada mereka. Kes keganasan rumah-tangga, jiran-tetangga dan yang setangga denganya semakin meningkat disebabkan ramai yang tidak mahu, atau desakan persekitaran, malu mengakui keadaan sebenar. Ia hanya akan menjadikan masaalah bertambah besar. Ke masjid pun tidak membantu, kerana semua yang dilakukan adalah routine, tanpa memikirkan falsafahnya.

9. Kenan, adalah perkataan ajaib Melayu. Bukan salah menggunakannya. Tetapi memehami apa yang berlaku kepada pasangan yang akan menyatukan zuriatnya, bahawa segala pekara, tindak-tanduk, perangai, sikap selama 3 bulan sebelum penyatuan berlaku, merupakan masa berkesan berlakunya kenan, lebih besar kenannya dari 126 orang yang di atasnya. Kalau Qadar yang di pilih ialah untuk tidak ambil peduli (sedar atau tidak), Allah pun tak peduli dengan hasilnya. Allah maha adil dan tidak mahu membebankan sesuatu kaum, terutamanya Melayu Islam. Tapi apakan daya, kita memeilihnya.

10. Sebagai fundamentalist (bukan ortodox, atau salafi) saya lebih suka melihat 1×2×3×4×5 dari melihat 120. Maaf ya kalau keluar topik. Kalau fikir luar kotak, kita mungkin menang bahas, tapi kalau fikir luar tajuk sudah pasti kalah bahas. Sekadar bertukar pendapat dan mengaaplikasikan 1+1=3.


Permata 200-204 25 Mac – 22 Apr Al Baqarah

Oktober 29, 2007

R25 Makanan segera, ilmu segera

Oktober 28, 2007

Salam Segera

1. Nabi Adam adalah mahluk pertama diberikan ilmu yang melayakan ia digelar berakal. Anak-anaknya belajar melalui alam dengan cepat disebabkan zuriat (gen) Nabi Adam. Kadar pembelajaran pada masa itu, ibarat seorang anak yang baru lahir, adalah sangat tinggi. Apabila sampai pada satu tahap keperluan asas sudah ada, pembelajaran mula berkembang dengan lebih perlahan kerana alat-alat mengingat (otak) tidak lagi kosong. Untuk lebih menguasai ilmu, selepas mendapat asas dan awal keselesaan, proses mendapatkannya bertambah sukar dan banyak usaha perlu dilibatkan.

2. Kita perlu memahami ilmu, sebagai terbagi kepada dua pembahagian utama, mengikut kategori sama ada Haliq atau mahluk. Seperti yang telah berkali saya utarakan, carakerja Halik adalah sains dan carakerja mahluk adalah arts. Sebenarnya saya masih bertanggapan bahawa ilmu itu hanya sesuai bagi menghurai carakerja Halik sementara pengetahuan itu adalah carakerja mahluk. Tidak layak sebenarnya carakerja mahluk dipanggil ilmu, tetapi bagaimanapun ilmudan pengetahuan telah diguna secara sinonim dalam bahasa.

3. Ledakan teknologi maklumat (IT Inggerisnya) memberikan lambakan ilmu dan pengetahuan. Bagaimana pun, ketidak-fahaman kita kepada konsep ilmu itu, membuatkan ramai menjadi keliru dengan apa sebenarnya yang mereka dapat. Apakah ia benar-benar ilmu atau ia sekadar pengetahuan. Apa yang kita panggil sebagai berita, ehwal semasa dan yang setara dengannya, kebanyakannya ialah pengtahuan kerana ia menceritakan tentang hal ehwal mahluk. Ambil contoh, terjadinya gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. Semuanya menceritakan hal hasil kerja mahluk. Pergerakan lantai bumi yang sentiasa bergerak.

4. Saya setuju pada dasarnya “artikel bukan gelanggang ilmu. Ia adalah medan mencetus idea. Dalam erti kata yang lain, kita tidak sepatutnya menganggap yang kita telah tahu.” Kalau mengikut tanggapan di atas, buku yang tidak menemui kriteria juga bukanlah ilmu. Kita boleh lihat penghasilan sesuatu buku, journal atau apa pun medianya, berdasarkan kepada kedlaman kajian. Sebelum terciptanya media cetak, ilmu dan pengetahuan sudah ada, secara lisan dan ingat turun-temurun. Perbezaan ketara ialah pengumpulan dan penyebaran ilmu dan pengetahuan itu terhad dengan cara lisan dan ingat.

5. Sesuatu media adalah perantara, sebagai cara untuk memindahkan apa yang ada di minda seseorang kepada seseorang yang lain. Apa yang ada di dalam minda itu sekarang dirujuk sebagai meme. Meme merebak dari individu kepada masyarakat, jauh sebelum adanya media cetak atau tulisan kuno sekalipun. Meme merupakan asas sosial dan manusia adalah mahluk sosial. Manusia mahu memberitahu kawannya dan juga mahu tahu apa yang berlaku dari kawannya. Di sinilah evolusi bahasa lisan bermula, di atas keperluan mengetahui antara satu sama yang lain.

6. Apa bendanya yang perlu diketahui secara sosial itu yang menentukan ilmu dan pengetahuan. Sudah pasti di peringkat awal kemanusiaan, keperluan hidup menjadi bahan pengetahuan utama. Bagaimana menangkap binatang sebagai makanan yang kemudian berkembang kepada bagaimana memanfaatkan tanaman yang ditanam sebagai makanan. Teruslah tamadun berevolusi, dari satu tahap rendah kepada yang lebih tinggi, dari mencari keperluan kemudiannya bertukar kepada mencari keselesaan.

7. Setelah asas keperluan tercapai berserta kelegaan (yang melembangkan keselesaan) manusia diilhamkan dengan konsep ketuhanan. Siapa yang menjadikan mereka? Maka mulalah manusia mencari kebenaran dan erti kehidupan. Allah terus mengajar manusia melalui alam (termasuklah belajar dari binatang, contoh Khabil dan burung Gagak). Lama kelaman manusia mencari cara mengumpul dan menyebar dengan lebih berkesan. Dari lukisan di dinding gua, berkembang kepada kepingan batu, kemudian pelepah dan setiap masa mencari peningkatan sehinggalah sekarang ini media elektronik menyediakan IT.

8. Kita sekarang ini kalaupun belajar, tidaklah lagi banyak belajar dari alam, kerana proses tersebut telah banyak diletakkan di media cetak. Malah apa yang kita kaji pun bukanlah sebagai pengkaji pertama, seperti mana yang saya rujuk sebagai penumpang. Kita menyambung apa yang telah dimulakan oleh pengkaji ynag terdahulu. Kita belajar memahami apa yang telah difahamai oleh orang terdahulu dan membuat pengubah-suaian sekiranya perlu. Semua ini dimungkin berlaku dengan kadar yang pantas kerana adanya media yang berkesan untuk proses pengumpulan dan penyebaran, seperti buku, majalah, journal dan sebagainya.

9. Dalam kesibukkan masyarakat menyediakan keperluan asas kehidupan, tidak dinafikan ramai yang mengambil jalan pintas untuk berilmu dan berpengetahuan. Malah pemberi dan penderma ilmu dan pengetahuan juga berusaha keras mencari cara berkesan menyampaikan dan menyebarkannya. Dengan kepalbagaian ragam kehendak dan kemahuan manusia, ilmu bercabang mengikut persekitaran ruang dan waktu. Yang disedari mengandung kesalahan, diperbetulkan, mengikut selera dan kesesuaian penggunaannya. Timbullah lebih ramai yang hanya sempat menjadi pengguna dari yang sempat mengkaji kesahihan faktanya.

10. Kalau kita ambil wadah terkini paling popular iaitu Wiki, kita akan dapat lihat kepelbagaian ilmu dan pengetahuan yang dipaparkan. Wiki sesikit sebanyak membuka ruang bagi menerima kuasa pasaran (market forces). Mereka hanya menjadi perantara yang inginkan ilmu dan pengetahuan dituliskan sebanyak-banyaknya di dalam ruangan mereka. Pada mulanya mereka menghadkan kepada expertise, tetapi mode ini tidak berjaya dan kemudian ditukar kepada mode kuasa pasaran ilmu dan pengetahuan.

Terasa keluar topik, tetapi atas keperluan membena dasar, postkan juga!


R21 on 27 Oct 2007 at 4:12 am #32

Oktober 28, 2007

Salam Islam

1. Khutbah Jumaat semalam di Masjid X, 200 m dari Masjid/Markaz Khadiani, menegaskan bahawa selepas peristiwa 9-11, salah faham tentang Islam semakin meruncing. Ini disebabkan definasi Islam itu dibuat berdasarkan kepada apa yang dilakukan atau dianuti oleh pengamal Islam tersebut. Saya kira semua pasti setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun kita sepatutnya menukar perkataan Islam dengan Muslim sebenarnya, tetapi saya pasti ramai faham akan maksudnya.

2. Seterusnya penulis khutbah mengegaskan bahawa budaya barat yang maju sekarang ini, semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini. Kejayaan Barat ini juga memang tidak ramai yang dapat menyangkalnya, walau apa alasan yang diberikan termasuklah golongan yang hendak mendamaikan hati dengan mengatakan kejayaa Barat itu hanya semata-mata di dunia dan tidak langsung di akhirat.

3. Saya kira, Islam telah dibena sejak dari Nabi Adam diberikan ilmu oleh Allah dan tidak kurang 124,000 pesuruh Allah terlibat dalam penyempurnaannya dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir. Sebelum diberikan akal kepada manusia, semua mahluk adalah di dalam Islam. Hanya apabila diberikan kepandaian untuk membuat pilihan (berakal) barulah dibebankan tanggung-jawab kepada manusia, dan status Islam itu mula boleh berubah mengikut pandangan penganutnya.

4. Maka berevolusilah kefahaman tentang Islam dari zaman Nabi Adam as, dengan sebahagian cerita-cerita yang berlaku pada anak-anak Nabi Adam diceritakan di dalam Al Quran. Nabi Adam tidak diberikan Kitab secara resmi, hanya diilhamkan kepada keturunannya bagaimana untuk menjalani penghidupan secara terus atau melalui tarbiah dari alam, sehinggalah ke Nabi Seth, barulah diceritakan tentang permberian suhuf kepadanya. Pengajaran asas ketuhanan sudah diterapkan dari mula, tetapi evolusi minda manusia juga berkembang bersama perkembangan tamadun manusia, membuatkan pelbagai pengertian yang berbeza diberikan tentang siapa Tuhan sebenarnya.

5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),

6. Terdapat juga yang tidak mahu mengkategorikan atau menamakan kefahaman mereka dengan nama yang baru, dan terus mengatakan bahawa apa yang mereka anuti itu sebagai Islam, walaupun ia bukan Islam yang asalnya. Di sinilah timbulnya isu Islam Popular … Islam Murahan. Nabi mengingatkan umatnya tentang perpecahan itu menjadi 1:73 (Angka sebenarnya tidak sepenting perpechahannya). Sejurus sahaja kewafatan Nabi Muhammad saw, di kalangan keluarganya sendiri terdapat perpecahan, apatah lagi di kalangan bukan keluarga. Masing-masing membuat penafsiran tersendiri, walaupun masih, pada dasarnya memegang kuat kepada dua sumber utama yang ditinggalkan Nabi saw, iaitu Al Quran dan As Sunnah.

7. Dengan tahap penggunaan akal yang berbeza, maka jurang semakin tebal. Yang terdahulu (Salafi) enggan menerima penggunaan akal sebebas yang terkemudian (Khalaf). Kemudian ada juga Salafi yang mahukan pembaharuan. Maka begitulah, timbul Ilmu Kalam yang kemudian kononnya dipebetulkan dengan pendekatan ilmu yang lain. Akhirnya tiba di Malaysia, timbullah golongan yang menggunakan waktu Subuh atau Maghrib, sebagai masa untuk belajar, pasang telinga sahaja pun cukuplah, otaknya tak pasang penuh, teringat Manchester kalah. Begitu juga yang mengajar, pasang mulut sahaja cukuplah, esok baru bawak otak.

8. Lama kelamaan, yang tertinggal itu ini, yang nampak lobak berbeza, yang pasang tak penuh, menyebabkan isu harga semakin turun naik. Sekejap naik, sekejap turun tetapi puratanya turun, semakin murah. Kerana yang pertamanya, susah nak perah otak secara selamba (natural) ni. Nak kena ada telent, gifated dan seterusnya rajin/pandai mengasahnya. Keduanya banyak pengorbanan masa, tenaga, kesenangan, kedamaian, keluarga dan bermacam lagi yang perlu dibuat. Ketiganya, perah otak tak keluar duit buat apa, penat je!

9. Hukum alam yang dituangkan di dalam mathematik, mengatakan penaburan (distribution) kebanyakan pekara yang berlaku secara semulajadi, termasuk graphical distribution of usage of brain, adalah berbentuk loceng (binomial distribution), di mana 90% duduk di average (biasa) dengan 5% duduk di luar biasa positif (yang mahu menggunakan akal dengan betul), dan 5% duduk di luar biasa negatif (hampas!). Kalau semua 5% positif ni menyalak bukit pun, serak suara letih minda, tetapi macam tadi lah, pasang telinga saja wire tak pasang! Ni bukan giveup, tapi nak berjenaka saja. Selagi hayat dikandung badan ….

10. Di kelas Permata999, kami baru habis Surah Yusuf. Allah berkata, ayat 103 “Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).” Dan 106 “Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”. Jadi … Ustazlah jawab, saya tak reti tentang ni!


R24 on 28 Oct 2007 at 8:40 am #38

Oktober 28, 2007

Salam 1+1

1. Harini, (ibubapa) murid-murid, kita nak berlajar ilmu Hisab (istilah mathematik satu ketika dahulu sehinggalah terlalu ramai pakar hisap, kita pun tun tukar). Gantinama ‘kita’ ni pasal yang jadi chegu pun masih belajar, belajar guna akal atau canggih sikit ‘critical thinking’ atau bahasa umi-nda-nya ‘ilmu mantiq’. Silibus mathematik Malaysia dah jauh sehingga kita dah sampai ke ISS. (Al Fatehah buat adik Sheikh .. walau apa sebab kematiannya). Tapi balik ke bumi, kita ulang kaji bab 1+1, bagi tujuan kefahaman dakwah.

2. Tiga kategori nafsu (Melayunya patut ‘diri’) Amarah, Lawwamah dan Mutmainnah. Diri yang resah, diri pertengahan dan diri yang tenang. Amarah tu sebenarnya ada positif dan negatif … dan sudah pasti di sini kita rujuk yang ‘Amarah bis Suu’ (Mengarah kepada kejahatan). Mana tahu ada adik-adik dan abang adik yang terpengaruh dengan Menteri Kebudayaan Dr Rais Yatim, tidak mahu mengarabkan Bahasa Melayu. Status diri ini juga saya selalu rujuk sebagai ‘Diri yang peka rationalnya’ atau ‘Diri yang peka emotionalnya’.

3. Dalam isu tahu vs mahu, rumusan yang terlibat ialah 1+1=2 (tahu) atau 1+1= Apa saja (mahu). Kini, kita nak belajar apa yang dirujuk sebagai 1+1=3 (synergistic effect). Dari Bhg 13 Teori Darwin – Jet (roket) : Barisan, bulatan dan keadilan. suasana politik sesalunya membuatkan seseorang ahli politik itu terpaksa mengubahsuai rumusan asal 1+1 tidak menjadi 2, tetapi apa sahaja yang pengundinya hendak, kalau tidak susah baginya untuk memenangi pertandingan disebabkan kepelbagaian ragam pengundi.

4. Dalam memahami Islam, terutama orang yang ingin berdakwah, keberkesanan kita mengolah sifat manusia ‘mahu’ perlu diimbangi dengan sifat asas menjadi manusia iaitu ‘tahu’ (manusia tidak menjadi manusia sekiranya tidak kerana akal yang membezakan dengan mahluk lain). Kita tidak mahu, pengolah sifat mahu itu menjadikan situasi ‘Quantity over Quality’, seperti di sentuh dalam Per 5, Bhg 13. Dengan terbentuknya QoQ tadi, kita tidakakan dapat lari dari isu ‘Islam Popular … Islam Murahan’.

5. “Apa yang kita harapkan daripada kelompok sedemikian?”. Soalan yang sama yang selalu difikirkan, sehinggakan kadang-kadang ingin mengapplikasikan “If you cannot beat them, join them!”. Adakah “penceramah perlu mengubah mengikut keadaan” kerana terlalu ramai pakar hisap. Memang “pak cik yang baru sahaja menghabiskan sebatang rokok “dunhill 14? di “berenda” surau” tu nak menguji penceramah (lembut sikt dari mencabar), diri mana yang kita pilih, antara diri-diri yang disebut di per 2 atas tadi. Terus terang saya katakan saya “tidak pernah duduk di kerusi mengajar surau kecil”, tetapi seperti yang pernah Ukhti Shiha nyatakan tempat bekerja itu adalah sesuai untuk kita menyampaikan.

6. “beramallah dengan hukum asas berfikir, iaitu sesiapa yang terkecuali, terkecualilah dia dari andaian ini.” Berhikmahlah pada diri, dengan menjadi peka emotionally secara sementara (seperti Akhi Elbariti masih boleh terus mengajar walaupun telah dicabar). Saya tabik hormat ustaz-ustaz yang mempunyi daya ketahanan tinggi, terpaksa merendahkan minda (walaupun mindanya tinggi) hanya kerana mahu menyampaikan sesuatu pada yang tidak mahu mengetahui lebih dari hukum, seperti Ukhti Kak Ija kata “Audiens cuma nak tahu hukum dan ritual”. Bukan senang nak rendahkan minda untuk orang lain, lainlah kalau anak kita, kerana mereka memang masih kanak-kanak.

7. Kak Ija … Mungkin juga ada yang akan kata, “pengajian saya usuluddin jadi saya hanya boleh sampaikan bab aqidah,” “saya pelajar syariah jadi bagaimana saya nak terangkan mengenai akhlak” Ini isu sebenarnya. Kalau dikatakan agama dan sains perlu dipisahkan, nanti ramai yang kata Islam tidak begitu. Tapi bila soalan susah sikit, dan lupa nak bawak nota ilmu mantiq, mulalah memperkotakkan isu. Yang sepatutnya satu kotak, kita ubah jadi banyak. Islam itu satu. Tiga serangkai (Bukan trinity) Satu tangkai yang ada tiga benda yang bebeza pendekatan. Begitu juga bila saya mendakwahkan sains dan agama sebagai perlu dipisahkan pendekatan tetapi bagi menghasilkan satu tujuan, mengesakan Allah.

8. Apa yang perlu kita perolehi dari Sifulislam.com adalah belajar menghayati 1+1 = 3. Bagaiman kita hendak menghasilkan synergy. Simbiotik relationship? Kesenimbungan tenaga? Ibarat suami dan isteri perlu ada kepakaran berbeza, untuk menghasilkan jangkauan yang luas … tapi pada masa yang sama tidakkah jangkauan berbeza antara kedua ini, juga yang akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan apa yang kita hasilkan tapi dia tidak?. Di ruangan ini begitu juga … Kita nak sampaikan jangkauan kita, yang berbeza, tetapi perbezaan itu tidaklah mahu sampai membezakan atau memechahkan kita.

9. Saya kira tdak timbul isu bila “membicarakan isu2 akhlak kita merujuk kitab2 yang lain”. Asasnya kita telah ke hompage pertama, Al Quran, yang kemudian mengarahkan kita melompat ke halaman lain. Tidakkah kita dapat menerima kenyataan dari khutbah yang saya petik “semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini”. Mungkin kerana kita terlalu lama disogok dengan pemikiran bila syaitan yang berkata, semuanya salah. Tetapi lupakan kita semasa dia memohon dari Tuhannya unutk menggoda manusia? Dia memohon … Allah mengizinkan … Manusia yang tergoda!

10. Semua pendapat dikeluarkan dengan senyuman tanpa paksaan atau desakkan situasi. Kita sama-sama belajar, sehinggalah datang Al Yakin (maut). Bagaimana cara mendapatkan itu, tidaklah perlu dipersoalkan sangat, kuliah subuh ke, magrib ke, atau mimpi sekalipun macam Nabi Yusuf, yang penting, Saifulislam.com ada. Tuangkan di sini dan kita prosess.


R23 on 27 Oct 2007 at 3:57 pm

Oktober 28, 2007

Salam kampus

1. Setelah melihat keluasan konteks berdakwah di dalam siri 1, kini kita membincangkan secara khusus permasalahan dakwah di kampus, yang melibatkan usia awal dewasa (akhir remaja juga). Dari segi method pembelajaran juga berbeza antara kampus dan sebelumnya. Kampus tidak lagi bertanggungjawab untuk menyuap, walaupun banyak mulut hanya tahu menganga sahaja. Dalam kepelbagaian ragam manusia, seperti biasa, terkurang peduli dan terlebih peduli akan timbul. Apa yang dipedulikan itu yang menjadi pertanyaan utama kita, ke arah pembentukan seorang dewasa yang sempurna.

2. Isu asas saya lihat sebagai kelesuan kampus berdakwah berlandaskan ciri-ciri Islam. Masaalah wadah atau jemaah mana yang hendak dijadikan kenderaan tidak begitu penting di kampus, kerana pasarana asas jemaah semuanya sama seperti bermesyuarat, gembira menjadi majoriti – duka terjadinya manoriti, kelas-kelas ilmu (walau apa nama sekalipun) berlandaskan Al Quran dan As Sunah dan pelbagai isu house-keeping persatuan. Penyampaian Islam sejati yang hak berbanding penerapan ciri Muslim pupular, yang menjadi titik tolak, peduli atau tidak patut ditekankan.

3. “Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat.” Kumpulan yang telah lebih lama ditubuhkan akan selalunya tidak melakukan perubahan ketara, berbandingan yang baru ditubuhkan. Hukum semulajadi, yang muda selalunya bertenaga, yang kemudian diterjemahkan menjadi pengalaman apabila menjadi tua. Maka bolehnya kita mengubahsuai diri dalam suasana bebeza, merupakan pelajaran yang paling penting. Kalau boleh kita memang hendak keduanya, kekuatan (dari muda) dan pengalamaan (dari tua), tapi apa kan daya itu Sunahtullah.

4. Tidaklah wajar tujuan jangka panjangnya dikorbankan sama seperti tujuan jangka pendek dan sederhana. Dengan tujuan jangka panjang selari tujuan hidup, tujuan jangka pendek boleh dianjak, sesuai memaksimakan pengalaman dan pembelajaran. “Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah?” itu yang menjadi ramuan utama menukar pengalaman tua dari kekuatan.muda. “Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita” Ia merupakan hasil dari Hukum Garisan (Bhg 16 Teori Darwin), yang mana Pengubal dan Penguatkuasanya tidak tidur, malah tak pernah ngantuk pun, walau seketika.

5. Segala-galanya bergantung kepada aset utama yang menjadikan kita bergelar manusia, iaitu akal. Sekalipun terdapat suara-suara di dalam kumpulan yang megutamakan percaya (ikut) berbanding akal (berilmu), kan kita diajar unutk mengangkat tangan setelah berdebat atau berbahas sesuatu isu. Kalaupun timbul kekuatiran mengangkat tangan, angkat akal anda ke arah mengutamakan ilmu berbanding percaya. Kerana percaya-ikut dan percaya-ilmu itu sangat berbeza, bagaikan langit dengan bumi.

6. Yang menjadi masaalah ialah ketidak-sedaran kita menghadiri majlis yang pada awalnya berbahas dan berdebat, bertukar menjadi majlis murok dan jidal (balah dan belah, lebihkerang begitu!). Yang berdebat dan berbahas sepatutnya tidak memecahkan ummah, tetapi tidak yang bermurok dan berjidal. Ini bukan cerita sampai ankat kerusi lagi, macam yang selalu berlaku di parlimen Taiwan (kerana ramai ahli judo dan tek-won-don nya). Ini cerita yang dalam senyumnya dia tidak berbahas, tepi sebaliknya. Ini cerita yang belum sempat keluar dari dewan, nak daftar pertubuhan baru, punya tak dapat menerimanya pendapat orang lain.

7. Orang-orang yang panas baran tak menentu ni, perlu anti-depressent (tanya Dr paling aktif online, Ukhti Shiha, selain Dr Ummu Saif, hehe percuma ja!) bukan pertubuhan baru, atau kerusi baru (yang lama patah baling ke dinding). Mereka perlu serotonin baru, agar mindanya jadi baru, terbuka. Tak nafikan serotonin baru memerlukan darah baru, (tunggu tiga bulan aja dapat darah baru), tak perlu infuse. Darah baru ini perlu dijaga supaya tidak tercemar dengan unsur-unsur kejahatan kerana memang jelas ajen-ajen kesyaitanan itu merayap ke minda manusia melalui darah. Tak ada darah pulak tak jadi manusia, nak elak tercemar oleh anasir-ansir jahat.

8. Wahai darah-darah muda di kampus, perkuatkanlah iman dengan mengikuti nasihat Ustaz Hasrizal untuk mengembara mencari Tuhan, dikhuaitiri yang dah dijumpai itu version lama, dari Muslim-muslim yang hanya menyokong eksperiment World Trade Center dan banyak lagi eksperiment ketahanan badan di Palestain. Kalau dikatakan mereka panas baran sudah pasti mereka tak terima, kerana masa eksperiment mereka senyum dan relahati, malah bertakbir (Discovery Channel Malaysia potong tang takbir ni). Tumpukan minda muda dalam mempelajari Sunahtullah (sudah pasti disamping Syariat Allah) dan jangan asyik dengan mencari bahan membuat eksperiment baru. Ujikaji di lab U dan ulangkaji pelajaran jauh lebih penting.

9. Kepada yang sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik yang hanya berpeluk tubuh, pastikan bersedia dengan surat tunjuk sebab, kerana modal perniagaan yang telah diberikan Allah, tidak berikan dengan pecuma sahaja untuk keadilan sejagat, bukan kerana Dia nak untung, tapi kerana Dia nak kita untung, pasal Dia tak pernah rugi. … Apa kurang dengar ! … Anda berdakwah .. tapiiii orang kata anda tidak! OK lah jawab di sana bukan di sini.

10. Oleh itu penting berdakwah, kerana ada Nabi yang berdakwah hampir beribu tahun, tapi dapat hanya beberapa orang pengikut sahaja (yang tulin lah ni, pengikut biasa ramai). Semuga kampus menjadi medan untuk menimba ilmu dan pengalaman, termasuklan bab seru-menyeru kepada kebenaran ni.


R22 On 27 Oct 2007 at 1:30 pm

Oktober 28, 2007

Salam Seru

1. Dal (d) dan Ain (c) ialah kata asas yang akan kita rujuk di sini sebagai dc (bunyi dac’) bermakna seru, yang kemudiannya membenuk perkataan doa, dakwah, da’ie (membawa makna seru, sampai, tukang seru). Perkataan yang juga hampir dengan dc, iaitu, Nun (n) dan Ba (b) pula, yang dirujuk sebagai nb (nab) yang bermaksud sampai, beritahu kemudiannya membentuk perkataan nabi (penyampai). Dan Nabi saw menyampai seruan kepada Islam dengan berdakwah selama 23 tahun, contoh ayat. Melayunya, perkataan yang berkaitan ialah pendakwah, da’ie, penceramah agama, penyeru ke jalan benar dan sebagainya. Setakad ingin memahamkan istilah.

2. Keperluan berdakwah (menyeru kepada kebenaran), boleh dilihat kontek sepenuhnya dari pecahan lanjut rukun Ikhsan, yang mana dalam memastikan keberkesanan cara kita beragama (beribadah kepada Allah) untuk mencapai tujuan (mentauhid dan mengenal Allah), kita mesti menafsirkan ‘seolah-olah Allah melihat kita’ kepada 4 katerori perhubungan. Hablum (hubungan) dengan Allah (1), dengan mahluk selain manusia (persekitaran, 2), dengan sesama manusia (3) dan dengan naf (diri kita sendiri, 4). Keperluan pecahan no 4 itu, adalah kerana kita ini sebenarnya ialah roh, yang diberikan jasad. Jasad yang ada di dunia akan hancur ditelan bumi sebelum diberikan jasad baru di hari kebangkitan. Bagaiman kita-roh mengawal diri-jasad, menentukan hasil!

3. Walaupun menyeru kepada sesama manusia yang selalunya dititikberatkan, agar manusia lain (yang kita rasa tak betuhankan Allah) supaya mentauhidkan Allah, keberkesanan menjalankan penyeruan itu banyak bergantung pada kejayaan kita menyeru pertama sekali diri kita sendiri dahulu. Kalau kita tidak jelas dalam memberitahu kepada diri, maka apa yang akan disampaikan kepada sesama kita manusia, juga sekabur kabus keimanan yang berlegar diingatan kita, kemudian di tambah lagi dengan ketidak-berkesanaan (inefficiency) semasa menyampaikan idea kepada orang lain.

4. Faktur keseluruhan kedua yang perlu dilihat ialah, pada jasmani mana pendakwah itu sedang menjalankan penyeruan? Kehidupan manusia di dunia, melalui 7 peringkat umur, seperti dicatit di Bgh 7 Teori Darwin, Per 4, antaranya kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Samada disedari atau tidak, perkara 2 di atas, boleh dilaksanakan oleh kemua 7 peringkat umur, dan sudah pasti kita perlu memahami perbezaan berdakwah diperingkat umur yang berbeza.

5. Apakah kita perlu berdakwah? Sudah pasti ya!, dan semua peringkat umur (per 4) dan peringkat perhubungan (per 2) dengan silibus tersendiri. Ditambah pula ada kenyataan yang mengesyurkan “sampaikanlah walau sepotong ayat” dan “sampaikanlah dengan berhikmah”. Kesemuanya perlu difahami dan diimbangi untuk menghasilkan penyeruan yang berkesan kepada sesiapapun. Kalau kita selasa dengan hanya merasa cukup dengan sepotong dua ayat, semasa menyeru, maka jangan pula mengharapkan ummah yang berilmu lebih dari sepotong dua ayat.

6. Ketika remaja (sekolah menengah) dan awal dewasa (sekolah tinggi termasuk U), manusia berada di peringkat jasmai yang sangat bertenaga, darah muda, berkobar-kobar dengan sepotong dua yang ada, memandang berhikmah dari sudut darah muda, maka dalam apa sahaja peluang, terutama di kampus, berebut-rebutlah semuanya cuba mengapplikasikan teori yang ada. Tanpa disedari, dalam kegirahan darah muda dan pengalaman muda, mahu mengatasi tahu di dalam membuat tindakan. Maka 1001 jenis pendekatanlah timbul, sesuai kemahuan manusia yang pelbagai.

7. Jadi perubahan jasmani (tenaga) dan rohani (pengalaman) menghasilkan perubahan silibus dakwah, bak kata Ustaz “Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad’u dan diri yang da’ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua ..” . Jika dulu banyak waktu boleh dihabiskan untuk kawan, ia berbeza apabila yang ‘wajib baru’ datang, isteri dan seterusnya anak-anak. Pembahagian dari satu (kawan sahaja) dah jadi sekurang-kurangnya kepada tiga, sebagai contoh, kerana tak masukkan kerjaya (teman sejati mengejar ekonomi).

8. Kadang-kadang dakwah perlu dipandang dari sudut berbeza. Leadership by example. Kepimpinan melalui tauladan tidak memerlukan sepatah perkataan pun, sebaliknya penyampaian nilai-nilai murni kehidupan melalui contoh pembawaan diri kita sendiri. Kerana kurangnya penerapan berhikmah kepada diri sendiri, masyarakat sekarang memang tidak melihat ‘kepimpinan melalui tauladan’ sebagai sumber berdakwah yang utama. Kita lebih peka kepada mendengar bahasa lisan dari melihat bahasa badan. Yang menjadi masaalah kadang-kadang, ialah kepekaan yang tersalah letak, kepekaan emosi berbanding kepekaan rational.

9. Pekara pertama dalam berdakwah, pada hemat saya, ialah memperbetul cara berdoa kepada Allah. Ingat dahulu ‘Berdoa syrik, tak berdoa kufur’. Asyik menyeru dan mengingatkan Allah untuk Dia melaksanakan kerjaNya sahaja, tindakan seterusnya yang sepatutnya timbul dari seruan sebenarnya, tidak dilaksanakan. “Ya Allah, panjangkan umurku, murahkan rezekiku (dapat naik jadi CEO), bukalah pintu hati umat Islam kepada kebenaran dan sebagainya” contoh berdoa. Tapi tak sedar dah jadi CEO dengan hantaran 5555.55 dulu, dengan kompang riuh senegeri, tak semualah, tapi yang ganti dengan joget lambak pun ada!

10. Kalau kita berkorban tenaga dan waktu mengenali Allah, dengan mengenali carakerjaNya (Sunahtullah), kemudian mengamalkan penelitan pelajaran tersebut di dalam kehidupan sesuai SyariatNya, Qadar Allah akan menentukan kejayaan sebenar kita berdakwah. Tak kisahlah apa pandangan dari orang lain, yang mungkin mengatakan kita tidak berdakwah dari sudut mereka, yang penting kita sudah berdakwah di sisi Allah, penentu kedamai abadi.


Permata 361-367 (6-13 Swl = 18-25 Okt) Surah Yusuf

Oktober 26, 2007

Surah Yusuf

1. Surah Yusuf ini terdiri dari 111 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah. Surah ini dinamakan Yusuf adalah kerana titik berat dari isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf as. Riwayat tersebut salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw, sebagai mu’jizat bagi beliau, sedang beliau sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahuinya.

2. Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab “Ad Dalail” bahawa segolong orang Yahudi masuk agama Islam sesudah mereka mendengar cerita Yusuf as ini, kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita Yusuf as ini, Nabi Muhammad saw mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.

3. Surah Yusuf ini seluruh isinya berkisar pada cerita Nabi Yusuf as dan saudara-saudaranya berserta orang tua mereka. Cara penurunan kisah Nabi Yusuf as ini kepada Nabi Muhammad saw berbeza dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain, yaitu, kisah Nabi Yusuf as ini khusus diceritakan dalam satu surat, sedang kisah-kisah nabi-nabi yang lain disebutkan dalam beberapa surah.


Permata 359-360 (4-5 Swl = 16-17 Okt) Awal Raya

Oktober 26, 2007

Selepas bercuti dari 11-Oct sebihgga 15-Oct, kelas dimulakan kembali menyambung ayat 77 Surah Hud sehingga akhir, ayat 123. Tiada huraian panjang dibuat, hanya membaca ayat dan huraian pendek, sempena berhari raya.


Permata 334-358 (1-28 Ram = 13 Sep – 10 Okt) Bulan puasa

Oktober 25, 2007

1. Sepanjang bulan Ramadan masa pengendalian kelas Permata menjadi pendek kerana berbuka puasa dan bersedia untuk bersolat Terawikh. Tiada huraian lanjut diadakan, sebaliknya bilangan ayat-ayat yang dibaca ditambah sedikit, sebagai menghormati bulan Ramadan. Dari ayat 162 Surah Al Araaf (Jujuk 9) hinggalah ke ayat 76 Surah Hud (Juzuk 12). Surat Al Anfaal, surah ke 8 dengan 75 ayat (Harta rampasan perang) termasuk di antaranya


R20 On October 22, 2007 @ 5:57 pm

Oktober 24, 2007

Perasaan Yang Membunuh Perbahasan

Salam stamina

1. Masaalah terkurang dan terlebih keyakinan telah disentuh dahulu. Bukan bermakna tak nak sentuh lagi. Selagi semalam makan, harini makan dan esok pun makan, begitulah seharusnya isu-isu perlu disentuh, bagi menjadi makanan rohani iaitu kepada akal yang sentiasa juga lapar. Janganlah sampai kita hanya mengingatkan selera tekak sahaja tanpa mahu sentiasa mengingati selera otak, yang perlu kepada pemakanan yang sesuai juga setiap hari. Apabila terkurang makan, akal kita pun susah nak tahu terkurang ke, terlebih ke, keyakinaan diri kita membuat sesuatu.

2. Yang nak disentuh, pertamanya, adalah tambahan yang Ustaz buat, “jangan jadikan sesiapa sebagai idola sebab idola itu ialah subjek sembahan”. Dan pemikiran yang beridolalah yang boleh disalahguna oleh perasaan, sehingga luput keyakinan kepada diri sendiri. Segala-galanya hendak dirujuk kepada idola, macam-mana idola buat itu dan ini, tanpa mahu mengetahui, kadang-kadang idola yang diikutinya itu menjadi bosan dengan perangai pengikutnya. Tak kurang juga, ada yang mengambil kesempatan mengetahui si idola mempunyai pengikut yang ramai, apa kata kalau diexploit dengan menjadikan satu perniagaan.!

3. Orang Yahudi, yang mengaku mereka sahaja umat terpilih Allah dan sombong kerana kononnya mereka dari isteri tuan dan bukan isteri hamba (pembantu) dari keturunan Nabi Ibrahim ra, mempunyai kecenderungan memperlekeh, mempermain dan memperkecil nabi-nabi Allah yang diturunkan kepadanya. Beberapa generasi selepas itu, berdasarkan sejarah yang diamati, penekananan orang yang diberikan Kitab oleh Allah, tersasar juga dalam membuat pembetulan, dengan terlalu mengidolakan nabi mereka, sehingga nabi mereka diangkat menjadi anak Tuhan. Nastaghfirullah, manusia ni, susah betul, sekejap terkurang sekejap terlebih, nak cari yang ngam-ngam (pinjamlah bahasa warga Cina kita) susah betul.

4. Sebab itu, mencari garis pemisah atau kedudukan ngam-ngam ni memang susah. Kalau terkiri sedikit jadi Qadariah, maka menganjaklah ke kanan, tup-tup, jadi pula Jabariah. Macam cerita ini salah itu salah, jadi semua serba salah. Dan Sunahtullah pula tidak menyebelahi mereka yang serba salah. Perlunya keyakinaan memang terpapar di dalam kejadian alam semula jadi. Keseluruhan tamadun manusia terbena dari keyakinan diri individu yang kemudiannya disatukan sebagai sebuah masyarakat.

5. Kepekaan bertindak mengikut suasana persekitaran adalah ciri-ciri asas kehidupan yang dipaparkan di dalam pengamatan Darwin. Kebolehan beradaptasi kepada pembaharuan, samada jasmani atau rohani, menentukan kejayaan sesuatu kaum menjadi penaraju tamadun dunia. Berevolusi, berubah mengikut bentuk spiral staircase (walaupun ini hanyalah ibarat, yang tidak begitu tepat menghurai proses evolusi). Tetapi itu yang perlu ada pada kita untuk kesinambungan hidup.

6. Mengnikmati keranckan Malaysian Idol yang lahirnya dari American Idol, kesedepan KFC sehingga menjilat jari, kejantanan Shah Rock Khan dan sebagainaya, mestilah dilaksanakan dengan penuh keprihatinan minda. Kalau kita menonton cerekarama di TV, jangan jadi penonton semata. Fokuskan pemikiran kita kepada menjadi penerbit, pengarah atau penulis cerita, agar kita faham yang menyapu airmata itu adalah disebabkan oleh kejayaan kita mengolah suasana. Oleh itu apabila kita keluar di dunia nyata, kita tahu untuk membuat kira-kira.

7. Memang benar kekalahan kita sebagai Muslim selalunya kerana bukan kerana dipintas, tetapi kerana kekurangan nafas. Kekurangan kerana sikap tidak mahu berlatih sebelum memasuki gelangang bertanding. Ingat dulu, kalau padang kosong, kita tak hendak menjadi pertama yang ke padang. Ada keluangan masa kita tidak berlatih untuk mendapatkan stamina. Kita telah dibekalkan dengan segala petunjuk dan rujukan, kita syairkan dan dendangkan sampai lupa nak mengambil teladan. Bila bukan-Muslim mula berlari di padang, tercungap-cungaplah kita menerjarnya kerana tak berlatih mencari nafas.

8. Bila dah kalah kerana kekurangan nafas, tak terima pula yang kita perlu berubah. Belajar dari kesilapan. Dituduhnya lagi pemenang berkonspirasi dengan pengadil. Kita yang tak punya stamina, macam mana nak keluarkan masa pertandingan. ”Orang yang tidak memilik sesuatu, tidak memberi apa yang tidak dimilikinya itu”. Yang tidak ada pada dirinya, hendak dikelukarkan sementara untuk diperiksa (buat kira-kira), sampai unta masuk lubang jarum, baru berjumpa benda tu! Mengejar bayang-bayang, kalau berstamina pun, letih mengejar tapi tak dapat.

9. Yang sulit sedikit ialah apabila kita berusaha berlari laju, mereka yang tak dapat mengejar menyalahkan kita belari terlalu laju, sehingga tak terkejar, katanya. Mulalah digunakan emosi-emosi negatifnya menyusun cerca. Ujub, riak, takkabur dan yang setara, terkeluar dari mulutnya mengata. Baik sikit berligar dibenaknya. Bukan tak kasi guna emosi tu semua, tapi gunakannya secara sementara dan dengan tujuan yang berguna. Berhemah pada diri, itulah maknanya. Jangan sampai disalah guna. Tak akan berjaya, hanya badan yang merana.

10. Idea datang hasil dari keyakinan yang dijaga dan di bela. Bak penutup Ustaz, “Jika kita hadkan contoh kepada tokoh-tokoh Muslim seperti Tahtawi, al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, Sayyid Ahmad Khan, Maududi, al-Banna, Sayyid Qutb malah Iqbal dan Fazlur Rahman, nama-nama ini mungkin tidak dapat berdiri dalam tradisi keilmuan kita jika kritikan mereka dipadam oleh tuduhan bahawa mereka ini perasan bagus dan sebagainya. Kritikan mereka sungguh tajam, dan kerana ketajaman kritikan itu, mereka berjaya mengemukan pelbagai idea yang kurang kelihatan di mata banyak.” . Cuma macam kena ubah ayat sebelumnya “Saya yakin, mustahil akan lahir idea-idea yang bernas di dalam seluruh sejarah manusia jika budaya kita ini menguasai perbahasan.” Buang ‘mustahil’ atau tambah ‘tidak’ atau ‘tiada’. Agaknya!

Terima kasih


R19 On October 21, 2007 @ 1:28 am

Oktober 23, 2007

Jangan Kecil Hati: Nasihat Teman Bekalan Perjuangan

Salam emosi

1. Kecil hati adalah salah satu dari 44 warna emosi yang dibekalkan kepada manusia untuk digunakan semasa berada di dunia. Emosi adalah sebahagian dari hati, jiwa yang juga perantara Roh dan Jasad. Tanpanya manusia tidak dapat mengnikamati kepelbagaian suasana perasaan dan seterusnya menjadikan hidup tidak berwarna. Bagaimanapun kehadiran jiwa dan emosi, juga boleh menjadikan manusia berkebolehan menjadi jatuh ke taraf yang sangat rendah, sebagaimana firman Allah di surah At Tin berhubungnya.

2. Allah juga mengesahkan di dalam ayat yang lain, berhubung keadaan fitrah manusia yang sentiasa berada di dalam keadaan resah gelisah melainkan yang mengambil ubatNya. Penggunaan emosi marah banyak disentuh sebagai memberi laluan kapada syaitan untuk menguasai jiwa manusia. Kecil hati, besar hati, iri hati, makan hati, sakit hati, dan bermacam lagi semuanya berhubungkait dengan emosi dan jiwa manusia. Walaupun kebiasaannya dikategorikan sebagai sikap negatif, tidak dinafikan bila kita menggunakannya dengan berhikmah kepada diri, sudah pasti ia boleh menjadi sesuatu yang positif.

3. Bagaimana manusia boleh sampai berkecil hati? Kepada siapa sebenarnya ditujukan kekecilan hatinya itu? Atau lebih halus lagi, bagaimana manusia boleh sampai tidak dapat mengawal pengecilan hatinya kepada sesuatu yang berlaku di sekitarnya? Walaupun selalunya proses kecil hati ini berlaku semasa berhubungan sesama manusia (hab lum minan nas), kita perlu melihat lebih dalam dari jasad manusia itu, untuk memahami kecil hati bagaiman yang boleh menukar polariti pengunaan emosi ini?

4. Seperti yang pernah disentuh dalam artikel lepas, kepekaan yang positif adalah apabila ditujukan lebih kepada kepekaan akal rational berbanding akal emotional (hati). Tidak menggunakan emosi bermakna kita memasukan diri kita di dalam kategori tidak bersyukur, seperti petikan Ustaz, “Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur”, tetapi tidak dapat mengawal pengunaannya juga akan menjadikan kita, juga tidak pandai bersyukur. Tidak bersyukur pertama kerana tidak menggunakan ciptaan Allah dan tidak syukur kedua kerana tidak dapat menghayati petunjuk dariNya berhubung cara pengunaa emosi tersebut dengan betul.

5. Isu buat salah, tak buat pun salah ini banyak terdapat di dalam perlaksanaan ibadah kita seharian. Ambil tiang agama, iaitu sebagai ibadah paling utama yang mengetuai ibadah yang lain, Allah memberikan amaran juga kepada mereka yang bersolat, sekeras amaran kepada mereka yang tidak bersolat. “Berdoa syrik dan tak berdoa kufur”, adalah satu contoh lagi. Berdoa ibarat aysik mengarahkan Allah melakukan sesuatu untuk mereka, sedangkan Allah Maha Tahu apa yang Dia perlu buat, bersesuaian dengan Qodo’ dan QadarNya. Tak berdoa pula melambangkan kesombongan seseorang tidak mengharapkan bantuan dariNya.

6. Memahami Allah sebagai CEO sebagaimana terpahat dipemikiran Ustaz Hasrizal, membantu dalam merungkai permasaalahan ‘itu salah, ini pun salah’. Walaupun sangat terbatas tugas sebagai CEO kepada Allah, ia memberikan sedikit sebanyak kefahaman kenapa pengunaan emosi tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan tidak boleh juga dibiarkan mengawal diri kita. Sebagai manusia kita diberikan pilihan dan petunjuk dalam melaksana tugas seharian kita di bumi ini. Dari permulaan kejadian yang terbaik (ahsanal takwim), terpulang kepada kita untuk menjadikannya yang terburuk (asfala sa pilin). Semuanya bergantung kepada memahami kehendak (iradah) dan ketentuan (qadar) Allah melaksanakan kerja ‘buat salah tak buat pun salah’.

7. Kalau kita berpanjangan berkecil hati selepas mendapat sesuatu yang baru pada akal rational kita, seperti petunjuk atau nasihat baru, maka kita sebenarnya gagal mengwal penggunaan emosi kita, dan kita sebenarnya tidak berhikmah kepada diri. Jauh lebih buruk dari itu, apabila tindak tanduk kita selepas itu, berlandaskan kepada kekecilan hati tersebut, yang membuatkan akal rational menjadi bukan pemain utama. Maka berterusanlah pengunaan ciri-ciri emosi bersilih ganti dari kecil hati kepada sakit hati menjadi iri hati dan pepatah Melayu menyudahkannya dengan ‘ikut hati … mati’

8. Yang menyulitkan sedikit adalah apabila yang mengharapkan perhatian itu terbena dari yang pandai memberikan perhatian. Kerana kebiasaannya memberikan pujian kepada orang lain (dengan tujuan disedari atau tidak, baik atau buruk) dia mengharapkan balasan yang sama kepada dirinya dari orang lain. Apabila tidak mendapat balasan yang sama, maka kecillah jadi hatinya. Sekiranya lintasan kecil hati itu, dapat memperbetul tujuan dia memberikan pujian kepada orang lain, positiflah kecil hatinya, sekiranya tidak, sebaliknyalah yang berlaku.

9. Pucuk pangkal, segala kerja dilaksanakan manusia tidak lari dari, yang menjadi tiga serangkai dalam agama, iaitu rukun Iman, Islam dan Ikhsan. Rukun Ikhsan menyatakan, untuk kita melaksanakan sesuatu seakan-akan Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita lakukan. Iaitu kerana Dia. Kalau kita gunakan emosi kecil hati atau emosi-emosi lain kerana Allah, sudah pasti batasan menggunakannya telah digariskan di dalam buku panduan, Al Quran.

10. ‘Berhati-hati dan teruskan memberi perhatian’ bukan sahaja nasihat untuk kita semasa memandu kenderaan di jalan raya, tetapi jauh lebih penting semasa memandu kenderaan jasad kita di dunia menuju ke hari akhirat. Jangan sampai kenderaan jasad kita mendapat kemalangan ketika memecut laju, mengejar bayang-bayang di dunia, dan berkecil hati apabila tidak dapat pujian selepas menjadi pemandu berhemah, berbanding mendapat saman sekiranya menjadi pemandu tidak berhemah.

Terima kasih.


R18 On October 17, 2007 @ 11:24 am

Oktober 22, 2007

Desa Mati, Kota Sesak Separuh Mati

Salam pencarian

1. Satu daripada pekara yang selalu saya lakukan semasa berziarah ialah mencari sanak-saudara dan memperbesarkan lagi carta susun galur ahli keluarga. Setakad ini tidak kurang dari 4000 nama-nama ahli keluarga dari sebelah saya dan isteri telah tertacat di dalam komputer. Yang menyeronokkan ialah ia memberikan sebsb untuk pergi ke kampung-kampung yang sebelum ini saya tidak kenali. 7 generasi telah dipeolehi dan ianya berasal dari Jawa Tengah dan Minangkabau, Indonesia.

2. Projek yang dijalankan semasa raya ini, selaras dengan situasi selalunya ahli keluarga akan pulang ke kampung ketika berhari raya. Ia juga mengambil kesempatan sementara ibu ayah masih ada di dunia dan merekalah yang boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga diperingkat atas dan menceritkan sejarah keluarga di zaman lampau. Saya melakukan ini selepas melihat satu program di Discovery Channel tahun 2000 yang menghunung-kait satu puak/kaum dengan kaum yang lain.

3. Di dalam projek tersebut yang ditaja oleh IBM dan Discovery Channel, tujuan utamanya ialah mencari ‘Scientifik Adam’. Hasil dari kajian tersebut Adam dianggarkan hidup sekitar 50,000 tahun dahulu dan berbangsa Afrika (hitam gelap tidak seperti lukisan kebanyakan orang Kristian bahawa Adam itu putih melepak seperti mereka). Program ini juga mengkaji bagaimana pepindahan manusia pada awal sejarah mereka. Setiap tahun program ini diperbaharui dengan lapuran-lapuran terkini tentang 2000 generasi manusia yang telah menduduki dunia sehingga hari ini yang kini berjumlah 6 billon orang. Dianggarkan jumlah orang yang telah hidup berjumlah tidak kurang 10 billion (4 bil yang telah mati dan 6 bil yang masih hidup).

4. Oleh kerana nenek saya mempunyai adik beradik yang ramai dan keadaan politik semasa yang membuatkan ramai orang kampung ke bandar Singapura, maka sebahagian besar dari mereka menetap di Singapura dan membentuk rumpun Melayu di Singapura. Saya sendiri pun dilahirkan di Singapura. Dengan senerio ini, perjumpaan keluarga (Singapura-Malaysia) selalunya dilakukan dengan menetapkan hari perhimpunan keluarga. Terakhir yang saya hadiri dilaksanakan di sebuah resort di Melaka, dengan di hadiri oleh lebihkurang 500 ahli keluarga.

5. Maka sambutan Aidilfitri memberikan peluang menghubung-kait orang-orang yang bukan sahaja berdarah keluarga secara langung, tetapi juga yang berdarah keluarga melalui proses perkhawinan. Memang kadang-kadang sensitif, apabila terdapat satu bapa banyak ibu dan tak kurang juga satu ibu dengan berlainan bapa (tidak pada masa yang sama semestinya). Dan sambutan Aidilfitri juga memberikan peluang untuk ke kawasan pekampungan baru, di mana proses pencarian keluarga baru ditemui.

6. Sudah pasti kemajuan pesat Malaysia menghasikan pembangunan ekonomi dan seterusnya perkembangan fizikal. Di kebanyakan kampung perkembangan pasarana dipacu oleh kehendak orang kampung mahukan kemajuan melalui parti politik yang mereka harapkan. Dari jalan-jalan tanah merah, kebanyakan kampung telah dilengkapi dengan jalan tar, kemudahan letrik dan yang lainnya. Masjid-masjid lama berubah wajah menjadi lebih ceria, secara phisikal. Maka timbul trend baru, ketika berhari raya, traffik jam yang berlaku di kampung.

7. Tidak dinafikan ada kampung yang menjadi pupus tetapi saya kira, bilangan kampung yang berkembang jauh lebih banyak dari yang menjadi pupus. Tidak juga dinafikan perkembangan pesat phizikal tidak melambangkan perkembangan rohani yang serupa. Kedua-duanya (perkembangan jasmani dan rohani) kadang-kadang semacam tidak serasi bersama. Walaupun itu yang menjadi tema utama blog Ustaz ini, kita tidak dapat menolak bahawa faktur manusia itu sendiri yang menentukan segalanya, bukan teori-teori ekonomi, pembangunan, politik yang bermasaalah.

8. Rakyat yang memilih parti pemerintah, yang selalunya dinasihatkan (melalui ceramah politik pilihanraya) oleh pemimpin-pemimpin setempat (tidak kurang juga peranan ahli agama seperti tok imam, guru pengajian, dll) dalam memastikan idea pembangunan yang ideal diserap oleh penduduk kampung. Penduduk kampung pula, secara keseluruhan mudah terpengaruh dengan sesuatu isu, tanpa mahu memikirkan kesan jangka panjangnya. Tidak kurang juga yang kononnya mahu mengasingkan diri, kerana tidak bersetuju dengan pembaharuan yang dibawa. Semua inilah yang telah menghasilkan suasana Malaysia sekarang ini.

9. Akhir-akhirnya dalam semua permasalahan manusia ia tertumpu kepada isu mahu dan tahu. Orang kampung (termasuklah orang Taman perumahan di bandar, contoh Kg Baru) semua mahukan pembangunan fizikal, tanpa mahu mengambil tahu apa kesan sebenar kepada apa yang mereka mahukan. Sikap cretionist yang pernah saya sentuh, bagaimana manusia mahukan sesuatu mengikut nafsu tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengawal nafsunya setelah pembangunan itu tercapai. Secara purata ramai yang hanya mahu tetapi tidak tahu kesan sesuatu tindakan ayng diambil.

10. Akhirkata, cerita Hariraya sudah pasti membawa kita kepada padangan dari sudut berbeza, kerana secara fizikalnya kita berubah suasana dari persekitaran hari kerja biasa kepada persekitaran tempat yang dilawati. Yang penting, walau di mana kita, kita masih tidak lupa membawal akal fikiran kita untuk menganalisa keadaan di mana kita berada. Dan perlu diingat tiada sesuatu berlaku tanpa pilihan manusia dan keizinan Allah swt. Maknyanya, walaupaun kita tidak menyukai sesuatu suasana, ia adalah pilihan popular (terbanyak) dari saudara-saudara kita. Yang Islam khususnya dan alam amnya.

Selamat berSyawal.


R17 On October 16, 2007 @ 9:01 am

Oktober 21, 2007

Catatan Sunyi di Pagi Aidilfitri 1428H

Salam Takbir

1. Allahu Akbar x7 walilLahhil Hamd. Segala puji hanya untukNya (‘Az wa Jal) kerana Maha Besar Kuasa, Status, Ilmu dan Segala-galanya, telah memberikan hakguna sepenuhnya kepada mahluk apa yang menjadi hakmilikNya. Di dalam proses cuba mengingati fitrah (asal kejadian) tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa kita berasal dari tiada, dan dengan ArRahman dan ArRahimNya dapatlah kita mengnikmati suasana Aidilfitri buat sekian kalinya, bersama keluarga, sanak-saudara, jiran-tetangga, rakan taulan dan warga alam seluruhnya.

2. Penghidupan Aidilfitri sudah pasti, dalam bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan berzikir mengingatiNya, haruslah disulami dengan ingatan yang bukan sahaja menyebut namaNya, tetapi lebih bermakna jika jasaNya (menghayati carakerjaNya), berlegar-legar di dalam ingatan bagaimana segalanya boleh berlaku. Tanpa ibu-bapa kita tak ada di dunia, tanpa evolusi tiada pula ibu-bapa kita dan alam ini sebagai pasarananya. Begitu juga tanpa nafsu, mungkin tiada keriangan yang datang bersama Aidilfitri.

3. Menjadi trend, buat generasi semasa, ibubapa selalunya di kampung. Jadi berduyun-duyunlah warga bandar pulang ke kampung, dengan apa acara sekalipun, untuk mendapatkan puncak kemeriahan dengan menzairihi ibu-bapa terutamanya, selain dari keluarga mereka dan yang lainnya. Bermaaf-maafan dan bersama-sama meluahkan rasa, apa yang telah dilaksana seharian, sepanjang tidak berjumpa. Sudah semestinya Aidilfitri bukan hanya harinya, tetapi dengan kemeriahan suasana, ia akan lebih bermakna.

4. Zuriat kita memerhatikan segalanya. Segala tingkahlaku ibubapanya terhadap atuk-neneknya dan saudara-maranya, bagi yang mula berfikir, teringat mereka, cerita-cerita di TV yang bermacam ragam bentuk cerekarama manusia. Di sebalik agenda-agenda ceria, terselit juga episod-episod duka, kerana nafsu durjana. Harta ibubapa, milik siapa agaknya?. ‘Aku kan abang’ atau ‘aku yang menjaga kampung’ atau bermacam helah manusia mencari cara mendapatkannya, walaupun harta pusaka dah jelas hukumnya. Maka yang berdamai cantik akhir ceritanya, yang terikut nafsu durjana, masam mukanya. Hancur Aidilfitrinya.

5. Tok khatib pula memainkan peranannya. Bila lagi yang dirasakan peluang baik untuknya, menyampaikan hasrat terbuku di hatinya. Kisah manusia dan suasana persekitarannya. Hari biasa tak ramai pendengarnya, Aidilfitri kepadatan masjid luarbiasa. Maka kalau khutbahnya menyentuh masaalah remaja, selalau yang lupa di bawa adalah ‘cermin’nya. Di mana tumpah kuah, kalau tidak ke pinggannya?. Remaja muda menjadi tajuk berita, apa kurang remaja tuanya (badan dah senja, tapi hati masih muda, berkobar-kobar semangat nafsunya). Sikat rambut kita, betullah bayang-bayang di cerminnya. Marahkan cermin tiada hasilnya. Kalau pecah, lagi teruk padahnya!

Selamat Hari Raya.


R16 On October 16, 2007 @ 9:24 am

Oktober 20, 2007

Selamat Hari Raya… Taqabbalallah Minna wa Minkum!

Salam teringat

1. Setuju kata Akhi Riyod, ‘quote sperti diatas sudah biasa ana dengar, tapi olahan mengaitkan dengan ramadan’ membuatkan ia lebih bermakna. Teringat perangai Al Asad (kalau tak keterlaluan) sahabat Nabi saw yang tidak menerima kewafatan Nabi. Maka peringatannya ialah jangan di dewakan Nabi, cukup sekedar di muliakan dan dihormati, dengan mangambil iktibar dari pengajarannya.

2. Di akhir surah Al Baqarah disebut supaya kita tidak membezakan antara rasul-rasul, jadi setiap kali kita memuji Nabi saw, ada 24 lagi (atau 312 mengikut sumber yang lain kalau tidak 124,000 orang nabi-nabi) yang perlu diingati bersamanya. Islam itu tidak bermula dengan Nabi Muhammad saw. Kalau orang bukan Islam yang mengatakan begitu, tak mengapa, tetapi terlalu ramai Muslim yang hanya mahu mengingat Nabi saw sahaja, dengan tidak mengingat nabi-nabi lain.


R15 On October 6, 2007 @ 12:07 am

Oktober 19, 2007

Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik

Emak pelik

Salam semua

1. Saya tertarik dengan petikan Akhi Riyod “Aku kan Abang, (Aka)” yang sekarang ni selalu didengar .. lupa di mana?. Yang penting ia ada sains dibelakangnya. Aka ialah turutan peristiwa. Anak yang Sulong dulu lahir barulah akhirnya si Usu. Yang Sulong selalunya pasti tapi yang nak jadi Usu pasti ke?. Entah keluar lagi atau tidak. Nak 2 dapat 5. Nak 10 dapat 1. Yang nak tapi tak dapat pun ada. Bukan tak pandai buat … tapi tak ada rezeki. Jangan lupa pula “Aku kan Kakak” … tapi selalunya kewanitaannya membawa sikap berbeza dari Aka, setakad ini.

2. Begitu juga pendapat # 23 ibnu ismail, yang menurutnya pernah mendengar kajian seorang intelek “modal insan” ni…katanya … Di situ berlakulah turutan peristiwa dari petama hingga ke empat. Peristiwa-peristiwa ini melambangkan, yang penting dalam tajuk ini ialah, ibu-bapa mengalami perubahan, dari segi perhubungan sesama mereka, yang sangat memberikan impak berbeza kepada zuriat yang dilahirkan. Anak itu ‘dilahirkan’ bukan ketikanya lahirnya ke dunia, tetapi 3 bulan sebelum pensenyawaan berlaku. Umur darah kita ialah 3 bulan.

3. Berubahnya manusia dalam 7 phasa (Bhg 7 Teori Darwin) dari remaja kepada dewasa (atau dari satu kepada pasa yang lain) adalah sesuatu yang pasti. Selalunya berlaku di alam dewasa, manusia berfikir untuk berkahwin, secara sedar atau tidak (kerana ada yang terkahwin). Yang penting dari alam bujang ke alam berumah tangga. Walaupun kursus perkahwinan sudah dimestikan sekarang ini, kadar penceraian tidak melambangkan yang ramai sebenarnya ingin berkhawin atau tahu apa itu perkhawinan, sebelum mereka berkahwin.

4. Maka dari cinta monyet ke cinta bunga dan membawa cinta pelamin dan cinta bulan madu. (bukan masaalah tahu hukum tapi masaalah mahu diri) . Bila tanggungjawab dah berat, maka ada yang mula ubah ‘sehidup semati’ jadi ‘sa hidup sa mati’. Walaupun yang pasti dari cerita Ustaz, semusnya tidak berlaku pada Ustaz, tetapi kita perlu mengambilkira kebanyakkannya. Perbezaan antara phasa-phasa ini menimbulkan hormon-hormon berbeza di dalam darah dan ditambah pula dengan kebarangkalian ‘permainan’ gene, menghasilkan zuriat berbeza.

5. Kemudian setelah anak-anak lahir ke dunia, phasa-phasa kebidupan ibubapa juga berubah. Kedudukan ekonomi selalunya bertambah baik. Maknanya persekitaran (nuture) anak juga berubah, selain tadi mengalami perubahan biological ibuayah (nature). Yang pastinya, walaupun ada kesungguhan untuk memberikan sentuhan yang serupa pada satu-satu ketika, untuk kesemua anak, perubah-perubah yang tidak terkawal tadi telah berlaku tanpa disedari kebanyakan kita. Mungkin mudah bagi yang berekonomi lebih atau yang berpelajaran lebih, untuk mengatakan itu ini, tetapi kita melihat masaalah keseluruhan.

6. Oleh itu tidak dapat dinafikan keterpaksaan penggunaan nuture yang mengarah kepada hasil inferiority dan superiority complexes, walau sejauh mana ibubapa cuba mengenepikannya. Saya kira tidak ramai ibubapa yang sengaja melaksanakan pendekatan berbeza kepada anak dalam parenting. Mereka sayang anak-anak mereka semua walaupun yang pelik. Semakin banyak method parenting terbaik dilaksanakan sekara ini, hasil keseluruhan masih mengatakan keruntuhan akhlah secara purata.

7. Kita perlu melihat self-esteem dengan berhati-hati kerana ia menyerupai superiority complex. Memang psychologi alam (Barat) menghasilkan penelitian tersebut, tetapi dalam konteks muhasabah, apakah ia memainkan peranan? Atau menjadi penghalang besar. Pebadingan dengan introvert, self hatred, inferiority dan sebagainya perlu dikaji secara keseluruhan bagi menghasilkan muhasabah diri yang berkesan. Dalam pencarian kita kepada tujuan hidup sebenar, carakerja dan penilaian diri amat penting. Bagi tujuan sementara di dunia, tak dinafikan self esteem sangat penting.

8. Seperti disentuh dalam DARWIN29, rukun ikhsan memerlukan kepada menunjukkan kesalahan diri sendiri melebehi kesalahan orang lain. Sekiranya penekanan kepada self-confidence, apa yang akan menghalangnya menjadi over-confident dan merosakan element rukun ikhsan sebagai penilai kepada carakerja, rukun islam untuk mencapai kepada tujuan, rukun iman? Kita bangga sekarang ini dan teruja mengajar anak kecil kita membesar dengan cepat, dengan suntikan keadaah terbaru, tetapi apabila mereka dewasa tidak dinafikan kebolehan menyalahgunakan suntikan tersebut.

9. Apabila dewasa seorang insan sepatutnya mempunyai kebolehan menjadi khalifah Allah di satu bahu dan hamba Allah di satu bahu yang lain. Dua tugas yang memerlukan suntikan berbeza sedari kecil. Sekiranya kesimbagan tidak tercapai tujuan asal kehidupan kita pun tidak tercapai. Mencari kekuatan dalam kelemahan atau mencari kelemahan dalam kekuatan? Bila menghadap ke arah Tuhan mesti pandai jadi hamba tapi bila menghadap ke arah mahlik mesti pandai jadi kahlifah. Bagaimana nak mulakannya, di zaman kanak-kanak?

10. Saya tidak memberikan penyelesaian seperti biasa, tetapi hanya membolehkan jangkauan minda untuk berfikir lebih jauh. Bagaimana pun, comment #24 ummunaili, yang berpenglaman menjadi kakak yang tenang, sepatutnya menjadi ikutan. “jangan sesekali menjawab. apa2 yang ibu dan papa cakap, jangan simpan dalam hati. diam dan minta maaf saje”. Syurga dibawah tapak kaki ibu dan isteri mendapat syurga lebih mudah melalui suaminya.

Terima kasih


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.