DAWRIN31 Bila Sodium melamar Clorine.

Oktober 2, 2007

Peta

1. Bergema seluruh kampung pukulan kompang yang mengiring pengantin baru. Maklumlah sudah menjadi tradisi orang Melayu untuk berbuat demikian, terutama di sebuah kampung kecil, yang jarang mengadakan kenduri kahwin. Masa ini orang kampung bersosial membantu antara satu sama yang lain. Keperluan yang asalnya unutk memberitahu masyarakat tentang adanya penikahan, telah dijadikan satu kemestian. Begitu kuat oang kampung mendokong adat sehingga berani mengatakan ‘Biar mati anak jangan mati adat’.

2. Bagaimanapun majlis persandingan seperti biasa diserikan dengan janji Melayu. Kampung yang tak ada traffik jam itu turut mengikut adat terlambat dan tidak menepati janji waktu. Merungutlah tuan rumah yang menerima pengantin lelaki datang bertandang. Tetamu-tetamu telah lama menunggu kedatangan pengantin lelaki yang dikatakan memberikan hantaran agak mahal berbanding apa yang selalu di dengar di kampung itu.

3. Sodium berasal dari keluarga yang agak ganas (highly reactive element) di dalam carta TOE (Table of Element). Bhg 6 tahap 3. Litium adiknya dan Potassium abangnya dari keluarga Alkali Metal, semua mempunyai sifat keganasan yang sama. Pantang sekali dicampurkan dengan air, bertindakbalas mereka dengan ganasnya. Sodium dengan pengenalan diri Atomic Number 11, mempunyai 8 elektron di bahagian dalam orbit dan 3 elektron di orbit luar sekali. 3 elektron inilah yang sentiasa menunggu pasangannya yang bersetuju untuk dilamar dan menjadikan 3 elektron menjadi hantarannya.

Peta

4. Chlorine pula berasal dari keluarga yang beracun. Dengan nombor pengenalan Atomic number 17, keluarga Chlorine termasuk Fluorine dan Bromine yang kesemuanya mempunyai keistimewaan sebagai pembersih kekotoran. Gas hijau pucat ini 2.5 kali lebih berat dari angin dan banyak disalah-gunakan untuk peperangan selain dari menjadi bahan utama pembersih air minuman pada kadar tertentu. Clorine juga dikatakan boleh memyebabkan pengurangan lapisan ozone yang boleh menyebabkan pemanasan global.

5. Kedua-dua element ini adalah dari 117 chemical element yang membentuk TOE. Perlu diingatkan di sini, tiada matter (jirim, jisim) yang ada di dunia ini yang tidak dibentuk dari 117 chemical element ini, termasuklah manusia. Dari Bhg 6, TOE merupakan tahap 3, pembentukan alam yang telah Allah tentukan di dalam superprogramNya, Qodo’ dan Qadar.Sesuatu yang agak susah juga untuk mereka yang tidak mempelajari kimia, bahawa alam ini dibentuk sepenuhnya hanya dari 117 chemical element yang asas. Dari 117 elements inilah berbilion jenis mahluk dicipta oleh Allah melalui Allah Selection seperti yang di terangkan oleh teori Darwin dan teori Big Bang.

6. Apabila Sodium melamar Chlorine maka hasilnya menjadi sebatian (compound, bonding) yang bernama Sodium Chloride (nama kimianya) dengan nama biasanya garam. Garam! Garam yang menjadi perasa utama dalam masakkan itu. Garam yang kita tidak boleh tinggalkan sebagai penyedap sehinggalah ada yang menghidap darah tinggi. Begitulah keajaiban dan kesenian Allah dalam mengatur urusan hariannya. CarakerjaNya memang sukar difahami manusia, melainkan mereka yang benar-nbenar ingin mengenalNya. Dari keluarga keganasan dan keracunan maka terbentuklah perasa makanan ayng paling penting dalam kehidupan manusia.

Peta

7. Kalau dilihat dari sudut keadilan manusia sudah pasti keganasan tidak dapat diterima dan perlu diperangi sehabis-habisnya, tidak kurang juga keracunan. Dari pemahaman tentang pembentukan alam dalam enam tahap itu, kita tidak dapat tidak perlu mengakui bahawa kejahatan itu besifat relatif. Kejahatan itu, yang selalu saya rujuk sebagai tiadanya kebaikan, merupakan unsur asas membentuk alam. Sains dengan displinnya yang tinggi mengkaji carakerja Allah, samada ianya membentuk kebaikan atau kejahan kepada manusia. Pentingnya manusia memahami bahawa kehidupan ini tiada tanpa dua unsur asas ini, yang asalnya satu.

8. Oleh itu seperti yang telah dibincang di Bhg 2, isi dan kulit, marilah kita sama-sama berfikir untuk memahami fungsi sesutu yang negatif di samping memahani yang positif. Sebagaimana kulit pisang yang telah memungkinkan isinya membesar menjadi masak dan boleh dinakmati manusia. Apabila manusia memakan isinya, sudah pasti mereka akan membuang kulitnya. Tanpa disedari ada yang terlalu emotional membenci kulit, walaupun sekiranya isi pisang yang dimakannya datang tanpa berkulit dia menjadi was-was untuk memakannya.

9. Banyak lagi pengajaran yang Allah tuliskan di dalam alamNya untuk dikaji manusia dan mengambil iktibar darinya. Sebagaimana surat pertama yang Allah turunkan, Allah mementingkan ilmu dan mengarah manusia untuk membaca (belajar) dari alamNya. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan … yang mengajar apa yang manusia tidak tahu”. Malangnya musilim mengabaikan peringatan ini dan lebih selesa dengan keadaan bahawa semua kajian dibiarkan kepada orang bukan Islam untuk menenui dan memahaminya. Alangkah malangnya, wahai musilimin sekelian.

10. 35:12 Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur.

Allahu ‘alam