DARWIN32 Sekejap tiada sekejap ada

Oktober 5, 2007

Peta

1. “Mana dia istana pasir, yang chegu cakap tu?” tanya seorang murid kepada gurunya, yang membawa mereka singgah di tepi pantai melihat sesuatu, selepas menghadiri kursus motivasi. Di antara mereka memang selagi tadi bertanya-tanya sesama sendiri, tentang bagaimana rupanya bentuk-bentuk istana yang dibuat dari pasir. “Tak nampak pun chegu!” jerit seorang lagi. “Tu nampak tu di hujung sana”, gurunya menunjukkan ke arah sekumpulan manusia yang sedang sebuk dengan sesuatu. Sungguh luas pantai yang mempunyai pasir bersih ni, memang susah nak cari di tempat lain.

2. Pertandingan baru bermula. Hadiah bagi pemenang pertama agak lumayan bagi menarik minat pengunjung. Rombongan tidak dapat singgah lama dikuatiri lambat pulang ke rumah. Bagaimamanapun sempatlah pelajar-pelajar sekolah berkenaan melihat kecekapan beberapa perserta menyiapkan beberapa bentuk bangunan dengan menggunakan bahan asas pasir. Peserta dibenarkan menggunakan sejenis cecair gam yang membantu mengekalkan bentuk benaan buat beberapa hari.

3. Bagi seorang dewasa pun, sekiranya ditanya soalan yang sama pada ketika itu, sudah pasti akan menjawap “tiada”. Walaupun bahan binaan terserlah di depan mata, pada soalan “Adakah anda nampak istana pasir di pantai ini?”, jawapan sudah pasti “tidak”, sebelum betul-betul nampak sebuah istana pasir di hadapan matanya. Persoalannya ialah adakah alam ini diciptakan dari tiada kepada ada, atau atau dari ada kepada ada.? Dari pengalaman di atas tadi, jelas menunjukkan walaupun bahan binaannya ada di depan mata, kita mengatakan bahawa istana pasir itu dibena dari tiada kepada ada.

Peta

4. Sebelum wujudnya alam ini, iaitu sebelum azali (t=0, yang wujud masih hanya zat Allah. Walaupun Allah telah menciptakan alam, penciptaan itu tidak menyebabkan adanya satu entiti/zat yang layak dipanggil wujud, kerana yang wujud pada hak (pada zat) hanyalah Allah. Allah bersifat wujud dan hanya dia yang wujud sebenar. Wujud yang lain tidak boleh dikategorikan sebagai sebenar. Sebab itu timbulnya ‘wujud pada nama’, ‘wujud seperti bayang-bayang’ dan pelbagai lagi wujud yang bukan wujud hakiki, untuk menerangkan wujud selain Allah. Kita tidak dapat meletakkan dua wujud ini ditahap yang sama, kerana perbezaannya,

6. Kalau kita ingin menamakan wujudnya alam ini sebagai wujud, maka wujudnya Allah masih tidak sama dengan hakikat wujudnya alam. Mustahil bagi sifat Allah untuk tidak Wujud. Dari pembelajaran Ilmu Tauhid (penelitian sifat-sifat Allah yang tercatit di dalam Al Quran, bukan sesuatu yang direka tanpa panduan Al Quran), bukti akli adanya Allah, ialah adanya alam ini. Ini bermakna pembentukaan alam ini tidak menyebabkan terbentuknya bahan binaan baru yang diperlukan untuk membena alam, walaupun alam dibena dari tiada kepada ada.

Peta

7. Kita telah melihat tadi bahawa pandangan manusia kepada soalan mudah di tepi pantai mengatakan istana pasir itu tiada sebelum ianya dibena. Hakikatnya ialah bahan binaannya sudah dipijak, berada di bawah tapak kaki kita. Tetapi terbatasnya pandangan kebanyakan kita menyebabkan kita menjawab ‘tiada’ sebelum ia diadakan. Dari satu sudut maka benarlah alam diciptakan dari tiada kepada ada, seperti istana pasir tadi. Bagi mereka yang menandang dan melihat dengan mata akal, alam tidak dibena dari tiada kepada ada, tetapi daripada sesuatu yang ada.

8. Kiranya kita mengatakan alam dibentuk dari tiada kepada ada, yang menyebabkan pasir dari luar di bawa ke pantai tersebut, maka timbullah persoalan sebenar dua wujud yang sama, iaitu pasir yang ada di pantai, dan pasir (yang sama sifatnya seperti pasir pantai) yang dibawa dari luar kawasan pantai, untuk digunakan membuat istana pasir. Maka timbullah dua wujud, yang akan membawa kepada adnaya zat yang wujud selain dari Allah. Ini adalah perbuatan sirik kerana zat Allah itu hanya satu.

9. Perbincangan ini bukan menyentuh tentang apa kandungan zat Allah. Al Quran menasihatkan kita tidak memikirkan zat Allah. Contoh apabila kita ingin mengenal Ali kerana hendak mendapatkan pertolongan darinya, kita tidak perlu mengetahui dari apa Ali itu dibuat, dari tanah ke, dari protein ke, dari Adam-adam ke atau sebagainya. Kita hanya perlu mengetahui kebolehan Ali, iaitu kesan dari adanya zat bernama Ali, maka perbuatan-perbuatan yang tertentu akan boleh berlaku. Mengkaji carakerja Ali sahaja yang perlu bagi tujuan memaksimakan apa yang kita inginkan darinya. Perbincangan juga tidak memaksa mereka yang tidak berminat untuk memaksimakan penggunakan akal unutk turut serta, sebagaimana saranan dari Ustaz Hasrizal berhubung perbincangan teori Darwin. Sekiranya anda selesa dengan minda fikir anda, hiduplah pada ketenangan tersebut.

10. 89:86-87 Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu). Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.