1. “Mana dia istana pasir, yang chegu cakap tu?” tanya seorang murid kepada gurunya, yang membawa mereka singgah di tepi pantai melihat sesuatu, selepas menghadiri kursus motivasi. Di antara mereka memang selagi tadi bertanya-tanya sesama sendiri, tentang bagaimana rupanya bentuk-bentuk istana yang dibuat dari pasir. “Tak nampak pun chegu!” jerit seorang lagi. “Tu nampak tu di hujung sana”, gurunya menunjukkan ke arah sekumpulan manusia yang sedang sebuk dengan sesuatu. Sungguh luas pantai yang mempunyai pasir bersih ni, memang susah nak cari di tempat lain.
2. Pertandingan baru bermula. Hadiah bagi pemenang pertama agak lumayan bagi menarik minat pengunjung. Rombongan tidak dapat singgah lama dikuatiri lambat pulang ke rumah. Bagaimamanapun sempatlah pelajar-pelajar sekolah berkenaan melihat kecekapan beberapa perserta menyiapkan beberapa bentuk bangunan dengan menggunakan bahan asas pasir. Peserta dibenarkan menggunakan sejenis cecair gam yang membantu mengekalkan bentuk benaan buat beberapa hari.
3. Bagi seorang dewasa pun, sekiranya ditanya soalan yang sama pada ketika itu, sudah pasti akan menjawap “tiada”. Walaupun bahan binaan terserlah di depan mata, pada soalan “Adakah anda nampak istana pasir di pantai ini?”, jawapan sudah pasti “tidak”, sebelum betul-betul nampak sebuah istana pasir di hadapan matanya. Persoalannya ialah adakah alam ini diciptakan dari tiada kepada ada, atau atau dari ada kepada ada.? Dari pengalaman di atas tadi, jelas menunjukkan walaupun bahan binaannya ada di depan mata, kita mengatakan bahawa istana pasir itu dibena dari tiada kepada ada.
4. Sebelum wujudnya alam ini, iaitu sebelum azali (t=0, yang wujud masih hanya zat Allah. Walaupun Allah telah menciptakan alam, penciptaan itu tidak menyebabkan adanya satu entiti/zat yang layak dipanggil wujud, kerana yang wujud pada hak (pada zat) hanyalah Allah. Allah bersifat wujud dan hanya dia yang wujud sebenar. Wujud yang lain tidak boleh dikategorikan sebagai sebenar. Sebab itu timbulnya ‘wujud pada nama’, ‘wujud seperti bayang-bayang’ dan pelbagai lagi wujud yang bukan wujud hakiki, untuk menerangkan wujud selain Allah. Kita tidak dapat meletakkan dua wujud ini ditahap yang sama, kerana perbezaannya,
6. Kalau kita ingin menamakan wujudnya alam ini sebagai wujud, maka wujudnya Allah masih tidak sama dengan hakikat wujudnya alam. Mustahil bagi sifat Allah untuk tidak Wujud. Dari pembelajaran Ilmu Tauhid (penelitian sifat-sifat Allah yang tercatit di dalam Al Quran, bukan sesuatu yang direka tanpa panduan Al Quran), bukti akli adanya Allah, ialah adanya alam ini. Ini bermakna pembentukaan alam ini tidak menyebabkan terbentuknya bahan binaan baru yang diperlukan untuk membena alam, walaupun alam dibena dari tiada kepada ada.
7. Kita telah melihat tadi bahawa pandangan manusia kepada soalan mudah di tepi pantai mengatakan istana pasir itu tiada sebelum ianya dibena. Hakikatnya ialah bahan binaannya sudah dipijak, berada di bawah tapak kaki kita. Tetapi terbatasnya pandangan kebanyakan kita menyebabkan kita menjawab ‘tiada’ sebelum ia diadakan. Dari satu sudut maka benarlah alam diciptakan dari tiada kepada ada, seperti istana pasir tadi. Bagi mereka yang menandang dan melihat dengan mata akal, alam tidak dibena dari tiada kepada ada, tetapi daripada sesuatu yang ada.
8. Kiranya kita mengatakan alam dibentuk dari tiada kepada ada, yang menyebabkan pasir dari luar di bawa ke pantai tersebut, maka timbullah persoalan sebenar dua wujud yang sama, iaitu pasir yang ada di pantai, dan pasir (yang sama sifatnya seperti pasir pantai) yang dibawa dari luar kawasan pantai, untuk digunakan membuat istana pasir. Maka timbullah dua wujud, yang akan membawa kepada adnaya zat yang wujud selain dari Allah. Ini adalah perbuatan sirik kerana zat Allah itu hanya satu.
9. Perbincangan ini bukan menyentuh tentang apa kandungan zat Allah. Al Quran menasihatkan kita tidak memikirkan zat Allah. Contoh apabila kita ingin mengenal Ali kerana hendak mendapatkan pertolongan darinya, kita tidak perlu mengetahui dari apa Ali itu dibuat, dari tanah ke, dari protein ke, dari Adam-adam ke atau sebagainya. Kita hanya perlu mengetahui kebolehan Ali, iaitu kesan dari adanya zat bernama Ali, maka perbuatan-perbuatan yang tertentu akan boleh berlaku. Mengkaji carakerja Ali sahaja yang perlu bagi tujuan memaksimakan apa yang kita inginkan darinya. Perbincangan juga tidak memaksa mereka yang tidak berminat untuk memaksimakan penggunakan akal unutk turut serta, sebagaimana saranan dari Ustaz Hasrizal berhubung perbincangan teori Darwin. Sekiranya anda selesa dengan minda fikir anda, hiduplah pada ketenangan tersebut.
10. 89:86-87 Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu). Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
Allahu ‘alam
Cultural materialism means living as if there were no God or moral absolutes, and all that matters is matter. Philosophical materialism means to argue that there is no God to establish any moral absolutes, and matter is all there is. The former worldview finds its justification in the latter.
http://www.thewhitepath.com/archives/2005/12/under_god_or_under_darwin.php
Alam Ciptaan Allah daripada Tiada kepada Ada
Sejak zaman purba hingga sekarang, ahli sains dan falsafah tidak sudah-sudah mencari jawapan daripada manakah alam semesta ini datang dan apakah Prinsip Pertama bagi kewujudan seluruh alam semesta ini. Tetapi ayat-ayat al-Qur’an yang sukar dihitung betapa banyaknya menusuk terus kepada akal (apabila disebut akal ter-masuklah perasaan hati [bukan hati atau qalb yang diistilahkan oleh kaum sufi], pancaindera dan perasaan) manusia bahawa seluruh alam semesta dengan segala isinya ini adalah ma’lul diciptakan oleh Allah Taala daripada tiada kepada ada. Contohnya adalah seperti maksud firman Allah S.W.T.:
http://www.faziliaton.com/iqra%27/buku6/index.php?section=2&page=5
Pertama, ketika Tuhan menciptakan alam bukannya dari suatu ketiadaan, tetapi ketika itu telah ada sesuatu di samping-Nya yang berupa materi dasar sebagai bahan penciptaan sebagaimana ditunjukkan oleh surat Hud ayat 7, Ha Mim ayat 11 dan al-Anbia’ ayat 30. Materi asal itupun bukannya timbul dari ketiadaan, tetapi dari sesuatu yang dipancarkan oleh pemikiran Tuhan. Di samping itu, kata khalaqa di dalam al-Qur’an juga menggambarkan penciptaan bukan dari “tiada” (creatio ex nihilo), tetapi dari “ada” (misalnya surat al-Mu’minun ayat 12 tentang penciptaan manusia). Menurutnya “tiada” tidak bisa berubah menjadi “ada”, tetapi yang tepat adalah “ada” menjadi “ada” dalam bentuk lain. Sementara tentang keazalian alam yang dimaksud para filsuf adalah merujuk pada pengertian sesuatu yang diciptakan dalam keadaan terus menerus mulai dari zaman tak bermula dengan bahan dasar yang telah ada di sisi Tuhan sampai zaman tak berakhir (baca surah Ibrahim ayat 47-48).
Dari http://peziarah.wordpress.com/category/falsafah/
6. Ketuhanan adalah konsep penciptaan atau pembentukan, pengendalian atau penyelengaraan dan kemudian pembalasan. Kesedaran kepada pengesaan Allah hanya boleh diperolehi dengan memahami peringatan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ yang kemudian menuju kepada ‘Tiada yang wujud dengan zat melainkan Allah’. Adanya dunianya nyata yang kita alami sekarang ini tidak melayakkan kita untuk mengatakan ‘Ada mahluk dan ada Tuhan’. Sifat ada atau wujud pada zat, hanya layak pada Allah. Kita (mahluk) hanya ada pada nama, seperti contoh adanya baju pada nama kerana sebenarnya baju adalah kain yang asalnya dari kapas dan seterusnya. Selagi penghayatan keberadaan kita tidak menjangkau kepada tahap itu, tidak bermakna agama yang kita anuti disisi Allah, Pembentuk Alam ini.
Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/