DARWIN33 Permata – bila Carbon mendapat tekanan.

Oktober 6, 2007

Peta

1. “Kami diarah meminum cecair pencuci senjata” sebahagian dari lapuran yang dikeluarkan di dalam akhbar baru-baru ini. Entah apa lagi yang dipaksa mereka lakukan, hanya yang merasainya tahu. Dalam proses menghasilkan tentera yangmempunyai daya ketahanan luar biasa, tidak dapat dinafikan penyalah-gunaan kuasa, kadang-kadang berlaku. Bukan satu pekara baru, kawan-kawan RMC (Royal Military College) memang ramai yang menceritakan pengalaman ujian menjadi seorang tentera yang berdaya saing secara jasmani dan rohani.

2. Di Barat pula, apa yang dipaparkan melalui Discovery Channel (yang baik-baik le!), pencarian tahap ketahanan physical dan mental tentera merupakan satu sains khas, dengan segala peralatan canggih dan pemakanan suppliment yang dikawal. Sukarela dimasukkan dalam air berais untuk melihat tindakbalas badan terhadap tekanan yang diberikan. Di padang pertempuran, tentera dilatih tidur-tidur ayam sahaja, sehingga berhari-hari. Tak kurangnya juga ujuan ketahanan manusia berlaku di gelanggang gusti, yang menarik ramai peminatnya.

3. Carbon dengan nombor atomiknya 6, merupakan bahan asas kehidupan. Carbon, salah satu dari 117 element kimia dari Table of Element, yang membentuk alam ini. Kalau diambil TOE sebagai bahan benaan alam, maka kita dan mahluk lain tidak wujud pada zat, hanya wujud pada nama kerana segala-galanya dibentuk dari pencampuran bahan element asas TOE unutk menjadikan alam. Begitu pentingnya Carbon, ia membentuk 10 million sebatian (compound) yang diketahui setakad ini, dari wiki, mana lagi!

Peta

4. Carbon occurs in all organic life and is the basis of organic chemistry. When united with oxygen, carbon forms carbon dioxide, which is the main carbon source for plant growth. When united with hydrogen, it forms various flammable compounds called hydrocarbons which are essential to industry in the form of fossil fuels, and also other important living plant components like carotenoids and terpenes. When combined with oxygen and hydrogen, carbon can form many groups of important biological compounds including sugars, celluloses, lignans, chitins, alcohols, fats, and aromatic esters. With oxygen it forms alkaloids, and with the addition of sulfur also it forms antibiotics, amino acids and proteins. With the addition of phosphorus to these other elements, it forms DNA and RNA, the chemical codes of life.

5. Yang patut dijadikan panduan kita dari penulisan blog Tuhan ialah, carbon bila diberi tekanan yang sangat tinggi, ia berubah menjadi permata (diamond). Setiap atom yang ada di orbit luar, akan bergabung dengan 4 yang lain, untuk menjadikan permata, yang mempunyai kekerasan yang paling tinggi (Diamond is an allotrope of carbon. It is the hardest known natural material and the third-hardest known material after aggregated diamond nanorods and ultrahard fullerite. Its hardness and high dispersion of light make it useful for industrial applications and jewelry.)

6. Ramai yang melihat gusti sebagai permainan yang tak masuk akal. Keganasan yang melambangkan kekuatan ego manusia di undang-undang rimba. Di zaman Rome dahulu, siapa yang tidak pernah dengar permainan serupa, sehinggakan satu bangunan khas didirikan beribu tahun dahulu bagi mengagungkannya. Tetapi di situlah asas kekuatan tentera Roma dibena. Dengan kekuatan tersebut, Rome menguasai dunia, sebelum akhirnya dikalahkan dengan kekuatan rohani tentera Muslim. Kita ketepikan soal syariat sementara, kerana hakikatnya, tamaddun dunia terbena dari the survival of the fittest.

Peta

7. Sekarang ni kekuatan dunia tidak diukur dengan hanya kekuatan phisikal. Manusia telah menerima petunjuk dari Tuhannya, untuk mencari kekuatan lain dari fizikal. Dengan kekuatan mental/minda/akal manusia di Barat merumuskan kekuatan ekonomi, sebagai alat bagi memisahkan yang percaya dengan yang tidak kepada Tuhan. Teori ekonomi modern, menyebabkan pemisahan terpaksa dilakukan antara Tuhan dan kegiatan seharian. Secularism. Menggunakan tekanan ekonomi, negara-negara maju menunjukkan kekuatan phisikalnya sekarang, supaya negara-negara lain tunduk kepada kemahuannya.

8. Kepekaan muslim kepada kekuatan yang ada di dalam pengguna akal, untuk menjana ilmu, sangat-sangat diperlukan sekarang. Ramai pengajar ugama memang tidak setuju dengan gusti (lambang kekuatan fizikal), tetapi masih terlalu ramai yang juga tidak setuju dengan penggunaan kekuatan rohani (akal). Jadinya kedua-dua tiada pada muslim. Kekuatan rohani dalam bentuk percaya sahaja tidak memadai. Kerana percaya yang menolak ilmu, sebagai akar tunjangnya, tidak menghasilkan kekuatan sebenar pada pokok. Tiada ribut, nampak OK bila gempa skala rendah pun, dah terjejas kedudukannya.

9. Saya masih terlaku terkilan dengan sikap kebanyakan penyampai agama yang menolak penggunaan akal ketahap maksima. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak menghalalkan pengunaannya. Yang selalu didengar ialah alasan keterbatasan akal dibanding dengan kononnya, tiada batasan dengan percaya. Menurut mereka percaya sahaja sepenuhnya sudah mencukupi. Bagaimana kita boleh memperolehi petunjuk sepenuhnya, dengan selalu membataskan potensi daya pemikiran akal kita. Manusai Barat maju kerana keluar dari bertuhankan kekuatan phisikal, kepada mempercayai adanya kekuatan akal. Tambahan lagi bila diberikan tekanan, seperti yang berlaku pada Carbon, sehingga menjadi Permata!

10. 40:13-14 Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu) dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah). Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.