DARWIN34 Bermacam-macam dunia.

Oktober 7, 2007

Peta

1. Berbincang pasal dunia, kita tahu roh kita akan melalui 7 alam, yang mana alam dunia adalah alam yang kedua roh (kita) lalui. Bhg 7 Per 3. Di dunia roh diberikan jasad sebagai kenderaan untuk menjalani ujian bagi menentukan kedudukan kita di alam seterusnya. Pengunaan perkataan dunia juga menggambarkan secara khusus, mahluk-mahluk berbeza yang wujud di dunia. Kita akan melihat dan membincang apa yang dimaksudkan dengan bermacam-macam dunia ini.

2. Semasa kanak-kanak, bagi mereka yang bernasib baik didedahkan dengan dunia Lego. Di dalam dunia lego, bahan benaan kepada dunia ini adalah terdiri dari blok-blok asas yang kadang-kadang serupa dan tidak ketinggalan juga ada yang mempunyai beberapa blok asas. Dari blok-blok asas ini, kanak-kanak dilatih untuk membentuk berbagai rupa mainan seperti kenderaan, bangunan, binatang dan bermacam-macam lain, mengikut kemampuan daya imaginasi sesorang. Maka dari bahan asas lego, terbentuklah dunia berasaskan blok lego.

3. Kita lihat pula kanak-kanak yang diberikan plastercine. Kita kata pula di dunia plastercine, bahan asas binaannya ialah plastercine. Terdapat pelbagai warna untuk menjadikan rekaan-rekaan yang dibentuk mempunyai warna kehidupan yang ceria. Maka seperti dunia lego tadi, berlatihlah kanak-kanak mengasah bakat membentuk bermacam-macam jelmaan mengikut daya kreativiti masing-masing.

Peta

4. Apabila kita melihat ke alam manusia dewasa, daya kreativiti yang diasuh sejak kecil menjadikan manusia mempunyai pelbagai cara mewarna kehidupan mereka. Kita lihat di dunia tepung, bermacam-macam jenis makanan dan hiasan boleh dibentuk dengan bahan asas tepung. Maka siaplah berbagai jenis kueh-mueh, biskut danpelbagai jenis roti. Bulat, leper, panjang dengan pelbagai perasa mengikut selera pembuatnya atau orang yang hendak memakannya. Jadi di dunia tepung, tepung menjadi bahan asas membentuk segalanya.

5. Kita beralih kepada dunia lebih berlapis. Kali ini kita ambil dunia kapas, di mana kapas menjadi bahan asas. Uniknya dunia kapas ini ia lebih membuatkan kita berfikir ke arah pembentukan dunia berlapis. Dari kapas manusia memintalnya menjadi pelbagai jenis benang, untuk kegunaan berbeza. Dari benang disulam menjadi kain. Di lapisan keempat, kita melihat kain yang pelbagai jenis tadi boleh dijadikan pakaian, perhiasan seperti langsir, alas meja, sarung bantal, cadar dan sebagainya.

6. Kita boleh terus mengambil contoh lagi seperti dunia konkrit (campuran cement, aggreget, pasir dan air) membentuk banyak bangunan-bangunan modern, menjadi lambang kemegahan ketamadunnan manusia. Kesemua contoh-contoh di atas mempunyai bahan asas yang sama, kemudian dibentuk menjadi lapisan-lapisan di atasnya. Kita banding kesemua contoh ini dengan pembentukan alam dalam enam tahap, seperti yang telah dibincang di Bhg 6 – Fi sittah

Peta

7. Persoalan yang perlu difikirkan ialah, tentang keberadaan atau wujud. Contoh di dalam dunia kapas tadi, adakah baju di tahap empat (kapas, benang, kain, baju) itu wujud?. Sudah pasti kebanyakan kita mengatakan ya, wujud. Tapi, terfikirkah kita sebenarnya baju tidak wujud, kerana yang wujud hanya bahan asasnya iaitu kapas. Baju hanya wujud pada nama tetapi tidak wujud pada zat (material). Baju adalah nama yang kita persetujui bersama (untuk tujuan kommunikasi) sebagai kapas yang telah dijadikan benang, yang kemudiannya dijadikan kain dan seterusnya menjadi baju. Jadi wujud hakiki (wujud pada zat) hanya kapas, di dalam dunia kapas.

8. Wujud pada zat dan wujud pada nama adalah dua wujud yang berbeza. Kalau kita ambil perbandingan apple-to-apple, di dunia kapas, hanya kapas yang wujud, baju tak wujud atau tidak layak untuk dikategorikan sebagai wujud. Hanya perbandingan apple-to-orange (padang tak rata), yang boleh mengatakan dua wujud, iaitu wujud pada zat (kapas) dan wujud pada nama (baju). Kita ambil contoh dari pembentukan alam enam tahap. Di tahap pertama, kita namakan dunia quantum, yang mana bahan asasnya ialah quantum materials, qm. Maka qm ini yang membentuk tahap seterusnya iaitu atom, yang terdiri dari neutron, elektron dan proton. Dari atom-atom ini terbentuklah bahan-bahan asas jadual kimia (Table of elements – TOE). TOE adalah pada tahap ketiga dari bahan asas, qm. TOE kemudiannya membentuk lapisan ke empat, yang membentuk lapisan kelima dan akhirnya ke enam di mana tahap/lapisan ini manusia adalah satu daripadanya. Maka persoalan yang sama seperti dunia kapas tadi, adakah manusia (Complex Living Cells) wujud, di dalam dunia quantum? Jawapannya ialah seperti tadi, manusia, CLC hanya wujud pada nama tetapi tidak pada zat.

9. Kesimpulannya, dalam semua perbincangan kita perlu mengambil padang permainan yang rata (baru ada keadilan). Dari sudut lain, (padang tak rata) kita boleh kata adanya dua wujud kerana tiada keadilan dalam rujukan perbincangan. Dua wujud yang berbeza, tetapi sebenarnya hanya satu yang wujud. Hanya Allah yang layak memiliki sifat wujud hakiki. Wujudnya mahluk adalah wujud pada nama dan sebenarnya tidak layak dipanggil wujud (untuk dibandingkan dengan wujudnya Allah). Soalan seterusnya ialah, apakah atau siapakah yang menjadi bahan asas di dalam dunia Allah? Tunggu …

10. 37:23 Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.