1. Berbincang pasal dunia, kita tahu roh kita akan melalui 7 alam, yang mana alam dunia adalah alam yang kedua roh (kita) lalui. Bhg 7 Per 3. Di dunia roh diberikan jasad sebagai kenderaan untuk menjalani ujian bagi menentukan kedudukan kita di alam seterusnya. Pengunaan perkataan dunia juga menggambarkan secara khusus, mahluk-mahluk berbeza yang wujud di dunia. Kita akan melihat dan membincang apa yang dimaksudkan dengan bermacam-macam dunia ini.
2. Semasa kanak-kanak, bagi mereka yang bernasib baik didedahkan dengan dunia Lego. Di dalam dunia lego, bahan benaan kepada dunia ini adalah terdiri dari blok-blok asas yang kadang-kadang serupa dan tidak ketinggalan juga ada yang mempunyai beberapa blok asas. Dari blok-blok asas ini, kanak-kanak dilatih untuk membentuk berbagai rupa mainan seperti kenderaan, bangunan, binatang dan bermacam-macam lain, mengikut kemampuan daya imaginasi sesorang. Maka dari bahan asas lego, terbentuklah dunia berasaskan blok lego.
3. Kita lihat pula kanak-kanak yang diberikan plastercine. Kita kata pula di dunia plastercine, bahan asas binaannya ialah plastercine. Terdapat pelbagai warna untuk menjadikan rekaan-rekaan yang dibentuk mempunyai warna kehidupan yang ceria. Maka seperti dunia lego tadi, berlatihlah kanak-kanak mengasah bakat membentuk bermacam-macam jelmaan mengikut daya kreativiti masing-masing.
4. Apabila kita melihat ke alam manusia dewasa, daya kreativiti yang diasuh sejak kecil menjadikan manusia mempunyai pelbagai cara mewarna kehidupan mereka. Kita lihat di dunia tepung, bermacam-macam jenis makanan dan hiasan boleh dibentuk dengan bahan asas tepung. Maka siaplah berbagai jenis kueh-mueh, biskut danpelbagai jenis roti. Bulat, leper, panjang dengan pelbagai perasa mengikut selera pembuatnya atau orang yang hendak memakannya. Jadi di dunia tepung, tepung menjadi bahan asas membentuk segalanya.
5. Kita beralih kepada dunia lebih berlapis. Kali ini kita ambil dunia kapas, di mana kapas menjadi bahan asas. Uniknya dunia kapas ini ia lebih membuatkan kita berfikir ke arah pembentukan dunia berlapis. Dari kapas manusia memintalnya menjadi pelbagai jenis benang, untuk kegunaan berbeza. Dari benang disulam menjadi kain. Di lapisan keempat, kita melihat kain yang pelbagai jenis tadi boleh dijadikan pakaian, perhiasan seperti langsir, alas meja, sarung bantal, cadar dan sebagainya.
6. Kita boleh terus mengambil contoh lagi seperti dunia konkrit (campuran cement, aggreget, pasir dan air) membentuk banyak bangunan-bangunan modern, menjadi lambang kemegahan ketamadunnan manusia. Kesemua contoh-contoh di atas mempunyai bahan asas yang sama, kemudian dibentuk menjadi lapisan-lapisan di atasnya. Kita banding kesemua contoh ini dengan pembentukan alam dalam enam tahap, seperti yang telah dibincang di Bhg 6 – Fi sittah …
7. Persoalan yang perlu difikirkan ialah, tentang keberadaan atau wujud. Contoh di dalam dunia kapas tadi, adakah baju di tahap empat (kapas, benang, kain, baju) itu wujud?. Sudah pasti kebanyakan kita mengatakan ya, wujud. Tapi, terfikirkah kita sebenarnya baju tidak wujud, kerana yang wujud hanya bahan asasnya iaitu kapas. Baju hanya wujud pada nama tetapi tidak wujud pada zat (material). Baju adalah nama yang kita persetujui bersama (untuk tujuan kommunikasi) sebagai kapas yang telah dijadikan benang, yang kemudiannya dijadikan kain dan seterusnya menjadi baju. Jadi wujud hakiki (wujud pada zat) hanya kapas, di dalam dunia kapas.
8. Wujud pada zat dan wujud pada nama adalah dua wujud yang berbeza. Kalau kita ambil perbandingan apple-to-apple, di dunia kapas, hanya kapas yang wujud, baju tak wujud atau tidak layak untuk dikategorikan sebagai wujud. Hanya perbandingan apple-to-orange (padang tak rata), yang boleh mengatakan dua wujud, iaitu wujud pada zat (kapas) dan wujud pada nama (baju). Kita ambil contoh dari pembentukan alam enam tahap. Di tahap pertama, kita namakan dunia quantum, yang mana bahan asasnya ialah quantum materials, qm. Maka qm ini yang membentuk tahap seterusnya iaitu atom, yang terdiri dari neutron, elektron dan proton. Dari atom-atom ini terbentuklah bahan-bahan asas jadual kimia (Table of elements – TOE). TOE adalah pada tahap ketiga dari bahan asas, qm. TOE kemudiannya membentuk lapisan ke empat, yang membentuk lapisan kelima dan akhirnya ke enam di mana tahap/lapisan ini manusia adalah satu daripadanya. Maka persoalan yang sama seperti dunia kapas tadi, adakah manusia (Complex Living Cells) wujud, di dalam dunia quantum? Jawapannya ialah seperti tadi, manusia, CLC hanya wujud pada nama tetapi tidak pada zat.
9. Kesimpulannya, dalam semua perbincangan kita perlu mengambil padang permainan yang rata (baru ada keadilan). Dari sudut lain, (padang tak rata) kita boleh kata adanya dua wujud kerana tiada keadilan dalam rujukan perbincangan. Dua wujud yang berbeza, tetapi sebenarnya hanya satu yang wujud. Hanya Allah yang layak memiliki sifat wujud hakiki. Wujudnya mahluk adalah wujud pada nama dan sebenarnya tidak layak dipanggil wujud (untuk dibandingkan dengan wujudnya Allah). Soalan seterusnya ialah, apakah atau siapakah yang menjadi bahan asas di dalam dunia Allah? Tunggu …
10. 37:23 Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Allahu ‘alam
The universe began from a state of infinite density. . . . Space and time were created in that event and so was all the matter in the universe. It is not meaningful to ask what happened before the Big Bang; it is like asking what is north of the North Pole. Similarly, it is not sensible to ask where the Big Bang took place. The point-universe was not an object isolated in space; it was the entire universe, and so the answer can only be that the Big Bang happened everywhere.[20]
This event that marked the beginning of the universe becomes all the more amazing when one reflects on the fact that a state of “infinite density” is synonymous to “nothing.” There can be no object that possesses infinite density, for if it had any size at all it could still be even more dense. Therefore, as Cambridge astronomer Fred Hoyle points out, the Big Bang Theory requires the creation of matter from nothing. This is because as one goes back in time, one reaches a point at which, in Hoyle’s words, the universe was “shrunk down to nothing at all.”[21] Thus, what the Big Bang model of the universe seems to require is that the universe began to exist and was created out of nothing.
Dari http://www.leaderu.com/truth/3truth11.html
3. “Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).” – dari R56 ke SI.
Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/07/08/s017-harun-yahaya-ww/
So in quantum physics, matter does not exist when it was not before. What happens is that ambient energy suddenly becomes matter and just as suddenly disappears becoming energy again. In short, there is no condition of existence from nothingness as is claimed.
According to Isaac Newton, light was a flow of a substance known as corpuscles. The basis of the traditional Newtonian physics—which was accepted until the discovery of quantum physics—was that light consisted entirely of a collection of particles. However, James Clerk Maxwell, a 19th century physicist, suggested that light demonstrated wave action. Quantum theory reconciled this greatest debate in physics.
Dari http://us1.fmanager.net/api_v1/productDetail.php?dev-t=EDCRFV&objectId=5357 menjawab komen 1 “This event that marked the beginning of the universe becomes all the more amazing when one reflects on the fact that a state of “infinite density” is synonymous to “nothing.””
http://sharudin.wordpress.com/2008/07/19/s020-hasil-44-hari-di-aan-2/#comment-1346
Mengatakan Alam dijadikan dari sesuatu yang tiada adalah tidak tepat. Alam dijadikan dari tiada kepada ada tetapi ia dijadikan dari bahan yang sedia ada iaitu Tenaga Asli. TA ini merupakan tajjali dari Zat Allah, sebagaimana AQ memberitahu untuk kita menjadi Al bab dengan melihat kepada semua kejadian alam di sekeliling kita. Sehinggakan kejadian sian dan malampun merupakan tanda-tanda hadirnya Allah dan kekuasaanNya. Zat Allah tidak hadir di Alam ini tetapi kuasaNya diterjemahksn ke Alam ini dan menjadi bahan asas pembentukan Alam.
The piont to understand is the 1 st thermodynamic law, there exist an amount of energy, to be used as the very basic building blok to everything. Be it black hole and then it evoperate and cause a new universe and so on. That pure energy of God (proving His existance) is what exist before the Big Bang.
Big Bang is the description of the method used by Allah, and its is not Allah Himself. He is beyond our mind to think due to the higer dimention differences.
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35890&postdays=0&postorder=asc&start=540&sid=17a8a5c1586361b612632360b544a5ed
http://sharudin.wordpress.com/2007/10/05/32/#comment-1512
Di samping itu, kata khalaqa di dalam al-Qur’an juga menggambarkan penciptaan bukan dari “tiada” (creatio ex nihilo), tetapi dari “ada” (misalnya surat al-Mu’minun ayat 12 tentang penciptaan manusia). Menurutnya “tiada” tidak bisa berubah menjadi “ada”, tetapi yang tepat adalah “ada” menjadi “ada” dalam bentuk lain.
Manusia kalau tak berubah bukan manusia namanya
boleh melengkapkan apa yang tidak dapat dilakukan oleh sebahagian yang lain
kelemahan lebih mudah dikesan untuk diperbaiki melalui kritikan ikhlas seorang teman
changes is a must, the wind changes, the tide changes, even the climate start changing…
an effort to analyze the reason behind all their struggle to define what saifulislam.com is all about
para sahabat pun saling bercanggah pendapat dalam memahami hukum agama namun
Redha Illahi yang dicari
Dalam dunia ini perlunya Yan dan Yin (merujuk falsafah China) untuk mengimbangi keduniaan
adalah antara golongan mereka yang allergic terhadap perkataan “evolution” … membuatkan saya yakin yang kita jangan terlalu berkeras terhadap teori evolusi tanpa kita mengetahui secara mendalam tentang teori tersebut
alhamdulillah saya di sini dapat lihat islam dengan lebih luas.. dapat belajar islam dengan lebih tenang dan selesa
Dari http://saifulislam.com/?p=903#comment-5426
[...] dan Tauhid Agama, yang akan melahirkan keimanan yang berdasarkan ilmu (tidak taklid). Ketiga-tiga Thermodynamic Laws merupakan tonggak yang mentauhid (mengesakan Allah) apabila kita lihat dari sudut yang betul. [...]