Salam semua
DARWIN25 dah keluar, macam biasa pukul anak sindir menantu
Semuga sehat Pak Mahathir
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 24, 2007 @ 5:07 pm
Salam semua
DARWIN24 awal sedikit, menghormati adik Nurin. Al fatehah unutknya. Semuga ibubapanya tabah melalui ketentuan.
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 22, 2007 @ 11:36 pm
Untuk planet lain rujuk ni,
http://soaljawab.wordpress.com/category/ghaib/
Yang saya minat evolusinya bukan Adam-adamnya. Tapi kalau berlaku di Bumi, ada kemungkinan berlaku di planet lain kan?
Comment Posted By Sharudin On September 22, 2007 @ 5:04 pm
Salam al Ustaz dan semua
DARWIN23 dihidang dengan ikan duri, Hati-hati
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 21, 2007 @ 10:19 pm
Salam semua DARWIN22 telah dihidang. Kepada Pak Gus, saya masih menunggu Bhg 2.
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 20, 2007 @ 6:19 pm
Assalammualaikum semua
Bhg 18 keluar harini, selamat memproses. klik aja nama saya kan!
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 18, 2007 @ 11:06 pm
Assalammualaikum semua
DARWIN21 dah ada, respond kepada Permata999, click Blogroll ‘Cara Kerja Haliq’
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 18, 2007 @ 3:23 am
Saya kira kita tidak bersendirian walaupun tidak seramai seperti mana yang dikemukan oleh Drake’s equation.
Kita hanya baru belajar buat EMF radiation kurang 100 tahun? (yang effective) dan akan mengambil masa untuk sampai ke teman kita. Dan mungkin teman kita dah hantar frequency yang terlalu tinggi (teknology mereka) menjadikan kita tidak dapat mengesannya walaupun ada berlegar di Bumi. SETI baru setahun jagung dan kongres dah tak mahu sponsor penyelidikannya.
Becakap pasal yang berakal, evolusi mengatakan akhirnya (100k tahun?) antara yang hendak menggunakan akal dan yang enggan menggunakan akan menjadi terpisah dan tidak competible antara satu sama lain? Possible …
Terima kasih untuk link dan lagi ….
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=4914&pid=66587#post_66587
Orang Islam dahulu sampai ke Amerika.
Barry Neil dalam bukunya “The Story Of America” mengemukakan banyak bukti tentang kehadiran orang Arab di Amerika. Antaranya ialah peta, bekas-bekas sekolah, nama-nama puak dan tempat (yang mana 565 telah beliau catatkan) berasal dari nama-nama Arab dan Islam seperti “Maka” yang merupakan nama Mekah. Beliau berkata nama tersebut berasal dari nama Makkah Al-Mukarramah. Terdapat juga nama-nama lain seperti Muna, Ahmed, Abagi, Zulu dan Murabitun. Selain daripada itu banyak lagi budaya dan tradisi yang menunjukkan dengan jelas hubungan antara orang kulit merah Amerika dengan Arab-Islam.
Alexander Foun, dalam kajiannya mengenai kesenian purba di Amerika menjelaskan pendapat bahawa ukiran yang diperolehinya mempunyai ciri-ciri Arab di mana beliau telah menemui motif bulan sabit dalam banyak hasil seni lukis dan kerja tangan di dinding-dinding dan duit syiling.
Buku “They Came Before Columbus” karangan Evans Syrtima membentangkan banyak bukti lain mengenai ketibaan orang Afrika ke Amerika seperti nama-nama yang digunakan oleh puak kulit merah terutama yang berkaitan dengan petunjuk-petunjuk sejarah.
Orientalis British De Lasay dalam bukunya “Arabic Thought And Its Place In The History Of West” menyatakan pelayaran yang dibuat oleh kumpulan muslim pada 1312M. Beliau turut mengakui bahawa kepakaran pelayaran orang Arab dan Muslim Afrika membolehkan mereka (barat) sampai ke Amerika. De Lasay juga berkata tidak diragukan bahawa banyak telah diperkatakan tentang kehadiran awal orang Islam ke Amerika seblelum Columbus.
Dari http://tayibah.com/eIslam/Artikel/IslamAmerika.htm
Islam adalah agama yang hidup.
Kehidupan yang Islami bergerak atas pola akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Pola-pola utama kehidupan manusia berputar atas asas ini. Tanpa aqidah manusia tidak akan ada asas menghubungkan dirinya dengan Yang Ghaib dan tiadalah asas Penciptaan. Dengan akidah juga membina keyakinan manusia bahawa Allah bersifat Rahman dan Rahim terhadap hamba dan makhluk-Nya. Dengan akidah tauhid manusia percaya bahawa Allah itu tidak ada sekutunya melainkan Dialah yang Satu-Satunya.
Dengan ibadah manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi. Jiwa hamba mendidik manusia menjadi patuh, taat, akur dan tunduk. Perkara-perkara lain dalam alam semuanya patuh atas asas Sunnatullah.
Planet dan cekerwala, sistem solar dan bimasakti semunya bergerak atas asas ketentuan dan ketaatan terhadap Penciptanya. Darinya lahir ketertiban dan keteraturan. Dengan ibadah manusia memiliki jiwa rukuk dan sujud. Jiwa rukuk dan sujud mendidik manusia patuh dan taat kepada titah-perintah Allah. Darinya kehidupan menjadi teratur dan tersusun seumpama tertibnya alam ini.
Melalui syariah terdapat maksud had dan batasan. Had dan batasan membolehkan landasan hidup berada di tempat yang betul. Tanpanya, manusia boleh menyimpang dan melampaui batas. Kerosakan yang berlaku terhadap manusia sepanjang sejarahnya akibat manusia alpa tentang batas akal, had nafsu, upaya hati dan jangkauan fikir. Kerosakan oleh manusia memberi jejasan terhadap yang lain.
Natijah akhir dari akidah yang mantap, ibadah yang berterusan, dipandu oleh syariah yang teguh bakal menghasilkan akhlak yang baik. Akhlaklah yang menjadi buah iman dan takwa.
Dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=79.msg87#msg87
saya melihat peperangan antara evolusionist dengan ilmuwan agama itu lebih mirip kepada pertentangan antara saintis dengan gereja pada zaman renaissance … Islam got nothing to do with this … memang lah evolusionist yang atheis menolak kewujudan Tuhan tapi pemahaman mereka terhadap konsep keTuhanan adalah mengikut kepercayaan Nasrani …
Jadi adalah penting (fardhu Kifayah barangkali) untuk ada seorang Ilmuwan Muslim , baik dari latar belakang pengajian Islam, Sains atau Falsafah yang mengkaji teori-teori Barat untuk “counter” atau serang balik pemikiran mereka berdasarkan pemahaman Islam .. itulah yang dinamakan “Oxidental” … salah seorang tokoh akademik yang banyak mengkaji tentang falsafah dan menentang pemikiran Orientalis ialah Prof Osman Bakar bekas TNC Akademik UM dan pensyarah Fakulti Sains Jabatan Sains dan Teknologi …
Dari http://saifulislam.com/?p=903#comment-5372
Why Did the West Supersede Us?
Question: What is the reason behind the pre-eminence of the West over us, the Muslims, in all fields, without exception, in spite of the fact that we have the Noble Qur’ān and the innumerable treasures it contains?
Why Did the West Supersede Us?
`Abdallah B. Bayyah
Dari http://www.marifah.net/index.php?option=com_content&task=view&id=197&Itemid=48
Antara otak-otak kehidupan, otak manusia adalah yang paling berpotensi untuk berfikir. Ia telah direka dengan sebaik rupa bagi membolehkan manusia berfikir dan mendapat pelajaran dari persekitaran melalui ilham. Allah sentiasa memancarkan ilham kepada mahluknya dan manusia paling berpotensi untuk menerima ilham tersebut. Malangnya pancaran ilham tersebut, yang baik melalui malaikat dan yang buruk melalui syaitan, bergantung kepada kecenderungan jiwa seseorang manusia untuk mendapatkannya. Jiwa yang dipengaruhi nafsu akan cenderung melihat ilham bawaan syaitan sebagai sesuai untuknya sementara yang berjiwa dipengaruhi keimanan akan cenderung kepada sebaliknya. Maka terpulang kepada kita untuk membentuk kecenderungan dalam penerimaan wahyu. Terdapat juga golongan manusia yang suka menutup minda, atas alasan tidak gemar menggunakan akal yang dikatakan terbatas. Akhirnya Allah akan menutup pintu hari mereka dari menerima ilmu.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=4966&pid=67658#post_67658
Keterbukaan budaya Barat berfikir secara maksima menjadikan mereka dapat membena generasi yang cenderung berfikir dan kuat berfikir. Mereka sentiasa berfikir untuk mencari dan mengkaji segala yang berlaku dipersekitaran mereka. Sehinggakan sebiji apel yang jatuh di kepala menjadi sebsb untuk menghurai Hukum Gravity oleh Newton. Di awal kebangkitan Islam, ilmu sains banyak dimulakan oelh Muslim, malangnya apabila kecenderungan ini dilihat sebagai memberikan cabaran kepada Agama, sikap berfikir tidak diberikan keutamaan malah dikatakan tidak selaras dengan Agama.