Salam semua
1. Tulisan Ustaz Darwin tentang teori Darwin memang mengejutkan saya dari tidur. Saya bukan baru melihat blog. Semasa internet belum ada di Malaysia, saya dah langgan pre-internet service yang beroperasi dari Imbi Plaza oleh sebuah syarikat dari England.
2. Keterbukaan pemikir barat memang tidak dapat dipertikai lagi. Bermacam-macam idea yang telah mereka keluarkan dan menjadi ikutan pengguna-pengguna tamadun sehingga sekarang, secara sedar atau tidak. Ramai yang menggunakan idea-idea tersebut, tetapi tidak mahu mengakuinya.
3. Dari kecil minat beragama (mencari Tuhan) saya diwarnai dengan mengikuti pelbagai firkah yang ada di Malaysia. Bermula dengan Tabliq, Arkam, Abim, selain dari silibus agama sekolah Johor sehingga ke sekolah Khas. Begitu juga apabila merantau lagi bertambahlah firkah yang diceburi. Semuanya di atas mencari mana satu yang paling hampir kepada kebenaran.
4. Terdapat satu trend di dalam semua firkah iaitu menghalang ahlinya dari menyertai firkah yang lain. Sekiranya pemikiran mereka tidak disempitkan kepada sesuatu pekara sahaja tak mengapa, tetapi apabila penyempitan itu, menutup minda untuk berfikit, saya sungguh merasa kurang senang berada di situ, walaupun janji mengikut pendapat mereka adalah syurga.
5. Di sana sini firkah berpegang kepada Al Quran dan As Sunah, tetapi pada masa ayng sama, kedua-dua itu menjadi senjata untuk mengkafirkan firkah yang belawanan. Saya sebenarnya tertekan dengan keadaan itu, sehinggalah apabila saya menggunakan keupayaan akal, pada tahap yang lebih tinggi, melalui pemahaman pemikiran falsafah, terasa perbezaannaya dan merasa lega, setelah letih melayan firkah yang tak berfikir.
6. Maka bertemulah saya dengan sains, bukan sebagai silibus sekolah tetapi sebagai silibus mencari Tuhan. Semakin di dalami sains, semakin yakin saya bahawa sains itu adalah sebahagian dari agama yang saya cari selama ini. Pendakwah-pendakwah yang menutup pemikiran mereka kepada sains saya kira kerana tidak faham petunjuk dari Al Quran. Sains ialah ayat-ayat Allah yang berhubung kait dengan Al Quran.
7. Apabila ustaz menegaskan pendirian pluralisma, god centered thinking, dan keterbukaan pemikiran menerima keadaan alam yang berpositif dan negative, saya sangat-sangat tertarik. Datangnya tulisan teori Darwin, menjadi titik tolak saya menguatkan semangat berbuat sesuatu. Tetapi memang kadang-kadang terfikir sejauh mana arus boleh di tentang.
8. Saya tak kenal Ibn Arabi, tetapi saya merasakan sains ada teori membenarkan kata-katanya. Tapi, dalam masyarakat yang hanya minat sains gunaan, kadang-kadang takut nak cerita di mana salahnya al Hallaj. Semuga web Ustaz akan memberikan inspirasi dan kekuatan dalam mengatasi kelemahan diri. Bagaimanapu saya masih memprioritikan tahu dari mahu. Rambut sama hitam … Syabas Ustaz.
Comment Posted By Sharudin On September 25, 2007 @ 2:50 pm
PUISI 2007: My Hope
Salam al Ustaz
Saya yakin dengan usaha gigih dan tak kenal letih, banyak lagi buku-buku orang bukan Islam yang dapat ustaz islamkan.
Syabas, Terima kasih.
Comment Posted By Sharudin On September 24, 2007 @ 11:09 pm
Cilbir Turki Untuk Bersahur
Salam ustaz
Banyak juga recepi yang ustaz dah keluarkan. Mesti pandai masak ni. Saya pandai masak nasi dan goreng ayam sahaja, itupun terpaksa masa bujang. Semuga berjaya disegala bidang.
Terima kasih
Comment Posted By Sharudin On September 24, 2007 @ 6:44 pm
Kaitan Idea Dengan Masa
‘Kisah-kisah yang disampaikan didalam Al-Quran Al Kareem, tidak semestinya benar. Ianya cuma harus dinilai dari aspek retorik semata-mata dengan tujuan untuk mendidik insan’
Al Quran itu benar dan ‘tiada keraguan di dalamnya’. Ia mengandungi ayat mahkamat dan mutsyabihat, termasuklah bahagian cerita dan sains. Yang samar itu perlu alat baru (anjakan para) contoh teropong lihat malam (gelap) barulah nampak. Dari mana petikan itu sangat dikehendaki. Selamat berbuka
Comment Posted By Sharudin On September 20, 2007 @ 6:57 pm
Dikirim oleh Pak Din 31