R7 On October 5, 2007 @ 1:06 am

Oktober 12, 2007

Salam menyokong

1. Saya sokong perkataan ‘boring’ akhi Ansarullah di atas. Satu perkataan itu dari 100 lebih perkatan yang akhi gunakan, bermakna kejayaan unutk akhi kerana berjaya mengawal marah, hanya 1%. Sesunggunya saya berpendapat kalau kita tak gunakan emosi marah kita, gugurlah kemanusiaan kita.

2. ‘Typical malay’ tu pula, takut jadi typical muslim. Kalau Melayu sahaja yang berperangai begitu tak apa (tak pandai menjalankan perbahasan dua hala), tapi yang saya nampak ia macam trend Muslim. Bahas sejam, perang saudara setahun. Kemudian tu kata ‘fi sabillillah’ dan bawa Al Quran berperang.

3. Satu trend lagi ialah ada yang berfikiran bahawa apabila sesorang tahu situasi sesuatu, dia mengharap orang lain pun tahu sama macam apa yang dia tahu (dalam kepala dia). Jadi trend ini mengharapkan tiada pekara yang boleh diulang. Siapa datang lewat (yang lahir kemudia dari dia, contohnya) tak boleh sentuh pekara yang telah disentuh. Trend ni pun tak mendatangkan faedah.

4. Kita kena latih berbahas, dalam ruang siber ni. Keluarkan semua pendapat. Sekurang-kurang tiada risiko penyalah-gunaan fizikal ketika terlalu marah (na’au zubillah min zalik), melainkan PC yang mungkin menerimanya. Bhg 7 Per 7 Teori Darwin, berbahas itu jihad (kerana Allah).

Kesian PC kalau berlaku!

Comment Posted By Sharudin On October 7, 2007 @ 8:37 am

Salam mencelah.

1. Mencelah kerana ada itu ilmu alam (bukan geog tapi ilmu sains). Jet pejuang terbaru yang direka sains adalah berdasarkan kepada ketidakstabilan. Untuk mendapatkan jet yang responsif, menurevable dan berdaya saing, unsur-unsur ketidakstabilan diambil kira. Tetapi bagaimana pula ia boleh terbang?. Sebab itu jet ini sebenarnya tidak boleh diterbangkan oleh manusia tanpa pertolongan komputer. Hanya komputer yang boleh mengawal segala ketidakstabilan untuk menghasilkan sesuatu yang luarbiasa.

2. Apabila seseorang menjangkau kepada apa yang dilihat sebagai meninggi diri, kita memanglah nampak ketidakstabilan berlaku. Tetapi sekiranya meninggi diri itu tidak diikuti dengan perendahan diri pada kadar yang sama, maka kita harus mula khuatir. Maknya kalau seseorang sentiasa meninggi diri, ya, itu semuanya melambangkan dirinya. Tetapi sekiranya secara keseluruhan ada masa dia meninggi dan ada masa di merendahkannya, sebenarnya itu tidak melambangkan diri yang negatif.

3. Ambil contoh see-saw. Orang yang stabil, sudah pasti kita katakan sentiasa berada di tahap level (mendatar). Kanan dan kiri sama tinggi. Tetapi kalau kita tinggikan di kanan, hukum alam, akan menjadikan di sebelah kiri menjadi rendah. Yang kita takuti ialah perangai yang tidak pandai pulang ke tahap level atau perangai yang sentiasa dilihat mendongak ke langit pada setiap masa. Tetapi kalau, see-saw itu sentiasa menjongkang jongkit ketika ia menjalankan fungsinya dan boleh dipulangkan ke tahap mendatar, iaitu adalah sesuatu yang perlu dikagumi.

4. Keupayaan menggunakan ciri-ciri hati (emosi) ketahap maksimum, bukan seuatu yang bolah dibuat oleh semua manusia (tanpa manusia lain meluat melihatnya). Tidak bermakna orang yang tidak pernah marah itu, ialah orang yang paling baik di dunia. Berdasarkan kepada pandangan di atas juga, orang yang selalu marah pun bukanlah orang yang paling baik. Contoh sentiasa marah kerana nas-nas yang disampaikannya tidak mahu diikuti oleh orang lain. Oklah dia tak marah, tapi sentiasa merasakan dia seorang yang sentiasa benar menyampaikan nas.

5. Kebolehan menjangkau sesuatu yang jauh dan tidak terlekat dengan kedudukan itu, memberikan contoh kepada kita yang tidak dapat melakukan sedemekian, bahawa kita perlu belajar melakukannya. Memang risikonya tinggi, kerana ada yang tidak dapat pulang ke tahap datar, selepas selalu sangat mendongak ke langit. Oleh itu kita perlu melihat proses menjangkau ini sebagai mewarnai lagi kehidupan dan menjalankan ujian keupayaan diri. Kita kuhatir dunia yang tidak diwarnai muslin akan diwarnai oleh orang-orang bukan muslim

Terima kasih.

Comment Posted By Sharudin On October 5, 2007 @ 1:06 am


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.